Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, December 17, 2009

Salam Tahun 1431H

Entahlah kenapa perlu berasa seronok setiap kali tahun baharu? Sedangkan apa yang aku rasakan kini hanya kesedihan dan kemurungan. Mungkin kerana diri kurang amal soleh sedangkan umur kian bertambah bersama dosa dan noda. Moga Allah ampunkan di tahun ini. Semoga Allah pertemukan aku dengan puasa Asyuraa.

Aku juga tidak pasti apakah umat harus bergembira menyambut tahun baru ini? Ya Iraq sudah kembali terbina, Pengunduran dari Afghan sudah mendapat suara di Senat Amerika. Tetapi sehingga kini Ghaza sudah 3 tahun dikenakan sekatan. Somalia masih bergolak dan yang pasti khalifah islamiyah masih jauh dan kabur.

Owh Untuk pelajar malaysia di Sudan seronok kerana dapat jubah-jubah baru dan juga teman-teman haji sudah kembali.

Entah kenapa setiap tahun baru perlu ada azam yang baru sedangkan azam yang sudah sudah masih menjadi azam bukan kenyataan. Apakah azam dan angan-angan sudah seerti?

Apapun Salam 1431 Hijrah.

3 comments:

Nurlulu said...

Salam tahun baru :)

penjejak said...

salam..sungguh menarik ttng cerita palestin yang banyak tersembunyi..huhuhu..sekarang baru kita boleh celik mata lusa2...pikir sedalam-dalamnya,,,muhasabah diri yang hina

rimbunanrindu said...

salam perjuangan...