Wednesday, January 07, 2009
Israel Yakjuj Makjuj
7 Januari. Ghazza semalam Israel seperti kebiasaannya melakukan jenayah perang meletupkan sekolah penempatan sementara mangsa perang dari kalangan orang awam di bawah naungan UN. Semalam sahaja 40 orang, 0rang awam syahid. Ini menambah bilangan Kematian kepada lebih 600 orang manakala mangsa yang cedera kini di ambang maut kerana keupayaan perubatan hampir lumpuh.
Ghazza menggunakan elektro diesel. Kini diesel hampir tiada di Ghazza ini melumpuhkan keupayaan elektrik sekaligus merumitkan lagi kerja kerja bantuan kesihatan. Selain doa gesaan politik ke atas negara-negara arab di sekitar Ghazza kian menampakkan perkembangan yang baik. Tetapi sehingga takat ini saya menganggapkan usaha usaha ke arah menamatkan kebinatangan Israel ke atas Ghazza sangat lembab dan malas.
Hezbollah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jordan mengesyaki tujuan serangan kali ini. Menterinya menyatakan kerajaan Jordan menghidu agenda di sebalik serangan ke atas Ghazza, seolah di sana ada agenda yang akan melibatkan semua negara Arab. Nicholas Sharkouzi seolah-olah menyatakan Israel menyerang sebagai tindak balas ke atas HAMAS. Seolah-olah Israel sememangnya jiran yang baik.
Penunjuk perasaan di san'aa menuntut Mesir membuka sempadan bagi mujahidin dari seluruh tanah Arab membanjiri Ghazza dan melenyapkan keangkuhan Israel. Bahkan di Dubai rakyat yang menunjuk prasaan merantai tangan mereka sebagai simbolik kepada kebisuan negara Arab. Menteri Luar Venezeula mengatakan Israel kini sedang mengulangi sejarah holocaust yang menimpa nenek moyang mereka. sepatutnya mereka mengambil pengajaran dari penderitaan mereka.
Hari ini hari kelima pertempuran darat namun, Israel masih gagal menembusi benteng mujahidin Saraya Quds dan juga sayap bersenjata HAMAS. Bahkan dilaporkan dari kedua-dua kumpulan mujahid bahawa serangan udara terpaksa berundur setelah beberapa helikopter Israel ditumpaskan. Kini sesiapa sahaja yang berada di Ghazza menjadi sasaran bom Israel. Kanak-kanak, orang Awam bahkan sukarelawan dan wartawan juga menjadi mangsa.
Mahkamah dunia ICC yang baru-baru ini bising kononnya mempertahankan kemanusiaan di darfur kini bisu seolah tiada apa yang berlaku. Mungkin kerana Israel tidak berada dalam senarai negara Islam atau Palestin bukan salah satu negara minyak. Amerika sekadar menjadi patung besar yang digantung terbalik. Dunia sepatutnya bertindak menjatuhkan kuasa besar yang tidak ada fungsi.
Saya akan sambung lagi dengan laporan lain selepas ini, sekian.
Label:
palestina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment