Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, January 11, 2009

Bangsa Palestin Terus dibedil.


11 Januari merupakan hari ke 15 serangan ke atas Ghazza. seramai 875 orang rakyat Palestin telah Syahid manakala 3695 lagi cedera. Angka ini akan sentiasa meningkat. Israel bagaimanapun sehingga kini enggan mengaku bahawa sasarannya adalah penghapusan etnik Palestin. 

pun begitu Khaled Mesy'al menjelaskan misi Israel di Ghazza gagal kerana sehingga kini kerugian pihak pejuang pembebasan adalah sangat kecil. Bahkan tiada sebutir pun roket pihak pembebasan dimusnbahkan dalam serangan udara, darat dan laut selama 15 hari ini.

Bahkan kekuatan HAMAS semakin bertambah dan diikuti dengan sokongan masyarakat sekitar arab semakin meningkat. HAMAS tidak mengharapkan kemungkinan campur tangan ketenteraan Arab dalam peperangan ini tetapi mendambakan doa dan sumbangan dunia Islam dalam mengahadapi musuh Islam nombor 1. Allah bersama mereka.

Khaled Mesy'al dalam perjumpaannya dengan ulama ulama Islam di Damsyik menggesa agar penunjuk perasaan memenuhi jalanan menunjukkan sokongan kepada HAMAS dan Ghazza. serta memberi tekanan pada dunia agar memaksa Israel undur dari Ghazza dan Palestin.

No comments: