Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, January 07, 2009

Isu Rentetan.



Sedikit Info di sini. Israel kini menggunakan sejenis senjata kontroversi yang mengandungi fosfur putih yang boleh mengakibatkan kelecuran dan kematian. Senjata ini masih dalam proses pengharaman tetapi belum diharamkan kerana Pentagon sendiri menggunakannya di Iraq pada 2005. selain Israel dan Amerika bahan ini juga digunakan oleh Russia. bahan ini digunakan bagi menggantikan senjata kimia yang telah diharamkan. Sedarlah umat. Kini keputusan di dunia Kuffar yang jahil yang tetapkan.

Rafah, sempadan yang menghubungkan Ghazzah dengan Mesir. Mesir akan menutup sempadan ini setiap kali pertempuran yang membabitkan Palestin dan Israel berlaku. Inilah hasil dari perjanjian antara yahudi dan Mesir suatu masa dahulu yang setia digenggam hukumah Mesir. Kini Mesir menyenaraikan cadangan bersama Perancis untuk dikaji oleh Palestin dan Israel. Israel masih mengkaji gencatan sementara (3 jam) ini tetapi Perancis menyatakan Israel telah bersetuju menerimanya. Manakala wakil Hamas di Lubnan menyatakan HAMAS masih mengkaji saranan-saranan Perancis, Turki, Mesir dan Syria. Apa yang HAMAS mahukan adalah pengunduran sepenuhnya tentera Israel, Mesir membuka sempadan Rafah.

Israel menyatakan tujuan serangannya kali ini adalah bagi melumpuhkan sayap tentera HAMAS yang didakwa menganggu ketenteraman Israel. Ini seolah olah Israel mahu menjadikan Ghazzah harimau yang dicabut kuku dan taring kemudian di kurung dan bila Israel berasa mahu bergomol dia masuk dan membelasah semahunya, apabila dia puas dia keluar. Namun dunia barat menganggap HAMAS sebagai berdegil dan bodoh kerana membedil Israel. Bahkan ada kalangan orang Islam turut merasi hal yang sama.


Israel menyatakan setelah mempelajari dari pengalaman peperangan dengan lubnan kini mereka menggunaka taktik penentangan besar besaran. Iaitu menggunakan serangan pmusnah sebanyak mungkin. ini bagi mengelak kerugian di sebelah mereka. Jika mereka mendapati suatu bangunan yang disyaki menjadi sarang HAMAS mereka akan meletupkan bangunan itu kemudian akan merobohkannya dengan jentera tolak. inilah taktik penakut yahudi. Mereka belajar dari kekalahan mereka agar menjadi lebih takut. Yakinlah saudara-saudara kita cuma perlukan ruang bernafas, mereka adalah pejuang-pejuang berani dan akan menjahanamkan musuh |Allah yang penakut ini. Doakan kesabatan mereka dan kemenangan Islam.

Kini sudah 700 orang telah syahid manakala lebih 3000 cedera. pejuang yang gugur sekitar 50 orang sahaja, ini bermakna baki syuhada adalah rakyat yang tidak bermaya. Sebahagian besar dari Syuhada adalah wanita dan kanak-kanak. 
Jihad perlu dicanang semula. Hiburan mesti dihentikan.

No comments: