Wednesday, June 30, 2010
Mesir akan terpinggir?? Peta Kita Sudah Digambar Tanpa Mesir
ULama dan politik.
Dalam kesibukan merekod prestasi pelajar kelas saya sempat saya baca-baca isu 40 ulama masuk umno. Ada yang ditipu untuk hadir ada yang diumpan untuk hadir dan ada pula yang memang bertujuan dan jelas mahu menghadiri.
Tetapi itu bukan perbincangan kita, Saya cuma mahu berbincang tentang bagaimana hubungan ulama dengan politik sejarah ringkas dan juga hakikat sepatutnya kita ambil sikap. Ulama sebenarnya gabungan perkataan tahu dan kerja. Orang yang bergelar alim ini orang yang beramal dengan ilmunya. Jadi ulama adalah kata banyak bagi kata alim.
Jika kita lihat orang kita juga mendapat kefahaman ini dengan mengatakan ibarat yang berbunyi " tak payah nak buat alim lah!" mereka faham bahawa ilmu itu diikuti dengan kerja. Tetapi kini ulama direndahkan taraf pencapaiannya dijadikan orang yang balik belajar jauh jauh, mengaji bidang agama mereka inilah orang alim. Kalau begitu takrifan orang Alim kita ada jutaan orang alim dalam dunia ini. Tetapi kita mesti kekalkan standard Alim itu pada asalnya barulah betul.
Pada zaman dahulu Alim dan Amir(pemimpin) bersatu dalam satu watak . Seperti Rasulullah dan Khulafa' ar Rasyidin dan khalifah Harun ar rasyid dan Umar Abdul Aziz dan banyak lagi. Setelah itu Amir dan Alim berpisah dari satu watak menjadi dua watak tetapi mereka berdua bersahabat. Alim menasihat Amir melaksanakan. Setelah itu pula datang satu masa Amir dan Alim tidak bersahabat tetapi tidak pula bermusuh. Masing - masing dalam dunia masing - masing. Sampailah berlaku satu ketika Amir dan Alim ini bermusuh. Maka di sinilah bermulanya kebinasaan yang tercetus dari pihak atasan.
Jadi apakah ini menunjukkan Ulama mesti mendekati Umara? Pastinya ramai yang mengatakan ya. Jika tidak mana mungkin kerajaan boleh berubah menjadi baik. Sebenarnya itu pandangan yang kurang tepat. Yang tepat adalah Umara' yang mesti mendekati Ulama'. Kerana inilah yang berlaku sebelum ini. Sekalipun Umar al Khattab adalam amir yang alim tetapi beliau sentiasa mendampingi Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, abu Hurairah dan Ali untuk mendapat fatwa-fatwa mereka dalam permasalahan-permasalahan.
Yang kita perbincangkan ini adalah hubungan amir Muslim dan Ulama. Bukan pemimpin kafir. Jadi apa masalahnya seorang menteri mendekati ulama? ramai yang mungkin berfikir nak dekati macam mana ulama bukannya mahu. Ini perlu dilihat mengapa? kerana ulama menolak kemungkinan mereka dipergunakan, Fatwa mereka diambil bila politikus mahu menyelamatkan kedudukan politik mereka bukan kerana mereka mencari ulama untuk melaksanakan kerja mereka.
Jadi sekiranya UMNO benar mahukan ulama. Maka saya rasa banyak sudah saranan Ulama telah diberikan oleh ramai ulama di Malaysia ini. Tetapi saya melihat UMNO kini terhegeh-hegeh mahu menubuhkan sayap ulama kerana mereka mahu pengaruh melayu untuk parti sekular mereka tidak kurang atau hilang.
Thursday, June 24, 2010
Fattah semakin angkuh dengan kezalimannya.
Mereka dilaporkan menandatangani dokumen yang menentang usaha Turki dalam isu freedom flotilla. Mereka bersekongkol dengan beberapa kuasa dunia eropah cuba memusnahkan niat murni Turki.
Saya sudah mula bosan melihat perundingan diplomasi dengan puak munafik melampau ini. Mereka sebenarnya tidak menjaga apapun kepentingan ummah melaa inkan jawatan mereka yang sudah tiada makna sebenarnya. Oleh kerana mahu menjadi pemimpin yang boleh sentiasa mengaut keuntungan dunia mereka terpaksa meredhai kebencian Allah walaupun sebagai gantinya hanyalah dicacaikan oleh Zionis sebagai barua mereka.
Sudah tidak ada maruah lagi mereka ini. Mereka sudah tidak tahu halal haram darah bangsa mereka. Mereka inilah yang mesti dihapuskan terlebih dahulu dari bumi al Quds yang mulia itu. Mereka inilah penghalang kemerdekaan Tanah Islam seluruhnya. Kini tempoh untuk membiarkan seluruh umat Islam memahami, mengenali dan nmenilai siapa musuh dan siapa pula pembela. Kelak akan sampai masanya Allah memenangkan yang ikhlas dan menghukum sampah agama dan parasit yang merosakkan umat.
Sementara itu marilah kita berdoa dan kuatkan usaha merubah diri agar bersedia menjadi jentera revolusi Islam yang akan mengembalikan kemuliaan Islam pada tempatnya. Binalah daulah itu dengan meletakkan tapak-tapaknya dalam hati-hati kamu. Insya Allah puncaknya akan tertegak dalam negeri-negeri kamu. Islam itu bukan hanya semangat, bukan sekadar pengetahuan tetapi kehidupan dan peribadi yang cergas dalam hidup bermasyarakat.
Tuesday, June 22, 2010
Pemberontak di Sempadan Turki.
Persoalannya apakah ini dendam yang cuba dilunaskan puak yahudi zionis terhadap usaha Turki menyelamatkan saudara mereka di Ghaza? Kini politik luar dan dalam erdogan diuji. Apakah dunia lain sekadar menjadi pemerhati?
Islam mesti bersatu. Jika tidak kita akan terus ditindas dan dibuli semahu mereka. Kita mesti kembali kepada Islam dan sumber perundangan Islam al Quran dan Sunnah.
Monday, June 21, 2010
Apa perkembangan sekarang?
Apa yang saya tahu kini usaha untuk merampas kota al Quds semakin rancak setiap hari ada kampung baru yang dimusnahkan dan tanah di sita dan penghuni dihalau. Mahmud Abbas semakin akrab dengan yahudi dan Amerika mendankannya dengan jumlah yang besar.
Apakah al aqsa akan runtuh di zaman kita? apakah kita akan menjadi mereka yang melihat al Aqsa runtuh? apa usaha kita? sayapun dah tak tahu nak bagi cadangan sayapun sedang berfikir apa yang boleh dibuat untuk selamatkan masjid al Aqsa. Kita boleh berdoa apakah hanya berdoa?
Tidak tahu apa yang boleh buat. Mungkin satu sahaja jalannya kita kembalikan diri kita pada Islam dan ajak kepada Islam sehingga Allah yang mengubah kita menjadi kuat kerana Allah takkan merubah satu kaum sehingga mereka yang mengubah diri mereka. Bantuan Allah takkan turun melainkan setelah kita melaksanakan kerja sedaya upaya kita.
Sila beri komen dan bertindak.
Friday, June 18, 2010
bola sat
Semua jentera England bergerak baik walaupun dalam rentak aturan Algeria tetapi saya nampak di sana satu kehilangan apa yang dipanggil tangan jurulatih. Manakala Algeria bermain seperti telah diprogramkan.
England yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kenyataan sombong kini Fabio Capello tergagap-gagap mahu memberi alasan apa yang tak kena dengan teamnya. Apapun perjalanan liga ini masih jauh. Bola itu bulat. Kaki pula kecil maka ia akan berpindah pada siapa-siapa yang mungkin samada dia mahu atau dia tidak mahu. Kuasa sebenar tiada pada makhluk. Tiada apa yang layak disombongkan.
satu seruan.
Sesuaikah tema ini untuk Israk dan Mikraj tahun ini. Sudah lebih 60 tahun kita meraikan israk dan mikraj sedang bumi israk yang masih tegak kita biar yahudi bertungkus lumus untuk merobohkannya?
Apakah cukup dengan bagi 10 ringgit sebulan bagi bantuan ke Ghaza sedang malam malam kita dilunaskan untuk piala dunia anjuran kuffar. Jika dikaji kemungkinan kembali kepada penghinaan Islam juga sejarahnya bola sepak piala dunia itu. Tak salah meminati bola sepak bahkan bagus sahaja mahu jadi juara piala dunia tetapi untuk lupakan saudara kita kerana mahu melihat siaran langsung sangatlah bersalahan.
kalau nak juga tengok bola pastikan anda solat tahajjud sebelumnya dan witir selepasnya serta sunat fajar sebelum subuh esoknya. Bersama doa untuk saudara kita di Ghaza dan aqidah kita di al Quds.
Israk Mikraj antara lain mengajar kita Palestin itu bumi mulia. Kita kena menjaganya.
jom boikot
Beliau ialah salah seorang ulama Saudi yang tidak asing lagi. Salah seorang guru kepada Mufti Saudi sekarang al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah ‘Ali al-Syeikh, Dr. Abdullah ‘Abdul Muhsin al-Turki, Fadhilah al-Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, al-Syeikh ‘Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin al-‘Ajlan dan ramai lagi.
------------ ---
Soalan:
Saya telah menghadiri kuliah sebahagian ulama yang diadakan di Masjidil Haram, Mekah. Telah ditanya tentang hukum boikot (barangan) Amerika dan Yahudi. Ulama itu menjawab:
Boikot (barangan) mereka (Yahudi dan Amerika) tidak dibenarkan di dalam Syara’, kerana Rasul s.a.w. tidak memboikot (barangan) Yahudi yang berada di Madinah.
Disebabkan saya memiliki pandangan dalam sebahagian hukum-hakam syarak, maka jawapan syeikh tersebut telah menimbulkan kemusykilan terhadap saya. Maka mpakah hukum (sebenarnya) memboikot Yahudi dan Kristian berdasarkan kandungan ajaran Syariat Islam?
Jawapan:
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawan dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul, iaitulah nabi kita Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya. Amma ba’d:
Pertama: Jika anda pasti, Syeikh tersebut memberi jawapan seperti yang anda nyatakan, maka dia tidak terkeluar dari dua jenis org:
Samada dia jahil tentang sejarah Syariah Islamiah, hukum-hakam dan hikmah-hikmahnya, ataupun dia ada tujuan atau maksud tertentu yang dia sahaja mengetahuinya.
Apapun, Nabi s.a.w. tidak memboikot Yahudi di peringkat awal dakwah kerana mereka orang-orang yang diberi perdamaian, disebabkan tidak terbukti mereka memiliki hasrat memerangi Islam dan kaum muslimin. Apabila Nabi s.a.w. mengetahui hasrat mereka (memerangi Islam) dan baginda bimbangkan kejahatan dan kemudharatan mereka, dan mereka juga telah merungkaikan (mengkhianati) perjanjian. Nabi memboikot mereka dan memulau perkampungan mereka. Baginda telah memulau perkampungan Yahudi Bani Nadzir dan memboikot mereka, baginda juga menebang pokok-pokok yang ada di perkampungan Yahudi termasuk pokok kurma mereka. Dan pemulauan Nabi s.a.w. terhadap Yahudi ini berterusan sehinggalah mereka menyerah kalah dan meminta dibiarkan mereka keluar dari Madinah. Imam Muslim telah meriwayatkan kisah ini di dalam kitab Sahihnya. Oleh yang demikian apabila mereka mengkhianati janji, Nabi s.a.w. melakukan pemulauan terhadap mereka, menebang dan membakar pohon-pohon tamar kepunyaan mereka. Lantaran itu mereka menghantar utusan kepada Nabi s.a.w. dan menyatakan mereka akan keluar dari Madinah. Maka baginda menundukkan mereka dengan peperangan/serangan ekonomi. Bersempena peristiwa ini turunnya ayat al-Quran:
ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزي الفاسقين
Maksudnya: “Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.” (al-Hasyr: 5)
Sesungguhnya tindakan boikot dan merosakkan tanaman dan kurma mereka yang merupakan tulang belakang kekuatan ekonomi mereka, merupakan kaedah yang paling utama untuk memberi tekanan kepada mereka dan menundukkan mereka dan mengeluarkan mereka dari Madinah.
Demikinlahlaj juga yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. terhadap Yahudi Bani Quraizhah, apabila baginda mengetahui pengkhianatan dan bantuan mereka (kepada tentera kuffar) dalam peperangan al-Ahzab. Baginda memulau mereka sehinggalah mereka dikenakan dengan hukuman Allah, tentera mereka dibunuh, perempuan dan anak-anak mereka ditawan.
Selain itu, membandingkan keadaan Amerika, Yahudi, Kristian dan syarikat-syarikat mereka pada hari ini dengan Yahudi Madinah yang sedikit jika dinisbahkan dengan umat Islam Madinah, dan mereka tidak mengistiharkan peperangan adalah Qiyas yang Fasid. Ini kerana Amerika, Yahudi, Kristian dan syarikat-syarikat mereka sentiasa melancarakan peperangan ke atas umat Islam di Palestin dan Irak, dan mereka menyokong musuh-musuh Islam dalam peperangan menentang para mujahidin, seperti sokongan mereka kepada Russia yang memerangi Mujahidin di Chechnya, demikian juga sokongan mereka kepada Filipina yang memerangi umat Islam di sana, sama juga dengan sokongan mereka kepada Macedonian memerangi umat Islam di sana.
Mereka adalah golongan yang memerangi Islam kerana kebersamaan mereka dengan musuh-musuh umat Islam Zionis di Palestin. Mereka menyokong dengan harta, senjata dan kepakaran. Kalaulah bukan dengan sokongan mereka yang berterusan sejak 50 tahun lalu untuk negara Zionis, Zionis tidak mampu untuk menduduki Palestin, ini kerana Yahudi adalah makhluk yang paling pengecut seperti yang dicerikan oleh Allah s.w.t. tentang mereka di dalam kitabnya al-Quran al-‘Aziz, ketika Dia berfirman:
لا يقاتلونكم جميعا إلا في قرى محصنة أو من وراء جدر ..
Maksudnya: “Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau dari balik tembok..” (al-Hasyr: 14)
Demikian juga Allah s.w.t. menceritakan tentang mereka ketika Nabi Musa berkata kepada mereka:
ادخلوا الأرض المقدسة التي كتب الله لكم ولا ترتدوا على أدباركم فتنقلبوا خاسرين
Maksudnya: “Wahai kaum-ku, masuklah ke tanah suci yang telah ditentukan Allah untuk kamu semua, dan janganlah kamu semua lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu akan menjadi orang-orang yang rugi.” (al-Maidah: 21)
Lalu Allah mengkhabarkan jawapan mereka kepada Nabi Musa a.s. dengan berkata:
قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
Maksudnya: “Mereka menjawab (kepada Musa), sesungguhnya kami tidak akan masuk ke dalamnya selama-lamanya, selagi mereka (musuh-musuh) ada di dalamya. Maka pergilah engkau (wahai Musa) dengan tuhan engkau, dan berperanglah kamu berdua dengan mereka, dan kami akan duduk menanti di sini sahaja.” (al-Maidah: 24)
Maka jika bukan kerana sokongan Amerika, British dan kerjasama Yahudi dan Kristian terhadap Zionis, mereka tidak akan mampu untuk menduduki Palestin.
Oleh itu membandingkan mereka yang memerangi Islam dan menaruh dendam terhadap umat Islam dengan segelintir Yahudi di Madinah yg berada di bawah kawalan umat Islam adalah kiyas yang fasid seperti yang saya sebutkan sebelum ini.
Maka apabila umat Islam hari ini tidak mempunyai kekuatan untuk berjihad dengan senjata untuk menentang mereka disebabkan perbezaan yang ada diantara pemimpin umat Islam, dan kelemahan mereka dari mengistiharkan jihad, dan kebanyakan mereka pula ada hubungan dengan negara kuffar, maka sekurang-kurangnya boikot ekonomi berupa serangan kepada mereka dan kepada syarikat-syarikat dan barang-barangan mereka.
Berdasarkan ini semua, maka saya menggalakkan saudara-saudara seislam kita untuk saling tekun dan bersabar dalam melaksanakan jihad ini. Allah s.a.w. berfirman:
يا أيها الذين أمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا ..
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkan kesabaran dan tetaplah bersedia (di perbatasan negeri)…” (Ali Imran: 200)
Dan jangan kamu semua merasa jemu dan malas, kerana sesungguhnya bantuan (Allah)itu bersama orang-orang yang sabar. Dan hendaklah kamu semua bersungguh-sungguh dalam memboikot syarikat-syarikat dan barangan-barangan Amerika, Britain dan Yahudi dengan boikot yang tegas, kuat dan menyeluruh. Allah s.w.t. berfirman:
وتعاونوا على البر والتقوى
Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan taqwa.” (al-Maidah: 2)
Sabda Nabi s.a.w.:
المؤمنون تتكافأ دماؤهم وهم يد على من سواهم
Maksudnya: “Orang-orang yang beriman itu darah mereka sama, mereka bersatu menghadapi musuh mereka.” (al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai Sahih di dalam Sahih Ibn Majah) Hadith riwayat Ahmad daripada hadith ‘Ali bin Abi Talib.
Dan segala puji bagi Allah apa yg telah kita lalui dan berdasarkan apa yang dinukilkan oleh media tentang kesan boikot yang lalu terhadap ekonomi Amerika, Britain dan Yahudi.
Kesimpulannya bahawa Amerika dan Britain adalah di belakang peperangan disetiap tempat, mereka juga di belakang membantu Zionis di Palestin, mereka di belakang sekatan ekonomi terhadap negara Islam Toliban di Afghanistan. Mereka di belakang sokongan Russia melawan para mujahidin di Chechnya, menokong Kristian melawan saudara kita para mujahidin di Filipina, Indonesia, Kashmir dan di tempat yang lain. Mereka juga di belakang setiap sokongan kepada usaha melemahkan perjuangan jihad islam dan melemahkan umat Islam. Mereka juga di belakang sekatan ekonomi terhadap rakyat Muslim Iraq , dan melancarkan serangan berterusan ke atas Iraq sejak lebih 10 tahun dengan secara zalim dan melampaui batas.
Benarlah firman Allah s.w.t:
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم
Maksudnya: “Dan orang-orang Yahudi dan Kristian sama sekali tidak ada redha terhadap mu, sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (al-Baqarah: 120)
Ya Allah kenakan tindakan ke atas Amerika, Britain, Yahudi, Kristian dan penokong-penyokong dan puak-puak mereka. Ya Allah jatuhkan balasan yang keras terhadap mereka seperti balasan terhadap kaum Nabi Yusuf. Demikian juga saya memohon kepada Allah s.w.t. untuk memberikan taufik kepada ulama umat Islam agar mereka menyatakan kebenaran dan mereka tidak bimbangkan celaan orang yang mencela.
Selawat Allah kepada Nabi kita Muhammad s.a.w., kepada para sahabat dan keluarga baginda.
sumber
"Alangkah hebatnya deen ini apabila memiliki PEMUDA/i yang BERJIWA BESAR..." (Ibn Qayyim)
"Last night's dreams are today's realities" (IHAB)
Thursday, June 17, 2010
Perang Ekonomi Antara Turki dan Yahudi,
Projek bernilai berbilion ringgit itu dibekukan hari ini ada yang melibatkan jual beli dan juga selenggaraan jentera perang seperti kereta kebai, jet pejuang dan juga senjata seperti roket dan seumpamanya.
Turki turut mengugut tindakan perdagangan Israel yang memboikot barangan Turki di dalam kawasan jajahannya. Nampaknya perubahan drastik ini merupakan sepak mula permainan dua kuasa ini. Kita mengharapkan tiada tangan ketiga yang menjadi perosak permainan yang bakal disaksikan dunia hari ini.
Maaf terputus.
1- Beberapa Truck perubatan telah bertolak ke Ghazza dari Rafah.
2- Jordan mempersiapkan kapal untuk menyertai Armada Kebebasan ke 2.
3- Iran mengecam Israel agar tidak mengganggu kapal yang dibiaya oleh 110 000 rakyatnya.
4- Majlis Parlimen Indonesia akan mengadakan lawatan ke Ghazza akhir bulan ini.
5- HAMAS menolak sebarang helah sebagai ganti meruntuhkan tembok yang mengurung Ghazza.
6- Bashir Asad mengatakan serangan ke atas Armada Kebebasan yang lalu mampu menggugat usaha keamanan rantau itu.
Saya sebenarnya baru keluar dari zon bebas Internet iaitu Kuala Nerang dan juga Kodiang sepanjang minggu kedua cuti sekolah kali ini. Alhamdulillah sempat berziarah sanak saudara dan beberapa rakan taulan.
Insya Allah saya akan kembali melaporkan tentang isu Ghazza mulai hari ini seperti sebelum ini. Sila tinggalkan komen anda bagi tajuk tajuk yang berkaitan. Jika ada salah maklumat atau maklumat terbaru. Sekian untuk kali ini. Wassalam
Friday, June 11, 2010
Abbas melelong Palestin di Washington.
HAMAS menyeru rakyat bangkit menentang pernyataan ini dengan seluruh kekuatan dari setiap kelompok pejuang pembebasan Palestin. Kenyataan Abbas ini membuatkan Zionis semakin selesa dan berasa kuat untuk terus memijak bumi umat Islam yang ketiga suci.
Iran hari ini telah menghantar sebuah kapal ke Ghaza yang akan melalui perairan Oman, Yaman dan Mesir. Kapal yang sarat dengan muatan dan juru bantu seperti jurubina dan doktor serta Atlit akan berlepas dari pelabuhan Khurmisyahr.
Tuesday, June 08, 2010
Mlaysia Nyanyuk atau tidak Prihatin atau berpura-pura?
Bendera Israel berkibar di Malaysia?
Oleh Zaini Hassan- Utusan malaysia
BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.
Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.
Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.
Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.
Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.
Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.
Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.
Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?
Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?
Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.
Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.
Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.
Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).
Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).
Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).
Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!
Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.
Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:
Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.
Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.
Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.
E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?
Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
Mesir kawan atau lawan.
Sumber berita dari Info Palestin melaporkan Husni Mubarak terpaksa membuka pintu Rafah baru- baru ini atas tekanan dunia Arab dan rakyat Mesir ke atas pemerintahannya agar membantu Ghaza yang dikepung oleh Yahudi dari sebarang bantuan keperluan asasi.
Namun setelah lawatan wakil Amerika baru-baru ini menyebabkan ada desas-desus pintu Rafah akan ditutup beberapa hari lagi. Disamping itu sememangnya pembukaan pintu Rafah beberapa hari yang lepas adalah keputusan pengecualian ataupun darurat kerana kerajaan Mesir ditekan hebat oleh masyarakat Mesir dan Arab.
Baltuji mengatakan Mesir mesti membuka pintu Rafah sebagai sempadan biasa. Kini walaupun Rafah masih dibuka ia hanya membenarkan makanan dan ubatan sahaja melalui sempadan itu. Sebarang bahan binaan ditegah dari memasuki Ghaza melalui Rafah. Alasan yang sama diberikan oleh Mesir dengan Israel iaitu takut kalau bahan-bahan itu digunakan untuk puak pembebasan Palestin mengolah senjata.
Sekarang saya merasakan masyarakat dunia boleh menyenaraikan kedutaan Mesir sebagai port demo dan tempat penghantaran memorandum bantahan supaya tekanan ke atas mesir melebihi tekanan Amerika. Kerana Mesir berada dalam dilema kita boleh mengubah keputusan mereka dengan mengenakan tekanan-tekanan yang hebat.
Thursday, June 03, 2010
Syeikh raid Solah disangka telah mati.
Kemudian seorang tentera komando Yahudi bertanya adakah kamu Syeikh raid Solah dia menjawab ya. Kemudian mereka meminta passportnya lalu dia memberikannya. Komando tadi tidak percaya dan berlalu.
Kemudian datang seorang berpangkat lebih tinggi. Bertanya adakah kamu Syeikh raid Solah dia menjawab ya. Kemudian mereka meminta passportnya lalu dia memberikannya. Komando tadi tidak percaya dan berlalu.
Kemudian datang lagi seorang yang berpangkat lebih besar. Bertanya adakah kamu Syeikh raid Solah dia menjawab ya. Kemudian mereka meminta passportnya lalu dia memberikannya. Komando tadi tidak percaya dan membawanya ke Bilik kawalan. Di sana ada seorang duduk di sebalik meja seperti biasa lalu bertanya adakah kamu Syeikh raid Solah dia menjawab ya. Kemudian mereka meminta passportnya lalu dia memberikannya. Komando tadi tidak percaya.
Di pelabuhan perkara yang sama berlaku. Mereka dilepaskan dengan sayarat akan dipantau selama lima hari dan tidak boleh keluar negara selama 45 hari.
Syeikh Raid menyatakan selepas bebas bahawa Yahudi akan hancur dalam tangan Turki. Menurutnya lagi kini tangan Yahudi telah dikotori dengan darah Palestin dan Turki. Anqarah adalah Ghaza di Palestin, Istanbul adalah al Quds di Palestin dan Masjid Sultan al Fateh adalah al Aqsa di Palestin.
Dalam artikel lain ada menyebut anak-anak Usmaniyah telah membuka mata Arab. Terjemahan dan Ringkasan dari Palestine-info.info
Bantuan Armada kedua dijangka lebih besar.
Ki Moon meminta Israel segera menamatkan kepungan ke atas Ghaza dan akan menubuhkan suruhanjaya siasatan PBB di atas jenayah Israel yang baru.
England mengatakan bahawa kepungan ke atas Ghaza tidak menuju ke arah kejayaan dalam melumpuhkan HAMAS.
Henin Za'biy telah menyalakan api dalam kawasan yahudi sendiri untuk menamatkan pengepungan ke atas Ghaza. Wanita yahudi yang berasal dari Knesset ini begitu bersemangat mengutuk kerajaan haram yahudi berkenaan pelanunan mereka ke atas Armada Kemanusiaan.
Syeikh raid Solah dan 3 lagi dibebaskan bersyarat.
Mereka dibebaskan dengan syarat dan pantauan selama 5 hari. Pembebasan ini adalah diluar jangkaan. Ia juga membuktikan Israel berada dalam keadaan tertekan.
Berikut adalah pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka. 1- merancang Jenayah. 2- Berada di tempat jenayah. 3- Membahayakan nyawa tentera Israel. 4- menggunakan dan memiliki senjata.
Wednesday, June 02, 2010
Media Yahudi Mengakui Kegagalan Pimpinan ZIonis Netenyahu dalam Isu Serangan Atas Armada.
Akhbar Yahudi merasakan kegagalan ini berpunca dari perisikan yang gagal, diikuti dengan gerakan yang gagal dan usaha politik dunia yang gagal sehingga seluruh dunia bangun menentang ISrael dan menyokong penduduk Ghaza.
Akhbar Harts mengatakan pembebasan "Banduan" yang segera dianggap dapat mengurangkan buak kemarahan dunia yang menentang Israel tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa ini membuktikan tentera Israel telah menyerang mereka yang tidak bersalah.
Ikhwan menyeru menjadikan Jumaat ini hari kemurkaan.
Persatuan atau pendokong Murtad menghina nabi dan Kaabah dalam Face book.
Dengan menggunakan nama tempat maling kundang mereka mengutuk Islam. Sila buat report agar accauntnya ditutup.
Turki berterusan memberi amaran.
Semalam antara tindakan yang diambil adalah Turki akan membatalkan hubungan ekonomi dan politik dengan Israel sehingga kini Turki satu satunya negara Islam yang menjual barang keperluan kepada Israel.
Sementara itu Semalam setiausaha agung PBB mengarahkan agar Israel memberikan tarikh akhir untuk mengangkat blokade mereka ke atas Ghaza.
Rafah dibuka berjadual tidak mencukupi.
Semua tawanan di B'r Sabie' telah dibebaskan kecuali 3 orang antara mereka Syeikh Ra'id Solah. Setakat ini sudah 6 Bas meninggalkan Ghazza dan permintaan rakyat Ghaza untuk meninggalkan Ghaza lebih 4000 orang, Namun pengangkutan sangat terhad dan mereka terpaksa menunggu giliran masing-masing.
Ghaza masih memerlukan saudara-saudaranya untuk memulihkan tanah mereka setelah dikepung lebih 4 tahun.
Israel Semakin Kalah.
Allah maha mengetahui apa yang Allah aturkan. Kini seluruh dunia mengutuk israel kecuali Mahmud Abbas dan Obama. Mereka akan terus setia bersama penjenayah dunia itu. Mahmud Abbas menegaskan walaupun berlaku serangan ke atas relawan perjanjian dengan Yahudi akan diteruskan. Malah semalam Fatah menangkap 230 pengikut HAMAS di tebing Barat.
Ireland meminta Israel tidak menganggu kapal Rachel Correy dari laluannya menuju Ghazza. Erdogan dalam kenyataannya pada Haniyah menegaskan Turki takkan mengabaikan nasib Ghazza sekalipun sekiranya dia terpaksa bertindak sendirian.
Tuesday, June 01, 2010
Mesyuarat tergempar Liga Arab.
Petang tadi al Qaradhawiy mengajak agar diadakan mesyuarat tergempar ulama dunia Islam di Turki. Mesyuarat ini agar zahir pandangan aqidah Islam secara rasmi berkenaan isu ini.
Mesy'al : Selepas hari ini tiada lagi tembok pemisah bagi Ghaza. Serangan ke atas Armada adalah setesyen pemisah. Kami merayu semua pemimpin Arab bersepakat menamatkan pengurungan ke atas Ghaza dan rakyatnya dan menyeru Mubarak membuka sempadan Rafah sentiasa.turut menyeru agar Arab bergabung dengan Turki bagaimana mereka bergabung dengan permasalahan palestin serta memutuskan sebarang hubungan dengan penjenayah yang bernama Israel,
Mesy'al menyifatkan serangan Israel ke atas armada merupakan bangkangan Zionis terhadap dunia dan peraturan antarabangsa serta agama-agama samawi.
Mesy'al mengucapkan tahniah kepada relawan Armada dan menyifatkan bahawa risalah mereka telah sampai ke seluruh dunia dan mereka telah mengalahkan Zionis tetapi Majlis Keselamatan masih melindungi Jenayah Israel yang pelbagai telah merosakkan harapan dunia. Selain itu beliau turut menyifatkan ini adalah sejarah untuk kemaslahatan Palestin yang besar dan kami telah lama bersedia untuk ini.
Kuwait menyokong dan menyifatkan pembatalan perjanjian damai dengan Israel sebagai langkah yang baik.
Kami akan kekal selagi mana ada za'tar dan zaitun.
Israel takkan boleh berlepas tangan setelah menumpahkan darah relawan di lautan Medittranean. Beliau mengulang berkali-kali bahawa Turki takkan sekali kali membelakangkan isu memecahkan tembok.
3 orang pejuang gugur di utara Ghaza Beit Lahiya dari pejuang kebebasan nasional.
Pilihan untuk Relawan.
Jadi pilihan sebegini telah dijangka oleh relawan sebelum ini.
AMerika Polis dunia atau Polis Yahudi?
Jika berlaku kekacauan di mana-mana mereka melulu menerjah dan menjajah negara itu sehingga tampil pemimpin yang mereka redhai. Diam mereka dalam isu ini menjelaskan bahawa Amerika bukan sekadar tidak pernah menjadi Polis Dunia bahkan mereka bukanlah pembela kemanusiaan sekalipun.
Mereka hanya berpura-pura untuk mengaut keuntungan dan hanya satu bangsa yang mereka akan lindung dan bela. Iaitu Yahudi.
Apakah Israel akan mendengar?
China meminta Israel menurut kehendak majlis keamanan Antarabangsa. Persoalannya apakah mereka akan mendengar nasihat nasihat sahabatnya ini?
Arab Baru Terjaga dari Lena.
Kuwait setuju dengan Parlimennya untuk menarik diri dari Perjanjian Damai Arab dan Israel.
120 penulis dan budayawan Saudi minta Kerajaan Saudi mengkaji semula perjanjian dengan Israel.
Bagaimanapun pencapaian kini masih belum memenuhi kehendak perjuangan pembebasan Ghaza. Bahkan kenyataan lemah majlis keselamatan antarabangsa masih membuktikan mereka badan yang mandul dalam memperjuangkan kemanan sejagat.
Mesir berundur.
Israel memberi amaran akan menyerang kapal rachel correy yang dijangka sampai rabu ini dari Ireland ke perairan Ghaza. Mereka mengatakan untuk menawan sebuah kapal jauh lebih senang.
Siapa Tangkap Siapa?
Erdogan mengecam Israel agar membuka tembok pemisahnya segera, beliau memberi amaran agar Israel tidak mencabar kesabaran Turki. Beliau juga berkata kami takkan berpaling dari membantu Ghaza kami akan terus menerus membantu Ghaza.
Kini kita melihat seolah olah Israel yang menawan kebebasan dan kemanusiaan. Sebenarnya keadaan sekarang ini merupakan tekanan terhebat buat Israel. Penjajah ini sedang runtuh moralnya. Kini hanya tinggal mereka yang membenci Islam dan kejam sahaja yang bersama dengan Israel. Manakala mereka yang bebas dan berakal sudah mula membenci Israel bahkan sebahagian mereka adalah beragama Yahudi.
Setelah serangan Israel semalam jumlah Syahid kini adalah 20 orang dan jumlah yang cedera mencapai 60 orang. Bagaimanapun beberapa sumber melaporkan sememangnya 16 orang yang terkorban sememangnya disenaraikan oleh rejim zionis itu untuk dibunuh. Maklumat ini terbongkar apabila senarai 16 orang yang dikehendaki jatuh dari komando Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara. ke 16 mereka telah dibunuh.
Berita tentang kematian syeikh Ra'id Solah merupakan usaha yang dilancarkan Israel untuk membunuhnya. Syeikh Ra'id kini dalam tahanan Israel bersama aktivis aktivis lain.