Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, January 16, 2009

Sedikit ingatan buat kita semua.

Assalamualaikum.

Hari ini Masjid di belakang rumah ada menganjurkan jeritan jihad untuk Ghazza. Ramai di kalangan ulama Sekitar Khartoum hadir namun saya hanya sempat untuk mendengar yang pertama dan kedua.

Ustaz Ismail Hanafi atau prof kami telah menyatakan bahawa Ghazza hari ini adalah hasil didikan HAMAS sejak beberapa lama. Jika kita perhatikan wanita-wanita Ghazza tidak ada yang meluncurkan kalimah dari lisan mereka selain dari menyatakan "Hasbuna ALlahu Wani'mal Wakiil." Dan mereka rela dibom dari lari meninggalkan tanah mereka. Inilah jihad di bumi Ghazza. Tarbiyah Islamiyah yang telah disemai menjadi bekal dalam diri mereka menghadapi dugaan Allah yang sangat berat bagi mata kita yang memandang. Tetapi mereka yakin mereka luka dan musuh mereka juga luka namun mereka ada redha dan sabar dalam jiwa.

Iman mereka kental sehingga kanak-kanak Ghazza jika anda perhati tenang menerima rawatan sekalipun kita sendiri hampir meraung melihat kecelakaan Yahudi memperlakukan mereka. Semalam seorang pemberita Israel dipecat kerana menangis ketika membuat liputan tentang perperangan ke atas Ghazza. KIni Israel memandang sesiapa yang bersimpati dengan Ghazza adalah mereka yang lemah atau lebih tepat musuh mereka. Inilah tahap kebinatangan Israel.

Sebenarnya isu kita bukan Ghazza tapi penjajahahn Israel ke Atas Palestin seluruhnya. Jihad HAMAS adalah membebaskan tanah Palestin dari Yahudi. Tanah itu milik kita umat Islam. Negara yang berhak ke atas Tanah ini adalah Palestin bukan ISrael negara Haram yang menjajah. Inilah jihad yang dikritik oleh ramai org termasuk sesetengah ulama yang menagih pandangan kerajaan yang bencikan jihad dan sukakan kebaculan.

apabila naik Ustaz kedua yang merupakan guru pada prof Ismail. Beliau menyatakan satu analisa yang tersirat dan sangat penting. Katanya sebenarnya Pemimpin dunia Islam bukan memilih untuk tidak menyertai Jihad membebaskan Ghazza tetapi sebenarnya mereka tidak dipilih oleh Allah. Jihad bukanlah sembarangan kerana habuannya adalah Syurga. Mana mungkin mereka yang bacul itu layak untuk menghuni syurga Allah. Syeikh juga menyatakan kelengkapan yang kuat dan juga jumlah yang ramai dan besar bukanlah penentu kemenangan, bahkan semua itu boleh menjadi sebab kekalahan. Ini semua telah dibuktikan oleh tentera Badar dan juga Khandak. Sekarang mujahdidin di sana hanya menanti kemenangan yang sedang Israel dan Amerika perlekehkan. Mereka menyatakan kemenangan apa jika sudah lebih seribu rakyat Ghazza dibunuh. Tetapi mujahidin di sana faham selepas ujian yang getir akan datanglah bantuan Allah. Inilah kemenangan.


Ghazza hanyalah faktor penggerak ummah kepada jihad. Ghazza bukanlah garis penamat tetapi Ghazza merupakan titik permulaan. Mari kita nyalakan obor jihad dari percikan api di Ghazza kita nyalakan dalam diri kita. Kita bina keimanan kita kita dekatkan diri dengan Al Quran. Kita adalah tentera simpanan yang perlu mempersiapkan diri, setepatnya hati untuk menggalas seruan jihad yang sedang memanggil.


Khaibar, Khaibar Ya Yahud Jaisy Muhammad Saufa Ya'ud.

Fi sabilillahi qumna,
Nabtaghi Raf'al Liwa'
 Laisa lid Dunya qad 'amilna
nehna lid dini fida'
Fal ya'ud liddini majduh
fal ya'ud lid dini Izzuh.
Au Turaq minhum dima'
Au Turaq Minnad dima'

2 comments:

ASaL said...

akhi, ana malah terfikir, mrk yg diberi kesempatan utk berbicara mengenai Palestin juga dipilih2. Di Malaysia, tentu skali boleh akhi agak, kesedaran mengenai kebinatangan Israel tdk merata. Apatah lg utk melihat massa melakukan tindkn berkesan. Dan antara pilihan massa (public) adlh mbicarakn gossip CT atau MMEY. Owh, mrk di negara Eropah boleh berdemo hari2, kami di sini, bahkan spt tdk ambil peduli!
Khaybar Khaybar Ya Sahyun, Hizbullah Qadimun.

ieka zalikha said...

"Pemimpin dunia Islam bukan memilih untuk tidak menyertai Jihad membebaskan Ghazza tetapi sebenarnya mereka tidak dipilih oleh Allah."

betol2..setuju..untungnya Palestin kerana dipilih oleh Allah..