31 Mei 2010 Israel membuktikan dia benar-benar mahu menghalang kapal penghantar bantuan ke Ghaza dengan membedil kapal Freedom flotilla yang telah menyebabkan 3 orang anak kapal Syahid dan lebih 50 orang cedera. Semalam Israel meluaskan kawasan ketenteraannya di laut sebanyak 3 kali ganda iaitu dari 21 batu nautika ke 68 batu nautika dari daratnya. Ini telah menyempitkan laluan Armada Kebebasan.
Beberapa kapal lain telah ditunda ke pelabuhan Asdud yang berada bawah kekuasaan Israel. Israel turut mengeluarkan kenyataan semua anak kapal akan ditahan dan dijadikan tebusan. Israel menembak peluru hidup dan juga gas gas pemedih mata ke arah anak anak kapal. Walaupun penguasaan ini berlaku di perairan terbuka antarabangsa tetapi Israel menyerang sesuka hati mereka.
Mereka pagi tadi mendekati Armada dan Meminta kapten kapten kapal untuk menyatakan identiti mereka dalam usaha menakut-nakutkan sukarelawan Armada. Mereka telah mengarahkan agar semua kapal bergerak ke Pelabuhan Asdud. Jurucakap al Jazeera di Pelabuhan Asdud mengatakan netenyahu telah mengeluarkan arahan agar semua anak kapal di tangkap dan dijadikan tahana.
Semalam Israel telah menghimpit perairan Ghaza sebagai perairan ketenteraan yang tertutup dengan niat menghalang penghantaran bantuan ke Ghaza dan mereka mahu bahan bahan bantuan dipunggah di Pelabuhan Asdud dan dibawa oleh Israel sendiri ke Ghaza.
Bagaimanapun sukarelawan telah bermesyuarat semalam mereka akan berkumpul semula sebelum tiba di Peraiaran Ghaza dan sekiranya ditangkap mereka tidak akan menandatangani sebarang dokumen dari pihak Israel. Mereka hanya dibenarkan memberitahu nama dan kewarganegaraan sahaja selebihnya mereka diminta menanti dihubungi oleh kedutaan-kedutaan mereka atau badan badan kemanusiaan tempatan.
Gerakan pembebasan Ghaza menyatakan Israel akan membayar serangan mereka ini dengan harga yang mahal dalam politik antarabangsanya dan juga serangan-serangan media massa dunia.
Bagaimanapun juru cakap PBB semalam kepada BBC Arabic mengajak agar dunia mengawal diri terhadap ancaman Israel ke atas Armada Kemanusiaan dengan mengingatkan bahawa kita perlu mencari jalan penyelesaian bukan mengeruhkan lagi keadaan.
Aktivis Malaysia memohon kita memanjatkan doa walaupun di mana kita berada dengan mesage jelas mereka : doa, doa, doa.
Sampai jumpa lagi beberapa jam akan datang. -siddiq.osman
No comments:
Post a Comment