Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, January 17, 2009

Yahudi semakin dibenci.

Tentera Israel kini semakin dibenci oleh masyarakat dunia kecuali kepimpinan yang lebih sayangkan kuasa dari Maruah sebagai manusia. Namun bagaimanapun ada beberapa pemimpin yang masih ada nilai keinsanan cuba bersuara di PBB dan mesyuarat kelompok dunia. Seperti Recep Tayib Erdogan yang menyarankan agar Israel dipecat keanggotaannya di PBB. Begitu juga seorang pemerhati kemanusiaan yahudi menyarankan agar Israel didakwa kerana jenayah perangnya.

Tunjuk perasaan membuak di mana-mana di dunia ini hatta negara bergolak seperti Iraq juga melakukan tunjuk perasaan. Semalam saya bertekak serius dengan seorang rakan ketika dia menyatakan HAMAS perlu faham realiti ketika saya mengatakan HAMAS mahukan semula semua tanah Palestin bukan hanya Ghaza. Dia menyatakan bagaimana Israel mahu berundur jika itu hasrat HAMAS. Pemikiran inilah yang ditanam sejak 1947 Islam dan Yahudi kena berdamai di Palestin barulah ada penyelesaian.

Sebenarnya bukan begitu. Palestin milik Islam dan Israel ingin merampasnya lalu HAMAS bangun mempertahankan Palestin. Sebagaimana Tuk Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan ramai lagi perwira melayu bangun menentaang Inggeris agar keluar dan kita perintah negara kita ikut cara kita. Namun ada Golongan yang lembik dan tak tahan perjuangan memilih perundingan meja bulat untuk membuat tawar menawar tanah sendiri dengan penjajah seperti yang dilakukan Mahmud Abbas hari ini. Kini Israel mencadangkan gencatan senjata sebelah pihak kononnya untuk memberi luang kepada petugas kemanusiaan di Ghazza dan tenteranya akan berada di sana selagi HAMAS tidak menghentikan pelancaran roket.

HAMAS menolak gencatan senjata setelah syart-syaratnya tidak dilayan. mereka bukan membuat keputusan sendiri. Mereka adalah suara Ghazza. Jadi anda yang sedang makan enak, tidur enak jangan pandai-pandai menyatakan HAMAS tidak bijak atau degil atau seumpamanya. Mereka melakukan yang terbaik dan pilihan mereka sangat tepat.

Rakyat Ghaza di belakang mereka dalam setiap keputusan. Allah bersama mereka dalam setiap tindakan. Masanya akan tiba. Mereka tidak pernah gentar mati tetapi mereka risau kehilangan mereka akan melenyapkan jihad membela Al Quds dan Palestin. Jika mengharapkan kita hanya tinggal harapan semata. Mengorbankan 15 minit untuk qiyam doakan merekapun kita tak sanggup apa lagi membantu mereka memepertahankan tanah air mereka.

2 comments:

ASaL said...

sekali lagi, kejahilan akan menyebabkan kita berlaku zalim. Zalim dalam pertimbangan, zalim dalam menghukum. Orang Palestin tidak pernah bersalah, kerana itu adalah tanah mereka yang sah. Sudah 2000 tahun, dan bagaimana pula Israel dibiarkan menghuni selepas 2000 tahun? Dan kemudian, perang ini mereka dakwa sebagai mempertahankan diri dan tanah air?
Logik kita dimana?

Humayra' said...

Israel makin dibenci oleh msykt dunia yg sedar.
yg sedih nye.. yg xsedar dan xkesah tu masih ramai.
teringat kata2 pakcik teksi smlm.. yahudi dlm diri ummah kene buang dulu... kalau x mmg Islam sukar nk bangkit kembali..