Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, January 29, 2009

Perang masih berlangsung, HAMAS dan FATAH cuba dilagakan.



HAMAS menurut naib ketua pejabat politiknya Abu Marzuqi telah menegaskan HAMAS takkan menerima sebarang perjanjian sebelum sekatan sempadan dibuka. Ini lanjutan dari serangan terbaru Israel yang mengakibatkan 7 warga Ghaza tercedera akibat serangan bom semalam.

Menurut Abu Marzuqi HAMAS tidak menghadapi masalah dengan Harakah Fatah tetapi hanya bertelingkah dengan beberapa individu di dalam gerakan Fatah. Ini kerana mereka sendiri melanggar tujuan asasi penubuhan Fatah dalam tindakan mereka. Selain itu Abu Marzuqi menyifatkan serangan semula Israel kali ini bersifat lakonan bagi bangsa Yahudi untuk meraih semula kepercayaan Penduduk Israel pada ketenteraan Zionis setelha gagal dalam misi mereka ingin melumpuhkan HAMAS. HAMAS akan memulakan kempen lebih besar selepas ini iaitu memilih untuk mengambil semula Palestin secara beransur ansur.


Sebenarnya kemenangan maknawi disebalik peperangan Ghaza tempoh hari boleh disifatkan bahawa Israel kini gagal memenuhi target kempen Israel Raya yang meletakkan sasaran 10 juta penduduk di Israel menjelang 2010 kerana sejak HAMAS membedil roket ke dalam tanah Palestin yang di duduki Yahudi (5 tahun ) lalu menyebabkan kebekuan penghijrahan Yahudi luar PAlestin ke Israel. Kini 2009 mereka ada setahun lagi untuk mencari 3 juta ppenduduk haram dari luar untuk mencapai sasaran mereka.

Dengan roket HAMAS yang tak pernah berhenti menyebabkan bandar bandar di Israel seperti pekan berhantu setiap bandar yang menyambut roket HAMAS akan lengang untuk beberapa jarak masa ini kerana sifat pengecut Yahudi. Manakala hal sebaliknya berlaku di Ghaza yang mana setiap anak qaryah yang gugur dalam satu kampung akan mencetuskan ruh jihad di 10 pemuda untuk menyertai gerakan penentangan atau pembebasan.

Peringatan!!!

semasa bersembang dengan presiden persatuan sebentar tadi beliau menyatakan ada ulama mempertikaikan fatwa Jumhur ulama hari ini yang mengatakan membeli barangan Amerika adalah dosa besar telah di keluarkan di Saudi. Ingin saya perjelaskan bahawa setiap kennyataan yang keluar dari ulama adalah boleh dipertikaikan selagi mereka belum berittifaq. Jadi saya sekali lagi menegaskan ulama muasir kini secara jumhur telah meletakkan hukum haram dalam membeli barangan yang memberi keuntungan pada perjuangan Zionis dan mereka adalah kafir harbi no 1 kini. Antara ulama yang terang terang berkempen pemboikotan ini adalah Dr. Yusuff Al Qaradawiy, ramadhan Al Buthiy dan seluruh ulama Sudan.

Semoga perokok tegar mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok kerana syarikat rokok seperti Dunhill, Davidoff dan macam macam lagi merupakan penyumbang besar kepada Zionis. Ingat duit yang kalian sumbang adalah dana untuk peluru dan bom yang membunuh Muslim. Bersubahat membunuh Muslim adalah komplot yang tak layak dimaafkan. Bertaubatlah dengan taubat yang nasuha.

No comments: