Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, March 31, 2009

Basyir meremehkan ICC dalam lawatan rasminya.

Sekalipun Basyir presiden dalam keadaan terancam oleh penangkapan yang warantnya dikeluarkan oleh ICC baru- baru ini tetapi ternyata beliau berani mencabar mahkamah pro barat itu dengan melakukan beberapa lawatan luar negara.

Doha merupakan lawatan kerja ke 5 setelah warant tangkapnya dikeluarkan. Namun risiko yang diambilnya berbaloi kerana mendapat sokongan seluruh negara Arab untuk mengutuk tindakan ICC mengeluarkan warrant berikut. Sebelum ini basyir telah melawat Asmara, Addis Ababa, Libya dan Kaherah.

Tindakan beliau telah membuatkan kredibiliti ICC tercemar dan sekaligus meletakkan mahkamah antarabangsa itu sebagai senjata politik barat yang gagal untuk menekan sudan.

Friday, March 27, 2009

Umar Al Khattab dan kebebasan bersuara.

Harakah digantung 3 bulan kerana sebab yang kurang pasti. Dalam masa 3 bulan tersebut akan berlaku 3 PRK dan baru berlepas perhimpunan imma'ah semalaya. Inilah hasil kebaculan demokrasi sekular yang dipekung oleh rasa bersalah dan takut tersilap.

Antara ciri pemerintahan zaman khilafah adalah hurriyah. Hurriyah bukan taharrur dan semestinya bukan jumud atau imma'ah. Sebenarnya kita boleh mengimport 3 peristiwa di zaman saidina Umar sebagai perbandingan dengan zaman Najib dalam bab kebebasan bersuara.


peristiwa pertama:

Pada Suatu Hari Huzaifah Ibn Yaman menghadap Umar semasa masuk berjumpa dengan Umar beliau mendapati Umar sedang menangis kerisauan. Lalu seraya bertanya "Wahai Amiral Mukminin apakah sebabnya engkau menangis?" Umar lantas menjawab " Sesungguhnya aku takut jika aku tersalah membuat keputusan, kalian tidak menegurku kerana ingin menjaga perasaanku atau membesarkan aku." Huzaifah dengan tenang membalas " Demi Allah, sekiranya engkau tersalah maka kami pasti akan menegurmu ke jalan yang lurus." Lalu Umar berkata " Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menjadikan Umatku, Umat yang bebas bersuara."

Tetapi Najib, culik orang , sogok orang agar pekungnya dijaga. Inilah Bakal PM kita. Sembang pong pang dalam perhimpunan UMNO tentang perjuangan bangsa dan agama, Padahal menggunakan perkataan agama dan bangsa untuk kaut harta.

Harakah digantung permitnya. Kebenaran disekat pendustaan diperbanyakkan. Maka tak hairanlah kenapa orang melayu tak pernah berubah ke takah kemajuan walaupun Malaysia dah 50 tahun merdeka.  Kita merdeka dari Barat tapi dijajah lebih dahsyat oleh UMNO.


peristiwa kedua:

pernah suatu hari saidina Umar berjalan dan melintasi sekumpulan kanak-kanak. Lalu bertempiaran kanak-kanak itu lari kerana takutkan Umar. Tinggal seorang kanak-kanak. Lalu Umar menghampiri anak itu seraya bertanya " wahai budak, kenapa engkau tidak lari seperti teman-temanmu?" Lantas anak itu dengan petah menjawab " Aku tidak takut dengan sesiapapun melainkan ALLah, dan jalan ini bukanlah sempit untuk mendesak aku memberi laluan kepadamu." Lantas Umar memeluk anak itu lalu mencium kepalanya. Kemudian Umar berkata kepadanya "berpeganglah dengan pendirian ini sampai kau kembali kepada ALlah." Setelah itu Umar mengumpulkan kanak-kanak yang bertempiaran tadi lalu memeluk mereka sehingga kepala mereka bertemu satu sama lain lalu Umar berkata "seharusnya kamu sentiasa begini berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah."

Tetapi Najib dan orang orangnya, mereka sering dimomokkan dengan ugutan agar takut pada orang no.1 lebih dari takutkan hukum Allah. Mereka diajar bencikan hukum Allah selagimana hukum itu belum direstui bos mereka. Siapa yang melawan akan dibalckmailkan. Orang yang bijak dan pandai akan dicantas awal awal dan tidak diberi peluang bersuara lama.

Peristiwa ketiga:

peristiwa ini membuktikan peristiwa pertama bukan omongan kosong seperti perhimpunan agung Umno.
Pada suatu Hari saidina Umar telah berkhutbah di hadapan rakyatnya bagi menetapkan kadar tertentu bagi mahar perkahwinan. ketika selesai Umar berkhutbah bangun seorang wanita membidas khutbah itu dengan berkata "Wahai Amirul Mukminin, engkau tidak ada hak untuk melaksanakan perkara ini kerana engkau tidak berhak mendahului ALLAH lantas membacakan ayat al Quran yang menyatakan sekiranya seseorang lelaki mampu untuk memberi segunung emas sebagai mahar maka dia boleh melakukannya."
Lalu Umar menjawab " semua manusia adalah benar dan Umar adalah salah. Telah benar wanita tadi dan umarlah yang tersilap." maka Umar tidak jadi meletakkan had yang tertentu pada kadar Mahar.

Tetapi naib Najib, 150 ribu lebih tampil membantah PPSMI namun dia dengan selamba ingin mengenepikan pandangan mereka. Angkuhnya dia seperti dia itu sentiasa betul, padahal mereka seringkali melakukan kebinasaan pada budaya dan masadepan umat melayu dan Islam di Malaysia. Kes Murtad bukan di zaman pemerintahan orang lain. Kes Rogol kanak-kanak bukan zaman orang lain. Kes Ragut dan bunuh bukan zaman orang lain melainkan zaman pemerintahan UMNO.

Kebebasan bersuara adalah dasar pemerintahan ISlam sebelum barat tahu apa itu suara ramai. Tetapi UMNO yang merupakan waris penjajah buta untuk menilai dasar pemerintahan Islam itu lebih absah dan tepat bagi semua jenis bangsa dan adil pada semua agama. Islamlah cara pemerintahan yang paling meraikan agama minority dalam sejarah peradaban manusia.

Thursday, March 26, 2009

Ukhuwah atau mengalah.

 
Najib Tun Razak PM Malaysia ke 6 menjadi pelengkap kepada formasi RAHMAN. Tahniah pada beliau dan takziah pada rakyat Malaysia kerana PM yang semakin berbahaya telah berkuasa. Kenapa berbahaya? Saya tidak pernah mendengar gossip yang teruk terhadap perdana menteri sebelum ini seperti yang saya dengar mengenai Najib padahal perdana menteri yang lain kelima-lima mereka sudah berkuasa dan melepaskan kuasa mereka. Sedang Najib baru hari ini berkuasa. Jika nak dibandingkan dengan Pak Lah, Najib  sangat jauh ketinggalan dari rekod moral. 
Najib baru ini disergah dengan gelaran "pembunuh" dalam dewan Parlimen. Bayangkanlah orang ini akan memimpin negara(ops bukan akan tetapi sedang.) Bagaimanapun setelah saya membaca ucapan dasar Pak Lah dalam Malaysiakini saya dapati PakLah sudah mengalah dalam perjuangannya di dalam UMNO seolah olah Pak Lah dah tak mampu membersihkan UMNO. Dari terpaksa menanggung dosa Najib paklah lebih sudi beralah. Khairy yang merupakan calon Favourate Rosmah kini menjadi ketua paling kurang sokongan bahkan pengumuman kemenangannya disahut dengan kalimah RASUAH dalam perhimpunan. Nampaknya UMNO selepas perhimpunan kali ini adalah sebuah parti paling muflis pemimpin dalam sejarah politik Melayu. 
Ukhuwah yang ada hanyalah lakonan pelukan perpisahan PakLah dan Najib adalah pelukan kekalahan PakLah dalam agenda perang rasuah dan juga kemenangan ikon Rasuah negara Orang yang pakar melakukan jenayah tidak akan mudah ditangkap. Inilah Najib seorang yang bijak bermain dengan undang-undang. Hukum manusia tak pernah adil dan sangat sempit. Boleh dijadikan bola oleh orang yang ada kuasa dan harta. 
Selamat jalan Pak Lah saya ucapkan. cadangan saya untuk Pak Lah supaya beliau mendidik keluarga dan seterusnya menyambung pelajaran agama dan membuka pusat pengajian moral bagi anak-anak orang Umno untuk memulihkan mereka dari cinta dunia kepada cinta perjuangan. Jika benar apa yang diucapkan dalam Ucapan Dasarnya itu lahir dari Hati. Najib pasti akan senyum sepanjang malam kerana ura-ura Pak Lah akan menyerahkan jawatan pada orang lain telah berakhir. Kini PM dalam genggaman. Diharap Najib sempat kenyang sebelum harta negara habis.

Tuesday, March 24, 2009

Filem kita dan filem orang lain.

Mungkin kalau orang filem baca analisa rambang ini mereka akan rasa ia satu analisa cetek seorang penonton yang tak berpengalaman. Sebenarnya baru baru ini aku dan rakan rakan baru pasang TV satelite yang ada 322 channel dan 1## tidak perlu berbayar. Jadi, kami berpeluang mengikuti perkembangan dunia dan juga perkembangan dunia perfileman.



Dalam banyak-banyak siaran negara arab yang selalu kami tonton boleh dikatakan 70 peratus darinya filem Inggeris. Aku hampir menyoal diri kenapa orang Islam tidak larat nak buat filem sebaik Hollywood atau sekurang-kurangnya semacam Bollywood. Aku baru sahaja menonton Slumdog Millionaire katanya itu filem orang Islam dari mesir tetapi dilakonkan di India. Aku kurang selidik tapi jalan ceritanya bagus dan lakonannya juga hidup gambar yang real. seolah olah melihat reality. Begitu juga filem filem Iran yang berkaliber sehinggakan baru-baru ini sudan menjemput Iran membuka kelas perfileman di negara mereka.

Masalahnya sekarang kita tahu Amerika filemnya propaganda yahudi. Kita tahu British filemnya propaganda kristian. Apakah usaha kita untuk menentang mereka dalam arus ini? saya juga baru selesai menonton filem antoo fighter dan cicakman. kesimpulan yang saya buat setelah membandingkan beberapa filem inggeris, china, iran, India dan filem kita (Malaysia). Saya nampak mentaliti penonton bagi filem filem ini sangat berbeza. Hollywood suka mempamerkan kebijakan mereka sampai kadang kadang mereka menipu untuk mengatakan mereka bijak. China dengan harga diri mereka yang kononnya tinggi tak boleh dibeli dengan dunia. Iran dengan nilai kemanusiaan mereka yang kreatif diolah dalam filem yang menyentuh jiwa. India menipu dunia dengan kisah cinta sedangkan mereka lebih dikenali dengan hati kering dan kejam (terbukti dalam peristiwa MAsjid Babri). Tetapi filem kita? Saya hairan kenapa orang filem negara kita suka mempamerkan gaya bodoh dan dialog lemah dalam filem.

Antoo Fighter grafiknya agak baik tapi filemnya sampah. Cicakman begitu meniru filem superhero barat dan kostum yang buruk. Kita tengok puteri Gunung Ledang gebang modal juta juta itu sudah menggiurkan naluri hantu movie saya untuk menonton tapi dialognya hancur. Saya suka filem melayu seperti Leftenan Adnan Embun Paloh bukan kerana sejarah tetapi kerana bahasa dan latarnya bagus. Kita lihat orang kita cuba mementaskan mesej dengan seni. Tetapi ya ada adegan adegan Haram yang mesti dielakkan dalam cerita-cerita itu.

Saya tak pasti berapa kali pengarah kita ulang tonton filemnya sebelum di layar perakkan. Tetapi saya pasti ianya sekadar nak bagi siap. Penonton melayu bukan kisah sangat yang penting mereka ada cerita nak pergi panggung. Inilah sebab orang kita tak maju dalam industri ini. Sudahlah tidak menguntungkan bangsa, merugikan pula. kita ada penulis-penulis yang bagus. Ramlee Awang Mursyid ada banyak novel thriller yang baik untuk difilemkan. Faisal Tehrani juga bagus dalam karya fiksyen sejarahnya. Kisah cinta tak perlu diberi saranan orang melayu sudah pandai buat cerita cinta sedangkan kini cinta hanya jadi pemanis mulut dalam cerita.

kita perlu belajar buat filem dalam keadaan menjaga adat, jaga agama dan juga jaga seni. cukuplah cerita-cerita bodoh seperti zombi kampung pisang, antoo fighter dan seumpamanya. Kita sudah berada di era membangun. Bangunkan anak bangsa kita bina jati diri. sepatutnya kita sudah filemkan konflik politik negara. Konflik poltik negara kita menarik dan unik penuh satira jadi apa salahnya kita jadikan ianya filem?

Monday, March 23, 2009

Musim lapang

Semalam aku habiskan sekitar 200 ringgit cari buku buku untuk di belek belek sepanjang masa lapang. Dalam sedang pilih pilih buku aku terfikir buku apa yang nak aku baca dan beli sedangkan banyak lagi buku aku di Malaysia yang belum habis di baca.Tapi bila fikir ttg kekosongan yang ada disekeliling aku maka tangan ini dengan selamba menukarkan not 50 usd untuk dihabiskan di kedai buku.

Belek punya belek akhirnya aku buat keputusan untuk beli beberapa buku bacaan dan buku rujukan.  Aku beli kitah Tafsir Fathul Qadir Imam Syaukani sebab semua kitab tafsir aku dah hantar balik. Mereka Yang Memegunkan Aku Ramadhan al Buthiy. Dewan Hassan Ibnu Thabit dah lama tak baca buku syair saja nak bagi biasa balik ngan bacaan Syair Arab. Dua buah buku penting untuk sem depan ilmu lughah dan juga fiqhul Lughah. Mengambil Jalan Selamat adalah buku ustaz Abdul Halim yang ingin aku dapatkan kupasan mengenai masalah tasawwuf dan tareqat.

Masa balik dari kedai buku aku tertanya apakah yang boleh aku lakukan untuk memastikan aku beramal dengan ilmu yang aku duk belajar sekarang ni. Aku terasa musim aku lalui di sudan ini sangat panjang dan kosong. hampir 8 tahun aku tempuhi dari seorang yang tekun belajar sehingga menjadi seorang senior yang malas dan kaku.

Aku tertanya tanya apakah dengan memberi ceramah umum pada manusia kita dikira mengamalkan ilmu atau itu hanya medan kalam? ada sesapa yang nak jawab? Aku bersoal sendirian apakah niat sebenar aku mnyampaikan sebuah ceramah? apakah ingin mengajar? memperlihatkan ilmu? mendidik? berkongsi? atau hanya mencari duit?

Sehinggakan persoalan itu terbawa kepada penulisan blog ini? untuk apa wujudnya blog ini? apakah ada orang yang mendapat manfaat darinya atau hanya menjadi tempat longgokan karya aku sahaja? melihat hits yang boleh tahan membuatkan aku bersemangat untuk menaip di sini. Tetapi apakah kalian semua ini mendapat manfaat dari himpunan aksara pada layar skrin maya ini?

Aku memang melalui musim  yang lapang dan lohong. Kalian sibukkanlah diri kalian dengan ilmu dan ibadah. Doakan diri ini kembali bersemangat dan hidup.

Monday, March 16, 2009

Sirah Nabi sumber rujukan politik Islam.

sebulan ini saya sedang menikmati buku fiqh sirah karangan Mustafa Sibai bertajuk sirah nabawiyah. walaupun ust Mustafa tidak mendetailkan perihalk sirah perjalanan hidup Nabi tetapi beliau berjaya menyusun kronologi kehidupan nabi secara menyeluruh. Saya kira pembahagian 6 bab dari plot kehidupan Nabi yang dilakukan oleh penulis sangat tepat dan memudahkan pembacaan.

Walaupun kita sudah sering membaca buku sirah Nabi saya yakin buku kecil ini akan menyajikan perkara yang baru yang memberi manfaat yang banyak. Lebih unik lagi ianya menyeronokkan. Bahasa Arabnya yang santai dan juga gaya penceritaan yang jelas menampilkan layar bayangan dalam pemikiran kita.

Saya merasai beliau begitu terkesan dengan sirah sehingga menjadikan beliau seorang politikus yang menyedut pengalaman nabawiy dari sirah untuk diistinbatkan dalam profesionalnya sebagai politikus arab era 50 an.

Saya akan cuba menterjemahkan bukunya ke dalam Bahasa Malaysia semoga Allah memudahkan usaha ini.

Thursday, March 12, 2009

Apakah orang yang belum bersih dari tuduhan membunuh akan menerajui negara kita? Malaysia sebuah negara berdaulat masihkah tepat istilah itu?

Ya, memang tiada sebarang pertuduhan rasmi ke atas bakal PM malaysia tetapi begitu nyaring sembang sembang di persekitaran rakyat Beliau adalah suspek paling relevan dengan motif pembunuhan Altantuya Syaribu.  Saya tidak ingin mengukuhkan pertuduhan tetapi apakah kredebiliti seperti ini layak jadi PM sekiranya pertuduhan palsu ke atas Anwar telah mengheretnya ke penjara selama beberapa tahun sehingga beliau dibuktikan tidak bersalah.

Saya sekali lagi tertanya-tanya kemanakah halatuju Malaysia selepas ini? menjadi sarang jenayah atau merudum sebagai negara tak berkredebiliti atau tiada maruah? Bukankah kita negara berdaulat? Atau mungkin selepas ini orang luar akan memanggil kita bangsa berulat? semua pemimpin ada kes jenayah.

Apa ni? kami generasi muda mahukan masa hadapan yang baik. Jangan kerana gilakan jawatan masa hadapan kami jadi medan pertaruhan. Yang tak layak tak payahlah nak tamakkan kuasa jangan jadikan politik pasar jawatan. Jangan jadikan dewan rakyat bursa pangkat. Sultan-sultan perlu kembali mencampuri politik negara sehingga keadaan kembali bersih.

Rakyat takkan tenang jika hidup di negara yang terpisah rakyat dan kerajaan. Kerajaan adalah rakyat dan rakyat adalah kerajaan. Idea ini perlu jelas kerana ini disentuh nabi dalam Hadis Addinu nasihah.

Semoga Allah menyenaraikan Malaysia dalam bumi yang dirahmati.

Kewartawanan Malaysia, ke mana halanya?

Selepas saya menulis tentang memboikot Utusan dan Berita Harian kerana kegagalan mereka menampilkan bahan yang membela rakyat saya diizinkan Allah mengenali wartawan dan jurugambar dari tanah air yang membuat liputan di bumi tumpangan ini. Saya dipanggil untuk menjadi pengalih bahasa bagi mereka melakukan temu ramah dengan orang tempatan.

Sememangnya mereka orang yang baik dan peramah serta mampu menggamit kekaguman di hati ini. Wartawan melayu Islam mampu untuk mengorek berita sebenar dari gering padang pasir yang dikambus fitnah. Membela Sudan dari penganiayaan akhbar barat. Apapun ini kerja wartawan tetapi orang yang menetukan dasar akhbar tempatan masih perlu dikenakan tindakan. Wartawan hanya mengumpul bahan jika bahan mereka baik tetapi ditapis oleh penapis yang jijik akan rosak juga bahan itu.

Saya cuma mahu pembaca faham bahawa yang merosakkan akhbar bukan wartawan atau penulis tetapi mereka yang di atas golongan ini. Setelah berkenalan lebih 10 jam saya simpulkan memang Akhbar adalah agensi tidak rasmi kerajaan bahkan mereka inilah senjata kempen ahli politik BN yang tidak langsung dan sangat berkesan.

Saya sangat seronok bersama dengan wartawan berdua ini mereka mengajar saya beberapa benda yang agak penting dan saya takkan dapat dalam medan kuliyah. Sudahlah mereka berikan ilmu dibayar plak imbuhan yang lumayan. meriahnya rasa hati. Tambah-tambah mereka peramah dan juga bertindak sebagai kakak dan abang bukan boss atau majikan. kalaulah semua orang professional begini di Malaysia pasti stress di pejabat menurun ke kadar sifar.

Saya tak nak quote apa-apa kerana isu sedut menyedut ini boleh mengeruhkan persahabatan. Hehehe. Thanks again Kak CT n Abg F.

Tuesday, March 10, 2009

Akhbar bukan lagi wadah pemikiran rakyat.

Saya sungguh kecewa dengan media massa Malaysia yang sangat kejam pada rakyat dalam laporan mereka. Kalau dahulu saya merasakan wartawan adalah golongan elit sastera yang paling berani mendepani wadah pemikiran rakyat. Menjadi sandaran pendapat rakyat. Tetapi kini Akhbar dan stesen berita seperti sampah yang merosakkan pemikiran bangsa. Ini semua kerana berlaku korupsi dan kebaculan sastera di kalangan penyiar. Saya yakin masih banyak penulis yang mahu mengembalikan kegemilangan Akhbar seperti yang berlaku pada zaman pra kemerdekaan.

Tetapi kini Akhbar sudah mengkhianati bahasa sendiri. PPSMI sepatutnya dibantah oleh semua akhbar melayu sebelum rakyat turun padang. Ini tidak, bahkan akhbar menafikan suara rakyat dalam melaporkan penentangan rakyat dalam menegakkan benang yang berendam air mata. PPSMI. Penjajah lebih adil bila tidak menerbitkan akhbar menurut kehendak mereka semasa bertentangan dengan pejuang kemerdekaan.

Apakah kerana yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI ini kebanyakannya dari pembangkang menyebabkan akhbar perlu memutar belit fakta? Jelaslah kenapa Blog begitu mendapat sambutan dalam segenap isu di malaysia. Ini kerana rakyat mahu membaca sesuatu yang adil. Sesuatu yang tidak memperbodohkan mereka. Kini rakyat sudah benci kerajaan sendiri seolah olah Malaysia kini dijajah oleh BN dan khasnya UMNO. Perlembagaan sudah tidak menjadi panduan suci dari campurtangan dan pelanggaran kuasa politik. Ini semua sepi dari dilaporkan oleh akhbar nasional.

Dengan keadaan ini saya menyeru berlaku pemboikotan besar besaran oleh semua pembaca, penulis dan pengkritik ke atas beberapa akhbar nasional terutamanya Utusan Malaysia dan juga Berita Harian. DBP mesti kembali berperanan dengan lebih aktif dan agresif. Mesti lebih bebas dan cergas. JIka DBP juga bacul maka Bahasa Melayu hanya akan dikenang dalam sejarah perjuangan dahulu kala. Tidak lagi bersemi di bumi sendiri. Saya harap penulis baru tidak lagi menghantar karya di Utusan Melayu, Berita Harian. Saya rasa kadang kadang majalah pop seperti URTV dan MANGGA lebih sedikit kerosakannya dari akhbar utama Malaysia.

Majukan bahasa kerana agama. Perlihara agama bangsa terjaga.

Saturday, March 07, 2009

Utusan Penipu.


Utusan laporkan ada 5000 orang jer. Harakah plak kata 150 000 kalau tgk dari gambar mana satu kita nak percaya? dah jadi macam ni baru Pak Lah nak suh buat keputusan. Adeh.

Friday, March 06, 2009

Perancangan Awal Barat yang Gagal di Sudan.

Sudan sememangnya menjadi sasaran barat kerana menyatakan sokongan kepada HAMAS dan mujahidin di seluruh dunia dalam setiap konflik barat dan Islam. Ini menggusarkan barat dan sangat mengancam mereka apabila Sudan semakin maju dengan minyak dan kestabilan Politik yang semakin baik.

Darfur dijadikan isu perkauman. Bermula dari situ mereka menjangkakan akan dapat menekan kerajaan dan melagakan pengaruh politik dalaman Sudan. Setelah mereka beroleh beberapa kepala munafik di Darfur yang lebih popular dengan pengajian Al Quran dan penternakan. Akhirnya mereka mencipta fitnah yang sangat jauh dari peribadi presiden Sudan. Mereka menuduh beliau sebagai penjenayah perang dan telah mengakibatkan kematian 300 ribu nyawa sejak 2002. Beliau jua tidak terlepas dari tuduhan merogol beramai-ramai. Ini semua bertentangan sekali dengan Basyir yang merupakan seorang pemimpin Islam yang berusaha melaksanakan sistem Islam di Sudan.

Barat menjangkakan selepas pengisytiharan waran tangkap Untuk Basyir akan berlaku perang saudara ataupun rusuhan yang bakal menjadi lesen untuk mereka menceroboh negara ini. Tetapi sangkaan itu meleset sama sekali. Mereka kemungkinan akan terpaksa menarik balik kes ini atau menangguhkannya. Kita akan tunggu dan lihat.

Sebelum ini saya masih meragui keikhlasan perjuangan Basyir dalam melaksanakan Islam. Tetap apabila keluarnya waran tangkap dari ICC maka jelaslah beliau benar-benar berusaha ke arah mengislamkan pemerintahan Sudan. Ini kerana banyak ayat Al Quran menegaskan bahawa orang kafir ini takkan redha dengan Orang Muslim selagi mereka tidak menuruti agama lain. Ini jelas dalam hubungan baik Amerika Mesir, Saudi dan bermacam negara teluk lain. Tetapi kenapa Sudan dimusuhi? kenapa Sudan dikenakan sekatan?

Ini kerana Sudan menyokong Hamas. Ini kerana Sudan membuka gerbang dakwah ke seluruh Afrika. Ini kerana Sudan mengukuhkan ketenteraan dan menolak sebarang pelaburan barat dalam membangunkan negaranya. Lebih tepat Sudan mengamalkan Islam sekadar kemampuannya. Sudan tidak mewajibkan wanitanya berfurdah. Sudan tidak mengharamkan rakyatnya berhibur. Sesiapa yang menetap di Sudan tidak akan melihat perbezaan besar antara Islam di Malaysia dan di Sudan. Tetapi disebalik tabir Islam disanjung dan disemat baik dalam masyarakat. Sistem pendidikan Sudan diepnuhi dengan Asas asas Islam. Dari sekolah rendah rakyatnya didedahkan dengan Tafsir dan Hadith. Namun ini semua memerlukan masa kerana kewangan yang terhad dan juga kepakaran yang sedikit.

Saya yakin Sudan mampu pergi jauh jika mereka mengekalkan cara hidup sebegini. Jauh bukan seperti MAlaysia jauh yang akan menyesatkan. Kita lihat apa kemajuan lakukan pada anak bangsa kita. Dulu anak luar nikah sangat mengaibkan sehingga mampu membawa kepada bergolok berparang. Tapi kini ianya kebiasaan bakan bagi kalangan anak muda kini tidak berpacaran adalah satu keaiban. Inilah yang membuat saya menaruh harapan agar Sudan maju materialnya tetapi kukuh moral mereka.

Bagi saya ICC ini satu ujian dan juga teguran Allah kepada Basyir agar menjaga Islam dalam dirinya dan rakyatnya. Saya lebih sayangkan Presiden Sudan dari PM MAlaysia. Entahlah kenapa perasaan ini begitu. Sedangkan sekalipun saya belumpernah bersalaman dengan Basyir. Sekalipun Basyir belum pernah melihat wajah saya. Bukan kerana itu tetapi mungkin kerana cita-cita saya ada kaitan dengan apa yang Basyir usahakan. ALLAH engkaulah yang memelihara HambaMu.

Thursday, March 05, 2009

Mahdi Akif : Mahakamah ICC anti Arab.


Setelah mahkamah ICC memutuskan pengesahan waran tangkap untuk Basyir semalam Rata rata pendukung politik Islam mengutuk mahkamah itu dan mempertikaikan keputuisannya yang jelas menunjukkan sikap anti Islam dan Arab.

Mahdi Akif yang merupakan mursyidul am Ikhwan di Mesir menyatakan bahawa semua negara Arab mesti menarik diri dari menjadi anggota mahkamah jenayah antarabangsa itu sebagai protes kepada tindakan terhadap basyir yang dianggap sebagai anti Arab.

Manakala naibnya mempertikaikan di mana Mahkamah ICC ketika Ghaza diganyang oleh Israel dan apakah tindakan kepada penjenayah perang Israel ehud Olmert dan lizniy?? Muhammad Habib merupakan naib mursyidul Am ikhwan di Mesir.

Tunjuk perasaan mengutuk pengadilan berunsurkan politik ini turut diadakan di Jordan,Lubnan dan Palestin. China menggesa PBB menghentikan keputusan Mahkamah jenayah antarabangsa. manakala Amerika menyeru agar Sudan men\uruti keputusan MAhkamah.

Bagaimanapun naib presiden 2 Ali Usman Toha menyatakan Basyir tetap akan menjalankan tugas sebagai presiden Sudan seperti biasa dan mahkamah jenayah perlu berurusan dengan kementerian dlaam negara. Adapun kesatuan Afrika akan bersidang di Addis Ababa bagi mencari penyelesaian bagi kes Basyir dan ICC. Ali Usman Toha turut menyatakan Khartoum akan meletakkan isu ini di bawah skop memebebaskan Sudan dari sebarang penjajahan kuasa asing.

Disamping itu Naib presiden 2 ini turut menegaskan negara-negara Arab dan Afrika serta kumpulan negara negara G77 menyokong Basyir dan ia bukanlah satu Mujamalah atau cakapa kosong tetap[i sebagai bukti ketuanan Sudan diiktiraf dan diperakui dunia luar yang bebas dari cengkaman Yahudi dan AMerika.

Wednesday, March 04, 2009

Al Aqsa diancam

Israel telah bersedia untuk menggali dua terowong di bawah masjid Al AQsa yang di bawah jajahan mereka.Mereka telah mula mengeluarkan amaran agar 55 keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka di Utara bandar Al Quds. mereka juga telah mempersiapkan plan bagi membina ribuan penempatan baru di bandar itu.

Yayasan waqaf dan Turas Al Aqsa melaporkan bahawa yahudi sedang menggali
dua terowong baru bagi menghubungkan Al Aqsa dan Hayy Syarif ; iaitu sebuah perkampungan palestin yang telah dirampas Yahudi pada tahun 1967dan dinamakan perkampungan Yahudi di Medan Buraq barat Masjid Al Aqsa.

Perincian Projek.

menurut sumber dari Palestin panjang terowong pertama adalah 56 meter dan terong kedua 22meter. Pihak berkuasa Israel telah merancang supaya dibina laluan elektronik bg terowong melintang dan lift bagi terowong menegak. sebagai perancangannya bagi memudahkan pengunjung Yahudi dan orang asing bagi melawat masjid al Aqsa dan Medan Buraq.

projek ini di jangka memakan belanja 2.5 bilion US.

Rakyat Sudan Menyokong Presidennya.


Setelah mahkamah antarabangsa ICC mendakwa AL basyir sebagai pencetus Genocide atau penghapusan etnik di Darfur  pendakwa raya occampo  telah berjaya mendapatkan waran bagi al basyir bagaimanapunj hari ini 4 march 2009 adalah hari penentuan bagi pendirian mahkamah antarabangsa mengenai isu tersebut.
Kebarangkalian untuk kes ini pada hari ini ada 3. Mahkamah menolak pendakwaan, mahkamah menerima kesemua pertuduhan dan yang ke tiga mahkamah menerima sebahagian dari pendakwaan.
Bagaimanapun Bashir menyatakan beliau akan mengabaikan pertuduhan yang tak berasas itu sekalipun morinho occampo mendakwa beliau memiliki bukti kukuh. Sekiranya Basyir didapati bersalah beliau akan diberkas sebaik sahaja meninggalkan sempadan Negaranya ini berikutan kedudukan beliau yang kukuh dalam sokongan rakyat sudan.
Bekas musuh utama kerajaan Sudan yang kini merupakan naib presiden satu Sudan Salfakir menyatakan tidak menjadi persoalak\n tindakan mahkamah antarabangsa untuk mengadili Basyir tetapi bagaimana mungkin basyir sebagai ketua kerajaan akan dihukum? Jika ICC menganggap menangkap Basyir adalah perkara yang mudah dan menyelsaikan masaalah kita akan lihat apa yang berlaku nanti.
Bagaimanapun dalam ucapannya ketika merasmikan pembukaan empangan terbesar di Sudan Basyir menyatakan Waran tangkap ke atasnya tidak akan merencatkan kemakmuran dan proses keamanan di Sudan. Bahkan Basyir mempertikaikan jenayah perang ke atas Iraq yang dilancarkan oleh Bush kenapa tidak diambil tindakan sedangkan satu dunia mengetahui Senjata berbahaya yang didakwa ketika Amerika masuk ke Iraq sampai hari ini tidak dijumpai. Begitu juga jenayah social yang disebabkan Amerika di Afghan. Ahmadi Najad dalam mengulas masalah ini mempertikaikan apakah yang ICC lakukan pada penjenayah Perang di Ghaza>???

Tuesday, March 03, 2009

Matahari Alam.

Kelam malam berarak hilang.
Suria tamadun menjengah terang.
Benua Arab meriah riang.
Buana semua syukur girang.

Suria ini bukan mentari sebarang.
Cahayanya abadi siang dan malam.
Cerah seluruh alam.
Maya yang tandus kembali subur.

Sinar gemilang dari bukit cahaya.
Malaikat mulia bawa berita.
Hira' jadi gerbang langit.
Mengikat bumi dengan risalah.

Kala insan bagai haiwan.
Kau muncul bawa seruan.
Mengangkat manusiawi memimpin jagat.
Dari kota pelita menakluk Timur dan barat.

Wahai nabi lahirmu bagai menyeri mentari.
Menyuluh batin maknawi alam.
Menyalur rahmat sekalian ummat.
Wahai nabi sungguhlah engkau Muhammad
yang dipuji sampai kiamat.

Siddiq Osman
7 Rabiul Awal 1430 Hijrah
Tahun Ghaza

Syarmi Syeikh sekali lagi menjadi sarang Mahmud Abbas dan sekongkolnya.

Sekali lagi hak HAMAS terhadap Ghaza dibelakangkan ABBAS dan sekutunya. Dalam perjumpaan lebih 80 negara HAMAS tidak dijemput untuk membincangkan menngenai pembangunan semula Ghaza. Seperti biasa Hosni Mubarak akan menyebelahi Mahmud Abbas dalam menentukan kocakan politik di Palestin. Walaupun satu dunia telah menyaksikan HAMAS yang mengusir rejim Israel dari Ghaza tetapi semua pihak dengan terang menafikan keupayaan HAMAS dalam menjaga kemaslahatn Ghaza. Bahkan pengkhianat dan korup seperti Abbas akan diberi mandat.

Ini diperkemaskan lagi dengan syarat bantuan Amerika bahawa ia tidak mahu satu senpun duit dari nya sampai ke tangan HAMAS. Bagaimanapun HAMAS telah berjaya mendapatkan sokongan untuk menyatukan kumpulan kumpulan pejuang bagi merangka pembentukan kerajaan Palestin sementara menanti kemunculan pilihanraya.

Saya tertanya-tanya sampai bila munafik-munafik ini akan ALLAH simpan dalam karung kemewahan dunia. Tetapi jawapan yang saya dapati dari Surah Al Munafiqun menafikan soalan saya. Semoga Umat Islam kembali celik AL quran dalam menilai isu semasa dan dunia. Selamat membuka ALquran dan mendapat jawapan darinya.

Monday, March 02, 2009

Pengasas HAMAS dalam kenangan,


  •  
    Ahmad Ismail Yassin telah dilahirkan pada 1938 di  selatan tebing Ghaza  dan berhijrah bersama keluarganya ke ghaza pada 1948.
  • Dia telah mengalami lumpuh seluruh anggota badan akibat kemalangan semasa melakukan riadhah. 
  • beliau mengajar bahasa Arab dan pendidikan Islam, kemudian menjadi khatib dan mengajar di Masjid di Ghaza, beliau dikenali sebagai seorang khatib yang lantang di seluruh Ghaza dalam mengutuk Penjajahan Israel. .
  • Beliau juga telah bertugas sebagai pemimpin bagi kesatuan Islam di ghaza.
  • Syeikh telah ditangkap pada tahun 1983 oleh  penjajah atas tuduhan menyeludup senjata dan menubuhkan angkatan tentera serta dituduh berhasrat menghapuskan kewujudan negara Israel dan di penjarakan selama 13 tahun. 
  • Bagaimanapun Syeikh dilepaskan setelah 11 bulan dipenjara pada tahun 1985 hasil pertukaran tawanan antar kerajaan Palestin dan Yahudi.
  • Syeikh bersama beberapa aktivis Islam yang lain mengasaskan HAMAS pada tahun 1987.
  • Israel telah menyelongkar rumahnya dan membawanya bersama kerusi  roda ke sempadan Lubnan dan menafikan kerakyatannya pada 1988..
  • pada malam 19-5-1989 Syeikh Yassin dan ratusan pengikut Hamas telah ditangkap atas tujuan menghentikan serangan bersenjata ketika itu.dan ramai pekerja telah dibunuh..
  • pada 16/10/1991 Syeikh Ahmad Yassin telah didapti bersalah oleh mahkamah tentera Israel dan dihukum penjara seumur Hidup dan ditambah 15 tahun atas 9 pertuduhan dan diantaranya menubuhkan HAMAS dan sayap ketenteraannya serta menyeludup senjata.
  • Syeikh Ahmad Yassin yang mengalami kelumpuhan seluruh anggota badan turut mengalami penyakit-penyakit lain seperti kehilangan penglihatan mata kanan  dan  lemah penglihatan mata kiri dan berbagai penyakit lain mengakibatkan beliau sering keluar masuk hospital.
    pada 13-12-1992 Kataib Al Qassam telah meletupkan bebrapa post tentera Yahudi sebagai membalas penangkapan Syeikh Yassin dan menuntut pembebasan Tawanan kurang upaya oleh Israel.,
  • Syeikh Ahmad Yassin telah dibebaskan pada tahun 1997 setelah perundingan antara kerajaan Jordan dan Israel berjaya melakukan tawar menawar bagi pertukaran agen Mossad yang ditawan oleh HAMAS di Jordan.