30 Mei bersamaan 16 jamadil akhir Merupakan permulaan kemenangan Ghaza dalam percaturan politik di peringkat dunia. Ini kerana sekalipun kapal ini tidak sampai sudah terpampang kejahatan Israel bukan sahaja pada mata umat Islam bahkan dunia Timur dan Barat sudah membenci Israel.
Selain itu sekutu-sekutu Israel dari kalangan orang Islam seperti Fattah dan Kerajaan Mesir akan terbongkar kejahatan mereka terhadap adik perempuan mereka. Selama ini merekalah yang melacurkan Palestin kepada Israel. Secara moralnya HAMAS sedang memenangi kempen promosi politik mereka di luar PBB. Mereka membuka pengaruh sempadan negara yang telah lama dilukis yahudi pada peta dunia dengan satu ikatan mudah iaitu kemanusiaan. Sudah pastilah kemanusiaan lebih disokong dari kebinatangan dan kekejaman. Inilah hakikatnya. Sejarah pasti berulang.
Pengepungan terhadap Ghaza menyamai pengepungan ke atas Bani Hasyim tetapi setelah tiga tahun Allah jualah yang membuka kepungan ini. Menurut Ismail Haniyah "pengepungan sebelum ini datang dari penyusunan Allah dan kita merobohkannya juga adalah susunan Allah." Saya menyeru semua umat Islam marilah kita membaca Surah Saad beserta tafsirnya dan mengambil iktibar dari ayat-ayat itu.
Al Quran sumber kekuatan. Kita perlu kuat mendepani ujian dan jangan biar kekuatan itu hilang bersama dengan ujian. Jika kita pernah kuat berkempen untuk mengumpul dana bagi membebaskan Ghaza dari kekejaman mari kita gerakkan kempen yang sama bebaskan alam ini dari pengaruh kezaliman. Dengan berubah diri dan berdoa dan menyerah diri kepada Allah dan hanya Allah . Yakinlah ini sahaja jalan yang benar. Hanya Allah tuhan dan tidak pernah ada tuhan lain yang layak selain Allah.
Sebarkan keamanan sejagat dengan Islam. Doakan Islam gemilang.
No comments:
Post a Comment