Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, December 12, 2006

satu dalam berkhilaf...

kami tahu kami bermasalah...
kami juga sedar apa masalah itu,
tetapi kami berkhilaf ,
akidah dulu atau siasah dulu.

kami sedar perlu berjemaah.
tapi kami berkhilaf.
mahu naik perahu mana?
yang berpanjikan politik?
yang berlogokan senjata?
yang berselogankan ilmu?

kami faham sirah itu sunnah.
tapi kami khilaf..
sudah di mana kami?
plot sirriah?
atau sudah di madinah?
atau sudah islamnya Umar?

kami tahu ibadah itu bekalan.
tapi kami khilaf..
mana lebih aula?
bid'ah atau tidak?
mazhab mana rajih?

kami tidak berkelahi
cuma kami tidak bersatu.
kami tidak degil
cuma kami berkeras.
kami mahu kebenaran
cuma kebenaran perlu ikut kami.

di mana ? bila? bagaimana?
hanya Allah yang tahu.

kalaulah kami bersatu.
berkasih sayang,
sepadu menentang musuh kami.
sentiasa mengutamakan saudara kami.
mendirikan islam dari dalam diri kami.
Tuhan kami pasti akan bersama kami.
kemenangan pasti akan tiba.

Thursday, December 07, 2006

sepi bukan pilu...


berdiri dalam sepi
terpaku dalam kelam
aku sendiri

bukan bersedih
tiada duka
senyap

kaki bergerak
lutut membengkok
mencari tapak

aku kelu
tiada kata tiada tinta
kelu dalam bekarya
kelu tanpa apa.

Monday, November 27, 2006

mysketch


nih masa tadak kerja tgh tunggu ustaz tak datang datang.

Al Fatihah
Untuk Arwah mak njang Umar yang disayangi dan diingati segala jasanya mendidik dan memberi kebaikan serta menyayangiku.
semoga Allah ampuni dosanya dan terima amalnya serta msukkannya dalam golongan yang soleh.

Sunday, November 19, 2006

Aku teman Kau sahabat.


Kau ombak
Daku pantai
Ku menanti
Kau mengunjungi.

Aku Kumbang Kau bunga,
Darimu kuterima madu.

englaulah lilin au api.
pengorbananmu menjadi inspirasiku.

kita selalu bersama
namun aku hanya teman kaulah sahabat
terima kasih oh Tuhan.

Friday, November 10, 2006

jom usyar


sejak saya punya kamera sampai banyak juga saya berkarya ngan photo jom kita usyar dalam. http://aiman23.fotopages.com so korang komen laa yerk..

Sunday, October 29, 2006

baru belajar buat kartun..


dulu masa sekolah rendah siap buat komik. sekarang tgh belajar balik. hehehe

Thursday, October 26, 2006

dalam proses....


sekarang umar sedang menterjemahkan siri peperangan dalam islam ada 16 buku semuanya.
insya Allah umar cuba habiskan sebelum habis tahun ni. sekarang baru di buku 2 iaitu perang uhud. sekarang semua kerja dicutikan untuk beri laluan pada rumah terbuka aidilfitri.

buku ini menceritakan secara ringkas tetapi membantu pembaca membayangkan peristiwa peristiwa peperangan dengan agak jelas. semoga Allah memudahkan usaha terjemahan umar.

Wednesday, October 18, 2006

Talqin!


berteleku hati ini mengenang,
masih berbayang di kelopak mata.
jasad menghuni alam baru.
berbalut bersih berbungkus kemas.
diusung bagaikan ditatang.

di dalam ruang bergelar mahad,
disimpan bersama seumur bekalan.
wahai diri aku talqinkan dikau,
sedarlah masamu akan datang.

wahai jiwa dia dengan amalannya tiada siapa yang tahu.
engkau pula, apakah amalanmu yang kau tahu?
anak yang soleh belum kau miliki.
harta yang bermanfaat sudahkah kau laburkan?

aku membiarkan kakiku sebagai kaki yang dihitung 7 langkahnya.
semoga kaki ini bisa menghitung langkah sendiri.
aku sedar aku yakin aku akan menemui saat ini.
wahai diri jangan engkau abaikan satu masa.
satu ketika yang digelar hidup.
bangunlah menuju amal kebajikan.
kelak tidurmu akan berteman.

atma ini resah gelisah,
sukma ini berkecamuk.
apakah talqin ini cukup menginsafkan.
apa mungkin sekadar tamparan.
Tuhan tunjuki daku dalam talqin hidup.
sebelum aku menjadi talqin kepada kehidupan.

Wednesday, October 11, 2006

peristiwa yang sudah jarang ada.


sememangnya kini bermaksiat lelaki perempuan umpama berbual sahaja. semasa ana di Malaysia buat kali terakhir ana dikisahkan oleh seorang sahabat bahawa pernah sekali dalam Putra LRT mereka membelasah sepasang kekasih dengan kerjasama seorang nenek yang menanti peluang untuk membetul sikap cucu sebangsa.

dijumpai pasangan muda tadi sedang memuncak di atas lantai LRT tanpa segan silu bercumbu, bergesel tak elok ana panjangkan kelakuan mereka di bulan berkat ini. setelah beberapa saat menikmati pemandangan pedih itu sahabat ana ini bangun lantas menendang sang jantan. lalu berdiri sang jantan seolah hero ingin mempertahan egonya selepas ditendang maka hinggaplah sebiji penumbuk pula menundukkan ego yang cuba dibangunkan oleh tangan gempal seorang lagi penegak kebaikan. manakala si betina kecil itu terus diserbu seorang nenek tua dengan cubitannya merata rata sambil mulut yang tak henti henti membebel. maka ego si jantan itu jatuh terhempas dihinjak hinjak pula oleh satu gerabak yang memerhati fenomena luar biasa itu. setelah gerabak elektrik itu sampai ke stesen yang dikehendaki oleh dua sahabat ana yang berani ini maka turunlah mereka. berkata si Nenek " terima kasih cu. kalau kamu tak bangun tadi nenek memang tak berani nak marah diorang nih, tapi bila tengok cucu dua orang berani nenekpun ambillah kesempatan emas ini." pembela islam berdua itu cuma membalas dengan tersenyum. watak hero berdua ini sahabat ana dari UIA kedua mereka di fakulti undang undang.

cerita sekadar untuk memberi semangat.

Tuesday, October 10, 2006

wadah iman diisi taqwa


Wadah Iman Diisi Taqwa

dalam sebuah ujana aku melihat rintihan,
rintihan yang sangat menenangkan.
kini kusertakan wadah dalam menakung bekalan,
bekalan dari ujana yang akan meninggalkan.

Wadah Iman ini ingin kuisi setamaknya,
bukan sekadar anjing dan bayangnya,
bahkan lebih lagi dari itu.

Wadah ini sangat luas kantungnya
bahkan tidak mungkin akan penuh.

amalan itu bekalannya,
iman itu sadurannya,
taqwa itu isinya.

bersinar wadahku dengan rahmatNya
yang sedikit dapat kurasa yang banyak sering kupinta.
Ilahi Rabbi janganlah Kaubentengi kasihMu dengan sempadan apapun
apatah lagi sempadan masa. Berikanku nikmat sepertiga malam
untuk kupersembahkan permohonan dan rintihan.

ujana rakanku kusambut dengan wadah keinsafan ini.
wadah iman mencari ketaqwaan.

Anak ayah
riyadh, khartoum
2006

Thursday, September 28, 2006

Doa Seorang Teman

Doa Seorang Teman

terima kasih tuhan
kau lahirkan redha dalam pertemuan
di saat manusia kealpaan
di saat pertemuan dihinakan dengan kedurhakaan
Terima kasih Tuhan kau pilih diri kami.

Tuhan untaian kasihMu tidak pernah terputus.
Tuhan hati hati kami milikMU
sering Kau bolak balikkan.
tenangkan kami dalam jalan iman.
hubungkan kami dengan kasih pengorbanan.

Tuhan kami mengenali tanpa berkenalan.
Tuhan kami bertemu tanpa pertemuan.
Kau aturkan segala dengan kekuasaan.
Tuhan selamatkan kami dari kemusnahan.
ikatan ini bukan atas janji.
ikatan ini bukan kerana budi.
janjiMu kami cari.
di jalanMU ingin kami berbudi.

Tuhan naungi aku di bawah lembayung.
bersama dia dan mereka dan kami.
lembayung yang sering dicitakan.
lembayung di hari kepanasan.

Tuhan kami pernah berbincang tentang pelangi.
janganlah Kau pelangikan rahmat kasihMU kepada kami.
seandai kau ingin cerahkan hari kami.
tetapi kami mengharapkan basah dalam hujan rahmatMu.
Kering dalam panas ampunanMu.

rahmati kami dengan iman
kasihi kami dengan Islam
masukkan kami dengan redhaMu dalam jinan.



Monday, September 18, 2006

kisah tua...

Mari taman mari rakan mari kawan.
kita bertemu lutut duduk bersila,
Ada kisah ingin ku cerita.
Ini cerita dua jiwa.
satu cerita tua kisah cinta dalam sengketa.

asalnya di taman yang bahagia.
hasil perdaya musuh yang nyata,
terusir mereka dari kota istimewa.

kisah ini sudah tua.
ramai sudah lupa.
musuh sudah berubah rupa.

setelah berkelana kembali bersama.
memupuk kasih meraih keampunan.
mengenal musuh yang nyata.
menghindar tipu daya.

ini cerita mereka untuk diikuti kita.
cerita dari syurga untuk jiwa merdeka.
jiwa merdeka takut neraka.

kisah ini sangat tua tapi masih dicerita.
kisah ini dari kitab agung.
kisah ini hindar manusia bingung.
siapa mahu dengar dia dapat untung.
siapa enggan percaya dia kena tanggung.

mari kita dengar .
mari kita ulang .
kisah kisah tua jangan kita lupa.

ditipu musuh kerana leka.
ditipu musuh yang durjana.
kira terpedaya kita merana.
kisah kisah tua ajar banyak perkara.
jaga diri minta dilindung.
ini kisah tua.

Friday, September 08, 2006

sebuah komentar peribadi terhadap karya bernama GUBRA

AWAS!!! GUBRA merupakan ancaman kepada Budaya.

salam semua.

sudah lama tidak berdiskusi dengan sahabat sahabat di sini.
sebenarnya setelah menonton gubra baru saya faham kenapa abg faisal menetang gubra secara maknawi. sungguh saya bukan orang seni atau celik seni.

tetapi saya yakin seni bukan sahaja espressi ke arah menghancurkan ketulinan bangsa atau jati diri.

bangsa melayu memang asalnya buta agama. tetapi itu sejarah kurun ke 7 atau 8.
sebelum islam memasuki langkasuka. maka sudah berapa kurun org melayu itu islam. dan islam menaungi melayu. walaupun ada yang kurang senang dengan sinonim ini itulah hakikatnya. sebab itu kita sebut dah ramai melayu murtad. bukan muslim malaysia. org org tua juga akan menyatakan ..dia dah masuk melayu.. sekiranya ada org bukan islam masuk islam.
masalahnya gubra bukanlah satu filem yang sangat baik utk dipertahankan sampai terpaksa menggugat akidah dan kemurnian masyarakat.

Gubra menawarkan hubungan yang tidak seimbang dalam suami isteri di sebalik hubungan luar nikah yang teruk. walaupun di dalamnya ada contoh keluarga bahagia yang bergantung dengan hubungan intim suami isteri tanpa mendidik masyarakat ke arah membinanya.
apapun seandainya yasmin bertujuan mendidik masyarakat maka suka saya sarankan kalau ingin mendidik anak supaya tidak mencuri jangan tunjuk bagaimana ingin mencuri. kalau ingin mendidik anak menutup aurat kenalah menutupi aurat sendiri.

jadi saya rasa yasmin akan mampu menerbitkan filem lebih baik sekiranya dia mendalami islam. sebab nabi kata siapa yang baik dalam jahiliyah maka lebih baik di dalam islam.
ok. gubra pada pandangan saya filem mukaddimah untuk org melayu mencemar budaya timur dan bagi org islam menjual agama.

yang ketara saya lihat adalah yasmin terlalu suka adegan menghampirkan pelakon dengan zina dalam beberapa eksploitasi ke atas anak gadis melayu iaitu adik amani. kedua dia cuba menyatakan semua agama adalah sama.

kalau betullah pandangan ini yang ingin disampaikan maka insaflah. kerana menyamakan islam dengan agama lain beeerti menafikan kata nabi. islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi.
menafikan kata nabi bunga bunga murtad yang akan berbuah.

sudah cukup panjang untuk sesuatu yang sangat jengkel.

Sunday, September 03, 2006

merdeka di jiwa merdeka.


semalam aku melihat percikan bunga api sempena keraian hari kemerdekaan kali ke 49. Dalam melayani keindahan kembangan bunga api di angkasa aku menerawang ke dasar diriku yang bernama hati. Aku tidak merasai sebarang kegembiraan atau seronok dengan kedatangan hari ini.
Bahkan ada sedikit rasa jengkel di sanubariku yang aku rasakan tak pernah dijajah.

Aku bersyukur kerana aku tidak dijajah seperti dalam cerita Sarjan Hassan atau Embun. Tetapi aku merasakan jiran jiranku terjajah. aku merasakan masyarakatku terbelenggu. Mereka seolah olah dipenjara dalam kurungan tiada berpagar. Aku selalu melihat anak Mak Som yang selalu berbual denganku dalam bahasa Inggeris. Katanya "learning English is to use" entahla kalau ada orang lain belajar bahasa inggeris tuh untuk makan atau tidur. Tetapi kalau tak salah aku baikkita gunakan sesuatu pada tempatnya. Kami orang kampung. Anak bendang. Untuk apa bertutur bahasa Inggeris. bahasa penjajah. Bukan aku maksudkan dia terjajah dari segi ini. Tetapi aku merasakan dia terjajah setelah aku memerhatikan cara dia menilai sesuatu.

Pernah dia berkata kepadaku " hei radhi! why You studying in sekolah agama hah? you have brain your IQ not bad what" aku tersengih aku tak suka berbalah panjang "Leman, my father wants me to be ustaz or something like that laa.. so i don't want to mak him upset aa" dia menggeleng dan menepuk bahu aku sambil berkata "poor you laa. you have no future la" aku membalas "i have many friends like you nothing to worry lah" kami sama sama ketawa. Dia ketawa bangga aku ketawa sinis.

Apa yang ada pada pengetahuan kalau ilmu tiada di dada. Aku bercita cita untuk ke seberang laut merentasi benua. Dia hanya bercita cita masuk Universiti Teknologi Malaysia. Bukanlah rendah taraf universiti kita. Tapi rendahnya impian anak bangsa. Dia mahu belajar sungguh sungguh supaya dapat kerja besar. Aku mahu belajar jauh jauh untuk bina ketamadunan ilmu dalam diri dan membawa balik bekalan untuk masyarakat. Bukankah aku ingin bebaskan diri dan anak bangsa dia pula ingin menjadi kuli bertaraf tinggi. Tetapi dialah yang lebih menghargai hari kebangsaan dari aku.

aku melihat pula anak Pak Mail Ustaz orangnya. Ustaz Asrul keluaran universiti Islam Madinah. Warak orangnya. bersih mukanya. Aku selalu berborak dengan dia. Dia menggalakkan aku meneruskan pengajian ke Timur Tengah. Dia menyarankan aku ke Jordan. kami selalu bertutur bahasa Arab ini permintaanku. kerana dalam kampung ini dia sahajalah anak bendang yang tahu berbahasa Al Quran. Tetapi dialog kami akan berbahasa melayu sekiranya ada orang ketiga.

Dalam kagum aku masih merasakan dia belum mencapai kemerdekaan jiwa yang mutlak. Dia pernah berkata "kalau nak berjaya jangan terlalu banyak berguru." Aku cuba mengoreksi kefahaman darinya. Setelah lama aku simpulkan bahawa dia cuba menghalang aku dari terdedah kepada guru guru sufi. Aku merasakan itu semacam ancaman kepada kesatuan dan kemurnian jiwa. Apa salahnya kalau dia menceritakan kepadaku apa apa ciri kebenaran tanpa mengahalang aku mengenali kesesatan. mengenali kesesatan bukan bermakna sesat. Tetapi sebagaimana sahabat nabi pernah bertanya baginda tentang perkara yang dibenci agar tidak tergolong dalamnya.

Aku melihat anak bangsaku begitu jauh dari merdeka yang mutlak. merdeka yang mengahalang penjajahan berulang. Merdeka dalam jiwa dan penilaian. Dalam dunia manusia hanya ada dua urusan yang perlu delangsaikan urusan Dunia dan urusan Akhirat. manusia yang merdeka di dunia adalah bebas mengerjakan dunianya untuk keharmonian. manusia yang merdeka di akhirat adalah bebas menguasai dunia untuk bekal ke akhirat. mereka yang merdeka di kedua dua urusan adalah mereka yang bersyukur dan bertaqwa. syukur dengan nikmat dunia taqwa dengan azab akhirat. mereka merdeka dari rasa takut pada yang tiada kuasa mutlak. mereka merdeka dari terikat dengan nikmat sementara.

alangkah lapang jiwa anak merdeka.

Thursday, August 17, 2006

hanya Dia


hidayah milikNYa hanya Dia.
kupohon dan kupinta
untuk diri dan nusa

keampunan adalah hakNYa dan hanya DIa
kucari dan kurayu
untuk diri dan semua

pertolongan adalah dariNYa dan hanya Dia
kuharap dan kuminta
untuk diri untuk agama

kita milikNya hanya Dia
Dia Tuhan yang memiliki segala sifat Ketuhanan dan hanya Dia.
sembahlah Dia di mana mana
takutlah Dia bila bila
yakinlah Dia apa jua.

penawar wahan ubat pengasih.

kalimah 3 huruf
kalimah yang perlu diamal,
amalan hati bukan lisan,
kalimah biasa erti ketara.

Za huruf wakil hiasan
Ha huruf wakil keinginan
Dal huruf wakil dunia.

Andai diamal terhadap dunia Tuhan akan mengasih
Andai diamal sesama insan makhluk akan mengasih

bukan jampi bukan mentera
tapi memperlekeh yang lekeh
mencari yang selamanya.

itulah kalimah zuhud
itulah penghindar wahan
itulah ubat pengasih.

Thursday, August 03, 2006

cerita mereka.


jam tepat pukul 4 pagi kokokan ayam bersahutan sejak pukul 330 pagi tadi sudah menyepi. mungkin sudah tamat tempoh mereka bertasbih. siapa tahu syariat untuk makhluk yang bernama ayam itu juga ada jadualnya.
mata empat orang sahabat masih mengahadap komputer. bukan projek mega bukan pula bisnes berjuta yang menyengkang mata mereka dari tidur. mereka sedang mengedit sebuah majalah yang bertajuk SERUAN untuk diedarkan esok. majalah ini perlu dicetak malam ini juga. subuh esok merupakan dateline. tepat jam 6:30 pagi majalah ini akan diserahkan dalam bentuk "hardcopy" kepada unit photostat. Ali remaja berkaca mata kurus tinggi berambut separas bahu berjanggut segenggam putih kulitnya berusia sekitar 25 tahun merupakan pelajar jurusan syariah di universiti Malaya. kepakarannya terserlah dalam mengumpul data dan menyusun serta mengedit majalah. safwan pemuda berusia 26 tahun merupakan orang seni yang keluaran cosmopoint sg petani yang menjadi penulis dan pelukis grafik bagi SERUAN yang melaungkan gerakan jihad menentang murtad. Amin lelaki gempal berjambang dengan misai nipis merupakan pakar dalam perkomputeran dan juga fotografi. namun begitu dia merupakan lulusan sastera bahasa Arab dari Morocco. Hatim seorang kaunselor dan juga pensyarah muda secara sambilan merupakan graduan kelas pertama dari madinah dalam bidang hadith. dia merupakan ketua empat tulang belakang SERUAN.
mereka berjuang dalam penulisan menentang liberalisasi dan hedonisme dalam masyarakat malaysia. mereka menyewa sebuah rumah untuk dijadikan markas gerakan SERUAN di sini mereka menyediakan tempat bermesyuarat dan juga pengkaderan tenaga muda untuk kerja kerja dakwah. gerakan ala ala dakwah sirriah di rumah arqam bin abi arqam menjadi inspirasi perjuangan mereka.
unit penulisan dan pengeditan adalah mereka yang juga merupakan pengasas gerakan SERUAN ini. ini semua merupakan idea dan keberanian Hatim menggerakkan rakan rakannya dari satu kampung dan satu didikan semasa imam Talib masih segar menyuburkan semaian perjuangan kepada anak anak muda desa serdang. sejak berusia belasan tahun mereka bersama dalam pendidikan imam Talib. segala ajaran imam Talib berkitar tentang memahami islam sebenar dari rujukan hadith hadith dan tfair AlQuran. Imam Talib bagaimanapun meninggalkan mereka setelah meninggal dunia dalam pembedahan barah otak yang dihidapinya 4 tahun sebelum kematian.
setelah masing masing tamat sijil pelajaran malaysia masing masing meneruskan minat dalam bidang masing masing. sehinggalah mereka mencapai kepuasan dalam mengejar impian mereka. walaupun usia masih belum cukup matang namun mereka sudah memahami dunia secukupnya kerana imam Talib selalu mengingatkan hidup di dunia ini ibarat 20 minit sahaja berbanding waktu hayat selamanya di akhirat.
pengajian sejarah dan juga sains merupakan tambahan yang sangat imam Talib tekankan supaya mereka kuasai. sejarah dibaca sains difahami. segala peperangan dalam sejarah dunia dibelek selok belok dan helahnya. gaya imam Talib mengajar mereka seperti seorang panglima perang melatih jeneral jeneralnya.
seusai mengedit Halimah datang menghidangkan teh haruman epal dan juga biskut empat segi marjerin cap pingpong. Halimah adik Hatim merupakan gadis beliawanis yang masih menuntut di universiti islam antarabangsa. dia merupakan pelajar bidang undang undang di tahun 2. Halimah berada di markas 2 tingkat itu kerana memimpin qiyamullail untuk siswi di tingkat atas. "eh ! dah subuh ke?" tanya Hatim pada adiknya itu. "belum! Imah turun berwudhuk kejap. nak bagi hilang mengantuk Imah sediakanlah sedikit kudap untuk mujahid mujahid SERUAN ni." balas Halimah mendoakan.
sementara menghadap kudapan yang HAlimah sediakan majalah SERUAN edisi khas dicetak dari komputer. jam sudah 5 45 pagi. selesai sahaja mencetak mereka bingkas ke tempat wudhuk untuk menunaikan solat akhir malam. setelah selesai mereka meninggalkan majalah itu di atas meja dalam sampul yang bertulis. SERUAN master.
mereka pergi ke masjid dan menunaikan solat dan munajat fajar. Halimah dan Sakinah adalah unit Fotostat. mereka mencetak sebanyak 300 salinan untuk edaran pertama. selalunya hanya 100 salinan. tetapi edisi kali ini edisi khas. semua ahli perlu memiliki satu. SERUAN sebenarnya nama bagi majalah tetapi oleh kerana gerakan mereka berempat ini tiada sebarang nama maka SERUAN menjadi gelaran mereka sesama mereka. SERUAN sebuah majalah yang diterbitkan tanpa berdaftar. edarannya menjadi dana kepada program mingguan di markas. SERUAN dicetak dwi bulanan. bermula dari 4 pemuda kini mereka telah mencapai 300 mahasiswa.
namun kali ini pergerakan mereka lebih tersusun mereka merancang akan mendaftarkan sebuah syarikat penerbitan dan kini mereka sudah melatih 2o penulis yang menulis untuk beberapa majalah temapatan sebagai penulis tamu.
namun Hatim meletakkan target sebanyak 500 ahli barulah mereka akan mendaftarkan sebuah syarikat penerbitan yang akan menjadi badan penterjemah dan pengeluar buku buku asas islam dalam bahasa melayu dan inggeris.
Hatim kini merupakan tunangan Islah atau lebih dikenali kak ngah oleh empat bersahabat ini. Amin merupakan ayah kepada mohammad. isterinya lebih dikenali sebagai kak long kerana itulah ipar pertama bagi empat bersahabat ini. Kak Long atau namanya Azirah merupakan akauntan di lembaga hasil dalam negeri.
SERUAN menrupakan majalah mengandungi hadith dan syarahannya serta sirah dan juga kisah kisah teladan. siri siri SERUAN keluar menurut fokus dwi mingguan. minggu lepas semua tenaga SERUAN mengerahkan 300 pengikutnya menyertai perarakan aman membantah serangan yahudi ke atas Lubnan. semasa perarakan berlangsung risalah risalah jihad di sebarkan. penyebaran ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peluang jihad dan juga tuntutannya.
Halimah dan Sakinah yang sudah selesai dari qiyam mereka memulakan proses mencetak halaman halaman SERUAN dengan mesin fotokopi yang dibeli oleh Hatim dan rakan rakannya.
Hatim banyak membelanjakan duitnya dalam melengkapkan keperluan SERUAN. manakala sahabatnya yang lain juga tak kurang berkorban untuk membangunkan SERUAN.
SERUAN yang dibina bukan untuk meraih sebarang pengaruh atau kekayaan tetapi untuk membantu perluasan kefahaman.
selepas selesai solat berjemaah di masjid Hatim pulang ke markas untuk menghantar Halimah ku kolejnya semula. manakala Amin pulang kerumahnya untuk menjenguk keluarga. Ali seperti biasa akan menjadi supir kepada anak buah Halimah untuk ke stesen lrt berhampiran. Halimah akan menguruskan program bulanan untuk solat malam bagi sayapkiri SERUAN. semalam solat qiyam disertakan solat hajat memohon bantuan Allah kepada pejuang di Lubnan. selalu sahaja Safwan kembali ke markas untuk memadam semua maklumat yang ada dalam komputer dan menyimpannya dalam cakera padat dan dia juga yang akan menyimpan semua maklumat itu di rumahnya.
Hatim menyerahkan 200 naskah kepada saif anak buah kesayangannya. Saif akan mengagihkan 100 naskah untuk satu beg. beg hijau akan diserahkan kepada Azmi di stesyen besar KL Sentral dan beg biru akan diserahkan kepada Faizal di medan rakyat.
pertemuan Hatim dengan Saif hari itu disertakan peringatan. "Saif kamu pedang yang masih disarungkan. jangan menghunus walau diasak." satu peringatan yang penting.
Saif kembali mengenakan corong suara dari MP3 miliknya ke telinga. dengan topi yang bergelar safari hat dia melangkah gayanya seperti pengedar ganja. tetapi jiwanya sangat bersih dan bercahaya.
Saif selesai mengedarkan dadah keinsafan dan juga pil pil kesedaran. Saif lantas menaiki skuter kesayangannya meninggalkan medan rakyat ke kolejnya di Petaling Jaya. Di Kolej dia mencapai telefon awam lantas menghubungi Syam. Syam mengangkat telefon bimbitnya lantas mengutarakan salam penuh kemesraan. setelah menjawab salam Saif mebisikkan "aku Pedang yang masih bersarung. Kamu Matahari yang perlu bersinar terangilah sekitar." memahami mesej itu Syam berlari ke bilik Azizi dia memberitahu Azizi bahawa SERUAN sudah di pasaran.
cepat sahaja Azizi menelefon Azmi dan membuat temu janji. jam 1 petang Azizi dan Syam bersiap untuk solat di masjid di keramat au 3 di sana mereka bertemu Azmi. Azmi menjabat tangan kedua sahabatnya. senyuman terukir. Azmi menyatakan "sedah separuh abad aku menyebarkan salam kepada sahabat lain separuh abad lagi ingin ku sebarkan pada kalian berdua." Syam tersenyum lalu menjawab salam seraya menyambung "sebentar benar sepruh abad kalau lah dunia ini lebih lama palah akan kita laksanakan." masing masing menghamburkan ketawa kecil.
misi kali ini selesai sebelum petang tamat. Safwan menerima mesage dari Azizi yang tertulis "benih dan buah telah ditanam dikebun anda" Safwan membalas. "saya memang memiliki kebun tapi rasanya anda silap hantar sms ni." lalu safwan mencatatkan dalam akaun sebelah kiri jumlah rm 1050. beserta tarikh hari ini.
Azizi merupakan pembantu Safwan dalam bahagian kewangan. Semua hasil jualan akan di kumpul Azizi dan dimasukkan ke akaun safwan. Safwan yang menguruskan kewangan SERUAN. dia diarahkan membuka akaun di bank pertanian sebagai akaun bersama dengan Azizi. Akaun ini adalah akaun SERUAN. inilah gerak kerja mereka. semua kemudahan yang ada dimanipulasikan untuk penyebaran dakwah islam.
keselamatan merupakan perkara yang sangat diutamakan dalam mengatur stratergi. kepantasan bekerja merupakan latihan yang Hatim sangat tekankan. Hatim kini sedang merangka serbuan ke Semua rumah ibadat seluruh KL. serbuan pamplet khas untuk memberi makluman pendirian islam terhadap agama lain. semua kuil dan gereja serta masjid masjid menjadi sasaran. sebanyak 10000 pamplet akan tersebar akhir minggu depan.
mereka bermesyuarat dalam masjid di putrajaya. seramai 20 penulis akan menyediakan pamplet yang beraneka. senarai 20 penulis itu hanya ada dalam minda mereka berempat. 20 penulis adalah senjata yang sangat rahsia. tiada sebarang malumat mereka dalam catatan melainkan minda dan hanya ingatan.
mereka bermesyuarat selama 5 minit di masjid Putrajaya. kemudia berpecah kepada 7 kumpulan. Hatim menyampaikan sedikit taklimat di masjid tadi. taklimat berbunyi "di hujung pekan ada beberapa bangunan yang gelap dan satu bercahaya. kita ingin pasang lampu disemua bangunan. kita mahu lampu kecil tapi banyak."
Amin membuka perbincangan " semua jenis bangunan perlukan lampu yang berbeza. berapa jenis mahu kita pasang?" setelah berfikir sejenak seorang dari 20 penulis bersuara " saya cadangkan 6 untuk bangunan gelap 1 untuk yang cerah." semua bersetuju. maka Hatim minta mereka bersurai.
malam itu safwan membuka emailnya lalu diselamatkan semua kiriman contoh pamplet di dalam cdnya lalu dia bergerak ke markas dan mencetak ketujuh tujuh risalah lipat itu lantas mencetaknya ke 10000 salinan.
pencerahan mengenai islam dan hubungan serta sejarah ringkas setiap agama diselitkan dalam setiap risalah dengan gaya dan cara yang pelbagai. maka ini merupakan tugas yang sangat berat kerana mereka akan bertindak pukul 3 30 pagi masa ini semua kemudahan awam telah berhenti khidmatnya.
maka semua ahli ahli bermotorsikal berarak keluar. mereka membahagikan risalah di jalan duta dan juga puduraya. semua mereka sekitar 120 motorsikal. keesokan paginya misi yang gelap ini menggegarkan perhimpunan gereja dan sami sami kuil mula menajamkan kening.
seluruh kuala lumpur seolah olah tertanya. di masjid masjid umat islam membaca dan membawa pulang risalah menentang murtad itu ada juga anak anak yang mengambil 5 -6 keping mungkin untuk bermain.
pagi itu sangat hening. balai polis tak henti henti berdering. maka akhbar esoknya mengeluarkan satu kenyataan pihak polis yang berkata. Kami menerima laporan dari kebanyakan rumah rumah ibadat di sekitar kuala lumpur berkenaan surat layang yang dipercayai diedarkan oleh pihak yang pelampau. mereka dikehendaki menghentikan tindakan mengancam keamanan ini dengan segera sebelum pihak polis mengambil tindakan.
Hatim berkata kepada Halimah pada lawatannya petang itu. "Halimah furdahkan semua wajah yang bercahaya dan ajaklah mereka berdoa." Safwan mencari Amin dan berkata "Cerita kita akan menjadi misteri kalau kita berhenti sebulan atau dua, tetapi akan jadi legenda kalau kita teruskan sahaja." Amin tersenyum "kita sekadar mata rantai yang menyambung rantai yang lalu dan menjadi penghubung untuk yang mendatang." Syam mengetuk pintu markas. Ali membuka daun pintu. Syam bertanya tentang langkah seterusnya. Hatim yang baru pulang sebelum kedatangan Syam berkata "kamu matahari sekarang senja." Syam tersenyum lantas mereka menjemput Syam ke dalam lalu mereka memulakan pengajian petang itu seperti biasa.

Friday, July 28, 2006

salam ke timur..


assalamu lakum
Wahai Pemilik Salam
berikanlah salam kepada kandaku si merah putih di timur
wahai Penyebar Salam
semaikanlah salam dalam jiwa kandaku sekalipun dalam hujan panas.

sejahtera dalam jiwa merdeka.
wahai Pencetus aman
merdekakan jiran kandaku di timur
wahai Pencetus aman
bakarlah darah jiran jiran muda adindaku mencari bebas

merdeka dari darah bermaruah
wahai Pengalir Darah
alirkan nyawa orang tua dari istana ketakutan
wahai Pemegang Acara
izinkan orang alim berdiri ditakhta

maruah lebih mahal dari nyawa
wahai Pemilik kata kun
sebutlah muslim menang
wahai Pemilik segala tentera
utuslah sedikit kepada kanda dindaku

kandaku dindaku sucikanlah jiwamu
kandaku dindaku asahlah taqwamu
kandaku dindaku binalah imanmu
kandaku dindaku pintalah Doamu.

Friday, July 21, 2006

di minda dikata


titisan air dari atap zink sesudah hujan tadi masih bersisa. Asap rokok daun yang dicucuh beberapa kali sejak dari tadi berkepul kepul menghidupkan aroma lelaki seorang pak tani dengan penuh gaya kekampungannya. kedut kedut mukanya adalah dalil qat'ie yang tidak dapat dibahas lagi bahawa dia seorang tua yang telah mengharungi jerih payah kehidupan.

itulah zahirnya dia di petang yang kelembapan dek basahan hujan. muka tuanya tidak menampakkan riak emosi hatinya. namun tawar mukanya itu jelas membayangkan berjuta rahsia tersimpan dalam nota hidupnya. dahulu jangankan jambang ingin mekar di alur pipinya janggut yang sedang galak tumbuhpun di cukur maklumlah tentera darat yang perlu mendisiplinkan diri mengikut pihak atasan yang perasan. pesara ini bukan calang calang pangkatnya. leftenan muda dari regimen 417 yang pernah mencipta sejarah tersendiri. tapi bukan itu cerita hari ini.

dada sasa yang sudah mulai kendur itu cuma diselepangi cindai lusuh yang barangkali digunakan untuk mengikat kepala semasa memerhati lembu lembu tenusunya di balik bukit sana siang tadi. lembu baka import itu usahanya enam tahun kebelakangan ini. sejak anak anak sudah berjauhan.

lamunannya jauh merayau entah ke mana! mungkin ke Kuala Lumpur mencari kelibat anak sulungnya yang sukar diduga kepulangannya kerap tapi tak menentu. kalau anginnya ingin bertiup ke kampung boleh jadi sehari 2 kali dia pulang. kalau anginnya enggan meninggalkan desa itu berminggu juga dia di sini. tapi kini dia di Kuala Lumpur. mungkin juga terkenangkan anak perempuannya di ireland meneruskan Phd kejuruteraannya . sudah 9 bulan Asmah berangkat. atau mungkin dia teringatkan anak bongsunya sekeluarga yang sudah 8 kali berutus surat sejak 3 bulan dia di syria. mungkin juga sekadar berlegar di kampung Bendang Raja yang menerima rahmat besar petang itu. rahmat simbahan hujan di petang yang mendung.

Bendang Raja? ya! nama kampong yang menarik terletak di Kuala Nerang. jika ingin ke Puncak Janing pasti melalui kampung ini. Puncak Janing tempat anak muda memecah dara, tempat ahli keluarga berekreasi, tempat sekolah sekolah bermotivasi. kalau ada pengamal yoga mungkin mereka bole bermeditasi di sana. peniaga pula mencari rezeki. tempatnya hening dan bening bunyi air terjun dan sungai mengalir mampu menyalurkan inspirasi berpuisi. ya bebas sekali di sana bebas untuk apa sahaja bukankah kita sudah merdeka? negara merdeka mengizinkan apa sahaja yang penting jangan mengganggu awam. kalau sekadar bercium cium itu bukan jenayah. eh ke puncak janing pula kita. Bendang Raja sesuai dengan namanya hampir 80 peratus penduduknya pesawah padi mungkin kini sedang menyemai anak anak getah. sawah yang seluas saujana memandang hijau di musim menanam dan kuning di musim menuai sungguh mendamaikan permandangan kampung itu.

pak long radi juga pesawah, dia mantan ketua kampung sudah 5 bulan melepaskan jawatan itu. bendangnya seluas 3 relong cukup menyekolahkan anak anaknya ke menara gading. bahkan sampai ke seberang lautdan benua. dari sebelum AUKU sampailah mahasiswa dibeku. Azman anak sulung yang sempat merebut ijazah sarjana sebelum AUKU mencengkam minda mahasiswa. ijazahnya dalam lapangan Pendidikan Bahasa Melayu. Luahan minda dan kritikan pedas berbisa memenuhi tabloid tabloid sampingan di internet dan lampiran lampiran jalanan.siapa yang tak pernah membaca luahan luahn kreatifnya dalam membimbing anak anak remaja menelusuri roma kehidupan. penulisannya tidak menghiraukan standar bahasa yang tertentu apa yang difokus hanyalah kesan bahasa yang digunakan pada pembaca. umurnya yang sudah melewati usia muda remaja itu masih belum menjumpai teman hidup yang sanggup mengharungi angin kehidupan membelah lautan kepayahan dalam meniti jalan kebahagiaan. namun bila menulis atau berbicara tentang cinta seolah olah sudah berbini empat lagaknya. sejak AUKU bertapak di ipta sejak itulah dia menyemai cita cita dalam benak asmah dan Rosman untuk mendaki menara gading di seberang laut yang lebih bebas dan luas.

Pak Long Radi yang tersandar malas di dinding rumah yang baru diganti cat oleh anak sedaranya Osman. dahulu warnanya putih cuma. tetapi memandangkan kritkan membina cucunya yang kononnya bosan dengan warna rumah yang tidak ceria maka Osman diamanahkan menceriakan warna. sekarang rumah itu dwi warna atasnya kuning air bawahnya ntah apa nama warnanya tapi kelihatan merah keunguan. bila ditanya Osman kenapa perlu dua warna. Osman dengan selamba mengeluarkan ayat mudanya "baru trendy pak long. sekarang semua rumah baru colour ni" osman muda dari Azman tapi lebih awal berhenti belajar dari abang seppunya itu. mana tidaknya selesai sahaja SRP sudah macam graduasi universiti terkemuka dengan nada bangga mengungkapkan pada ayahnya "ayah man tak mau sambung dah mengaji tinggi tinggi nih bukannya semua org makin pandai makin bodoh pun banyak. man nak belajar dengan ayah bertukang pula" sememangnya Pak Ngah Kasim tidak kisah sangat soal akademik baginya orang dulu dulu tak juga masuk universiti bahkan kalimah universiti sendiri bukan kalimah melayu lama tapi boleh juga mewariskan ilmu pada genegrasi hari ini. tapi penerapan nilai keagamaan sangat ditekankan. Osman bukan bodoh budaknya sudah hafiz 30 juzu kitab Warisan Nabi Muhammad masa sebelum sekolah menengah lagi cuma mungkin bosan dengan pengajaran di sekolah kampung. itulah ceritanya si Osman.

Pak Long Radi dan Pak Ngah Kasim yang mula mula membuka kampung di sini. tanah raja Kedah yang terbiar itu di usahakan bersama. Adiknya merupakan guru agamanya sejak dia berhenti dari Askar Melayu. sejak mereka berada di kampung itu banyak yang dipelajari dari adiknya. setelah ramai penduduk Pak LOng Radi dinobatkan sebagai ketua kampung manakala adiknya ebagai Imam kampung. sudah berdekad jawatan itu disandang.

Pak LOng Radhi bangun dari lamunannya belakangnya lekang dari dinding punggungnya berpisah dari lantai. mencari Mak Long Pora di dapur. beserta keluhan berat tangan menjadi tongkat untuk bangun berdiri. langkah di atur kemas seakan akan berkawat kaki. titisan air hujan yang berbaki ditinggalkan terus menitik menyudahi kerja mereka yang dianugerahi tuhan. " kenapalah asap rokok saya pekat sangat petang ni?" rupanya ini soalan yang berlegar di minda tuanya yang cuba kita teka sedari tadi.

"hai ! mana lah saya tau. Abang yang sedut asap dari api tuh." Mak Long Pora sudah masak sangat dengan karenah suaminya itu. mana tidaknya sudah lebih 50 tahun mereka bersama. susah senang direntasi bersama proses berkenalan yang sangat panjang dan dalam. sungguh meluas pula. cerita sebegini sudah kurang kini. sangat kurang. ini cerita cinta sebelum merdeka. orang kedah sebelum merdeka adalah orang kedah yang bebas berjuang mempertahankan cinta mempertahankan agama. ini cerita asmara sebelum anak melayu bebas berasmara di atas bangku bangku taman, di semak samun. cerita bahagia ini sangat bahagia. bukan cerita bahagia yang 30 minit atau 2 jam cuma. cerita ini sangat berbeza. anugerah dari perkongsian mereka di simpan dan ditatang bukan cerita seperti hari ini. melakukan perkongsian haram dan dianugerahi sebuah anugerah dianamkan si fitrah itu sebagai anak haram pula.
cerita ini hanyalah rahsia 2 hati bersama yang Esa. bukan seperti cerita cerita yang dikongsi dalam mastika atau seperti cerita rakaman anak melayu di tupah dalam cd cakera yang mengumpul semua adegan cinta.

cerita cinta sangat pelik di hari ini. semasa bercinta sms "kalau kita kahwin nanti I nak baut kat stadium merdeka biar semua tahu kita bercinta" lepas beberpa ketika sms sampai lagi "I jatuhkan U talak 2 dah laa" ada juga cerita cerita ekspress. cerita menanam di luar musim. baru 3 bulan bernikah sudah memboyot menunggu kelahiran si kecil yang tak berdosa. inilah yang dikatakan hilangnya berkat makanan yang dijamah sebelum dibayar. bila dah tak berkat mudah porak peranda. mudah lekang juga.

Pak Long Radi belum berputus asa. "saya rasa sebab tempias hujan gamaknya". Mak Long Pora ataupun nama mudanya Masturah Binti Yaacob meninggalkan sejenak mangkuk pinggannya menoleh ke wajah tua suami yang disayangi. "kalau macam tu abang nak saya jemurkan ka?" soalan itu sangat menngguhkan kelancaran bualan. "kalau Rosman ada ni susah juga saya. ketagih kena juga ditahan. rindu terpaksa dilupakan." kata kata berserampang itu mudah sangat di fahamkan oleh Mak Long Pora. apapun Pak Long Radi begitu yakin bicara pasti bersambung bila Rosman dijadikan umpan.

rosman pelajar jurusan hadis. tegas dan manja itu yang menjadikan dia disegani dalam disayangi. maklumlah anak bongsu. pandangannya dan pendapatnya mendapat tempat dalam keputusan keluarga mana tidaknya semua berasas dan berlapik dengan Sunnah dan Quran serta syarahan dari keduanya. menyedari faktor sebenar kepimpinan inilah menyebabkan Pak Long menyerahkan jawatannya kepada adiknya yang lebih beragama. lebih faham akan panduan hidup di alam fana.

mulanya si Imam menolak sungguh tawaran bebanan itu. namun bila menyedari tiada alasan untuk dijawab di hari penilaian maka di sanggupkan juga dalam penuh berhati hati dan takut jiwa raga. lagipun sememangnya dialah yang paling layak dalam Bendang Raja seleuruh isinya. ini kata orang ramai yang menilai. kata orang kampung yang mengenal.

mak Long Pora yang baru selesai menyusun pinggan di para melangkah ke meja makan menemani suaminya yang dari tadi mencari perhatian. sambil membuka tutup saji Mak Long Pora berkata" kan abg dah berhenti ? awat yang bersambung balik ?" Pak Long Menoleh dari goreng pisang yang panas ke muka isteri yang redup memendung bahagia walau di ambang senja masih manis menawan selera.

"waktu Abang tengok lembu tadi si Isa hulurkan aku 3 putung malas nak menolak abg pon ambil laa. duk melengung kat balai depan tu rasa teringin plak nak rasa.'' alasan yang reput dan rapuh di alaskan menolak kecurigaan yang berputik. " alah Abg dengan kerajaan tu sama ja kalau buat sesuatu silap tu ada jaa alas nak dilapik. kalau orang tak kenal bulat bulat percaya" tempelak mak long Pora tajam lagi berat menghempap Pak Long Radhi. " ada ka patut disamakan abg dengan depa tu. depa memang buat salah abg buat silap ja" kilas pak Long menyelamatkan diri sendiri. " sama ja tuh cek abg oi!!!" Mak Long Pora tanpa sebarang hujah menepis kilasan Pak Long Radhi. Dialog mereka seakan akan dialog anak anak kecil kadang kadang terlalu mendalam kata kata mereka kadang kadang terawang tak tahu ke mana tujunya. "manalah si Azman ni? sejak minyak naik ni baru 2 kali nampak muka." Pak Long melompat ke isu lain. "macam awak tak kenal anak bujang terlajak awak tuh. bukan dia kira minyak naik ka tak naik ka kalau datang angin dia muncul la, kalau tak dak angin tak dak la " bantahan mak long Pora bukan ingin membela isu harga minyak tetapi membela anak terunanya yang sulong itu. "awak ni asyik potong ja cakap saya petang ni. semuanya tak kena. letih nak cari cerita nak sembang." rungut Pak Long Radhi nada separa merajuk.

"biasalah bukan boleh dilayan sangat awak tu hujan hujan macam ni. dah 50 tahun lebih dah tak jemu jemu." dialog pasangan ini terpaksa ditamatkan setakat ini sahaja untuk bacaan umum.

#####tamat####

Sunday, July 16, 2006

nasyid sekolahku...kerinduanku

SINARAN MATRI MENYULUH ALAM
MENYINGKAPI KEJAHILAN
SINARAN MATRI ENGKAU LAMBANG
KEAGUNGAN KEMEGAHAN KAMI
KEMULIAAN ISLAM TELAH DIKEMBALIKAN
DENGAN BIMBINGAN MU MATRI
DI SANA FAJAR MENYINSING MEGAH
BERKIBAR PANJI SINARAN ISLAM

KAMIKAN BERSAMAMU MENYERU UMAT YANG SESAT
KAMIKAN BERSAMAMU MEROBOHI KEZALIMAN
SEMOGA ISLAM KEMBALI BERSINAR

KAMI YAKINI, KAMI YAKINI
KETUANAN ISLAM KAN KEMBALI
KAMI BERAZAM
KAMI BERJANJI
AKAN BERJUANG BERSAMA MU....

puisi: buta dalam melihat

melihat kamu buta mataku...

melihat kamu terlangsir pandangan ini.
melihat kamu terpaku bulatan hitam ke situ.

memerhati parasmu hilang cahaya dari mataku
memerhati jemarimu sinar menjadi sirna

lihatmu dimalam hari purnama terselindung
lihatmu di rembang waktu mendung tidak berawan pandanganku

kaulah intan permata mata zahirku
engkaulah payung panas hujan rinduku.

melihatmu buta mata celikku

julai 2006

cerpen: perjalanan itu

perjalanan merupakan salah satu nikmat yang tuhan sebut dalam ayat quran. dalam surah ArRahman ada dalam surah al An'am ada dan banyak lagi surah surah lain. Allah memudahkan bagi manusia untuk bergerak dan bermusafir di muka bumi.
perjalanan itu akan bertambah indah sekiranya ditemani sunnah sunnah perjalanan nabi nabi. mereka berjalan membawa mesej Laa ilaha illa Allah. begitulah keperincian agama tauhid ini mengatur urusan hidup manusia. sesiapa yang ingin membuka minda akan menyelusuri jalan jalan dan meninggalkan tanah asal buat sementara. sebenarnya berpisah dengan tempat asal sepekan sudah menuaikan rindu. apatah lagi sepurnama melangkau ke purnama berikutnya hinggalah jadi setahun dan bertambah tambah tahun itu. maka berjelapanglah rindu akan dikumpul.
menyedari hakikat ini radhi Syakir mengambil keputusan untuk menghabiskan cutinya dalam perantauan. Radhi Syakir warganegara sudan yang berketurunan dari tunisia. ayahnya Basyir Awwam telah dibuang negeri kerana menuntut pengajian agama di sudan. inilah keanehan negara islam kini. Radhi Syakir membawa makna dan menyatakan keredhaan si ayah dalam ketentuan ilahi.
perjalanan beliau kali ini merupakan perjalanan pertama yang akan merentas sempadan sudan yang tersangat luas. 1 juta persegi. pemuda sudan ini anak kelahiran wilayah Bahrul Ahmar. Ayahnya menjadi pensyarah di University Bahrul Ahmar di Port Sudan. dari Port Sudan Dia menaiki keretapi ke Khartoum. sebenarnya untuk ke Khartoum dia boleh sahaja menumpang mana mana bas yang disediakan untuk membawa penumpang dari syarikat syarikat pengangkutan Ekspres. tetapi keinginan melihat tanah negaranya yang luas inilah peluangnya. dari sana keretapi penumpang tidak disediakan hanyalah keretapi barang. tetapi sudah menjadi azam di hati perjalanan kali ini bukan ingin bersenang lenang maka dipaksa juga badan menanggung derita perjalanan. sampai di Khartoum dia Singgah di Universiti Afrika antarabangsa. di sana ada lebih 72 negara yang menumpang sinaran ilmu. sebenarnya dia mencari sahabat yang dikenalinya 2 tahun lalu. aiman farid seorang pelajar malaysia yang fasih berbahasa arab. pertemuan pertama yang mengagumkan menarik hati Radhi untuk menaut perkenalan. Aiman pergi ke wilayah BahrulAhmar bagi memenuhi tuntutan universitinya yang agak masyhur di sudan dalam menghabiskan praktikal dakwahnya untuk kali ke dua.
Khartoum dan Port Sudan sangat jauh. 21 jam mengharung jalan darat yang dihiasi dengan gurun sahara dan diselangi ribut pasir sangat membina pengalaman. setelah 3 waktu berjemaah di Masjid Universiti Radhi akhirnya di sapa Aiman yang di tinjau. Aiman terus memeluk tubuh kurus Radhi dan mengamalkan adat Sudan walau keduanya bukanlah orang sudan. bertanya apa khabar merupakan kebiasaan semua orang tetapi mengulanginya berbelas belas kali hanya dapat dilihat di sudan. bertepuk bahu sambil bertanya khabar sangat membangkitkan kemesraan. Aiman melayani tetamunya di negara yang ditumpangnya. Radhi menceritakan hasrat di hati. Aiman memberi rangsangan dan doa agar Allah permudahkan. keesokan petang radhi akan berangkat pula ke Atbarah ibu negara sudan sebelum khartoum. sebelum berpisah Aiman menghadiahkan sebuah buku untuk bacaan di dalam perjalanan. buku sastera lama. himpunan karya karya ulama dahulu kala. khutbah khutbah dan petikan petikan kata kata dari zaman rasul sehingga khalifah khalifah selepasnya. 'uyunulAkhbar dihadiahkan sebagai teman berbual dari seorang penuntut sastera kepada rakannya.
perjalanan kali ini lebih selesa. lebih tenteram walaupun dalam kepayahan. kemeja yang ditenun dari benang kapas itu sedikit membantu menepis kepanasan yang menyalai seluruh isi keretapi. dalam perjalanan ke Atbarah kelihatan kesan kesan pendudukan kerabat firaun di sudan. dikatakan piramid piramid kecil di sudan lebih tua dari piramid besar di mesir. sememangnya cerita firaun dan kaum kerabatnya tersangatlah tua. cerita yang turut disebut oleh Allah dalam AlQuran. kini Radhi sudah bertemankan manusia yang lebih ramai. setelah menyesuaikan diri dengan persekitaran dikeluarkan teman yang baru diterimanya untuk ditatap. sebetulnya buku itu cantik bahasanya mudah huraiannya padat nasihatnya. sungguh mengagumkan bila diimbau karangan dan karya orang dahulu. semasa dia sedang membaca dia diperhatikan oleh seorang nasrani. mungkin orang gereja. kemas pakaiannya. mukanya licin bercukur menunjukkan dia bukanlah aliran ortodoks.
sangat dalam pemerhatiannya pada radhi syakir yang menyimpan kefahaman islam dalam dadanya dan menampilkan amalan islam dalam hidupnya. sebenarnya muslim seperti ini sudah sukar ditemui di masa kini. muslim yang hidup sebagai muslim. walaupun tidak berjubah serban tetapi syiar keislaman tampil dalam akhlak dan sinar wajahnya.
perkara ini menarik minat pemuda gereja ini. perlahan dia melangkah menghampiri kerusi yang melabuhkan radhi dan teman barunya. erat kitab itu dipegang. di sudan kalau ingi menjaga buku bacaan dari comot tisu atau sapu tangan perlu di alaskan antar tangan dan buku agar peluh tidak membasahi debu halus yang akan menghasilkan comot dan merosakkan buku itu. ini dipelajarinya dari buku maza naqra' wa liman naqra'. tisu yang wangi digunakan agar buku turut mendapat bau itu. aroma yang baik membantu dalam penumpuan.
pemuda gereja tadi menyapa radhi dgn lafaz salam. radhi membalas salamnya. diberi ruang pada pemuda tadi menyinggah. melihatkan ada riak untuk berbual di wajah lelaki muda itu radhi menutup bukunya. ditandakan buku itu dengan tisunya. diletakkan buku di ribanya.
"saya usam " pemuda itu memperkenalkan dirinya. "saya Radhi" tangan pemuda itu disambut.
"mahu ke mesir?" soal pemuda tadi. sedap loghatnya mungkin dari syria pemuda ini. "ya. saudara juga?" tanya radhi mencari kepastian.
anggukan balas sudah cukup untuk menjawab. "saya tertarik dengan cara awak membaca" topik ditimbulkan. "teman saya ini istimewa, jadi kenalah saya jaga" berkata radhi. "oh! isinya atau kulitnya?'' ada riang kecil tampak di muka usam tatkala ramahnya disambut mesra. "kulitnya kerana ia dari sahabat yang akrab isinya kerana ia dari penyusun yang ulung." jawapan yang lengkap sebegini pasti akan menyumbang kepada markah yang tinggi jika di dalam peperiksaan.
"saya lebih berminat untuk mengenali penyusunnya." kata usam cuba untuk menyamai standar bahasa yang digunakan radhi. "pernah dengar ibnu Qutaibah?" soal radhi. "pernah dengar namanya tapi belum kenal peribadinya" jujur pengakuannya. "ibnu qutaibah adalah berketurunan farsi dilahirkan di kufah pada tahun 213 hijrah nama asalnya abdullah bin muslim dan gelarannya abi muhammad dan masyhur dengan jolokan ibnu qutaibah. alim dalam hadith dan sastera. " terang Radhi dengan ringkas. " untuk pengetahuan saudara saya jiran kalian dari gereja." Radhi sekadar tersenyum membalas pengenalan itu. "semoga hidayah Allah menunjukimu." agak tegang wajah Usam dengan doa itu. "apakah yang kamu maksudkan dengan doa itu?" rasa terhina ingin dikawal dengan rasional. "saya mendoakan itu kerana dalam surah AlFatihah Allah berfirman dalam penafsiran ayat ini sahabat Rasul kami yang dikurniakan kelebihan dalam penafsiran Al Quran meriwayatkan bahawa yang sesat itu adalah orang nasrani dan yang dimurkai itu adalah orang yahudi." Usam sudah goyah. rasional yang cuba ditonjolkan tapi tamparan yang lebih pedas yang menghinggap. "apakah tiada dalam agama kalian toleransi dengan agama lain? sekurang kurangnya hormat?" soal Usam mempertikai.

"kami sememangnya menghormati semua manusia. kerana telah berfirman tuhan kami telah kami jadikan insan dalam sebaik baik kejadian." kata Radhi dengan senyum mesra." tetapi rasa hormat kami bukanlah bermakna kami mengiktiraf agama kalian suatu yang benar. Andai kalian benar maka kami sesat. tetapi jelas dan terang kami yang benar dan kalian yang sesat." kemesraan itu tidak menghalang Radhi menjelaskan haq.

"kamu suka membelit, apakah menyatakan seseorang itu sesat masih menghormati mereka?" usam menghentam. "ya saya menghormati hak mereka memilih tapi tidak menyetujui pilihan mereka. apakah kalian menganggap kami benar bila di dalam gereja kalian?" Radhi mempertahankan hujahnya. "sudah tentu tidak. agama kami lebih tua dari kalian lebih asal." Radhi tersenyum kerana umpannya untuk membawa ke pertikaian agama gereja yang menyembah patung salib dan juga patung wanita ini sudah megena. "kalau begitu yahudi lebih tepat dari kamu, mereka kan lebih tua?" soalan cepu emas dilemparkan.

"mereka telah membatalkan kebenaran itu dengan menghadkan kepada bangsa mereka sahaja." usam cuba memberi jawapan. "kami mengatakan kalian telah membatalkan kebenaran injil dengan tangan paderi paderi kalian. injil bukan lagi kalam tuhan tetapi telah dicampur adukkan kalam manusia dan kalam tuhan. maka lebih layak injilkini disebut bible. injil sudah tiada." Radhi membawa pertikaian terus pada dasar dan akar agama. "mana mungkin kitab sumber yang palsu ingin membawa kepada kebenaran." tusukan itu semakin menajam.

"apakah kamu membaca kitab kami?" Soal Usam ingin mendapat latar. "sudah tentu saya bercakap tentang apa yang saya tahu itu ajaran islam." perbualan terhenti seketika. usam meneguk air mineral jenama Soba dan mengesat rintik peluh di dahinya. Radhi melihat sahaja.

"kenapa kalian masih Murtad kalaulah tiada kelemahan dalam Al Quran?" soalan cepu emas bertukar penaja. "sebenaranya orang yang murtad dari umat islam hari ini adalah orang yang tidak memahami dan mengkaji AlQuran dan diperdaya oleh pihak gereja." jawapan itu benar tetapi belum cukup kukuh. Usam bersorak di dalam hatinya mendengar kesayuan Radhi.

"sebenarnya saya seorang paderi dari Syria yang bertugas membaptiskan orang sudan dan menyampaikan berita gembira kepada orang sudan di Selatan." pengakuan itu dibuat dengan penuh bangga. "kalau di Sudan saya tidak gusar. kalian takkan mampu mengetuk pintu hati orang islam. kerana anak anak mereka difahamkan alquran sebelum dunia." penuh keyakinan dan kebanggaan menghuraikan jaminannya. "kalau nak dibandingkan dakyah kalian dengan dakwah kami di selatan lebih berkesan dakwah kami. kami menyeru kepada kesatuan dan keamanan di sana kalian pula menghasut perpecahan dan pertelingkahan." Peluru Radhi terus menembus jantung.

" Pihak gereja takkan berputus asa." gumam Usam. "syaitan juga begitu dalam menghasut anak adam" seperti petir memanah terbakar Usam dengan ungkapan selamba itu. lantas berlalu pergi meninggalkan Radhi tanpa sepatah kata.

Radhi tersenyum. Bukan senyum kemenangan senyum kasihan. Temannya kembali ditatapi.

dalam melayari ombak semangat dalam menghayati khutbah muawiyah bin abi sufyan yang dihimpunkan oleh ibnu qutaibah Radhi disapa oleh seorang pemuda yang berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun. wajah asia jelas terpapar pada mukanya. bahasanya arab baku slanga jawa. setelah berkenalan dan berbalas dialog tahulah radhi pemuda tadi memerhati dialognya dengan pemuda nasrani tadi. hidayat doyono pelajar tahun 4 jamiah al azhar. keberadaannya di sudan adalah bagi menghabiskan cutinya sambil mencari peluang untuk ke pengajian sarjana atau master dalam bidang usuluddin. hidayat lebih selesa memperkenalkan dirinya dengan nama timangan yunus. mungkin dari yono bertukar ke yunus. enak juga laqab itu.hajatnya untuk bertegur sapa dan bersahabat dengan radhi disambut mesra. adapun hidayat bukan semata mata ingin mengenali radhi sebagai teman pena atau sekadar berborak mesra seperti anak anak muda dalam alam internet di enjin enjin "chating" seperti yahoo mesenger dan sebagainya. perkenalan ini bertujuan murni dan lebih jauh dari persahabatan. kemesraan ini bertujuan untuk mengenali latar ilmu dan ideologi anak muda yang baru sahaja bagi yunus menewaskan seorang agen pemurtadan umat.maka inti persoalan yang berkuah dari tadi diutarakan "bagaimana saudara begitu yakin dalam dialog sebentar tadi. sehingga emosi anak gereja tadi menjadi tidak keruan?" soalan yang berkajangkan wajah senyumnya itu bertemankan rasa kagum."sebenarnya inti dialog tadi belum terhurai. saya sebenarnya ingin mengajaknya ke syurga dan mendesaknya meninggalkan neraka. tetapi belum sampai kepada penghuraian hala tuju kedua dua jalan dia sudah terbakar ." soalan tadi sangat jauh dari jawapan yang diberi. "maksud saudara?" tanya yunus kaget. "suka saya akui itulah refleksi iman saya terhadap masa depan akhirat saya." Radhi begitu pasti dalam pengakuan ini. "nampaknya saudara mempunyai keyakinan yang begitu tinggi untuk mendapat ganjaran tertinggi." yunus terus menduga di air yang jernih. "pernah kamu dengar sabda baginda yang berbunyi akan masuk ke syurga Allah itu semua hambaNya kecuali yang enggan?" yunus membalas dengan anggukan."saya benar benar kagum masih ada pemuda arab seperti kamu. bahkan dijumpai pula dalam keretapi ini." yunus menyambung kata. "maksud kamu?" Radhi terpukul dengan kekaguman itu. "ya! pemuda arab hari ini kebanyakannya hancur dalam kemewahan dan keruntuhan moral. kalau yang berpendidikan agama enggan menjalar dalam masyarakat apatah lagi menaiki keretapi menempuh sahraa seperti ini." hurai Yunus. "oh! saya bukanlah arab dan menjadi arab bukan lagi kemuliaan. tetapi saya anak benua afrika tunisia yang lahir di sudan dan berbangga dengan islam yang dikurniakan. saya sememangnya suka berkelana di masa cuti. jika ada pemuda yang mengakui mencintai agama tidak mahu merantau maka rugilah agama." hurai Radhi menjelaskan pandangannya."bolehkah kiranya saya menemaini saudara dalam perjalanan ini boleh jua saya mendapat perluasan ilmu dan faham dari pandangan pandangan saudara." bukan izin diminta tetapi menanti kerelaan. "saya bukannya alim seperti khidir untuk memberi syarat pada teman sebaik musa." sungguh dalam kata kata jenaka dari Radhi. maka di sini satu lagi pertemuan kerana Allah berlaku. perjalanan keretapi ini telah melepasi kawasan karimah. iaitu bandar sejarah bagi piramid piramid kecil di sudan.

mengamati piramid kurang sempurna itu mengingatkan Radhi pada kisah Firaun dan Musa A.s. dalam mengelamun meninjau betapa beraninya seorang anak pungut memerangi ayah angkatnya merangkap pemilik empayar terbesar ketika itu Yunus menegur. "menghayati pemergian Firaun atau mengagumi seni bina baninya?" soalan yang seolah olah keluar dari bibir psikik. "pandai saudara meneka gelombang yang bergelora!" ketinggian pujian atau gaya bahasanya tidak perlu dihairankan kerana itulah kelebihan peminat sastera arab. "Apa lagi yang mampu melintas di fikiran ini bila orang seperti sahabat dan pemerhatian pada peninggalan seperti yang di sana" Yunus memuncungkan bibirnya mengisyaratkan kawasan piramid piramid kecil itu. "sebenarnya kita tak mampu menduga betapa besar bantuan Allah yang akan datang kepada kita andai kita berusaha meninggikan Islam di muka bumi ini." sungguh pelik apakah setiap detik hati anak muda ini bersama yang Esa.

Yunus kagum. "betul pendapat sahabat." terlintas di benak Yunus untuk mengetahui dari manakah datangnya keimanan ini. Jika ditanya masakan dia mengakuinya. maka ditelan sahaja lintasan itu sebagai persoalan yang tidak terluah.

Radhi bertanya " Apakah yang menarik di Mesir?" soalan Radhi itu menyegarkan Yunus. "banyak sangat banyak, maklumlah ummu dunia." Radhi bertambah tertarik."Apa yang saya boleh dapati di sana?" "Di Mesir anda akan dapati begitu banyak kelas kelas pengajian kitab kitab tua di masjid masjid. bahkan ada di antara mereka ulama ulama besar." Yunus menghidangkan keistimewaan. "kitab kitab juga murah untuk dimiliki. Mungkin seperempat dari harga di Sudan." Radhi melopong mendengar kelebihan ilmu di bumi anbiya'. "Lagi?" Radhi meminta cerita kehebatan itu diteruskan. "Di sana makanan murah murah dan buah buahan pelbagai. Maklumlah Mesir merupakan sebahagian dari kawasan subur. lagipun di sana lembah Nil" Radhi merasa sangat tertarik "benarlah antara nikmat tuhan itu ilmu dan buah buahan. Tetapi Ilmu nikmat dunia yang sering disebut sebut buah buahan selalu disebut tetapi sebagai nikmat syurga." "Benar katamu sahabat" Yunus mengiyakan. setelah lama mereka berbual mengenai mesir kini keretapi sedang berlumba dengan arus sungai Nil. sungai Nil berpunca dari selatan mengalir ke utara sudan merupakan laluannya yang terpanjang manakala mesir adalah destinasinya. Sungai Nil berpunca dari dua batang sungai yang berbeza bertemu di Khartoum dan mengalir ke Mesir. Sungguh tinggi teknologi Allah dalam membina arus sungai ini.

pertemuan dua nil dihiaskan dengan masjid Dua Nil menampakkan keanggunan masjid itu sebagai tanda di mana Nil bertemu. Rumah Allah itu di bina dalam bentuk yang unik satu Qubah dan satu menara. Qubah dari gabungan prisma melengkung itu sangat memikat pandangan seorang peminat seni bina.

kini Radhi dan Yunus sedang menunaikan solat Jama' berjemaah. keretapi berhenti kerana landasan terkambus oleh debu yang ditiup ribut pasir semasa mereka menuju ke situ. tiada sebarang papan tanda untuk menjelaskan apakah nama tempat yang menjadi tempat solat mereka. sebenarnya ramai juga yang menyertai jemaah dua anak muda ini. Solat sememangnya sudah terbudaya dalam masyarakat Sudan.

seusai solat Radhi menukar pakaian dia kurang selesa dengan pakaian yang sudah seharian melekat di tubuh , begitu juga Yunus. Semasa ingin menaiki semula gerabak mereka berselisih dengan Usam dan jemaahnya. pihak gereja. Usam disapa Radhi " wahai jiranku " Usam berpaling. "kenalkan ini Yunus sahabatku dari Indonesia." Radhi menganalkan Yunus kepada Usam. Usam menyambut salam Yunus "Mahu menikmati makan malam bersama kami "ujar Radhi. "tak mengapa kami ramai " balas Usam. Usam agak kaget mungkin juga menyimpan dendam. "jika kamu sudi silalah menyertai kami. boleh kita berbincang sambil makan." ajak Usam semacam mencabar. "bagaimana dengan kamu Yunus?" Radhi membiarkan Yunus memilih. "Jangan risau kami cuma membawa bekalan roti dan kacang merah" Usam menjamin kehalalan. " kami dibenarkan memakan makanan ahli kitab yang masih berpgang dengan ajaran lama." Ujar Radhi memberitahu bahawa tiada kebimbangan. akhirnya Yunus mengangguk.

usam memperkenalkan Radhi kepada sepuluh rakannya. setelah berkenalan Radhi mengikuti Usam ke gerabaknya. mendapati tempat duduk Usam sekadar tiga baris ke belakang Radhi berasa lapang. "anak muda sebenarnya Usam ada menceritakan dialognya kepada kami. teringin benar kami mendengar tentang agama kamu selepas santapan malam nanti." Peter menyatakan hajatnya. lelaki tua itu nampak seperti pemimpin kumpulan ini. Peter menghulurkan air basuhan kepada Usam dan tetamu mereka.

santapan di mulakan dengan doa. Radhi dipersilakan untuk membaca doa. maka doa makan biasa diamalkan sejak sekolah tadika dikuatkan sedikit. mereka makan sepuas puasnya Radhi berhenti sejurus selepas Yunus membasuh tangannya. Yunus cuma memerhatikan Radhi sedari tadi. sedikit sangat Yunus bersuara. setelah semua mereka selesai. teh dihidangkan.

semasa teh di tangan maka perbicaraan dimulakan. "Peter apakah saudara punyai anak?" soal Radhi. "aku paderi di Khartoum" jawab Peter memahami tujuan soalan. "kenapa Paderi tidak boleh punyai anak? bukankah itu satu kerugian?" soalan Radhi memecah ketenangan di pihak Peter dan anak buahnya. "di mana ruginya kalau dengan tidak berkahwin kami mulia di sisi tuhan." jawab Peter yakin. "bukan begitu maksudku. kamukan orang orang yang baik lagi mengikuti agama?" soal Radhi. "jelas" jawab Usam. " apakah berkahwen itu satu kehinaan?" soal Radhi "ia bukanlah kehinaan tetapi ia merpakan satu pengorbanan kami kepada tuhan" Peter berhelah. "kalau begitu siapa yang mantap iman di sisi kamu tak mampulah melahirkan zuriat yang baik dan membentuk keluarga yang harmoni kerana perlu mengorbankan kehendak seksual. Kamu hanya boleh menumpang mendidik anak anak orang yang kurang imannya kerana hanya mereka yang boleh melahirkan anak." soalan pertama terputus dalam kelogikan Radhi. "kami masih boleh membina rumah anak anak yatim untuk mendidik generasi baru." jawab Usam membantu. "jelaslah tertutup satu pintu kebaikan pada kalian sedangkan kami boleh mendidik kedua duanya." Yunus menolong.

servis pertama memberi mata kepada Radhi dan Yunus. "kalian sememangnya pentingkan soal seks. maklumlah kalian dibenarkan berkahwin sehingga 4" kini servis bertukar tangan. "sememangnya persoalan seks itu besar dan berkahwin empat itu satu keadilan." Radhi bersuara lancar. "di mana keadilannya?" soal Peter mengecam kebenaran hujah Radhi. " Radhi menelan liur membasahkan tekaknya. "sememangnya adil. jika kalian melihat pada sejarah peradaban manusia lelaki sememangnya memerlukan lebih dari seorang wanita dalam hidup mereka. sebab itulah adanya istilah gundik dan juga perempuan simpanan. islam memandang itu penghinaan serius terhadap wanita wanita ini. maka syariat islam sangat adil mengangkat martabat wanita simpanan dalam istilah agama lain kepada martabat isteri yang sah setelah hak hak syariat ditunaikan. Islam juga meletakkan had kepada lelaki setakat 4 sahaja kerana di sana perlu kepada keadilan dalam menunaikan tanggungjawab suami. Ini cuma contoh kecil bagi keadilan dalam islam." jelas Radhi sebelum meneguk air yang terhidang.

Yunus puas dengan jawapan itu. Namun jiran mereka sedang memandang sesama sendiri. melihat Radhi tenang menikmati teh panas itu menggiurkan Yunus untuk turut menghirupnya. Menikmati teh panas di cuaca kering sangat menyegarkan. Tidak hairanlah kenapa orang arab begitu merutini minuman ini.

Peter berdehem. "Apa pandangan kalian tentang lelaki yang menyukai lelaki?" Yunus tersedak dengan soalan itu. Radhi terhenti dari minumnya menepuk nepuk belakang Yunus. "maksud kamu Gay atau menyayangi saudara lelaki seperti saya menyayangi sahabat saya Yunus?" soalan itu sebenarnya bukan inginkan kepastian tetapi inginkan masa untuk berfikir. Radhi hampir mati akal. Doa Ibnu taimiyah segera diderumkan di dalam hati "wahai tuhan yang mengajar Adam ajarlah aku wahai tuhan yang memahamkan Sulaiman fahamkan aku." gumam doa itu bukan kerana takut kalah atau gagal menjawab tetapi tanda kerendahan hati seorang penuntut ilmu. "semestinya yang keji bagi kalian yang aku persoalkan" jawab Peter. "pada pengetahuan saya islam mengharamkannya." ringkas jawapan Radhi. "jadi adakah di sini keadilan islam mengharamkan naluri mereka." soalan ini sudah dijangka tetapi belum ada jawapan di benak Radhi.

Yunus memerhati Radhi. Radhi tenang menuangkan secawan lagi teh ke cangkirnya. "izinkan saya mencelah."YUnus memohon dari temannya. radhi hanya mampu menganggukkan kepala. kerana bibirnya sedang menghirup teh tadi. "andai semua naluri perlu ditunaikan dan dilayani maka untuk apa undang undang. jadi homoseksual adalah sesuatu yang merosakkan masyarakat dan masa depannya jadi ia haram. begitu juga dalam hal hal lain. contohnya kebebasan bersuara islam masih mengharamkan umpat dan caci sekalipun islam membolehkan hak bersuara. Jika manusia tidak dikawal undang undang maka akan rosaklah keinsanannya. balik ke isu Gay tadi jika islam tidak melarang dan mengharamkan homoseks maka individu itu akan terus binasa dalam penyakit jiwa dan juga fizikal. banyak penyakit kelamin menanti mereka. oleh kerana islam itu rahmat ke seluruh alam maka kerana itulah ia mengandungi syariat yang menyeluruh dan mengawal seluruh hidup manusia." Peter menganggukkan kepala. Usam merah telinganya. tatkala itu Radhi bangun meminta keizinan untuk pulang kekabinnya.

Yunus membuntuti Radhi. " kamu rasa mereka akan menerima bahawa islam itu sempurna?" tanya Yunus setelah mereka ke kerusi mereka. "Yunus hujah kamu baik nada kamu sememangnya meyakinkan. kita hanya menyampaikan semoga usaha kita mendapat ganjaran." Jawab Radhi memberi pengiktirafan. "sebenarnya kekufuran ini ada 3 sebab pertama bongkak kedua mendustakan ketiga berpaling dari kebenaran." Yunus menambah. Radhi mengangguk tanda mengiyakan.

Peter berdehem lalu bersuara " itulah mereka yang masih kuat bersama panduan agama. masih belia tetapi berani dan tegas bersuara untuk agama. kita harus menyedari mereka berundur bukan kerana tewas tapi kerana memberi ruang untuk kita mendalami kata kata mereka." Usam memandang. "apakah kamu mempercayai kata kata mereka?" Usam menduga dalam kekeruhan. Peter menoleh kepada Usam " mereka itu bukanlah tokoh agama Islam dan bukan pula wakil mana mana pertubuhan islam seperti kita semua. Tetapi hujah hujah kita senang mereka patahkan. itu baru persoalan rumah tangga dan hal dalam kelambu. Bayangkan kamu menghadapi golongan pembesar mereka dan membahaskan hal hal sangat besar seperti pentadbiran dan ketuhanan." terang Peter dalam mengajar cara kesesatan.

keretapi menuju perlahan ke Utara kini sudah melepasi wadi halfa tempat persinggahan untuk ke Mesir di sinilah pertukaran matawang di lakukan. kerana matawang Sudan takkan laku di luar Sudan. Radhi menukar duitnya dan kembali ke gerabak. Yunus mencari tamar untuk menjadi kunyahan dalam baki perjalanan.

perjalanan diteruskan Radhi mendapat Yunus sebagai teman 'uyunul Akhbar dikongsi bersama Yunus. perjalanan ini tidak sehebat perjalanan sejarah yang terpapar dalam uyunul Akhbar yang menghimpunkan kata kata indah dalam mencerita sejarah. sememangnya Mesir merupakan tumbuhan sejarah dan perjalanan. kesan kesan sejarah itulah yang menjadi sasaran perjalanan Radhi. sudah sehari semalam kita mengikuti kisah Radhi maka semoga perbualan perbualan ini dapat kita suburkan dalam jiwa dan jadikan pengajaran dalam mengharungi perjalanan kita.

tamat

julai 2006