Awal pagi tadi Jihad Islamiy mengaku telah menawan seorang tentera Israel tetapi tawanan mati terkena bom yang dilancarkan Israel ke arah tawanan. Sepanjang operasi hari ini tentera pembebasan Palestin telah menumpaskan 11 tentera Yahudi dan seorang menghadapi cedera parah.
Israel yang semakin mara dengan kekuatan tambahan kini menggunakan taktik pengecut iaitu mempergunakan anjing sebagai riki grup sebelum mereka mengambil keputusan keluar dari kereta perisai bagi memburu tentera pembebasan Palestin. Kini jumlah syuhada telah meningkat ke 930 orang manakala mangsa cedera meningkat ke 4280 orang.
Bagaimanapun Ismael Haniyeh menyatakan dengan ikrar bahawa kemenangan semakin dekat dan darah syuhada takkan mengalir sia sia. Ismail Haniyeh dilaporkan masih menetap di kediamannya yang biasa. Untuk pengetahuan pembaca yang baru mengikuti isu Palestin Ismail Haniyeh adalah perdana menteri Palestin setelah HAMAS memenangi pilihanraya yang lepas pada 2006. Dialah merupakan perdana menteri pertama dunia yang menghafaz Al Quran, menjadi Khatib dan juga Imam solat lima waktu.
No comments:
Post a Comment