Dalam kesibukan sejak akhir akhir ini banyak juga perkara yang berlaku yang mengembirakan Islam dan menyedihkan dan mengelirukan orang Islam. Ulama dan Politik adalah isu terbesar dalam pandangan saya.
Dalam kesibukan merekod prestasi pelajar kelas saya sempat saya baca-baca isu 40 ulama masuk umno. Ada yang ditipu untuk hadir ada yang diumpan untuk hadir dan ada pula yang memang bertujuan dan jelas mahu menghadiri.
Tetapi itu bukan perbincangan kita, Saya cuma mahu berbincang tentang bagaimana hubungan ulama dengan politik sejarah ringkas dan juga hakikat sepatutnya kita ambil sikap. Ulama sebenarnya gabungan perkataan tahu dan kerja. Orang yang bergelar alim ini orang yang beramal dengan ilmunya. Jadi ulama adalah kata banyak bagi kata alim.
Jika kita lihat orang kita juga mendapat kefahaman ini dengan mengatakan ibarat yang berbunyi " tak payah nak buat alim lah!" mereka faham bahawa ilmu itu diikuti dengan kerja. Tetapi kini ulama direndahkan taraf pencapaiannya dijadikan orang yang balik belajar jauh jauh, mengaji bidang agama mereka inilah orang alim. Kalau begitu takrifan orang Alim kita ada jutaan orang alim dalam dunia ini. Tetapi kita mesti kekalkan standard Alim itu pada asalnya barulah betul.
Pada zaman dahulu Alim dan Amir(pemimpin) bersatu dalam satu watak . Seperti Rasulullah dan Khulafa' ar Rasyidin dan khalifah Harun ar rasyid dan Umar Abdul Aziz dan banyak lagi. Setelah itu Amir dan Alim berpisah dari satu watak menjadi dua watak tetapi mereka berdua bersahabat. Alim menasihat Amir melaksanakan. Setelah itu pula datang satu masa Amir dan Alim tidak bersahabat tetapi tidak pula bermusuh. Masing - masing dalam dunia masing - masing. Sampailah berlaku satu ketika Amir dan Alim ini bermusuh. Maka di sinilah bermulanya kebinasaan yang tercetus dari pihak atasan.
Jadi apakah ini menunjukkan Ulama mesti mendekati Umara? Pastinya ramai yang mengatakan ya. Jika tidak mana mungkin kerajaan boleh berubah menjadi baik. Sebenarnya itu pandangan yang kurang tepat. Yang tepat adalah Umara' yang mesti mendekati Ulama'. Kerana inilah yang berlaku sebelum ini. Sekalipun Umar al Khattab adalam amir yang alim tetapi beliau sentiasa mendampingi Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, abu Hurairah dan Ali untuk mendapat fatwa-fatwa mereka dalam permasalahan-permasalahan.
Yang kita perbincangkan ini adalah hubungan amir Muslim dan Ulama. Bukan pemimpin kafir. Jadi apa masalahnya seorang menteri mendekati ulama? ramai yang mungkin berfikir nak dekati macam mana ulama bukannya mahu. Ini perlu dilihat mengapa? kerana ulama menolak kemungkinan mereka dipergunakan, Fatwa mereka diambil bila politikus mahu menyelamatkan kedudukan politik mereka bukan kerana mereka mencari ulama untuk melaksanakan kerja mereka.
Jadi sekiranya UMNO benar mahukan ulama. Maka saya rasa banyak sudah saranan Ulama telah diberikan oleh ramai ulama di Malaysia ini. Tetapi saya melihat UMNO kini terhegeh-hegeh mahu menubuhkan sayap ulama kerana mereka mahu pengaruh melayu untuk parti sekular mereka tidak kurang atau hilang.
No comments:
Post a Comment