Alhamdulillah semua relawan malaysia 12 orang kini selamat di Jordan bersama puluhan relawan lain. Kini negara-negara Arab menyeru kepada armada kedua akan berangkat ke Ghazza dan setakat ini telah siap 3 kapal pertama untuk armada kedua.
Allah maha mengetahui apa yang Allah aturkan. Kini seluruh dunia mengutuk israel kecuali Mahmud Abbas dan Obama. Mereka akan terus setia bersama penjenayah dunia itu. Mahmud Abbas menegaskan walaupun berlaku serangan ke atas relawan perjanjian dengan Yahudi akan diteruskan. Malah semalam Fatah menangkap 230 pengikut HAMAS di tebing Barat.
Ireland meminta Israel tidak menganggu kapal Rachel Correy dari laluannya menuju Ghazza. Erdogan dalam kenyataannya pada Haniyah menegaskan Turki takkan mengabaikan nasib Ghazza sekalipun sekiranya dia terpaksa bertindak sendirian.
No comments:
Post a Comment