Alhamdulillah selesai sudah semua urusan menunaikan honororium dari DBP. Bahkan mendapat bonus nasihat peribadi dari Pak Samad dalam perjalanan ke sana.
Seminggu sudah berlalu beberapa kali juga telah diulang-ulang ungkapan A Samad Said. Pak Samad menasihatkan: " Mulakanlah penulisan dengan jujur dan luhur, kerana penulisan ini perjuangan sekiranya tidak jujur kita akan bermasalah di pertengahannya." Saya meringkaskan bahawa menulis itu mesti dari hati.
Pak Samad menambah "Jika kita terlalu menjaga hati nanti apa yang disampaikan itu bukan apa yang perlu didengari. Kerana kita telah memilih agar tidak memberitahu perihal yang benar kerana ingin menjaga hati orang yang menerima."
Pak Samad juga berkata "Orang tua itu banyak kelebihannya dari pengalaman dan juga pembacaan, tetapi golongan muda ada kekuatan mereka tersendiri."
Perjumpaan 5 - 6 minit ini berlaku setelah usai solat Jumaat 14 Mei 2010 di masjid asy Syakirin KLCC.
No comments:
Post a Comment