Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, April 15, 2009

Ukhuwwah Fillah.

sebentar tadi ada seorang junior tanya ttg bahan untuk dia refresh berkenaan Ukhuwah. Sebelum aku mencari bahan bantuan untuk dia aku rasa aku perlu refresh apa yang aku faham tentang ukhuwwah.

Ukhuwah : persaudaraan.

Ukhuwwah Islamiyah : Pertalian yang diikat antara dua individu atas dasar Aqidah.

Inilah yang dinyatakan dalam surah al Fateh  :
"Muhammad itu utusan Allah dan mereka yang bersamanya tegas terhadap orang-orang kafir berkasih-sayang sesama mereka..."
Ukhuwwah mempunyai peringkat dan tahapnya. Serendah-rendah tahap ukhuwwah Islamiyah adalah bersangka baik sesama muslim manakala peringkat tertinggi adalah Itsar. Inilah Islam, cara hidup yang diasaskan dari kasih sayang. Islam tidak pernah menganjurkan permusuhan dan budaya berpecah belah. Ini jelas dalam firman Allah dalam surah Al Hujuraat:

"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." 
Selaras dengan itu orang beriman seharusnya memahami konsep ukhuwwah dalam Islam. Jika kita rujuk penubuhan negara Islam pertama di Madinah an Nabawiy. Selepas mendirikan masjid sebagai pusat ibadah dan pemerintahan Nabi mempersaudarakan setiap orang mukmin dengan mukmin yang lain. Menyatukan Aus dan Khazraj yang dah beratus tahun bersengketa. Menyatukan Muhajirin dan Ansar yang dari daerah hidup yang berbeza. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh sesiapa yang ingin membentuk negara yang makmur. Menyediakan medium sosial yang kemas dan kukuh. Setelah Ukhuwah di kalangan muslim disusun kemas barulah perjanjian dengan orang belum Islam diikat dalam piagam Madinah.
Jadi, Ukhuwwah adalah asset yang sangat penting dalam pembaharuan tamadun manusia atau revolusi ketamadunan yang diutuskan dari langit atas nama Islam. Ukhuwwah yang sangat penting ini tidakkan terhasil melainkan dengan tarbiyah yang panjang dan tersusun. Pernah satu ketika Rasulullah menegur sahabat dengan tegas dalam peristiwa antara Abu Dzar dan Bilal. Kisahnya begini; Bilal telah mengadu kepada Rasulullah yang Abu Dzar telah memanggilnya wahai anak orang hitam, Lalu Rasulullah memanggil Abu Dzar dan memastikan aduan Bilal setelah diakui Abu Dzar Rasululllah berkata kepadanya " Sesungguhnya pada hati kamu masih ada karat jahiliyyah." Sambil menangis Abu Dzar meminta Bilal memijak kepalanya kerana terlalu takut beliau untuk kembali kepada jahiliyah setelah diberi hidayah.
Tarbiyah inilah yang kita perlukan. Tarbiyah hati, tarbiyah yang hidup. Bukan sekadar menghafal dalil dan mengingat teori ukhuwwah tetapi kita menghadhaminya dan melahirkannya dalam amalan. 
Ukhuwah boleh diusahakan melalui beberapa siri tarbiyah. 
  1. Taaruf, kita mulakan dengan perkenalan dan ini boleh dibentuk dalam pertemuan dan perbualan atau surat menyurat. 
  2. Tafaahum, langkah kedua memahami, ini boleh kita raih dengan berkunjung ke rumahnya, mengadakan lawatan bersamanya, untuk lebih mendalam bagi memahami seseorang kita perlu usahakan untuk menghabiskan lebih dari 24 jam bersamanya. Seorang saudara yang baik mereka faham apa kesukaan dan perkara yang tidak digemari saudara mereka. 
  3. Takaaful inilah peringkat ukhuwwah dibuktikan. Kita saling membantu dan melengkapi. Di sinilah keakuan atau ananiyah dibuang dari diri kita. Inilah yang disebut pengorbanan kita perlu prihatin terhadap saudara kita. Cari kekurangannya untuk kita lengkapkan dari segi material, intelektual dan juga spritual barulah keseimbangan sosial akan terbina dengan cantik dan makmur.
Selain itu, langkah terawal yang nabi pandukan dalam hadis baginda adalah:

"apakah mahu aku tunjukkan kamu jalan untuk mengikat ukhuwah?" sahabat menjawab "ya, Wahai Rasulullah!" "sebarkanlah salam di antara kamu."

dalam hadits yang lain Rasulullah berkata:

"bertukar tukar hadiah nescaya kamu akan bertukar tukar kasih."
sebelum kita tutupi diskusi ini mari kita soroti martabat Itsar yang kita sebutkan dalam awal bicara tadi. Bersabda Rasulullah:
"tidak beriman seorang dari kamu sehinggalah ia menyukai bagi saudaranya apa yang disukai bagi dirinya."
walaupun Ulama menyatakan tidak beriman di sini bukan beerti kufur, melainkan ianya membawa maksud kurang atau tidak sempurna, tetapi ia masih menunjukkan betapa pentingnya hubungan sesama saudara mukmin pada hadith itu. Mari kita renungkan Sirah Itsar yang paling masyhur.
Kisah ini berlaku pada akhir peperangan Yarmouk. perlu diketahui peperangan Yarmouk antara peperangan yang sangat sukar dalam sejarah pengembangan Islam. Telah ditugaskan seorang sahabat untuk mencari prajurit Islam yang masih hidup untuk dirawat dan diberi minum. Maka bergeraklah sahabat tadi di kawasan bekas pertempuran di medan Yarmouk. Sehinggalah dia menjumpai seorang sahabat yang mengerang meminta air. Setelah dihampiri sahabat itu dia menuangkan air, belum sempat sahabat itu meneguk air terdengar sahabat lain mengerang dahagakan air, Sahabat yang belum meneguk air ini menyuruhnya mendahulukan sahabat tadi. Sampai kepada yang kedua berlaku perkara yang sama terdengar sahabat yang ketiga pula meminta air. sampai pada yang ketiga kedengaran yang pertama pula memohon air sahabat yang ketiga mendahulukan sahabat yang pertama. Akhirnya mereka semua syahid kerana mendahulukan sahabat mereka lebih dari nyawa mereka sendiri.
Aku menyeru diriku dan juga pembaca untuk kita pindahkan pengetahuan ini kepada amalan. 
Selesai refreshment terhadap ukhuwwah.

No comments: