Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, May 31, 2010

JOm tengok al jazeera.

http://www.livestation.com/channels/43

Israel menghalang media dari membuat liputan.

Israel seperti straterginya biasa akan mengahalang sebarang liputan ke atas operasinya. Kini Mavi Marmara dan Freedom flotilla sedang memasuki pelabuhan Asdud. Dijangka tahanan akan melalui proses penyelidikan Israel sebelum dihantar pulang.

Bagaimanapun setiap tahanan akan mampu memilih untuk berkeras atau menurut kehendak Israel. Kini peluang syahid telah sampai kepada relawan Armada Pembebasan.

Kini peluang kerja adalah dibuka kepada kita yang berada di tanah air masing-masing. Kita mesti bersuara , berdoa dan memperjuangkan nasib mereka, nasib barang-barang yang kita sumbangkan.

Maklumat terbaru Sekarang bermulanya kempen untuk satu lagi qafilah bantuan laut selepas 6 minggu dari sekarang. Kempen ini bertujuan memberi gambaran kepada Israel di sana sangat ramai masyarakat dunia yang bergerak untuk melawan gerakan Zionis yang mengurung manusia seramai 1.5 Juta dari keperluan asasi yang cukup.

Hari ini hari Pembebasan.

Ismael Haniyah mengiklankan hari ini adalah hari kebebasan. Beliau menyeru seluruh negara Islam dan Negara-negara Arab agar membuat keputusan memecahkan tembok yang mengepung Ghaza.

Beliau memberi Pingat Meruntuhkan Tembok kepada semua 750 aktivis yang merupakan anak anak armada pembebasan yang diserang.

HAMAS menggelar operasi Israel sebagai Tempat Penyembelihan Kebebasan. Turki meminta Israel menjelaskan serangan yang dilancarkan ke atas armada bantuan ini.

Seluruh Palestine keluar melakukan tunjuk perasaan membantah serangan Israel. Penduduk Ghazza berkabung atas kematian syuhada Pembebasan. Haniyah menggesa  ghaza dan Tebing Barat bersatu melawan Israel. Di kedua-dua bahagian Palestin.

Serangan ini meruntuhkan lagi moral Israel yang sememangnya rendah. Serangan ini bermakna Israel telah menafikan kedaulatan 40 negara dengan menyerang armada bantuan yang melibatkan 44 negara. Turki adalah sebuah negara yang paling murka apabila serangan ini dilancarkan. Israel melalui ucapan lieberman telah mengeluarkan arahan supaya semua orang Yahudi di Turki keluar dari negara itu berikutan dengan kemarahan rakyatnya yang marak dan mengarahkan yahudi membatalkan perancangan untuk memasuki turki.

Sunday, May 30, 2010

Angka Syahid dan Mangsa yang tercedera meningkat.

Pada serangan pertama telah menyebabkan 3 orang syahid dan lebih 50 cedera kini telah meningkat ke 16 orang Syahid dan lebih 60 cedera.

TV Israel melaporkan bahawa anak-anak kapal yang di tembak telah menyerang komando mereka yang menceroboh masuk ke dalam kapal-kapal armada dengan pisau dan kapak.

HAMAS menyifatkan serangan lanun-lanun yahudi ke atas Armada adalah Peperangan ke atas kemanusiaan.
untuk menonton secara live apa yang berlaku layari tv streaming di http://www.livestream.com/insaniyardim?utm_source=lsplayer&utm_medium=ui-content&utm_campaign=insaniyardim&utm_content=insaniyardim

Doa perlu dikirim. Ibadah perlu diiring.

31 Mei 2010 Israel membuktikan dia benar-benar mahu menghalang kapal penghantar bantuan ke Ghaza dengan membedil kapal Freedom flotilla yang telah menyebabkan 3 orang anak kapal Syahid dan lebih 50 orang cedera. Semalam Israel meluaskan kawasan ketenteraannya di laut sebanyak 3 kali ganda iaitu dari 21 batu nautika ke 68 batu nautika dari daratnya. Ini telah menyempitkan laluan Armada Kebebasan.

Beberapa kapal lain telah ditunda ke pelabuhan Asdud yang berada bawah kekuasaan Israel. Israel turut mengeluarkan kenyataan semua anak kapal akan ditahan dan dijadikan tebusan. Israel menembak peluru hidup dan juga gas gas pemedih mata ke arah anak anak kapal. Walaupun penguasaan ini berlaku di perairan terbuka antarabangsa tetapi Israel menyerang sesuka hati mereka.
Mereka pagi tadi mendekati Armada dan Meminta kapten kapten kapal untuk menyatakan identiti mereka dalam usaha menakut-nakutkan sukarelawan Armada. Mereka telah mengarahkan agar semua kapal bergerak ke Pelabuhan Asdud. Jurucakap al Jazeera di Pelabuhan Asdud mengatakan netenyahu telah mengeluarkan arahan agar semua anak kapal di tangkap dan dijadikan tahana.

Semalam Israel telah menghimpit perairan Ghaza sebagai perairan ketenteraan yang tertutup dengan niat menghalang penghantaran bantuan ke Ghaza dan mereka mahu bahan bahan bantuan dipunggah di Pelabuhan Asdud dan dibawa oleh Israel sendiri ke Ghaza.

Bagaimanapun sukarelawan telah bermesyuarat semalam mereka akan berkumpul semula sebelum tiba di Peraiaran Ghaza dan sekiranya ditangkap mereka tidak akan menandatangani sebarang dokumen dari pihak Israel. Mereka hanya dibenarkan memberitahu nama dan kewarganegaraan sahaja selebihnya mereka diminta menanti dihubungi oleh kedutaan-kedutaan mereka atau badan badan kemanusiaan tempatan.

Gerakan pembebasan Ghaza menyatakan Israel akan membayar serangan mereka ini dengan harga yang mahal dalam politik antarabangsanya dan juga serangan-serangan media massa dunia.

Bagaimanapun juru cakap PBB semalam kepada BBC Arabic mengajak agar dunia mengawal diri terhadap ancaman Israel ke atas Armada Kemanusiaan dengan mengingatkan bahawa kita perlu mencari jalan penyelesaian bukan mengeruhkan lagi keadaan.

Aktivis Malaysia memohon kita memanjatkan doa walaupun di mana kita berada dengan mesage jelas mereka : doa, doa, doa.

Sampai jumpa lagi beberapa jam akan datang. -siddiq.osman

Dua Pilihan Buat Israel.

Menurut Yusuf farahat, Israel hanya ada dua pilihan dan tidak ada yang ketiga:
1- Membenarkan armada memasuki Ghazzah.
2- Menerima tekanan antarabangsa.

Kapal sudah bertolak meninggalkan laut medittranien dan dijangka sampai Ghaza esok (isnin) pagi waktu Ghaza.

Pertempuran :

Semalam berlaku pertempuran sengit di selatan baitul Maqdis yang mana mengakibatkan 11 rakyat Palestin cedera dan sekurang-kurangnya 7 tentera Yahudi cedera setelah berlaku pertempuran antara penduduk dan pengawal sempadan Yahudi. Penduduk yang rata-ratanya bersenjatakan batu telah menyerang Askar yahudi  yang memasuki perkarangan kediaman mereka.

Saturday, May 29, 2010

             

dengarlah wahai si pekak lihatlah wahai si buta.

             
             

Ghaza menang lagi.

30 Mei bersamaan 16 jamadil akhir Merupakan permulaan kemenangan Ghaza dalam percaturan politik di peringkat dunia. Ini kerana sekalipun kapal ini tidak sampai sudah terpampang kejahatan Israel bukan sahaja pada mata umat Islam bahkan dunia Timur dan Barat sudah membenci Israel.

Selain itu sekutu-sekutu Israel dari kalangan orang Islam seperti Fattah dan Kerajaan Mesir akan terbongkar kejahatan mereka terhadap adik perempuan mereka. Selama ini merekalah yang melacurkan Palestin kepada Israel. Secara moralnya HAMAS sedang memenangi kempen promosi politik mereka di luar PBB. Mereka membuka pengaruh sempadan negara yang telah lama dilukis yahudi pada peta dunia dengan satu ikatan mudah iaitu kemanusiaan. Sudah pastilah kemanusiaan lebih disokong dari kebinatangan dan kekejaman. Inilah hakikatnya. Sejarah pasti berulang.

Pengepungan terhadap Ghaza menyamai pengepungan ke atas  Bani Hasyim tetapi setelah tiga tahun Allah jualah yang membuka kepungan ini. Menurut Ismail Haniyah "pengepungan sebelum ini datang dari penyusunan Allah dan kita merobohkannya juga adalah susunan Allah." Saya menyeru semua umat Islam marilah kita membaca Surah Saad beserta tafsirnya dan mengambil iktibar dari ayat-ayat itu.

Al Quran sumber kekuatan. Kita perlu kuat mendepani ujian dan jangan biar kekuatan itu hilang bersama dengan ujian. Jika kita pernah kuat berkempen untuk mengumpul dana bagi membebaskan Ghaza dari kekejaman mari kita gerakkan kempen yang sama bebaskan alam ini dari pengaruh kezaliman. Dengan berubah diri dan berdoa dan menyerah diri kepada Allah dan hanya Allah . Yakinlah ini sahaja jalan yang benar. Hanya Allah tuhan dan tidak pernah ada tuhan lain yang layak selain Allah.

Sebarkan keamanan sejagat dengan Islam. Doakan Islam gemilang.

Israel galak mengganas di Timur Ghaza.

29-5 Israel melancarkan serangan udara dengan mengebom beberapa target di Lapangan Terbang Timur Ghaza dan sebuah bengkel yang terletak antara dua masjid iaitu masjid al Farouq dan Masjid Abu Bakr.

Lima bom di lancarkan memusnahkan saki baki bangunan yang masih ada di Airport dan memusnahkan terus bengkel tersebut. Sedang Penduduk Barat Ghaza melakukan persiapan menyambut armada bantuan kemanusiaan dijangka tiba hari ini.

Nampaknya peperangan sukar dielakkan lagi. Fattah semakin rancak melakukan tangkapan di Tebing Barat dan mereka menjanjikan akan melumpuhkan HAMAS di sana. Sedang pergolakan juga berlaku dalam parti pemerintah Haram tebing barat iaitu Fatah yang enggan menerima keputusan rakyat.

Mereka merancang dan Allah merancang Allah jua sebaik baik perancang.

Friday, May 28, 2010

Amerika bapa Israel.

Amerika memperuntukkan 205 juta dolar untuk pembinaan sistem kubah besi bagi melindungi Israel dari ancaman roket jarak dekat HAMAS.

Sistem ini akan menangkis roket-roket HAMAS dengan meletupkannya di udara. Jumlah ini hampir menyamai 1/3 kos pertahanan Amerika di seluruh dunia iaitu sebanyak 726 juta dolar.

Bil ini diluluskan oleh majlis senat dengan majority 229 menyokong berbanding 186 menolak. Bahkan majlis senat meluluskan sebanyak 361.6 juta dolar sebagai tambahan bagi permohonan obama. Lihatlah bagaimana sayangnya Amerika pada Israel. Bandingkan apa dunia Islam(kerajaan-kerajaan) beri pada Palestin?

Relawan akan mengikat diri mereka pada kapal.

Ancaman Yahudi untuk menghalang armada bekalan keperluan penduduk Ghaza dibalas dengan pendirian kukuh relawan. Mereka yang berjumlah 750 orang akan kekal di atas kapal dengan mengikat tubuh mereka dengan rantai besi pada kapal mereka.

Sekiranya mereka tetap disekat dari memasuki ghaza mereka akan kekal di laut sehinggalah dibenarkan masuk terus ke ghaza. Tekad mereka semakin kemas walau ugutan zionis semakin kuat.

Sasaran mereka hanyalah membawa bahan bantuan ke Ghaza dan tidak ada tujuan lain. Hal ini telah jelas dan cuba dipertikaikan oleh rejim Zionis untuk mencari alasan menyekat armada bantuan ini terus sampai di Ghaza.
Mereka masih di laut mediteranian dan belum memasuki perairan Ghaza doakan keselamatan perjalanan mereka dan kelancaran program bantuan terbesar ini. Inilah qafilah Uthman Affan yang dinantikan oleh penduduk Ghaza.

Tawaran bodoh bukan pilihan kami.

Ketua IHH Turki menafikan akan menerima tawaran Konsul Yahudi di Istanbul agar melabuhkan kapal kapal Bantuan untuk Ghaza di Pelabuhan Asydud agar melalui pemeriksaan tentera Zionis atau Yahudi tidak membiarkan kapal ini berlabuh di Ghaza. Dalam wawancaranya dengan markaz I'lamiy Palestin Yeldrim mengatakan:"Perkara ini adalah mustahil dipersetujui." selain menegaskan bahawa tiada pilihan selain berlabuh secara langsung di Ghaza.

Kini kapal-kapal ini dalam perjalanan ke Ghaza dan dijangka sampai Perairan Ghaza esok 29 Mei. Doa kalian sangat dihajatkan untuk Allah memelihara qafilah Usman ibn Affan ini.

Duhai Palestina maafkan daku.

Duhai Palestina,
aku lumpuh anggota.
Berdiriku bertongkatkan kelemahan.
Tanganku diampuh kemalasan.

Duhai Palestina,
aku miskin papa.
Poketku carik sentiasa.
Bankku untuk kad kredit cuma.

Duhai Palestina,
maafkan daku.
Aku hanya punya blog.
Aku hanya boleh menterjemah.
Aku hanya boleh berdoa.

Duhai Palestina maafkan daku.
Abang, kakak , adik, ibu, ayah,atuk dan sepupuku
aku impikan al Quds yang merdeka.
Tetapi aku cuma insan biasa.

Siddiq Osman

Thursday, May 27, 2010

serangan lagi.

semalam 27-5 Israel mengebom kawasan pertanian Ghaza dengan kereta kebal mereka dan mengakibatkan 2 rakyat Ghaza cedera manakala Pihak pejuang al Qassam dapat memusnahkan jentera peledak Israel.

dalam kejadian berlainan di timur Ghaza juga. Berlaku pengeboman oleh Jet di kawasan perindustrian dan mengakibatkan seorang rakyat cedera. bagaimanapun jet Israel itu masih berlegarlegar di ruang udara timur ghaza bagi melepaskan tembakan-tembakan untuk menghalang ambulans menghampiri mangsa.

Dalam satui kejadian yang lain pejuang al Qassam berjaya meletupkan jip Israel di timur Ghaza.

Tuesday, May 25, 2010

Israel mula menyerang lagi.

Setelah kekalahan yang nyata dalam peperangan Furqan hari ini serangan ke atas Ghaza meletus semula dengan pelancaran bom dari jet pengebom F16 milik Israel di dua sasaran iaitu di airport lama yang sudah tidak digunakan dan juga di kem latihan briged al Qassam yang mengakibatkan kematian seorang anggota Qassam dan seorang anggota polis, manakala mencederakan 15 orang awam.

Ternyata sikap Israel tak pernah berubah. Menjdikan orang awam mangsa sasarannya setiap masa. laporan Info palestin 26/5-2010.

Monday, May 24, 2010

Semangat Juang Qassam merasuk ke kumpulan penghantar bantuan.


Sementara itu dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Syamsuddin dari Haluan Malaysia, memberikan sambutan mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia. Di depan ribuan hadirin Noorazman mengatakan, bahwa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada embargo ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta member dukungan penuh bagi kafilah kemanusiaan ini.
Noorazman mendoakan agar berkah Allah terlimpah kepada harta mereka yang telah mendukung kafilah kemanusiaan ini.
“Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta jiwa,” katanya dalam bahasa Inggris. Noorazman menegaskan, karena besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan berusaha mencapai Gaza, “Walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai Gaza!”.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)
Berikut dipetik dari http://www.lifeline4gaza.org. Jadi marilah kita yang berada di rumah sentiasa menghantar doa dan amalan sunat bagi Allah membantu angkatan ini.
Lagi berkenaan palestin:
1-Australia mengusir diplomat Yahudi zionis dari tanahnya semalam.
2- HAMAS memboikot pilihan raya perbandaran julai ini dan menyifatkan ia adalah pemisahan yang semakin mendalam dan juga sokongan ke atas Yahudi.
3_ Khalid Mesy'al mencabar ada tindakan kebangsaan yang jelas dalam menghentikan sekatan melampau ke atas ghaza.
4- kini Penduduk Ghaza di putuskan dari bekalan elektrik.
Teruskan berdoa untuk mereka.

Sunday, May 23, 2010

Mesir mungkin menyukarkan perjalanan Kapal-kapal bantuan ke Ghaza.

Hari ini Mesir telah memutuskan bahawa kapal-kapal bantuan ini tidak mendapat keizinan untuk melalui perairan Mesir kerana belum selesai perbincangan mengenai isu ini di Kaherah.

Seperti yang diketahui Mesir telah menyekat kumpulan bantuan kemanusiaan yang melalui jalan darat di rafah pada misi Live line 4 ghaza 3 yang lalu. Mesir di jadikan alternatif sekiranya Israel menutup laluan lautnya dari ditembusi untuk sampai ke Ghaza.

Saturday, May 22, 2010


Rombongan bantuan kemanusiaan dari Turkiy menafikan larangan Zionis dengan bertolak ke arah negara Islam Palestin dan dijangka sampai ke Ghaza hari ini jika tidak ada sebarang sekatan. mereka bertolak semalam 22 Mei 2010. Semoga Allah selamatkan perjalanan mereka. 

Kapal dari Turkiy ini akan bergabung dengan kapal kapal dari cyprus untuk membentuk konvoi kapal bekalan yang besar.Kapal مرمرة الزرقاء Hujan lebat yang berwarna biru. kapal ini bertolak dengan diiringi 8 kapal lain yang menjadikan semuanya 9 kapal yang bergerak dari Turkiy. iaitu 3 kapal Turkiy, 2 kapal England, 1 Algeria, 1 Kuwait, 1 Ireland dan 1lagi dari greece.

Buah Hawa @ Buah Zuriat.




Assalamualaikum, Setelah berkahwin saya mendapati ramai yang bermasalah dalam mendapat zuriat jadi saya pun search lah kaedah kaedah yang mungkin boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Sebelum kita berkenalan dengan buah Hawa eloklah kita try dulu petua mudah yang Allah ajarkan dalam Surah Nuh iaitu dengan beristighfar kepada Allah sebab Allahlah yang akan mengurniakan sebarang rezeki. Allah menyebutkan fadhilat2 istighfar. 

Apapun jua kenalah berkeyakinan segala yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. ok di bawah ini adalah buah hawa. Boleh didapati di Madinah. Ada yang mengatakan daunnya lebih mujarab. Wallahu a'lam saya tak pernah try. Tapi jika di cari dalam internet ada yang kata rasanya manis macam kurma. Yang saya tahu buahnya wangi macam buah salak. Mertua saya ada bawa balik minggu lepas. Isteri saya nak hadiahkan kat kawan dia yang dah lama kahwen tapi belum dikurniakan anak. 

Ok sekarang ramai orang kita selalu pergi haji dan Umrah bolehlah kirim dan cuba harganya murah sahaja. Ada yang kata sepasang 50 sen ada yang kata 5 ringgit. bergantung pada rezeki. Kalau 50 ringgit juga saya kira masih murah berbanding ubat-ubatan di pasaran.
Setelah mengupasnya, masukkan dalam air dan rebus lama2.

Setiap hari tambahkan air dan rebus sampai hilang khasiatnya.
Rasanya orang kata "sedap".
Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x
" Hunalika da'a zakariya  rabahu qalaa: RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATaN TOIYIBBAtaN INNAKA SAMEE' Ud-DOA" ali Imaran 38:



maksudnya :


"Di sana zakariya berdoa kepada Tuhannya dengan berkata: Tuhanku kurniakan daku dari sisimu seorang zuriat yang baik sesungguhnya Engkau mendengari doa."
Selamat mencuba. Mari ramaikan Umat Muhammad yang soleh.

Friday, May 21, 2010

Musibah dan mengatasinya.

Kini pengurusan masalah dan stress menjadi satu bidang yang agak laris dalam industri consultant. Ini kerana musibah dan tekanan semakin bertambah di dunia ini. Hakikatnya fenomena ini berlaku kerana penurunan skala keimanan.

Iman mengelakkan stress dan tension ini kerana manusia selalunya mengepung masalah dalam jiwanya sahaja. Padahal kita tidak tertanggung tekanan itu. Islam dan Iman mengajarkan bahawa di sana ada Allah untuk menjadi tempat mengadu dan memohon bantuan. sekiranya ini berlaku maka stress dan tekanan takkan meledak dalam jiwa tetapi teralir kepada tempat pergantungan.

Mari kita melihat sedikit nasihat bagaimana menangani musibah.

  1. Mencari Sebab mengapa berlaku Musibah.
  2. Jangan salahkan pihak lain dalam segala musibah, periksa kelemahan diri.
  3. Pelihara diri dari bisikan syaitan dan maksiat. Maksiat dan dosa itu melemahkan jiwa.
  4. Membiasakan diri dengan kesabaran.
Sekiranya kita menuruti 4 langkah ini musibah akan diselesaikan dan tidak menjemput stress atau tekanan ke dalam jiwa. Hidup kita sihat luar dan dalam.

Thursday, May 20, 2010

Ketemu Pak Samad SN.

Alhamdulillah selesai sudah semua urusan menunaikan honororium dari DBP. Bahkan mendapat bonus nasihat peribadi dari Pak Samad dalam perjalanan ke sana.

Seminggu sudah berlalu beberapa kali juga telah diulang-ulang ungkapan A Samad Said. Pak Samad menasihatkan: " Mulakanlah penulisan dengan jujur dan luhur, kerana penulisan ini perjuangan sekiranya tidak jujur kita akan bermasalah di pertengahannya." Saya meringkaskan bahawa menulis itu mesti dari hati.

Pak Samad menambah "Jika kita terlalu menjaga hati nanti apa yang disampaikan itu bukan apa yang perlu didengari. Kerana kita telah memilih agar tidak memberitahu perihal yang benar kerana ingin menjaga hati orang yang menerima."

Pak Samad juga berkata "Orang tua itu banyak kelebihannya dari pengalaman dan juga pembacaan, tetapi golongan muda ada kekuatan mereka tersendiri."

Perjumpaan 5 - 6 minit ini berlaku setelah usai solat Jumaat 14 Mei 2010 di masjid asy Syakirin KLCC.

Wednesday, May 12, 2010

Bunga Raya Yang Gugur.

Sudah sekian lama pohon ini layu,
daunnya kering, hijaunya kuning.
Kuning kemudian menghitam,
dibakar kesengsaraan jua derita.

Ia dipalit oleh warna yang empat,
biru,kuning putih dan merah.
Tapi kini warnanya satu,
gelisah.

Pohon ini asalnya berseri,
bunganya merah garang,
kembangnya segar girang,
Ia bagaikan semenanjung emas yang berkilau.

Tetapi bunga-bunga telah gugur,
bukan gugur seperti luruh biasa.
Kelopaknya dicarik satu persatu,
dahannya dibakar betah,
akarnya diracun limpah.

Tetapi pohon ini tidak pernah ditebang,
terus menanti baja,
terus menanti siraman.
Pohon ini yang pasti menanti tangan-tangan.

Siddiq.Osman
13 Mei 2010