Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, January 14, 2009

Membantu Ghazza.

Assalamualaikum.

Sebenarnya hanya Allah yang mampu membantu Ghazza atau mana-mana pejuang Islam. Jika kita benar-benar ingin membantu mereka apa yang perlu kita lakukan adalah mendekatkan diri dengan Allah sehingga kita didengari Allah dan dipandang Allah. Masa itu kita mudah membantu saudara kita di Ghazza.

Saya menyeru Umat Islam seluruh dunia, banyakkan istighfar, jauhi maksiat, banyakkan tilawah dan yang paling penting sebarkan dakwah. Apa yang ingin kita dakwahkan? 1 katakan pada semua Allah adalah esa. 2 Sampaikan pada semua Islam adalah dari Allah. 3 Nyatakan Muhammad rasulullah adalah rahmat ke seluruh alam. 4 anjurkan amal soleh dan cegah kemungkaran.

Kemudian kerap adakan perbincangan ilmiah antara kita sesama kita. kerana kejahilan akan menjerumuskan tindakan kita pada kehancuran. Kalau boleh mulakan perbincangan dengan membaca tafsiran Alquran dan Huraian hadis nabi.

bagaimana semua ini membantu Ghazza? Firman Allah:
fastaiinu bissobri Wassolah. maknanya "mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan doa."
Iyyaka na'budu wa iyyaka nastaiin. maknanya "hanyalah engkau kami sembah dan hanyalah engkau kami mohon bantuan"
Wa man Ahsanu Qaulan mimman da'a ilallahi wa amil solihan wa qala innani minal muslimin. "dan siapakah yang lebih baik kata-katanya dari mereka yang mengajak kepada ALlah dan beramal soleh serta berkata mereka dari kalangan orang orang islam."

Apa ruginya anda jika tidak terlibat?

1 - Syurga bukan utk mereka yang duduk saja.
2 - Islam menuju kemenangan, anda turut serta anda akan  menang.
3 - Anda hamba kepada Tuhan Yang Esa jangan sibukkan dengan urusan orang lain ketana Tuhan Yang Esa itulah yang menggaji anda selama ini.
4 - Jika anda enggan mungkin neraka menjadi singgahan sementara sebelum anda masuk ke syurga atas rahmat ALlah.
5 - Anda terlepas perniagaan yang sangat menguntungkan iaitu perniagaan dengan Allah.

tidak rugikah begitu?

No comments: