Setelah gagal melumpuhkan HAMAS Israel seperti dijangka berputus asa dan mencuba stratergi diplomasi dan propaganda dengan menghentikan serangan bermula dari pihaknya sedangkan mereka sedang menduduki Palestin dengan haram.
Kata menterinya Levy kononnya mereka telah menang dalam misi kali ini. Bagaimanapun saya menyetujui kenyataan Ismael Haniyeh ketika mengatakan HAMAS dan pihak pembebasan Palestin telah menang kali ini sehingga Amerika terpaksa menyuarakan agar Israel menghentikan serangan ketenteraan dan pulihkan imej binatang mereka. Bagaimanapun Ismael menyatakan kemenangan kali ini menjadi bukti penyatuan bangsa Palestin di Ghaza.
Saya melihat inilah hasil apabila menyisihkan pandangan munafiq seperti Mahmud Abbas dan Husni Mubarak. Mereka kini sedang menyalak untuk dilihat sebagai hero dunia. Rakyat Palestinlah sebenar benar saksi dari mana nusrah itu datang. Adakah dari penjual darah atau pemayung seperti HAMAS dan Jihad Islamiy. Qatar memainkan peranan yang patut dipuji walaupun belum dapat menyatukan bangsa Arab namun ianya cukup menggerunkan musuh apabila Arab bersidang walaupun tanpa kehadiran Saudi, Kuwait, Mesir dan Mahmud Abbas. Keempat-empat boneka Amerika ini kemungkinan hilang suara jika peperangan ini berterusan.
Bila anjing sudah hilang suara tuannya akan mencari anjing baru atau melupuskan mereka. Inilah peranan pengunduran Israel. Menjaga air muka Anjing-Anjing dari tanah Arab. Saya tak kecualikan anjing yang kuat menyalak di sebelah asia timur. Apapun segala puji dan puja kepada Allah kita angkatkan kerana masih mendengar rintihan kita. Kemenangan kali ini adalah permulaan nusrah sahutlah dengan tasbih dan Istighfar semoga Allah hinakan musuhNya dan sekutu mereka.
No comments:
Post a Comment