Monday, January 12, 2009
Kerajaan Mesir Mula Melakukan Penangkapan Besar Besaran,
Umat Islam sekali lagi dihampakan oleh Kerajaan Mesir bukan kerana mereka enggan membuka sempadan Rafah tetapi kini dengan penangkapan besar besaran penganjur tunjuk perasaan menyokong HAMAS. 180 orang Anggota Ikhwan ditangkap dan dipenjarakan.
Inilah tindakan terbalik yang songsang setelah pegawai sempadannya terbunuh semalam. Sepatutnya Mesir melemahkan Israel dan membantu HAMAS dalam menyelesaikan permasalahan di Palestin tetapi nampaknya terang-terang dan kesungguhan Mesir dalam melumpuhkan HAMAS adalah perkara yang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Jika laporan saya sebelum ini diragui pembaca kini ia semakin terang dan jelas permusuhan Mesir dan pergerakan Islam Harakiy.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini. Munafiq - munafiq ini sedang bermain helah dengan Allah. Sedangkan Allah sedang mempermainkan mereka tetapi mereka tidak mengetahui.
Percayalah mereka akan turut sama hancur seperti sekutu mereka Israel laknatullah. Kini seramai 919 Syuhada dan 4250 orang cedera di Ghazza dan Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan di peringkat ke tiga.
Label:
palestina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
akh, kita telah menganggap Palestin sbg masalah local, bukan masalah ummah. kwn2 sy, lebih suka berbual persoalan tanah dan rumah utk dijual, hal2 rutin semasa, dan Palestin, jauh dari apa yang ada di fikiran mereka. Akh, kita sudah terlalu dijauhkan dgn persoalan ummah...
kerajaan Mesir sekarang mmg takkan menang pada pilihanraya akan datang. bangang dan bodoh. Moga rakyat Mesir trus bangun memperjuangkan HAMAS. Eyush dengar dari naqibah eyush yang KFC kat sana pun dah lama tutup, Alhamdulillah^^
sedih... kerana ummah kini telah buta hatinya. buta dengan wang dan material. kerajaan mesir nyata takutkan bayang2 sendiri. mereka berusaha memansuhkan IM dari dulu, tetapi tidak pernah berjaya. kerana Allah sentiasa memelihara org yg beriman.
moga Ummah Islam dapat membuka mata mereka terhadap masalah ummah, dan semoga rakyat Palestin mampu terus bertahan...
huh..awat org mesir seniri tatau berita penangkapan ni.
Itulah dunia, mana yg bangkit dicantas awal2. Takut bunga yg tumbuh menduri tubuh.walhal, takut dengan bayangan sendiri
adakah umat di dunia tau kebenaran ni?
isk..geram..
semoga saudara di palestin mampu bertahan..
Post a Comment