Setelah Israel menerima tamparan yang hebat di darat dengan kejayaan tentera muqawamah Palestin yang dianggotai oleh 3 sayap pergerakan Islam iaitu Kataib Al Qassam dan juga Saraya Al Quds. Pertempuran darat sengit di Jabaliyaa, Hayy Zaitun, Rafah dan Hayy Tufah. Sehingga kini Israel hanya mampu meletupkan perumahan orang awam. Yang merupakan sasaran kedua tentera Zionis yang disokong dunia.
Kini kekuatan Tentera Muqawamah makin terserlah dengan kejayaan mereka menghalang pendaratan armada laut Israel di sekitar pantai tebing Ghazza. Menurut sumber yang menghubungi Jazeerah.Net kini puluhan tentera pembebasan Palestin mengawasi sekitar pesisiran pantai tebing Ghazza.
Percubaan untuk mendarat berlaku sejak hari kedua pertempuran darat berlangsung. Sejak percubaan itu Israel terpaksa berundur beberapa kali kerana pertahanan yang kuat di sekitar pantai.Jurucakap Saraya Al Quds melaporkan mereka berjaya menembak beberapa pengangkut laut dengan senjata anti perisai yang merupakan keupayaan baru pasukan pembebasan Palestin. Abu Muhammad menambah bahawa salah satu angkatan Saraya Quds berjaya meletupkan dua pengangkut perisai Yahudi di barat laut ghazza.
Percayalah pembaca semua HAMAS dan Jihad Islamiy bukan sekadar bertahan tetapi mereka melakukan serangan balas yang sangat sengit. Inilah sebab sebenar Yahudi enggan membenarkan wartawan menyertai peperangan di Ghazza.
Terbaru:
Pagi tadi 11 orang pegawai perubatan dibenarkan memasuki Ghazza dengan sebuah bas dari sempadan Rafah namun kemasukan mereka tanpa sebarang jaminan keselamatan dari mana mana pihak. Mereka hanya mengharapkan dapat membantu bangsa seagama mereka dan juga mendamba ganjaran dari ALlah. doakan mereka sampai dengan selamat dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
1 comment:
Jazakallah atas berita2 ini...
mula-mula rasa mcm tiada harapan utk saudara2 kita menang,
stelah mendengar bhawa makin ramai yg syahid. namun berita yg nta lapor ni membuktikan bhwa rakyat palestina masih bertahan di sana.. moga Allah kurniakan kemenangan buat mereka... ayuh kita sama-sama berdoa..
Post a Comment