Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, January 30, 2009

Iraq mencari Pemimpin Somalia bertukar kepimpinan.

Iraq kini dalam proses pilihanraya bagi menggantikan kerajaan sementara yang ada. Semalam 3 orang calon bagi pilihanraya negeri negeri telah dibunuh menyebabkan pihak keselamatan memperketatkan pengawasan. Persoalan di sini apakah pendirian Iraq selepas ini? Apakah anti Amerika dan Yahudi seperti Saddam atau menjadi barua Amerika seperti Negara Teluk yang lain. Persoalan ini sebenarnya sudah ada pembayangnya. Amerika walaupun di bawah Presiden baru namun dasarnya tidak jauh berbeza.

Rakyat Iraq kini dipaksa memilih antara yang teruk dan yang kurang teruk. Proses Pilihanraya yang berlangsung di bawah pantauan barat adalah satu proses penyerahan tugas dari penjajah kepada barua penjajah. Bezanya kulit isinya sama. Inilah yang berlaku di rata-rata negara Islam.

 
Syeikh Syarif Syeikh Ahmad.

Somalia yang sering disisihkan dari isu politik dunia kini telah tamat pemilihan Parlimen yang menampilkan 14  calon dari 550 anggota parlimen yang telah tamat dengan pemilihan bekas pemimpin Ittihad Mahakim Islami yang memerintah Mogadishu pada 2006 sebelum kemasukan tentera Ethiopia. Syeikh Syarif Syeikh Ahmad dengan menifestonya yang membawa harapan baru kepada politik di Somalia bersetuju untuk mengadakan perjanjian damai dengan Ethopia dan menjamin bahawa kerajaan Somalia akan berlandaskan Syariat Islam. Ini bukanlah satu kejutan kerana Somalia adalah negara 100% muslim. Persoalannya sampai bilakah Somalia akan menjadi negara bebas dan sejauh manakah pengamalan Syariah akan dibiarkan oleh anti Islam di sekitar Afrika.

Somalia merupakan satu negara yang mempunyai sistem pendidikan yang agak unik kerana asas pendidikannya adalah menghafal Al Quran sebelum melangkah ke alam akademik. Jika kita melihat kepada generasi baru Somalia kita akan dapati mereka sangat-sangat memberi harapan kepada dunia Islam. Tetapi siapakah di kalangan dunia Islam membantu mereka menghadapi cabaran globalisasi yang menjanjikan penindasan dan kerosakan.

No comments: