Kini Paramedics terpaksa bekerja keras bagi membersihkan angkara Yahudi. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan sebanyak mungkin mangsa pengeboman Israel. Menurut jurucakap Hospital Asy Syifa' kesulitan dalam mengumpul mangsa adalah kerana pengeboman berlaku di merata-rata dan jauh di pendalaman. Alhamdulillah Ambulan mencukupi tetapi mereka terpaksa berjalan kaki ke kawasan mangsa sejauh 3 kilometer bagi membawa mangsa ke ambulan. Ini melambatkan proses pemindahan mangsa ke Hospital. Ramai dikalangan mangsa tidak dapat diselamatkan kerana kelengkapan yang terhad.
Tekini:
Sigmond Peres menuduh Iran sebagai pembekal senjata kepada HAMAS dan mengecam Iran.
Israel berkemungkinan menolak cadangan Mesir mengenai gencatan senjata sementara.
PBB menafikan dakwaan yahudi yang mengatakan ada Pejuang bersenjata di Sekolah tempat perlindungan mangsa di bawah naungan PBB yang diserang semalam.
HAMAS menyatakan setiap cadangan pasti dikaji terlebih dahulu sebelum diputuskan diterima atau tidak, HAMAS berpendapat barat pasti akan menyetujui segala cadangan yang akan melemahkan mujahidin di Palestin dan menyebelahi Israel.
Israel menggunakan jet pengebom bagi melancarkan sasaran sasaran yang disyaki, selain itu jet radar yang menjadi pengacau juga digunakan bagi menganggu komunikasi antara pejuang Palestin.
No comments:
Post a Comment