Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, December 30, 2007

Antara Mina dan Muna






Antara Mina dan Muna





Aku bertamu di rumah Raja segala raja.
Bertemu dengan sekalian hamba,
berkenal dan menyapa.

Ada dari barat,
dari timur, selatan juga utara.
masing meniup cerita dalam angin berbeza,
bau yang beraneka,
ada bau darah, bau wanita, bau dunia.
Ada bau kemarau, bau selut.


Aku kelu, keliru, berfikir dan berteleku.
Aku bertanya apakah aku akan ke Mina atau Muna,
ada yang menjawab seperti ke Jeddah atau Juddah.


Apakah seramai ini hanya mampu bersengketa dan ditindas?
Apakah sekaya ini hanya mampu bertakabbur dan berhutang?
Aku mengadu kepada Raja yang mengundang.
Aku menyerah urusan kepada Raja.


sungguh tamu yang bertandang tidak pernah berkurang.
Tetapi tamu yang diterima boleh dibilang.
Munakah Minakah bukan soalan.
Yang satu tetap satu,
yang ramai mesti berpadu.


1428 akan diganti,
ada yang bakal diganti,
ada yang akan diulang.


Pernah aku berkata ujian ini sudah hampir selesai.
Kini Aku berkata Mina atau Muna bukan ujian tetapi mainan.
Ujian sebenar bakal bermula dan pasti lebih lama.
Ujian Mina Ujian kelayakan untuk ujian Fana.


siddiq Osman
Hujjaj 1428
dipinggir Istana Kekasih.
Jeddah, KSA

Sunday, December 02, 2007


Cahaya Yang Dinanti.

Terbit suatu sinar di ufuk silam,

merangkak menerangi buana.

Perlahan tiada berbunyi,

bagai anai anai merobohi.

Sinar itu kini sirna, sejak lama.

Disisakan silau malap pelita suram,

pelita itu ada di mana mana.

Timur , barat, selatan mahupun utara.

Asal dan isinya punya beza.

Walau fungsinya sama namun tiada sekata.

Bayang kelam seram kembali,

menunggang badai yang membingitkan.

Menyelubungi jagat dengan selimut durjana.

Berupa cantik bagai Kupu-kupu. Beracun.

Meracun dengan suka dan sendawa.

Kini buana merintih nestapa.

Menanti cahaya penggabungan cahaya.

Biarlah apa jua rupa ; lilin, pelita, jamung,

lampu, suria atau purnama.

Fungsinya hanya membunuh sirna bahagia.

Menyelamat Sinar segera.

Akukah, kamukah.

Pelitakah, Bayangkah?

Bila bila selagi ada.

Mana mana selagi bersama.

Siddiq Osman

28 11 07

International University of Africa

Khartoum, Sudan.

Friday, November 23, 2007

Menabung Untuk Beribadah.


Dalam Islam Ibadah bukan sahaja berbentuk spiritual. Ibadah juga merangkumi aspek material. Dalam bentuk bentuk ibadah Material dua darinya menjadi rukun Islam. Jadi bohonglah mereka yang mengatakan Islam memandu kepada kemunduran.

Orang Islam dilarang dari berpeluk tubuh bahkan mencari rezeki yang halal adalah amalan yang dijanjikan ganjaran yang sangat besar. Dalam sistem ekonomi Islam kebakhilan dan pemborosan adalah dua garisan yang mesti dijauhi. Penjimatan sangat disarankan dalam Islam. Namun penjimatan ini bukanlah jalan yang memandu kepada kebakhilan.

Antara kelebihan mengapa umat Islam di wajibkan haji sekali seumur hidup sekiranya mampu adalah bagi menggalakkan umat ini menabung. Namun ada banyak kisah kisah penabung haji yang diuji Allah dengan keperluan jihad Islam. Maka mereka sedar tabungan mereka untuk haji harus ikhlas dan tulus. Maka mereka menempuhi ujian dengan menggunakan tabungan mereka untuk jihad. Kerana mereka sedar bahawa tanggungjawab dakwah itu lebih besar dari jihad. Mereka juga sedar bahawa tujuan sebenar mereka menabung adalah ubudiyah kepada Allah.

Sesetengah manusia menabung dan memebelanjakan tabungannya bagi mengelak haul dan nasab zakat setiap tahun. Mereka jelas sekali tidak memahami konsep berkat dan kebersihan dalam harta milikan mereka. seharusnya Orang Islam mengumpul harta dan mencari duit sebanyak banyaknya untuk menjadi orang yang paling banyak menyumbang kepada Islam dan Ummah.

Jadi di sini soal soallah diri sudahkah kita berubudiyah kepada Allah dengan harta kita yang banyak atau sedikit ini? apakah kita pernah terlintas untuk menjadi penyumbang di jalan Allah? apakah kita sanggup memberi alasan miskin sebagai ganti pengorbanan kepada jihad? selidiki amal poket dan tabung kita!.

Wednesday, November 21, 2007

dirgahayu perjuangan...


Dirgahayu Perjuangan

Kehidupan menuju kematian.
Kematian menanti kehidupan.
Hidup dan mati bagai bulan
dan mentari.

Hidup sebenar hidup abadi.
Hidup yang sunyi dari ketakutan.
Hidup menuju mati.
Hidup berjuang,
hidup menjual kehidupan.

Perjuangan sudah hampir mati.
Mati yang menanti kehidupan.
Kehidupan sudah tidak dijual,
tetapi dibuang tiada erti.

Perjuangan kerana Tuhan.
Perjuangan menegak penghambaan.
Perjuangan tua, lebih tua dari umur Nuh.

Mati sedang menghampiri,
diri semakin nyanyuk.
Suara sudah parau bergetar.
Nadi kian melemah.

Perjuangan sudah disalah erti.
Matlamat sudah dilupai.
Keliru dan kabur menyumbat benak.
Ilmu dan teras sudah berbaur.

Namun masih ada yang menjerit,
melaung laung,
mengulang seru.
Dirgahayu perjuangan!!!
Dirgahayu perjuangan!!!
Dirgahayu perjuangan!!!

Mereka takkan berhenti.
Sangat pasti, sepasti wahyu diturunkan.

Siddiq Osman
21-11-07
Universiti Antarabangsa Afrika.
Khartoum, Sudan.



visa haji tak keluar lagi ni....


pergi haji merupakan satu ibadah yang diimpikan oleh semua umat islam. Pergi haji bukanlah seperti pergi melancong apatah lagi membeli belah. Pergi haji beerti pergi menjadi tamu Allah. Membuang tabiat buruk dan menjadi insan yang lebih bersih. Haji kursus intensif untuk menjadikan hati lebih khusyuk dan Ihsan dalam ubudiyah.

selamat menunaikan ibadah haji.

Tuesday, November 20, 2007

Sepetang Bersama Pejuang

18 November. Persatuan menugaskan aku menjemput Syeikh Mahmud Siyam, bagi mengadakan sesi penerangan dan dialog dengannya. Syeikh Mahmud merupakan Wakil HAMAS yang telah dibuang negara.

perjumpaan petang ini sangat mengajar aku cara diplomasi islami. Kami bertutur dengan begitu mesra seolah ini bukan pertama kali bertemu. Aku sedikitpun tidak berasa kecil dalam masa aku merasakan dia seorang yang sangat besar. Penilaianku berdasarkan bakti pada Ummah. andai tiada dialog di antara kami dia akan memenuhi dengan zikrullah.

Dalam Majlis sekali lagi aku menemaninya sebagai pengerusi majlis. berada di sisinya menginsafkan aku. Menyedarkan dosa dosaku yang menggunung. Syeikh sungguh peramah walaupun dalam menghurai isu sedih dia masih mampu membuat kami tersenyum. sepanjang syarahannya dia menekankan jihad bukan semata mengangkat senjata. Jihad sebenar adalah dakwah. Aku tersenyum lapang kerana itulah peganganku mengenai jihad.

Sunday, November 18, 2007

karyaku milikmu....


Bicara Dengan Bulan.

Sudah adat sudah hakikat,
munculmu mengganti suria.
Sudah sunnah itulah aturan,
dikau mengambang dikau menghilang.

Putihmu bersinar terang.
Cahayamu bukan pinjaman,
kerana aku yakin ia kurniaan.
Bulan katakan padaku, apa amalmu?

Hikayatkanlah kisah patuhmu.
Tiada pernah berlengah sekelip waktu.
Kisahkanlah suka dukamu.
Tiada pernah lelap memerhati malam.

Bulan mesra menutur.
Beremosi redup dalam bersinar.
Aku makhluk sebelum Adam.
Aku tercipta tanpa akal.
Aku mengabdi pada Tuhan,
tugasku mengkhadami insan.
Munculku bawa khabaran,
di sana ada Tuhan.
Hanya sebijak Ibrahim,
faham cerita tauhid dari bulan.

Aku kendur dengan kelat,
kelat di mata.
Aku merenung sebuah surat,
sungguhlah kami lebih dimuliakan.
Lantas kamilah yang menghinakan.
Hina selepas mulia, perit kekalahan.

Ku sedar.
Ku pejam lagi.
Bulan terus memerhati.
Sayu dan kelu.

Siddiq Osman
Khartoum Sudan.
Universiti Antarabangsa Afrika.



inilah karya pertamaku yang menembusi media cetak tanah air... mingguan malaysia 11-11-2007

Wednesday, November 14, 2007

dari saudara putera_perabot

RECITING THE WORD 'ALLAH" HAS VERY GOOD MENTAL EFFECTS ON ALL HUMANS
THIS IS NOT A FICTITIOUS STORY... IT IS REAL AND VERIFIABLE.. .


Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Qur'aan and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word "ALLAH" clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension. Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly could protect themselves from psychological diseases.
The psychologist explained how each letter in the word "ALLAH" affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word "ALLAH" which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration.

Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat. What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran. Allah, The Great and Glorious, says, We will show them Our signs in the universe and in their ownselves, until it becomes manifest to (remember me in UR Dua) ALLAHU AKBAR Allah is great Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength." This is a simple test. If you love Allah and you are not ashamed of all the great things that he has done for you, send this to everyone you know, May Allah help U to succeed...Ameen

During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally it is only 1 minute) All you have to do is the following: You simply say "A prayer" for the person that sent you this message. Next, you send this message to everyone you know. In a while, more people will have prayed for you and you would have obtained a lot of people praying for others. Next, stop and think and appreciate Allah's power in your life, for doing what you know is pleasing to him. If you are not ashamed to do this, follow the instructions.

Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." Send this message...only if you believe. "Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior.



Saturday, November 10, 2007

di bawah pelangi demokrasi.


salam selamat menghadapi gelombang baru.
kita masih belum sudah mengungkap selamat syawal, namun Pak Lah yang kita sangka tidur sudah tersedar dengan mayau mengugut "saya pantang dicabar..." sekarang kita akan lihat seorang Pemimpin yang tidak dihormati -rujuk kata kata najib dalam perhimpunan agung ketika berseloroh pasal isterinya- akan dicabar habis habis oleh bekas pemimpin yang dicabut darjatnya.

saya tidak menyokong slogan mewujudkan demokrasi yang sebenar. kerana saya beriman dengan pasti tiada adil dan bersih dalam apa jua corak hidup selain Islam dan Ihsan.


maaf jika ada yang tiada senang tapi kitakan masih dibawah pelangi demokrasi jadi saya bebas bersuara. Saya tiada menghina sesiapa. Cuma saya ingin kongsikan apa yang saya rasa dan yakin serta faham. kalau tiada setuju komenlah kritiklah. kitakan di bawah pelangi demokrasi.

semalam kita sudah lihat kediktatoran sistem demokrasi PakLah. 4000 bala tentera dikerahkan mengusir rakyat berhimpun menuntut keadilan dan juga ketelusan. Dalam masa yang sama PakLah mencanangkan perang dengan gejala korup dan rasuah. Bunyi seolah olah PakLah bersama rakyat tapi apabila buka mata seolah olah PakLah menyebelahi korup dan rasuah. Siapa kawan PakLah ? kuasakah atau Rakyatkah?

Semalam PakLah cuma guna gas pemedih mata dan air gatal. baru baru nih di Batu Burok dia dah guna sebutir alat yang selalu diguna oleh rejim zionis. Hai ! PakLah sabarlah. Che' Det masih hidup lagi. jangan lah rampas gelaran yang pihak pembangkang bagi pada dia dulu. gelaran tertinggi tu masih kosong. Takkan nak masuk penggal ke tiga dah nak tunjuk hero. Pelan pelanlah.

Anwar nak cabar PakLah lagi. Anwar tak dengarkah PakLah kata dia pantang dicabar? Atau Anwar tengah test market . Demokrasi ni macam pelangikan? semua org nampak ianya cantik. saya cuma lihat pelangi demokrasi ini dicorak oleh 7 warna. Proksi, kroni, korupsi, konspirasi, kapitalis, hedonis dan hipokrasi. semua warna ini berkumpul dalam satu jalur iaitu jalur cintakan pangkat dan tamakkan harta. Sampai bila baru akan lahir keadilan dengan demokrasi. Rasanya perjuangan demokrasi ini hanyalah jalan yang tiada hala tuju. menukar kepimpinan dari tangan ke tangan seperti menukar ganti hiasan dalaman dari masa ke masa. Bagi saya perubahan itu perlu dari dasar dan sistem, yang merupakan tiang dan bumbung sebuah masyarakat.

oklah saya pun nak tidur. Asyik PakLah ja yang tidur mana boleh.

Friday, November 09, 2007

apakah ertinya selamat?


salam semua. Malam malam syawal akan berlalu dan zulkaedah akan menjelma.

Selamat berpuasa kepada yang masih berpuasa dan selamat berurusan kepada yang mahu haji. Selamat adalah kurniaan Allah. Adapun di sini ingin saya maklumkam bahawa blog anak-ayah sudah gagal diselamatkan, dengan dukacitanya saya mengumumkan bahawasanya blog tersebut telah selamat dihentikan pengeditannya dan semua maklumat hanya akan berada di blog ini. semoga Allah memanjangkan umur ajal blog ini.

selamat membaca di blog blog yang berfaedah dan selamat.

Friday, October 26, 2007

nantikan


Slaid gambar gambar peribadinya dimainkan. Alif hanya memerhati sesekali dia minta paparan yang menarik hatinya diulang. Alif baru berusia lima tahun. Kepetahannya menarik minat siapa sahaja untuk memanjakannya.

" Mak Su, di Sudan ada tak sekolah untuk budak besar Alif?"

" kenapa , Alif nak belajar di Sudan Ka? "

" Eh bukanlah. Alif saja tanya ja. Apalah mak su ni. Alif kan kecik lagi mana boleh pergi sana."

" Nanti besar nanti Alif nak jadi apa?"

" Alif nak jadi daie. Macam Hassan Al Banna."

Tergamam Maryam dengan jawapan anak buahnya. Bergenang airmata mensyukuri nikmat Islam yang Allah limpahkan kepada keluarganya.

"Alif daie tu apa?'' Maryam ingin menguji anak kecil ini.

" Ayah cakap daie ni orang bijak yang sayangkan semua orang."

Wednesday, October 10, 2007

Api...

Api.

Aku memandang kepada api.
Aku mencari hikmah untuk diri.

Api meliuk lentuk menuturkan bicara.
Membiarkan mataku menangkap suara cerita.

Aku ibarat Ilmu.
Aku ibarat Nafsu.
Aku punya mujarab,
andai terhijab.

Api membiarkan aku terpana,
Api terus mencerita dalam bahasanya.

Ilmu umpama aku.
Nafsu umpama aku.
Andai dibendung lindung,
akan memberi cahaya beruntung.

Kini api mendengus.

Kalian, kalianlah mentadbir kami.
Aku, ilmu dan nafsu.

Api membeliak.

Aku kalian ibaratkan kejahatan.
Aku kalian contohkan kesirnaan.
Sedangkan Tuhanku, jua Tuhanmu,
Berkata manusialah yang membinasakan.

Kini api itu ku padam.
Kerana aku tahu satu kata.
Bila kecil jadi kawan bila besar jadi lawan.
Aku enggan terima.
Kerana aku manusia yang miliki keangkuhan api.

Siddiq Osman
malam malam akhir bersama kekasih.
khartoum sudan.

Friday, September 28, 2007

kawan kawan yang dah kawen vs kawan yang dah nak kawen = kawan kawan yang tak tau bila nak kawen.

Dah Kawen...
Tok wan
Shun
Pak Lang
razak
yasir pak yat
rijal
saif
ayie
joe
sham
yasir shidan

nak kawen dah
ali gemuk
ali ketek
naim kot
anis
anas
din mad adi
fairus

hat tak tahwan punca.
wady
jon
pdon
mat pit
omaq beskal
budin
jaie
nahar
azwan
adlan
md daud bibiaq
md daud #**
pak lah congo
ansary
sepul azali
amirul
makjah seru
af
kero
acap ikan
pak tam
rahim
adni
pak wan

Thursday, September 27, 2007

ayat-ayat cinta.


Allah sangat mencintai kita. mari kita tengok apa Allah kata dalam surat cintaNya kepada kita.

"ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."

"wahai orang-orang beriman apakah Aku mengunjukkan kamu suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Berimanlah kepada Allah dan rasulNya dan bersungguh-sunguhlah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu itulah kebaikan bagi kamu sekiranya kamu mengetahui."

"Wahai jiwa - jiwa yang tenang pulanglah kepada Tuhan kalian dalam keredhaan dan diredhai, masuklah kalian dalam golongan hambaku dan hunilah syurgaku."

sahutlah ayat ayat cinta ini dengan hati yang gementar dan tawaddhuk....

Sunday, September 23, 2007

sedap....



sesedap sedap makanan dunia apalah sangat nak dibandingkan makanan di syurga,.. berpuasalah kerana Allah bukan kerana nak berbuka sedap sedap.

Tuesday, September 11, 2007

Bulan Keramat.


Kemunculannya dinanti.
Setiap puncak seluruh pantai disinggahi.
Ada yang berkanta ada yang bertangga.
Mencarimu mengharap kemuliaan Tuhan.

Namamu disisip pada anak anak ,
dengan hasrat beroleh berkat namamu.
Bulan keramat bulan rahmat.
Bulan seribu bulan.
Bulan yang menadah wahyu.
Lalu mengalirkan taat.

Gersang buat yang ingkar.
Curahan kasih buat yang taqwa.
Limpahan sayang bagi yang Ihsan.

Gerbangmu dihiasi rahmah,
dibentangkan keampunan di pertengahan,
dianugerahkan perlepasan sebelum meninggalkan.
Janji bagi yang memasukimu bersama iman,
bersama perhitungan.

Ramadhan rahmat antara nikmat.
Ramadhan hamba yang taat.
Ramadhan sekolah yang hebat.
Ramadhan bulan keramat pesta ibadat.

Saturday, September 01, 2007

merdeka!!!!


JERITAN MERDEKA

Sudah 50 tahun ,
setengah dekad dunia,
tubuh kita sudah matang masak,
minda kita kian berputik,
jiwa kita kian sirna.

Sudah 50 kali kita berpesta,
setiap kali terjarak,
terjarak dari perjuangan,
terjarak dari dasar,
semakin hanyut dibawa arus kelalaian,
ditipu penipu dirompak perompak.
Biarlah janji kita merdeka.

Bebal apa yang merasuk,
menyumbat telinga,
mendinding mata,
menjerit tanpa bicara,
menulis tanpa tinta.

Merdeka dalam leka.
Menanti gerhana.
Jeritlah pada sukma.
Perjuangan merdeka!!
Biar atma tercakna.
Serulah Tuhan Yang Esa,
kembalikan maruah agama dan bangsa.

Tuesday, August 07, 2007

Aiman Mujahid



Debu - debu pasir mula mengisi udara panas padang pasir. Kesan dari hentakan kaki kuda dan juga langkah – langkah manusia. Suasana gempar mengisi setiap sudut. Kelihatan Abu Jahal sedang membakar semangat pasukannya. Sedang terjengah – jengah meninjau keadaan pertempuran dengan pahlawan Madinah. Sedang dalam keadaan mencari dia sebenarnya diburu. Aiman mendengar bisikan dua orang anak muda yang berumur sekitar sepuluh tahun kepada Uthman. "pakcik tunjukkan kami Abu Jahal musuh Allah dan RasulNya" lantas pakcik yang kelihatan gagah itu menjengah seketika. Maka muka bengis Abu Jahal dituding.

Tanpa menjawab dua anak muda tadi seperti kelinci menyerbu pantas dengan senjata mereka. Aiman mengikuti mereka dengan penuh perhatian. Mereka sememangnya bersemangat dan penuh tekad. Abu Jahal yang diburu sudah sangat hampir. Abu Jahal ketika itu sedang membakar semangat kaum Quraisy tentera Makkah. Sepantas petir pedang Muaz Ibnu Amru dijamu darah si laknat besar itu. Belum sempat Abu Jahal mengerang untuk luka pertama itu datang pula Muawwiz Afra' menetak Abu Jahal dengan tetakan yang kuat. Maka dengan tetakan itulah Abu Jahal menuju ke neraka.

Aiman menyaksikan kepantasan dan keberanian dua anak muda itu dengan kagum dan bersemangat. Tetapi dia hanyalah tukang memberi minum dalam perang ini. Sebelum sempat Muaz Ibnu Amru mengelak ikrimah menetak tangannya. Aiman menjerit " Muaz!!!" dia berlari kea rah Muaz namun dia ditendang dengan kuat oleh seorang tentera Quraisy lantas terlentang ke belakang. Dia sempat mengerling ke arah Muaz dia mendapati Muaz sedang memutuskan tangannya sendiri. Sungguh mengerikan. Quraisy yang gedempol yang menendangnya tadi menghayunkan pedangnya …

" Aiman, bangun sayang dah subuh ni." Tiba tiba suara lembut ibunya membangunkannya dari mimpi yang sungguh mengesankan. " kenapa ni? Sampai berpeluh anak ummi. Itulah tidur tak pasang kipas." Ummu Aiman mengelap rintik-rintik peluh di dahi Aiman. "Aiman mimpi tadi Ummi. Kalau ummi tak kejut tentu Aiman dah sampai ke syurga." Jawab Aiman sambil menyelak selimutnya. "Ada-ada saja anak ummi ni. Dah, pergi siap, jangan lupa solat sunnat fajar. Abah dah tunggu nak ke masjid." Suruh ibu Aiman. Aiman lantas membaca doa bangun tidur dan menuju ke bilik mandi.

Aiman ialah anak tunggal sehingga kini. Kanak-kanak seusianya itu seringkali mengalami mimpi-mimpi aneh. Minda peringkat ini memiliki daya imiginasi yang sangat tinggi. Mereka boleh mewujudkan alam khayalan berdasarkan cerita-cerita yang mereka dengar dan juga sogokan-sogokan maklumat lain. Aiman sangat berminat dengan cerita perperangan zaman sahabat. Ibunya sering menceritakan kehebatan pahlawan Islam. Ibunya enggan melihat Aiman menjadi orang yang cintakan dunia dan takut kepada mati. Walaupun Aiman baru berusia 7 tahun dia sudah boleh membaca akhbar. Aiman diajar mengenal huruf sejak umurnya 4 tahun lagi. Aiman boleh mengeja semasa berumur 5 tahun. Ibunya selalu meluangkan masa dengannya.

Ayah Aiman En. Shuib memang seorang yang menitik beratkan kehidupan Muslim dalam keluarganya. Walaupun Aiman anak tunggal dia tidak muakan Aiman dengan mainan-mainan yang tidak mengembangkan minda anak kecil itu. Walaupun Aiman masih kecil dia diajar berdikari. Mengurus masa sendiri. Menjaga kebersihan diri dan juga harta bendanya. Ibunya sering mencernakan rasa syukur dalam peribadi Aiman. Di sekolah Aiman menjadi ketua kelas. Guru dan rakan-rakan senang dengannya. Aiman peramah. Walaupun dia tiada adik atau saudara lain. Ibunya sentiasa memberi perhatian.

"Aiman! Dah siap belum?" laung Encik Shuib. " Ya ! Aiman turun sekarang." Aiman mencapai kopiahnya. Begitulah setiap pagi. Walaupun hadith Nabi mengingatkan agar menyuruh anak solat pada umurnya tujuh tahun dan merotan jika mereka enggan pada umur sepuluh tahun. Namun bagi En. Shuib anaknya mesti ringan dan menjaga solat dengan sempurna. Jadi dia biasakan Aiman dari umur lima tahun lagi.

"Ayah! Kita nak ke masjid mana pagi ni?" Soal Aiman. "Aiman nak pegi masjid mana?" En Shuib melayan sahaja soalan Aiman. Dia suka anaknya berfikir dan juga ingin melihat daya Aiman membuat pilihan. " Kita pergi masjid Abang Imran lah." Balas Aiman. "kenapa?" sepatah soalan ayah Aiman ingin melihat apakah penilaian anaknya. " Abang Imran best, lepas solat dia baca sirah." Jawapan Aiman ini membuktikan minat yang mendalam terhadap sirah kehidupan Nabi umat ini. "oklah as Aiman wish." Sebagai seorang arkitek dia kadang-kadang suka menggunakan bahasa Inggeris dalam dialognya. Aiman hanya tersenyum. Dia kembali mengelamun.

Selepas solat subuh Ustaz Imran menyampaikan kuliah subuhnya sekitar sepuluh minit. Kali ini Imran menceritakan mengenai bagaimana rasulullah membuka Makkah. Sebagai tafsir ringkas Surah An Nasr. Aiman tekun mendengar cerita Ustaz Imran. Ustaz Imran merupakan saudara jauh ibu Aiman. Rumah Ustaz Imran tidak asing bagi Aiman. Semasa cuti Aiman kerap ke rumahnya untuk meminjam buku. Ustaz Imran masih bujang. Tetapi dia merupakan penulis buku cerita kanak kanak Islam.

"Aiman pulang nanti terus siap untuk ke sekolah tau." Pesan En. Shuib. "ok, Ayah nak pegi pejabat awal ke?" Tanya Aiman. "Ya , Ayah nak kena keluar awal sikit. Aiman nak terus ke sekolah ke? Nak singgah pejabat ayah dulu?" Encik Shuib beri peluang kepada anaknya membuat pilihan. " pergi teruslah. Nanti menyusahkan pak cik Osman pula." Berbunga hati Encik Shuib mendengar jawapan anaknya itu.

Aiman berlari ke arah pintu gerbang sekolah dengan beg galasnya yang berwarna merah hitam digalas dari belakang, selepas menjabat dan mencium tangan ayahnya. Encik Shuib mengekori anaknya itu sehingga bayang anaknya itu ditelan oleh dinding papan tanda Sekolah Rendah Al Islah. Kereta proton wira edisi manual itu bergerak perlahan lahan meninggalkan perakarangan sekolah.

Setelah Aiman meletakkan begnya di tempat duduknya dia lantas membuka beg itu lalu mengeluarkan buku bertajuk "Peperangan Uhud Mengajar Erti Taat" , lalu diselak ke muka surat yang sudah ditanda. Dibacanya penuh keghairahan. "Assalamualaikum", sapa satu suara. "Boleh saya temankan awak?" seorang kanak kanak berjubah putih dan berserban berdiri di hadapan Aiman. "silalah duduk." Pelawa Aiman. "kamu Aiman kan?" sapa kanak kanak tadi. "ya! Kamu nama apa? Macam mana kamu kenal saya?" Aiman menyambut tangan anak muda tadi. "Sayalah Muawwiz yang kamu ikuti semalam." Aiman baru teringat akan mimpinya.

"Eh! Bagaimana kamu boleh ada di sini? Bukankah kamu telah syahid di medan Badar? " Aiman teruja sambil mengingati semula buku "Keajaiban Badar" yang dibacanya. Muawwiz tersenyum sungguh pesona senyumnya. "ya ! kamu memang sangat beruntung kerana begitu perihatin pada sejarah Islam. Saya Cuma ada dalam dunia kamu. Hanya kamu yang melihat saya." Terang Muawwiz. "bagaimana kamu kenal saya?" Aiman mengulang soalannya. " Saya memang mengenali awak sudah lama. Cukuplah sekadar awak meyakini Allah berkuasa untuk setiap sesuatu." Aiman tersenyum.

"Erm, awak tahu tentang sejarah silam? Bolehlah awak bercerita kepada saya selalu." Aiman menunjukkan keghairahannya. "saya tahu setakat hayat saya. Tapi saya lebih suka untuk membincangkan tentang keadaan umat hari ini dengan awak." Jelas Muawwiz. "erm, awak tahu mengenai hal sekarang?'' Tanya Aiman. "sudah tentulah saya tahu. Sekarangkan maklumat mudah didapati." Jelas Muawwiz.

Muzammil, Muhsin dan juga fikri sampai. Mereka memberi salam pada Aiman. Aiman menjawab salam mereka. Fikri putih kemerah merahan mukanya. Jelas urat urat hijau di dahinya jika dia cuba untuk menghafal sesuatu. Muhsin pula berkulit sawo matang dan juga gempal sedikit mereka berdua agak akrab. Muzammil berbadan kurus dan juga berambut kerinting. Mereka selalu datang awal kerana mereka menetap di asrama. Muhsin mengeluarkan buku bahasa melayunya untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi semalam. Kelas hanya akan bermula dua puluh minit lagi.

Muawwiz hilang dari kelas. Aiman menggaru-garu kepalanya. Muzammil menyapa Aiman "tadi ana dengar anta bercakap sesuatu. Anta bercakap dengan siapa?" Aiman gumam " err, ana bercakap dengan Muawwiz Ibnu Afra'." Beritahu Aiman lurus. "sapa tuh? Mana dia?" Muzammil kepeningan. "Entah! Tiba – tiba dia hilang." Aiman langsung tidak berselindung. "Ermm, peliklaa. Anta tau dak orang gila ja cakap soghang-soghang." Muzammil dengan pelat utaranya memberitahu. Aiman terdiam.

Selesai kelas petang itu Aiman menanti ayahnya di pintu gerbang. Sedang dia duduk meninjau ninjau kemunculan kereta ayahnya dia ditegur oleh muawwiz. "kamu sudah baca akhbar semalam?" Tanya Muawwiz. "ya, ada saya baca. Kenapa?" Tanya Aiman. "Kamu ada baca tentang peperangan di Iraq?" soal Muawwiz lagi. " ya Amerika menceroboh Iraq. Jahatkan Amerika?" rungut Aiman. "mereka memang mencabar umat Islam." Kata-kata Muawwiz menimbulkan kekesalan pada Aiman. "saya malu dengan umat zaman awak, mereka mempertahankan Islam dengan bersungguh sungguh." Aiman terhenti tatkala mendapati kereta ayahnya berhenti berhampiran mereka. Sekilas dia menoleh ke arah kereta ayahnya Muawwiz telah hilang darinya.

Dia mendapati ibunya sebaik sahaja tiba di rumah. "assalamualaikum ummi." Sapa Aiman bila mendapati ibunya sedang membaca di atas sofa di rumah mereka. "waalaikumussalam. Dah balikpun anak ummi ni." Aiman memeluk ibunya. "ermm, busuknya anak Ummi." Ibunya mengusik Aiman. "Eh! Mana ada. Ibu, adik sehat?" Aiman mengusap-ngusap perut ibunya. "Bagi salam pada adik. Dia rindu pada Aiman." Aiman memberi salam kepada perut ibunya kemudian mengucup perut ibunya. "Aiman pun rindu pada adik, Ummi" bagitahu Aiman. Sambil tersenyum manis. Ummu Aiman bertanya "macam mana di Sekolah?" "Aiman dapat kawan baru, Ummi nama dia Muawwiz." Cerita Aiman. "Eh! dah nak habis tahun pun ada orang baru masuk sekolah Aiman?" Tanya ibunya. "bukan Ummi, dia bukan belajar sama Aiman." Dia dari medan Badar. "Erm, ada-ada saja anak ummi ni. Cikgu ajar apa hari ini?"\

Sejak kebelakangan ini ibu Aiman tidak boleh memberi perhatian seperti selalu kepada Aiman kerana mudah keletihan. Mungkin sejak dia sarat membawa adik Aiman dalam perut. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada Aiman. Encik Shuib pula sedang sibuk dengan projek baru yang disambar syarikat tempat dia bekerja.

"Muawwiz masa zaman dahulu awak main apa?" Tanya Aiman. "Dulu kami selalu main gusti, kadang kadang kami pergi berburu. Saya selalu bersama Muaz, dia mahir menggunakan batu." Cerita Muawwiz. "Oh! Jadi kamu memang kerap bersama Muaz?" "Aiman! Tidur sayang. Esok nak ikut ayah ke masjid." Laung ibunya dari dapur. Selalunya Aiman akan masuk tidur selepas Isya'. Sebagai kanak-kanak dia memerlukan tidur yang cukup.

Suasana dipenuhi dengan sorakan kaum Muslimin. Aiman mencari cari kelompok pemanah yang diketuai Abdullah Ibnu Jubair. Aiman memanjat mencari Abdullah. "Pak Cik jaga pasukan ini jangan turun." Abdullah melihat Aiman. "siapa kamu? Itulah pesan rasulullah." Aiman merasa lapang. "saya Aiman dari masa akan datang." Kami mengetahui bahawa kaum muslimin akan tewas dalam peperangan ini." Abdullah gumam. "kami takkan kalah dengan izin Allah." Aiman berlari mencari Abu Dujanah. Dia mencari pahlawan yang paling berani dalam medan Uhud. Setelah melihat serban merah yang dipakai di kepala. Sungguh mukanya penuh keyakinan dan cukup meyakinkan. Tiada mata mampu bertentang dengannya.

Kringggg!!! Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aiman bangun membaca doa dan menuju bilik air. Dia mengambil wudhu' dan melangkah ke mihrab yang disediakan di biliknya. Aiman sendiri yang memohon ayahnya membuat sebuah mihrab di kamarnya kerana dia terkesan dengan cerita wanita mulia Maryam ibu Nabi Isa. Selesai bersolat Aiman berdoa "Ya Allah tolonglah kami menjalani hidup sebagai hambaMu sehingga kami menemuiMu, Ya Allah! Bantulah pejuang-pejuangMu di seluruh muka bumi ini. Amin" kemudian Aiman menyambung tidurnya.

"Muawwiz kamu tahu tak? Saya akan dapat adik nanti." Tanya Aiman ketika Muawwiz menegurnya pagi ini. "tahniah Aiman!" ucap Muawwiz keriangan. "tapi nanti kasih ibu ayah akan berbelah bahagi antara kami berdua." Aiman kegusaran. "Eh! Kamu patut bersyukur kamu sudah mendapat perhatian penuh selama adik belum ada. Sepatutnya adik kamu yang lebih mencemburui kamu." Muawwiz membangkitkan rasa syukur. "Kamu ada adik?" soalan Aiman itu tidak berbalas kerana Muawwiz sudah tiada dipandangan.

Aiman dikejutkan dari lamunan gurunya memanggilnya. "Aiman, sila ikut cikgu." Cikgu Aminah mendahului Aiman ke pejabat sekolah. Di pejabat Cikgu Aminah menyerahkan gagang telefon pada Aiman. "Aiman, Ayah tak dapat ambil Aiman hari ini. Pak Cik Osman akan datang ambil." Beritahu Encik Shuib. "Ayah nak ke mana?" soal Aiman minta penjelasan. "Ayah di hospital. Ibu sakit nak bersalin." Jelas Encik Shuib. "Aiman nak terus ke hospitallah?" pinta Aiman. "baik nanti ayah beritahu pak cik Osman. Assalamualaikum." Talian dimatikan. "Waalaikumussalam."jawab Aiman lembut.

Aiman menunggu pakcik Osman di tempat biasa. "Aiman kamu harus bersyukur." Muawwiz di sebelah menyapa. "sudah tentu! Saya tak sabar nak berjumpa adik saya." Jawab Aiman ghairah. "kamu kena jadikan adik kamu lebih baik dari kamu." Nasihat Muawwiz. "ya ! dialah mad'u pertama saya." Balas Aiman.

Sesampai Aiman di hospital ayahnya menyambutnya. "Aiman dapat adik perempuan." Beritahu ayahnya. "kita letak nama Maryam bolehkan?" Ayah Aiman mengangguk tanda setuju. " Aiman kena bersabar sayang, Ummi masih koma." Aiman tidak dapat memahami. "Koma tu apa ayah?" Encik Shuib terpaksa melayan anak itu. "koma itu tak sedarkan diri nak." Aiman mula sebak. "sabar Aiman doalah semoga Allah selamatkan ibu."Encik Shuib menasihati anaknya sekaligus cuba menenangkan dirinya.

Aiman mengalirkan air mata selepas menyapu kedua tangan ke muka. Sudah tiga hari ibunya masih belum pulang. Aiman terpaksa meneruskan pengajian. Dia banyak menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran. Petang itu ayahnya akan membawanya ke hospital untuk memberi sokongan moral pada Ibunya. Sampai sahaja di Hospital Aiman terus ke wad di mana ibunya di tempatkan. Jururawat di situ menyenangi anak kecil itu. Sungguh kendiri peribadinya. Bahkan kelihatan begitu matang.

Aiman sangat bersyukur mendapati ibunya sedang mendukung adiknya Maryam. "ibu dah sedar sejak bila?" soal anak kecil itu. "berkat doa anak ibu ni, ibu sedar sejak pukul 3.00 pagi tadi." Kata ibunya sambil senyum tawar ."Ibu tidur lama sangat." Rungut Aiman. "kesian anak manja ummi nih." Usik ibunya. "eh mujahid mana manja." Balas Aiman. "kalau ummi tak bangunpun ummi tahu anak ummi ni boleh jaga adik dengan ayah, kan?" ibunya terus menguji. "tapi Aiman sayang Ummi." Air mata mula bergenang. "eh Mujahid mana boleh nangis," Aiman terus memeluk ibu dan adiknya.

Dia menoleh ke arah tingkap pada pintu bilik kelihatan Muawwiz melambai dan melangkah pergi. Itulah kali terakhir Muawwiz muncul di hadapan Aiman. Aiman berbisik sesuatu ke telinga adiknya Maryam Khadijah. Kelihatan bayi itu menguap. Aiman sangat terhibur dengan kehadiran adiknya itu.

Tuesday, July 31, 2007

wahankah kita?


Wahankah Kita ?.. Di manakah Uluwwul Himmah Pelajar Agama?

Assalamualaikum salam terindah buat semua rakan seperjuangan di bumi penuh dugaan ini. Segala kepujian bagi Allah yang menjanjikan bersama kesusahan itu kesenangan-kesenangan. Selawat serta salam bukti rindu dan cinta umat ini buat Muhammad utusan rahmat. Sungguh tajuk kali ini akan membidas kelalaian kita atau menghempap keselesaan kita.

Wahan seperti yang kita tahu satu ujian juga boleh bertukar bala yang bakal menghinakan mereka yang selesa dengannya. Apalah yang lebih lekeh dari mencintai dunia dan menakuti kematian. Dua kebodohan yang disimpulkan dalam satu kalimah. Al Wahnu.

Apa pula kali ini?! Mari kita teliti. Sahabat sudah jelas kebodohan apabila kita mengumpulkan benda yang kita pasti akan meninggalkan benda-benda itu. Jadi untuk apakah kita mengumpul dunia jika sudah jelas dunia ini akan kita tinggalkan? Belum cukup dengan itu kita juga diperbodohkan oleh wahan andai kita takutkan perkara yang pasti akan kita temui tanpa bersedia menyiapkan tuntutannya. Bodohlah siapa yang ditipu oleh penyakit wahan ini. Usahlah ditampilkan sijil univarsitas mana sekalipun kalau wahan di dalam hati. Syarak tetap akan menyatakan ianya satu kejahilan dan kebodohan.

Gejala ini sangat sukar dikesan kendatipun ianya suatu yang terang lagi bersuluh.
Ini mungkin disebabkan letaknya di jiwa, tempatnya di pelusuk paling dalam yang dipagari oleh kerlipan kerlipan kepalsuan. Asalnya kita faham dan sedar dunia ini satu wasilah untuk ke akhirat tetapi dasar ini belum cukup utuh pasaknya sehingga dihanyutkan oleh arus dan diterbangkan oleh badai dipertengahan perjuangan. Badai yang lekang dari ketenangan iqna' (berasa puas dan cukup). Arus yang dibawa oleh tamak dan haloba. Sehinggakan akal jadi sempit lalu mengangkat wasilah menjadi ghayah. Wasilah hanyalah sebuah medium atau jalan untuk kita sampai kepada puncak kehidupan iaitu ghayah.

Segala inilah yang mendorong kepada percambahan mahasiswa yang penakut dan lembik. Mahasiswa yang bergegar ditiup bayu ugutan. Mahasiswa yang mudah terlentang mengharungi arus pinggiran tasik. Dunia dikejar namun tidak pernah digenggam. Kesenangan manusia dijadikan ukuran sehingga meraih murka tuhan. Tuhan itu Maha Pengampun. Sungguh berimanlah manusia dengan sifat ini untuk menjadikan lesen mereka kepada kemaksiatan. Azab Allah itu sangat pedih. Ayat ini jika diulang-ulang tuduhan pelampau dan taksub akan singgah pada yang menggemari ulangan ayat ini. Remaja kini sudah terlalu pincang sehingga maruah sendiri sanggup diniagakan untuk mendapat sedikit perhatian.

Oleh kerana mahu nampak cantik sanggup mendedahkan apa yang Allah haramkan. Kalaulah mereka melihat azab yang dilihat Nabi ketika mikraj baginda ke langit pasti berbungkus baik hiasan-hiasan dalaman mereka itu. Oleh kerana mahu dilihat gagah dan jantan sanggup menggadai nyawa di atas jalan. Ini pasti bukan gejala siswa berasas agama. Tetapi inilah yang perlu kita fikirkan. Bagaimana mahu menongkah arus menyelamatkan yang masih bernyawa?

Ini tidak, setelah empat lima tahun merantau mencari pengalaman dan ilmu pulang hanya sebagai cikgu yang membacakan buku panduan mengajar kepada anak-anak murid yang rata-rata sudah boleh membaca dengan baik. Hanya mahukan gaji ribuan ringgit untuk menyara keluarga seperti orang-orang biasa. Mungkin selama empat atau lima tahun itu belum pernah terbaca ayat yang bermaksud :"sesungguhnya kamu sebaik baik ummah yang dikeluarkan kepada manusia menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatan dan beriman dengan Allah." Bahkan secara logiknya berpuluh puluh lagi ayat menyebut pengertian ini.

Apakah majikan kita yang memberi rezeki. Apakah dengan membuat kerja Islam kita akan kebuluran dibiarkan Allah merempat? Bumi siapakah ini? Andai kita menjadi daie siapakah majikan kita? Soalan ini akan dijawab begini ; eleh belum berada di Malaysia bolehlah cakap banyak… Anta bujang lagi mana anta faham… anta tak palah mak ayah anta orang senang… semua ini seolah-olah kalau buat kerja lain orang lain yang bagi rezeki. Bukan majikan dakwah. The Big Boss. Kembalilah kepada keimanan bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Semata mata Allah. Sedarlah segala yang berlaku di dunia itu dengan izin Allah semata-mata Allah.

Ish… itu semua pun tahu. Mana ada orang Islam tidak faham hal ini. Emmm, sungguhlah manusia itu seringkali mencari alasan. Cuba renung ayat ayat Allah yang menceritakan bagaimana dialog manusia yang menjadi calon neraka? Bandingkan dengan apa yang sedang kita perkatakan.

Dakwah sangat memerlukan kita. Masalah dakwah sangat besar. Isu Murtad sepatutnya sangat-sangat menginsafkan muslim melayu Malaysia. Gejala sosial yang seolah-olah tiada jalan keluar menanti sukarela-sukarela agama yang tekun berkhidmat dengan ikhlas. Kalau dulu kita lihat sahabat-sahabat Nabi menyerahkan seluruhnya untuk mendapat syurga Allah. Jiwa, harta, masa, tenaga bahkan keluarga dilaburkan dalam saham jihad di bursa dakwah. Namun kita hari ini, kalau adapun yang bekerja untuk dakwah mengharapkan upah dari kerja kerja yang dibuat secara malas-malasan.

Kalau kita merujuk kepada perinsip produktiviti maka kita akan faham mengapa dakwah Islam masih di takat ini. Modal insan yang dibekalkan dalam jasad kita perlu kita gembur-suburkan untuk memajukan industri dakwah tanahair. Bukan kita leburkan hanya untuk mencari sesuap nasi atau kemewahan sementara. Muslim meletakkan dunia di tangan mereka tidak di hati.

Carilah kekayaan sebanyak-banyaknya melalui jalan yang betul dan lurus. Binalah kemajuan segemilang mungkin dengan binaan iman dan taqwa. Garaplah kecemerlangan setinggi-tingginya dengan asas aqidah dan ubudiyah yang jelas. Barulah dunia mengejar kita dan kebahagiaan akhirat menanti kita. Sekiranya kamu menolong Allah, nescaya Allah pasti akan menolong kamu. Apalah yang boleh kita tolong bagi Kuasa Yang Maha Hebat. Tetapi apalah pula hajat kita yang tidak boleh Tuan Yang Maha Kaya mudahkan?

Cukuplah masa untuk melancong di bumi berdebu ini. Kita jadikan pula masa masa itu medan menyiapkan diri untuk medan dakwah yang pasti lebih mencabar. Jangan kita merasakan kita akan bersenang-lenang di akhirat kalau kita bermudah-mudah tentang urusannya.

Thursday, May 24, 2007

Baca, Faham, Hafal, Amal dan Istiqamah...



mungkin ramai dari kita pernah mendengar sabda nabi bermaksud: "katakanlah aku telah beriman kemudian beristiqamahlah."

namun dua perkara dalam hadis ini merupakan suruhan yang menuju kepada ganjaran yang besar dan sangat sangat berharga. apakah mudah dua suruhan ini? amanah ini umpama amanat seorang general tentera kepada komando komandonya. singkat dan padat. Siapa yang mencapai tahap pemahaman komando pada setiap arahan adalah mereka yang mengenali general yang memberikan arahan.

Hadis ini mudah dihafal juga mudah dibaca. Apakah ia mudah difahami untuk disusuli dengan amalan? sebenarnya bila menyebut Iman maka takkan terlepas seseorang itu dari amalan 3 aspek kemanusiaan iaitu hati, akal dan anggota. Hati perlu merasai semua perasaan yang sesuai dengan apa yang diimani. Akal mesti memikirkan apa yang menjuruskan kepada keimanan. Apabla kedua aspek awal sudah memenuhi hajat keimanan maka mudah bagi jasad untuk menghabiskan keringat ke arah tuntutan tuntutan iman. maka inilah yang dimaksudkan katakanlah aku beriman.

suruhan kedua lebih ringkas dan lebih mampat. beristiqamahlah. nah ! satu perkataan sahaja. tetapi maksudnya sangat dalam dan ruang lingkupnya sangat-sangat luas. dari saat kamu beriman sehinggalah kamu berjumpa apa yang kamu imani. misi iman ini misi seumur hidup. kontrak iman ini kontrak mati. Iman ada tahap tahapnya. makin tinggi takat iman itu makin berat tugas yang mesti komando iman itu perlu pikul. Misi ini kadang kadang meminta nyawa. kadang kadang meminta darah. kadang kadang meminta keluarga. kadang kadang mendesak perpisahan. Harta dan masa perkara yang biasa dikorbankan terhadap misi untuk iman ini.

maka berdasarkan itu perintah kedua datang. untuk menjayakan misi ini perlu tabah, perlu sabar, perlu kepada sokongan sokongan kepada ingin meneruskan pengorbanan. itulah arahan istiqamah. Kekal dalam menitip perjalanan sehingga noktahnya tiba.

bertahan hingga mati. berjalan hingga mati. melangkah hingga mati. tiada sebarang peluang untuk bercuti. misi ini date line nya adalah mati. semua orang akan mati tapi tak ramai yang mati dalam misi. maka rebutlah peluang untuk mati dalam misi. mati dalam keadaan sedar. mati dalam keadaan bersedia. Mati itu datang dengan tiba tiba bagi mereka yang leka. Mati itu sangat lambat bagi mereka yang menanti. maka misi ini menyiapkan kita untuk kebahagiaan selepas mati. Hanya iman yang menjadi jaminan. tiada istiqamah tanpa iman. lemah iman itu tanpa istiqamah. sedia dan sedia.

Wednesday, May 16, 2007

Amerika itu hamba,


protokol yang 24 itu sudah aku baca.
hasil curian wanita fransa.
ya aku tahu itu wacana yahudi.
10 darinya untuk bina negara.
14 lagi miliki dunia.

kini aku faham kenapa susah kita berjaya.
rupanya kita sedang memerangi hamba.
andai semua umat islam dan juga bukan.
sepakat bersatu kata menyula yahudi hingga tiada.
mungkin di sini aku menganjur perang etnik.

ya! Yahudi itu racun bagi darah manusia.
wujudnya mereka binasa semua.
kalaulah Yahudi itu tiada.
berkuranglah perang hilanglah sengketa.
Yahudi itu syaitan dari keturunan manusia.
Amerika kuda dan juga hamba.
membunuh Kuda untuk menyembelih tuannya.
jangan takut digelar rasaksa bila berhadapan dengan naga.

Wednesday, March 28, 2007

kedinginan yang berlalu.















angin sepoi itu bertiup,
kadang ke barat,
kadang ke timur.

angin itu tidak kosong,
membawa doa,
membawa harapan,
membawa perkhabaran.

sungguh angin ini dingin,
semalam ia dingin,
namun bila terbit mentari,
angin ini membangkit atma,
menyentuh sukma.

panas mula menyapa,
bukan panas menggigit,
bukan panas membakar,
panas puas,
panas selesa,
ibarat panas di barat dunia.

terima kasih peniup angin,
terima kasih sebanyaknya.

angin kali ini,
angin membawa ketenangan,
angin membawa kedamaian.

Monday, March 26, 2007

sedingin semangka.

setiap soalanku bersahut
setiap jawapanmu sampai.

mungkin kerana malu,
mungkin kerana terkedu,
namun ia membuatku kelu,
hampir membisu.

balasanmu semampat cakera.
padat dan ringkas.

nadamu kelihatan dingin
sedingin semangka merah.

aku akan terus sabar
sabar untuk membakar
keakraban akan kian mekar.

Wednesday, March 21, 2007

Mukjizat Al Quran.


Mukjizat Al Quran.


Assalamualaikum semua kali ini kita akan menyentuh berkenaan kehebatan Al Quran. Sememangnya kita tahu dan yakin bahawa Al Quran itu adalah mukjizat atau keajaiban yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad sebagai membuktikan kenabian baginda.

Bila kita menyebut mukjizat jelaslah maknanya bahawa Al Quran itu memiliki kehabatan yang besar yang tak mampu manusia usahakan. Kita secara umumnya menyedari bahawa Al Quran menyediakan garis panduan hidup yang relevan dengan setiap zaman dan mengandungi inti bagi setiap keilmuan dalam kehidupan manusia.

Tetapi kali ini suka saya pusatkan perbincangan kita dalam kehebatan penyusunan Al Quran dari segi seni bahasa yang orang arab sendiri tidak pernah lakukannya. Al Quran mengandungi 114 surah dan menggunakan bahasa Arab yang terdiri dari 29 huruf hijaiyah.

Untuk makluman kita sebanyak 28 surah dimulakan dengan huruf huruf yang disusun oleh Allah dengan membawa makna misteri. Contohnya: aliff Laam Miim. Tidak ada makna yang jelas bagi gabungan tiga huruf ini. Al Baqalaani menyebut dalam kitabnya I’jazul Quran bahawa Al Quran menggunakan sebahagian dari 29 huruf itu secara separuh menerangkan separuh yang lain.

Ini bermakna Cuma 14 huruf sahaja digunakan dalam permulaan yang misteri ini. Namun 14 huruf ini menceritakan sifat 15 huruf yang lain dalam setiap takrifan.

Sebenarnya orang arab membahagikan huruf hijaiyah kepada beberapa pecahan dan pembahagian:

Pembahagian menurut huruf hamas dan juga jahar.

Huruf hamas terdiri dari 10 huruf dan selebihnya jahar. huruf hamas adalah huruf yang disebutkan beserta seperti bisikan iaitu berangin. manakala jahar adalah huruf yang terang aau lantang. Huruf-huruf hamas adalah yang berikut (Haa, Ha’, kha, kaf, shin, tsa’,fa, ta, sod dan sin.) AlQuran mendatangkan susunan huruf huruf awalnya 5 dari huruf hamas dan 9 dari huruf jahar. Jadi Al Quran membahagikan kepada dua dan mendatangkan setiap dari satu bahagian separuh.

Pembahagian kedua ialah huruf syadid dan huruf tidak syadid.

Huruf syadid ini menyekat perjalanan suara dalam sebutannya. Huruf jenis ini terdiri dari 8 huruf iaitu (hamzah, khof, kaf, jim, dzho, dzal, to dan ba.) Al Quran memilih hanya 4 darinya dan 10 dari huruf yang tidak syadid. Jelas disini pembahagisan separuh dari setiap jenis itu di susun dengan penuh misteri.

Ini adalah satu penyusunan yang mustahil dilakukan oleh manusia apatah lagi sekiranya manusia itu tidak dapat membaca dan menulis. Maka setiap kita harus berpegang dan mempertahankan bahawa Al Quran itu adalah kalam Allah dan mukjizat bagi umat kita.

Thursday, February 15, 2007

warkah untuk adik...


assalamualaikum. salam penuh suci ucapan memenuhi syurga.

kehadapan adik yang sentiasa di hati dan doa. Abang di sini tiada punya apa apa ingin dikirimkan apalagi untuk dihadiahkan. namun ingin abg kongsi rasa kasih suci yang kita simpulkan dari jalur genggam yang sama iman billah. Tautan kasih ini bukan sahaja atas darah yang sama dari salur adam dan hawa bahkan dari ajaran yang satu dari guru sepanjang zaman Muhammad rasul akhir zaman.

adik , hidup ini tidak seindah lukisan walaupun adakalanya lukisan itu comot. hidup ini juga tidak ada pahitnya kerana setiap kepahitan itu kita akan temankan dengan sabar dan redha. Adik sudah lama bahkan bergenarasi kita bermain main di pinggiran medan kalam. ayuhlah kita mengintai ngintai peluang medan amal. medan pertempuran ilmu dan tenaga. sudahlah jangan asyik bersorak di stadium liga super cuma sudah lama yahudi bergasak di pentas piala dunia.

Adik. esok itu sudah banyak kali abg lafazkan janganlah kalian juga ulangi lafaz itu untuk kerjamu. jadikan esok itu jaminan bagi adik adikmu. Abg sudah melangkah meninggalkan semalam dengan tenang. engkau janglah meninggalkan hari ini dengan riang kerana keriangan itu membawa kepayahan dan derita.

Adik, Abah dan Atuk keluarga dakwah ini tidak tinggalkan rumah untuk dijaga tidak pula kereta untuk diguna. mereka meninggalkan ukhuwwah untuk bersama dan juga dakwah untuk disampaikan. Adik, esok hari kamu hari ini hari kita. marilah kita berukhuwwah hari ini dan berdakwah saat ini juga.

jgn bertanya kepadaku ttg jalannya kerana ku malu untuk menyatakan ianya qudwah. andai kau dapatinya dariku maka itulah sisa orang lalu. kalian perlu jadi lebih baik dariku. aku hanya utas utas rapuh yang menyampaikan laluan lalu untuk kalian jejaki. Kalian perlu lebih tabah. kerana kami sudah banyak bermain. maafkan abg kerana meninggalkan dunia yang semakin punah untuk kalian diami.

Adik hanya Islam yang mampu menerangi kegelapan, hanya iman yang mampu menjadi tali pergantunga, hanya Tuhan menjadi kiblat segala perasaan, hanya rasul layak kita pandukan, abg dan ayah terdahulu hanyalah contoh contoh yang tercemar dengan suasana yang kotor dan jiwa yang tawar.

Adik kesempurnaan Islam itu dalam kasih sayang dan juga keterbukaan yang dipandukan Tauhid. Adik jangan terpedaya dengan tambahan di belakang kalimah islam. islam itu hanya satu sejak zaman Ayahnda Adam sampailah bila bila. Jika ditambah satu nafas maka ia bukan lagi Islam yang satu itu. jika dikurang satu habuk juga bukanlah ia.

aduh sudah panjang abg berceloteh. takut nanti terkurang masa kita untuk beramal. sampaikan salam abg untuk adik adik lain. doa kalian amat abg harapkan dalam dunia yang sangat banyak kerja ini bahkan masanya terlalu pendek pula. salamullahi alaikum...

Thursday, February 01, 2007

Malu


Malu ,
tanpamu aku akan perbuat apa apa,
tanpamu juga aku akan diperbuat apa apa.
denganmu aku mulia,
denganmu aku dimuliakan,
engkau pencetus rasa maaf,
dikau satu kurnia,
sedia dimiliki sedia dihiasi.
hanya iman menjadi erti.

Saturday, January 20, 2007

sistem bantuan


Sistem Bekalan Air Sokongan

Seperti kebiasaan hari raya menjanjikan jamuan dan juadah yang enak dan lazat. Bahkan rumah rumah terbuka sering menghiasi minggu kedua sehingga akhir syawal. Begitulah juga dengan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Sudan.

Catatan kembara kali ini akan menyingkap satu pengalaman baru dalam mengharungi rona rona kehidupan di Sudan. Sudan dan masalah bekalan sumber tenaga seperti air dan elektrik adalah biasa. Pelajar Malaysia di Sudan sudah membiasakan diri dengan keadaan ini. Namun baru baru ini setelah kami sepakat untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidil Fitri bagi persatuan untuk 300 jemputan kami mengalami masalah besar iaitu bekalan air untuk rumah persatuan terputus dan dijangka mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Kami mencari jalan keluar dengan berbincang sesama kami bagi mendapatkan bekalan air sokongan. Rumah pelajar yang terdekat adalah 500 meter dari rumah induk. Untuk mengangkut air bagi membersih rumah dan masak memasak adalah suatu kerja yang melambatkan. Akhirnya seorang sahabat mencadangkan agar dipanggil "moyah karo" ke rumah. Cadangan itu sangat membantu. Tetapi masalah baru ialah di mana ingin dicari "moyah Karo" berikut. Pasukan membeli barang kembali dari pasar. Saya tergolong dalam pasukan ini.

Kami sebenarnya sudah terserempak dengan 2 buah "karo moyah" di pasar tadi. Lantas kami menyuarakan apa yang kami tahu. Memandangkan aktiviti memasak perlu disiapkan awal maka pasukan pembeli barang tadi dijadikan pasukan pemburu "moyah karo" setelah 20 minit berjalan di pasar markazi. Akhirnya kami menjumpai buruan kami. "moyah karo" yang dipandu oleh Mohammad telah disambar oleh kami. Mohammad berkeras dengan harga sd1500 pada awalnya namun saya dan sahabat saya memujuknya supaya menerima sd1000 sahaja. Setelah tawar menawar beberapa ketika kami bersetuju dengan harga sd1200. namun "baramil"nya sudah hampir kosong maka kami meminta agar dipenuhkan dulu "baramil"nya sebelum dibawa pulang ke rumah. Dalam perjalanan kami terserempak dengan sebuah lagi "karo Moyah" yang dipandu oleh Abdullah.

Saya cepat cepat terjun dari "Karo" milik Mohammad untuk menangkap "karo" Abdullah pula. Setelah berbincang Abdullah bersetuju dengan harga yang sama kami tawarkan pada Mohammad. Lalu Mohammad mencadangkan agar dipenuhi "baramil" milik Abdullah dahulu kemudian seorang dari kami mengikutnya mengambil air manakala seorang lagi membawa Abdullah pulang.

Rupanya pusat pengambilan air mereka agak jauh. 15 minit saya menjadi tarikan orang ramai kerana membonceng Mohammad di belakang "karo"nya sebelum sampai ke pasar Syirq. Saya agak seronok dibuai lenggok denai pasar itu yang berbonggol bonggol. Seakaan akan berada di zaman koboi atau kampong badwi. Kisah Luqman Al Hakim dengan anaknya menunggang keldai secara automatis melintasi fikiran saya. Rasa kagum dengan kemampuan keldai itu mengembalikan saya kepada doa menaiki kenderaan yang diajarkan nabi. Sungguhlah jika Allah tidak memudahkan makhluk lain mendengar perintah manusia mustahil manusia dapat pergunakan mereka.

Doa yang selama ini kita amalkan semasa menaiki kenderaan kurang penghayatannya kerana kenderaan itu manusia sendiri yang buat dan tidak ada rasa marah dan benci. Sesungguhnya Allah maha menciptakan.

Setelah sampai ke pam air yang dimiliki sendiri oleh Mohammad saya dijemput turun. Di sana ada beberapa lagi "karo Moyah" yang berkumpul untuk mengisi air. Rupanya tempat ini merupakan milik Mohammad sendiri. Sungguh penting air kepada manusia. Melihat kepentingan inilah rasanya mencetuskan idea ini kepada orang seperti Mohammad untuk melebat bakti menjadi sumber sokongan kepada sistem bekalan air di sudan.

Menurut Mohammad "moyah karo" bukanlah alternative baru. Sebenarnya sebelum sistem paip disediakan secara meluas "moyah karo" merupakan jalan utama air untuk sampai ke kawasan yang jauh dari perigi dan sungai. Bahkan sehingga kini di kawasan kawasan pedalaman seperti qadarif, darfur dan negeri negeri lain di luar Khartoum masih menggunakan khidmat ini sebagai bekalan utama bagi air di Sudan.

Semoga pengalaman kali ini dapat menjadi gambaran kepada pembaca bagaimana insan lain yang berada di tempat yang susah mendapatkan nikmat Allah dan mereka bersyukur dalam keadaan seadanya. Mereka hidup dalam keadaan susah tetapi sentiasa redha dan berusaha untuk meneruskan kehidupan dalam panduan cara hidup Islam yang diredhai Allah. Mereka tidak mengambil hak orang lain. Sedangkan bukan tidak boleh Mohammad mengambil air dari mana mana pili yang berdekatan. Tetapi rasa amanah membuat dia sanggup bersusah payah berulang alik ke pusat air miliknya bagi memastikan hasilnya adalah halal. Sampai jumpa lagi dalam catatan akan datang.

_____________________________

  1. Karo = kereta keldai
  2. Moyah = air
  3. Moyah Karo = air yang dibawa oleh keldai.
  4. Karo Moyah = kereta keldai yang membawa air.
  5. baramil = tong drum @ bekas takungan air yang besar.

Wednesday, January 10, 2007

Tulisan Arab... asalnya dan perubahannya.

Sumbangan Abul Aswad Ad Du ali Dan Dua Anak Muridnya Dalam Penulisan Arab.

Abul Aswad Ad Du ali merupakan seorang ulama dari kalangan tabiin. Beliau lahir sebelum hijrah tetapi tidak pernah bertemu rasul sepanjang hidupnya. Nama sebenarnya ialah Zalim Ibn 'Amru Ibnu Sufyan. Memeluk Islam di akhir hayat rasul. Meninggal dunia ketika beliau berusia 57 tahun. Beliau merupakan ulama bahasa dan fiqh.

Pengaruh Islam tersebar luas semasa hayatnya. Islam telah sampai ke luar liputan Arab. Maka di masa ini tidak semua muslim mahir berbahasa Arab seperti di zaman rasul. Bahasa Arab bukanlah seperti yang ada di tangan kita hari ini. Ketika iu tiada sebarang perbezaan atara huruf "Dal" dan "Zal" bahkan huruf "Nun", "Ba" , "Ta", "Sa" dan "Ya" adalah dalam satu bentuk tanpa sebarang titik. Namun orang arab mampu untuk membacanya berpandukan perkataan sebelumnya dan susunan ayat. Ketiadaan baris dan titik sedikitpun tidak menjadi masalah bagi mereka membaca sesuatu ayat dengan betul.

Namun kemampuan ini hanya pada orang arab yang boleh membaca dan menulis. Setelah Islam berkembang dengan pesat maka berlakulah kesilapan kesilapan yang banyak dalam bacaan Al Quran. Antaranya Al Lahn yang bermakna kesilapan bacaan kerana kesalahan meletakkan baris. Kesilapan ini bukan sahaja di kalangan orang bukan Arab. Bahkan di zaman nabi juga ada sahabat yang tersalah dalam bacaan mereka. Sehingga nabi pernah bersabda "ajarlah saudara kalian agar mereka tidak sesat" merujuk kepada saranan agar sahabat membetulkan bacaan saudara mereka.

Namun kerana sedikit sahaja golongan yang sering tersalah maka tiada sebarang usaha memajukan tulisan Arab yang telah sedia ada. Bagaimanapun di zaman Saidina Ali. Beliau meminta Abul Aswad Addu ali yang masyhur sebagai ahli bahasa dan penulisan untuk mencari jalan keluar bagi masalah ini. Pada mulanya beliau enggan melakukan perubahan ini kerana risau dari terjatuh dalam perkara bid'ah. Setelah melihat kepada maslahah dan berfikir panjang akhirnya beliau bersetuju. Ada riwayat lain yang mengatakan bahawa beliau telah di minta oleh wali Basrah iaitu Zayad Ibn Abihi.

Setelah mengkaji jalan atau penyelesaian untuk urusan ini, maka akhirnya beliau menggariskan kaedah baru dalam penulisan arab, iaitu dengan meletakkan kaedah kaedah berikut:

1- Setiap huruf yang berbaris atas akan ditandakan titik di atas huruf itu.

2- Setiap huruf yang berbaris depan akan ditandakan titik di hujung huruf itu.

3- Setiap huruf yang berbaris bawah akan ditandakan titik di bawah huruf tersebut.

4- Setiap huruf yang tiada baris iaitu mati tidak di letakkan sebarang titik.

5- Manakala baris tanwin ditandakan dengan dua titik.

Maka dengan itu al quran dibariskan mengikut kaedah ini agar bacaannya terjaga. Bagaimanapun masalah belum selesai kerana huruf huruf Arab belum dapat dibezakan seperti "Sin" dan "Syin", "Ain" dan "Ghain". Namun kelemahan ini disedari selepas wafatnya Abul Aswad.

Pada zaman pemerintahan Yazib Bin Marwan , Hajjaj Ibnu Yusuf telah mengarahkan dua orang anak murid Abul Aswad untuk menyelesaikan masalah At Tashif dalam tilawah Al Quran. At Tashif merupakan kesalahan bacaan kerana silap menentukan huruf. Pada mulanya Nasir Ibnu Asim Al Laisi dan sahabatnya Yahya Ibn Yu'mar enggan menunaikan permintaan ini kerana merisaukan ancaman bid'ah dalam menulis semula Al Quran dengan huruf baru. Namun setelah di desak dan memikirkan kemaslahatan terhadap umat ini lalu mereka bersetuju untuk menggariskan beberapa kaedah berikut:

1- meletakkan satu titik di atas huruf huruf berikut:

ذ,ز,ن,ض, خ,غ,ف,ظ

2- meletakkan satu titik di bawah huruf berikut:

ب,ج

3- meletakkan dua titik di atas huruf brikut:

ت,ق

4- meletakkan dua titik di bawah huruf berikut:

ي

5- meletakkan tiga titik di atas huruf berikut:

ش,ث

6- manakala baki huruf lain di kekalkan tanpa titik.

Maka dengan penetapan ini, perkembangan baru telah berlaku dalam seni penulisan Arab. sekaligus memudahkan orang bukan arab membaca Al Quran dengan bacaan yang betul. Namun begitu usaha memudahkan bacaan Al Quran dan bahasa Arab yang betul terus dipertingkatkan antara ulama lain yang terlibat ialah Al Khalil Ibn Ahmad Al Farahidi.

Semoga Allah menggandakan usaha mereka dalam memudahkan cara untuk umat hari ini. Kita seharusnya menjadikan usaha mereka ini contoh dan ikutan untuk menyumbangkan usaha ilmiah sebagai warisan kepada generasi selepas kita.