Kekalahan yang serius pada PRK kali ini mempamirkan masa depan yang sukar untuk UMNO bawah kepimpinan baru mneruskan langkah di semenanjung. Untuk melebarkan sayap UMNO di Sarawak dan Sabah adalah sukar kerana UMNO hanya untuk orang melayu yang masih percaya pada cara hidup sekular.
Kekalahan BN di semenanjung bukan semata kerana UMNO tetapi sebenarnya Malaysia sudah menjadi negara yang berpenghuni matang. Berpolitik bukan atas dasar bangsa dan kaum. Tetapi atas dasar isu dan kredibiliti. Saya kira UMNO dan pakatannya perlu berhenti memainkan isu perkauman kerana racist adalah satu pegangan yang ditolak oleh orang yang bijak. BN yang terbina dari 3 parti besar berunsurkan kaum dan parti parti idealisme kecil lain kelihatan semakin mengecut dan mengecil.
Kemenangan PR saya kira sebab utama adalah harapan yang diberikan lebih menggiurkan dan dijelaskan dalam logik yang sampai. Sebab lain mungkin kerana perkataan Pakatan Rakyat itu sendiri. Seolah olah pembangkang negara ini adalah semua rakyat dan yang dibangkang adalah kerajaan iaitu BN. Ini kerana BN sering menggunakan perkataan kerajaan Barisan Nasional. Jadi yang bukan ahli BN jangan mimpi nak merasai kemudahan kerajaan BN. Sepatutnya kerajaan Malaysia. Sikap membodohkan rakyat yang diamalkan oleh kerajaan sangat membantu kepesatan PR. Apatah lagi dengan penglibatan media yang sangat memutar belit. Tidak cukup dengan pendustaan yang diluluskan dalam media massa perdana KDN yang merupakan kuasa BN kini menggunakan kuasa undang-undang sepenuhnya bagi menyekat kemaraan PR. Ini adalah menambahkan lagi simpati rakyat kepada PR. ISA dikenakan pada orang orang PR sebenarnya memburukkan imej BN lebih dari apa yang tahanan ISA mampu lakukan di luar penjara.
PR semakin mekar di hati rakyat setelah isu MB Perak. Kenapa? kerana rakyat tahu apa yang berlaku. Rakyat lihat dan baca kehilangan dua DUN. BN gagal membuktikan tiada sebarang perancangan dalam merubah pendirian 2 DUN ini. Anwar pernah menimbulkan kes lompat parti tetapi kenapa dia tidak teruskan? Ini patut difikirkan oleh BN. Bukan menyatakan dulu Anwar pun nak buat macam ni. Langkah ini satu langkah yang dianggap bodoh dalam mendapatkan pengaruh apatah lagi simpati. Rakyat Malaysia bukan lagi kaum atau masyarakat yang buta huruf. Kita sudah ada puluhan ribu BLog mungkin ratusan ribu.
Saya rasakan jika Najib tak mampu membawa apa apa perubahan, Najib perlu bersedia menguburkan BN dan UMNO dengan sebaiknya. Rakyat tidak kisah siapa pemimpin tetapi rakyat akan kisah jika negara yang dihuni semakin tidak aman, semakin mahal dan semakin menekan. Rakyat hanya mahukan sebuah kerajaan yang membela nasib rakyat. Rakyat tidak peduli negara dikenali oleh dunia atau tidak yang penting Malaysia aman didiami dan makmur.
Rakyat yang mahukan ISlam kembali menjadi sistem.
No comments:
Post a Comment