Sebelum saya menjelaskan kenapa laporan di blog ini terputus suka saya sampaikan beberapa sari berita penting tentang Ghazza:
1- Beberapa Truck perubatan telah bertolak ke Ghazza dari Rafah.
2- Jordan mempersiapkan kapal untuk menyertai Armada Kebebasan ke 2.
3- Iran mengecam Israel agar tidak mengganggu kapal yang dibiaya oleh 110 000 rakyatnya.
4- Majlis Parlimen Indonesia akan mengadakan lawatan ke Ghazza akhir bulan ini.
5- HAMAS menolak sebarang helah sebagai ganti meruntuhkan tembok yang mengurung Ghazza.
6- Bashir Asad mengatakan serangan ke atas Armada Kebebasan yang lalu mampu menggugat usaha keamanan rantau itu.
Saya sebenarnya baru keluar dari zon bebas Internet iaitu Kuala Nerang dan juga Kodiang sepanjang minggu kedua cuti sekolah kali ini. Alhamdulillah sempat berziarah sanak saudara dan beberapa rakan taulan.
Insya Allah saya akan kembali melaporkan tentang isu Ghazza mulai hari ini seperti sebelum ini. Sila tinggalkan komen anda bagi tajuk tajuk yang berkaitan. Jika ada salah maklumat atau maklumat terbaru. Sekian untuk kali ini. Wassalam
No comments:
Post a Comment