24-4-09, Masjid Garden City. Seumur hidup saya inilah kali pertama solat jumaat sependek ini. Bahkan azan lebih lama dari khutbah pertama. Mujurlah ada khutbah kedua kalau tidak mungkin Azan lebih lama dari khutbah jumaat seluruhnya. Saya sangat teruja dengan teknik ini. Sebelum ini saya hanya mendengar mengenai kefahaman sebenar seorang imam terhadapa keadaan makmumnya. Kini saya yang menjadi makmum yang diraikan Imam. Allah, sungguh fleksibel syariat yang Allah telah tetapkan dalam Islam. Kita sahaja yang gagal mengaplikasikannya dengan sempurna.
Khutbah tadi menepati kata hikmah Arab "ma qalla wa ma dalla" hanya sepotong hadith nabi dari jawami'ul kalam dijadikan inti khutbah dan hidangan untuk jamaah hari ini. Kemudian Khutbah kedua dibacakan doa yang serba ringkas dan padat. Diikuti dengan solat yang bertemankan surah al Asr dan al Ikhlas. Sungguhlah untuk apa mendengar banyak jika tidak beramal dan jangan memandang enteng yang sedikit tetapi menyentuh jiwa.
Sebenarnya semua ini kerana kami berada di Sudan suhunya hari ini 46 selsius dan sebelum habis azan bekalan elektrik terputus. Inilah sebabnya jumaat kami hari ini menjadi jumaat terpendek. Imam muda yang faham tidak mahu menyeksa makmum dengan lagak pandainya yang tidak Allah pedulikan, Imam yang faham dan memang bijak ini bagi saya mengambil keputusan yang paling bijak dan saya kira jika dia menjadi pemimpin nescaya kebajikan rakyatnya terjamin Insya Allah.
3 comments:
Jika dia menjadi pemimpin, pasti disayangi rakyatnya =)
Kagum :)
memahami keperluan sesama muslim
Imam yg cerdik.
Post a Comment