Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, February 12, 2009

satu rumusan

Islam VS Hak Asasi Manusia.


Oleh : Siddiq Osman.



Tajuk ini pasti mengundang canggung seluruh pencinta agama Islam yang membaca ataupun yang tidak membaca. Tetapi nanti dahulu, tajuk bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan ukuran total dalam mengadili sesebuah penulisan atau karangan.



Islam adalah agama fitrah. Ini diakui oleh semua muslimin yang faham tentang dasar dan asas-asas Islam. Islam disifatkan sebagai sebuah cara hidup yang terkandung di dalamnya ideologi-ideologi dari pelbagai cabang kehidupan. Pada dasarnya segala syariat yang terkandung dalam Islam memelihara enam elemen kehidupan manusia. Nyawa, akal, agama, maruah, harta dan tanah.



Manakala hak asasi manusia menyentuh skop yang lebih banyak dari apa yang ulama Islam terbitkan dalam tujuan syariat agama itu. Walaupun begitu sehingga kini tiada suatu sistem yang mampu mencapai peringkat keberkesanan sistem yang telah disediakan Islam. Islam mampu mewujudkan satu masyarakat yang bebas jenayah. Sekalipun bertuukar pemerintah. Ini berlaku di beberapa dinasti atau empayar Islam sebelum dan selepas Bani Umaiyyah.



Dunia kini menjulang Sistem Demokrasi yang berlandaskan suara ramai sebagai sumber keputusan. Sistem demokrasi dikatakan sistem paling ideal dan mengenepikan semua sistem lain. Disamping itu, sistem demokrasi begitu selesa untuk disuntik kedalamnya mana-mana sistem sokongan lain seperti kapitalisme atau sosialisme, hidonisme atau realisme dan pelbagai lagi ideologi ciptaan manusia.



Manakala Islam dan empayarnya disisihkan dari dunia. Siapa yang masih memperjuangkannya dianggap kolot dan konservatif. Bahkan disesetengah negara mengharamkan Islamisme. Boleh menjadi muslim tetapi tidak boleh menjadi muslim total. Islam hanya disekat kepada upacara keagamaan semata. Walaupun logisnya ia melanggari hak asasi manusia tetapi ironinya mereka mengatakan Islam yang melanggari hak asasi manusia.



Di sini kita melihat bahawa Islam yang diubah suai lebih relevan dari Islam yang telah ditenggelamkan oleh imperialis barat. Islam yang memerintah sepertiga dunia dengan aman dipotretkan sebagai penyekat kemajuan. Islam yang telah membina ketamadunan insan digelar sebagai kolot dan ganas. Islam diasak dengan bermacam gerakan di bawah nama hak asasi manusia. Sehingga hari ini. Antaranya perjuangan feminisme. Ini jelas mencabar wanita agar meninggalkan kewanitaan mereka supaya mendapat jolokan wanita moden. Mereka yang pada fitrah pemalu kini disogok perasaan bangga apabila berbogel. Sejak berzaman wanita menjadi simbol malu dan silu kini wanita menjadi simbol seks dan kemegahan. Inilah feminisme yang telah diperjuangkan oleh hak asasi manusia.



Berbeza dengan Islam. Islam mengangkat wanita dari lembah kehinaan sebelum Islam kepada darjat yang tinggi dalam masyarakat. Wanita diberikan imej yang dihormati dalam sudut pakaian dan juga kedudukan. Ibu diangkat sebagai gerbang syurga bagi anak. Isteri diangkat sebagai penolong dan teman bagi suami. Wanita-wanita diletakkan sebagai pendidik dan juga pembina minda bagi masyarakat. Wanita dihormati, disayangi dan terbela. Mereka diberi tugas dan kebebasan yang selayaknya. Namun barat menggunakan kelebihan yang Islam berikan kepada lelaki sebagai propaganda yang kononnya wanita ditindas dalam Islam. Padahal Islam adalah agama yang memperjuangkan hak-hak wanita. Tetapi dalam masa yang sama Islam tidak menzalimi lelaki.



Poligami adalah senjata paling acap mereka gunakan untuk meracuni wanita dan menukar keadilan Islam kepada wajah diskriminasi wanita. Sememangnya dalam poligami terkandung hikmah yang sangat besar dan hanya dapat disimpulkan bahawa poligami adalah bagi memelihara keharmonian sosial dan menghindarkan gejala yang sedang menular hari ini. Seperti: Seks rambang, penceraian, pelacuran, andartu dan sumbang mahram.



Namun oleh kerana kurangnya selidikan dan juga kajian oleh umat Islam semua yang disogok barat ditelan bulat-bulat sehingga Islam yang diturunkan dari langit dilihat hina dan merosakkan. Ingatlah bahawa Islam itu datangnya dari Allah yang menciptakan manusia dan Allah bersifat Maha Adil, Penyayang dan Bijaksana. Di samping banyak lagi sifat-sifat kesempurnaan Allah yang mesti kita tanggapi sebagai sumber ketaatan dan merasa hina untuk mengingkari suruhanNya.



Hak asasi yang diperjuangkan hari ini adalah senjata kuffar bagi menyesatkan umat Islam dari hidayah Allah yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mempertahankan Islam adalah lebih jauh dari memenuhi hak asasi manusia bahkan menjadi jaminan kepada perlindungan hak asasi sekalian makhluk di alam ini. Islam terdiri dari akhlak, syariat, aqidah dan juga ibadah. Keempat-empat perkara ini mesti bersatu dalam satu jiwa barulah manusia akan bebas dari sebarang bentuk kemusnahan sosial, fizikal, mental,spritual dan emosional.



Sebagai Muslim adalah menjadi tanggungjawab kita menerangkan konsep konsep sebenar Islam kepada semua masyarakat. Jadi jika hak asasi manusia yang barat war-warkan bertembung dengan syariat Islam pastilah Islam lebih bertamadun dan praktikal untuk diutamakan. Islam itu bukan sekadar menepati logik bahkan ia menjangkaui kemampuan logik.

1 comment:

Humayra' said...

syukran atas penulisan ni..

selaku bekas debater, dulu selalu diberi tajuk sekitar 'human rights ni..

sebenarnya, hak asasi mmg perlu. even Islam sendiri memberi hak2 yg sepatutnya pd manusia. hak2 wanita, kanak2, sahabat, org miskin.. semua nya dh ada dlm Islam sejak dulu lg. ketika Barat masih dlm kgelapan, dan penindasan berpanjangan.

namun apa yg dibawa oleh islam ialah hak asasi yg dibatasi oleh syara'. yg baik dibenarkan, dan yg buruk ditolak. kerana Allah lebih tahu bahawa kebebasan total tak membawa kebaikan. hanya mudharat.

apa yg diwarwarkan dan disebarluaskan oleh barat kini ialah kbebasan tanpa had, mengikut nafsu, tanpa batas langsung.

>> mohon untuk sebarkan artikel ni boleh? dlm blog/ bentuk print..