Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, November 12, 2012

Syria selangkah ke arah kedamaian.


Syeikh Mu'az al Khatib merupakan ketua pembangkang yang dipilih menjadi ketua pembangkang Syria yang akan menjadi ikon revolusi dalam menggantikan regim Basyar, persetujuan ini dimeterai di Doha oleh persidangan pihak pihak pembangkang Syria sebagai mencari jalan keluar bagi isu kemanusiaan di Syria.

Kita mendoakan kejayaan penyatuan ini dalam mengembalikan keamanan di negara Umat Islam Syria atau bumi penuh barakah Syam.

Friday, October 26, 2012

Khartoum di bom Israel

25 Oktober 2012. kawasan berhampiran kilang al Yarmouk yang merupakan gudang dan kilang persenjataan ringan di utara Khartoum telah di bom oleh 4 jet pejuang Israel. Pencerobohan ini telah meragur 4 nyawa setakat ini manakala telah merosakkan 35 unit apartment. Bagaimanapun presiden Sudan Umar Bashir menyatakan "Tindakan Israel itu melambangkan kelemahan dan ketakutannya." Beliau turut menambah "Pencerobohan ini tidak akan melemahkan atau menjejaskan Sudan dan negara ini akan terus melalui jalan yang telah mereka lakar tanpa menukar sebarang dasar."


Ini tanda kepada provokasi yahudi yang ingin mencetuskan huru hara di timur tengah. Sama samalah kita mendoakan sahabat handai serta saudara mara kita yang sedang berjihad di sana.

Wednesday, October 17, 2012

Sembelihan tangan sakti atau ilmu rinci.


Antara karier yang telah semakin pupus kerana kembalinya ustaz-ustaz muda ke tanah air... ialah tukang sembelih... Dulu kerja menyembelih ini macam ada sakti... berbagai momokan kononnya silap sembelih nanti daging busuk silap sembelih daging liat tak empuk... Tetapi bila ustaz ustaz muda buka kitab sembelihan mereka try sendiri dan ajar orang yang nak berkorban sembelih "hantu tukang sembelih" pun hilang.

Bagaimanapun upah kepada tukang sembelih wujud dalam kitab fikah. Ini menunjukkan kerjaya ini adalah harus di dalam syarak dan adakalanya jadi fardhu kifayah. Inilah keindahan Islam dalam ibadah kita juga dapat membaiki ekonomi ummah.

Masalahnya adalah apabila ada usaha memonopoli mana-mana ruang ekonomi dengan mereka-reka kurafat dan tahyul yang bermacam. Bagaimanapun antara yang saya tahu dari orang tua dahulu beberapa petua orang lama dalam ibadah sembelih. Jika menyembelih janganlah pisau bergerak bertentangan dengan betis kering kerana nanti dagingnya liat atau keras. Jangan pula ia dicelah kelangkang kerana nanti dagingnya mudah busuk atau berbau. Tiada nas atau sumber dari agama tetapi inilah pengalaman orang tua-tua.

Inilah bezanya kita dalam menjalani kehidupan bersyariat, ada yang lurus dan taat, ada pula yang kona-kona ikut selera dan paling banyak yang menanti mangsa di jalan yang sunyi. Sudahlah mari kita kembali menjadi penganut yang taat dan setia. Siapa nak belajar sembelih belajarlah di hari raya  korban ini.

Tuesday, October 09, 2012

zionis melakukan latihan mengejut yang meluas.

Berdasarkan laporan al Jazeera kini Tentera Penjajah Zionis sedang menjalani latihan mengejut di Utara Palestin bagi persediaan menghadapi Hezbollah dan Syria baru. Ini berikutan dari ancaman dari Iran.

Antara kawasan latihan adalah bukit Golan. Bagaimanapun pihak berkuasa Ghaza sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan baru dari regim zionis secara besar-besaran rentetan kerisauan mereka kepada kekuatan HAMAS pasca kemenangan Morsiy di Mesir.


Bagaimanapun dilaporkan Greece juga turut menyertai latihan bersama Amerika - Israel di timur laut meditteranien yang mana bertujuan menjaga kepentingan ekonominya yang sangat bergantung kepada sokongan kuasa besar itu.

Thursday, September 20, 2012

Mereka Hina Nabi . Lagi dan lagi. Kita?

Orang Kafir di Amerika dan Perancis sekali lagi menghina nabi kita yang mulia. Persoalannya bukan kita marah atau tidak. Persoalannya kenapa ia berlaku dengan mudah dan heboh.

Inilah fenomena penghinaan berganda kita dibunuh, didera, didiskriminasi dan nabi kita juga di hina. Inilah keadaan Makkah. Keadaan awal awal Islam. Apakah kita ini bertindak sama seperti generasi awal Islam lakukan?

Kita ini ada harta, ada suara, ada negara, ada kuasa dan ada al Quran yang sempurna bersama sunnah mulia.   Tetapi kita di mana kita. Kita masih di takah lama. Kita tinggal tali penyatuan, kita londeh pusaka warisan. Akhlak kita hancur ibadah kita luntur aqidah kita kabur. Di mana kristian yang takut dalam perang dengan ayubi, di mana yahudi yang menikus di kota khaibar. Tidak ada lagi yang ada kini queen elizabeth dan juga presiden barrack Obama.

Di mana Abu Bakar as Siddiq yang membebaskan Bilal ibnu Rabah? Di mana Ruqayyah yang menyapu tanah dari kepala baginda Rasulullah? Yang ada gadis gadis sekolah yang berjoget Gangnam style. Yang tinggal mat rempit yang meragut.

Kita terkesima bila pemuda arab bakar kedutaan Amerika di negara mereka kita pun berarak ke kedutaan sama. Nah kita terus perhati dan perhati. Kita kemudian berkelahi ada yang kata tak payah demo dulu nabi kena hina pun sahabat tak berdemo. Ada yang kata kalau bacul jangan keluar berdemo duduk diam diam sudah jangan pula kritik orang yang cinta nabi. Ada pula yang kata demo ramai solat subuh kering..

Kata-kata ini benar jika kita menuding pada hidung kita tetapi tersasar bila kita suluh punggung orang lain. Marilah kita kembali kepada kecintaan nabi yang sebenar-benarnya iaitu membina semula ummah dan menegakkan kalimah islamiyah. Tidak lain dan tidak bukan tarbiyah diri dan amalakan dakwah. Jom ubah hala tuju Ummah mari robohkan berhala hiburan dan bina jalan ketaqwaan/

Friday, September 07, 2012

Menulis antara glamour dan dakwah.

Menulis adalah medan dakwah yang telah lama menjadi kegiatan ulama besar , bahkan ia juga menjadi medan menikam Islam dari luar dan dalam oleh musuh-musuh Allah yang bertopeng atau yang telanjang. Tetapi persoalan yang ingin kita bahaskan penulis yang menggunakan wadah ini kini ada beberapa kategori.

Ustaz-ustaz muda yang segar dari pusat keilmuan dalam dan luar negara menggunakan majalah majalah baru dan juga blog serta web untuk menyampaikan fikrah mereka dengan cara baru dan segar dengan ilmu yang dilambakkan dalam penulisan mereka untuk dipilih oleh pembaca atau pelanggan dakwah era kini.

Ustaz-ustaz muda yang dibayar untuk menulis di akhbar dan majalah ternama untuk menongkah arus masyarakat dengan mendatangkan nas nas terpencil dan dihurai dengan aliran terpilih. mereka ini ada tiga  golongan : yang menerima dengan silat pulut mereka tersendiri menyampaikan mesej secara halus kepada pasaran dakwah dengan mengguna kaedah tauriyah dan sebagainya dalam penulisan mereka agar mesej diberi untuk memberi manfaat kepada agama tanpa menyinggung musuh agama. kedua yang menerima dan mengikut setiap saranan dan arahan. dan yang terakhir memilih untuk menolak secara jelas dan menganggap minyak dan air tidak boleh bercampur.

seterusnya ada anak anak muda yang ilmunya masih mentah tetapi berani dan lantang menulis di dalam blog milik mereka dengan mengeluarkan pandangan peribadi mereka serta berasa yakin pada hujjah-hujjah mereka dan mereka ini mempromosikan idea mereka serta merasakan inilah kebenaran yang orang tua perlu lihat. Kacamata mereka lebih tajam dari pengalaman orang tua yang sudah kabur. Mereka memberi wajah baru pada banyak perkara banyak perkara negatif yang dipositifkan dan perkara positif yang ditampilkan sudut negatifnya. Anak -anak ini akan memetik nas-nas dan pandangan pandangan ulama yang mereka belum menguasai dan dengan yakin menjadikannya sandaran pada hujah mereka. Kadangkala guru mereka lebih muda dari tokoh yang cuba mereka selar.

sebelum ini beberapa tahun yang lalu saya ada menulis bagaimana menjadi penulis muslim dan juga penulis mukhlis. Sebenarnya sebelum itu sepatutnya saya menulis siapa penulis itu atau bagaimana anda dikira sebagai penulis. Sebenarnya penulis bukanlah mereka yang berani atau boleh menulis. Penulis selayaknya adalah seorang pembaca dan pelajar yang tekun. Yang hadam dalam ilmu ilmu yang ingin ditulisnya. Penulis sejati bukanlah menulis apa yang masyarakat ingin tahu atau baca tetapi penulis sejati menulis apa yang perlu masyarakat baca dan memaksa masyarakat membaca mesejnya itu dengan keupayaan dan bakat penulisannya yang halus.

menjadi popular dan kaya dengan penulisan adalah perkara yang biasa tetapi menjadi hamba Allah dalam penulisan adalah perkara ajaib di sisi makhluk langit. Mereka hanya menerima ibadah kita kepada Nya jadi tulisan kita di bumi ini tidak akan dibaca mereka kecuali apabila tulisan kita itu ubudiyah yang tulus suci dan murni untuk Allah tanpa risau atau gusarkan keredhaan atau kebencian manusia. Allah sahaja matlamat mereka.  Muhammad Ahmad ar Rasyid mengingatkan bahawa kebarangkalian peroses penulisan kita itu hanyalah proses menghitamkan kertas atau mungkin juga pengulangan idea lama tetapi tidak mustahil kita akan menumpahkan idea baru yang Allah cetuskan dalam minda kita untuk santapan masyarakat. Menjadi penulis bukanlah merebut gelar tetapi melalui sukar agar menyubur mekar akar-akar perubahan dalam minda sejagat. Sehingga menggerak ummah yang sedang tersadai atau membangkit ummah yang lena panjang.

Dakwah kita bukan hanya dalam pena tetapi dakwah kita di mana-mana. Seandai pena sudah bertukar wajah maka dakwah kita tetap di sana. Seandai senjata berubah bentuk maka dakwah kita turut menjelma. Dakwah dan jihad umpama jasad dan bayang dibawah cahaya terang benderang. Menulislah dan bergeraklah wahai diri yang punya nyawa. mengalirlah wahai tinta yang punya warna. Tumpahlah wahai idea yang bergeliga berkumpullah kalian di bawah panji kebenaran mendukung tegaknya wahyu Tuhan.

Sunday, July 08, 2012

Jom jadi Salesman Islam.


Manusia dan MLM ramai manusia merasakan perniagaan MLMnya adalah yang terbaik sekali di dunia. Kawan saya percaya Herbalife sebagai bisnes terbaik, Bapa Saudara saya percaya Usana sebagai bisnes terbaik. Ada yang kata HPAlah yang terbaik kerana ia syarikat Muslim.

Kawan saya berjaya dalam MLMnya dan menjadi duta Herbalife yang aktif dan sibuk. Bapa saudara saya lagi hebat dalam Usana masyhur namanya sebagai usahawan Muslim dalam bisnes Usana. Saya kagum dengan kesungguhan mereka membantu masyarakat dalam kesihatan. Ini akan menjadikan rakyat Malaysia semakin baik ekonomi dan semakin sihat tubuh badan.

Tetapi harapan saya semua peniaga MLM bergiat sama dalam perniagaan yang Allah sendiri kata inilah perniagaan sebenar iaitu beriman dengan Allah dan Berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa kamu dan demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.

Agama ini memerlukan harta jadi berniagalah carilah kekayaan tetapi pejuang agama ini tidak boleh dipikulkan pada orang lain selain penganutnya. Jangan hulurkan duit sahaja hulurkan juga tenaga sebagai tentera Allah. Saya bukan menafikan usaha mana mana agen MLM tetapi saya cemburu bila orang boleh bercerita tentang produk jualan mereka tetapi gagal bercerita tentang agama kecintaan jiwa mereka. Jika saya cemburu apatah lagi Allah yang maha cemburu.


Jika kalian yakin bahawa akhirat adalah kejayaan sebenar maka luanglah beberapa detik dalam sehari hidup anda untuk memahami Islam dengan lebih dalam dan beberapa jam seminggu untuk menceritakan tentang Islam kepada orang lain. Hidup ini medan berbekal. Bagus berharta banyak kerana mereka yang berharta dan dekat dengan Allah adalah mereka yang layak dicemburui tetapi setiap harta itu akan ditanya dengan dua soalan. Dari mana ia datang? juga di mana ia dihabiskan?

Alhamdulillah sekiranya harta kita dari jalan yang halal seperti berniaga dan melabur tetapi ke arah mana itu yang sukar kita pastikan. kerana kita jarang berhati-hati membelanjakan duit kita. paling malang kita ada harta yang banyak tetapi kita terlupa kewajiban kita seperti nafkah untuk ibu bapa , sedekah kepada fakir miskin dan juga zakat kita. Betapa malangnya anak yang disebut sebagai dermawan tetapi ibunya mengenalinya sebagai tidak mengenang budi. Binasalah akibat orang mengenali mereka sebagai hartawan yang budiman sedangkan Allah mengira mereka al mutakasirin dan al bukhala' dan dari golongan ar riya'.

Jom Ramadhan dah dekat kita banyakkan sedekah dan ibadah mudahan ramadhan ini adalah penawar bagi kita.

Wednesday, June 27, 2012

contoh skrip MC majlis penyerahan dana.


Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.


1.         PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda.

Bismillahirrahmanirrahim marilah sama sama kita mulakan majlis ini dengan membaca ummul Furqan...

Untuk menambah seri dan barakah pada majlis petang ini dipersilakan Ustaz HajiDaniel Salehi Bin Abdul Hamid untuk memanjatkan doa kepada Allah.

2. Bacaan Doa
Terima kasih diucapkan kepada .Ustaz Haji Daniel Salehi Abdul Hamid.atas bacaan doa sebentar tadi.


3.         KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
- Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei
 selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda.
- Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Solehan Bin Haji Tahir,
Selaku Ketua kampung Jalan Kebun
Merangkap pengerusi JKKK Jalan Kebun
- Yang Berusaha Tn.Hj Samsudin bin Shaari,
Nazir Masjid an Naim, jalan kebun.
- Yang dihormati Tuan Hj, Nur Halim Bin Sirom
Wakil Majlis Perwakilan Penduduk.
- Yang dihormati Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar
Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.


- Pengetua-pengetua , para guru besar,
- Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  dan selamat sejahtera.

 Hadirin yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis  mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta hadirin semua ke majlis ini.

5.         UCAPAN ALU-ALUAN PLP SIK

Yang berhormat , Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis pada ptg ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang  Berusaha Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar
Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.

. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
6.   UCAPAN PERASMIAN OLEH Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan penyempurnaan Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei  selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda. menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis ini. Dipersilakan

Begitulah ucapan Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian  Yang Berhormat menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan majlis pada ptg ini.

7.         PENYAMPAIAN DaNA
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian Dana kepada wakil bagi setiap  sekolah yang terpilih.

Dengan segala hormatnya majlis menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan  mengiringi Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei menyampaikan dana  tersebut.

Dipersilakan


8.         PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan  untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei

9.         UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,
Maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda. Sekali lagi pihak  majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan . Shuhaimi Bin Shafiei  dan tetamu jemputan atas kesudian hadir  bersama kita pada ptg ini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Majlis mempersilakan Tn Mokhtar Bin Hamdan menjemput dan mengiringi Yang Berhormat serta tetamu jemputan ke bilik jamuan.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Thursday, June 14, 2012

Rohingya Muslim terpinggir ... kenapa tiada kempen pembelaan sehebat Palestin dan Syria?

Rohingya sebenarnya kelompok Muslim dari Bangladesh yang tidak diterima oleh negara Bangladesh lalu mereka melarikan diri ke Myanmar atau nama lamanya Burma. Apa yang berlaku kini?

Mereka ini telah lama menetap di Myanmar sehingga dianggap sebahagian dari Myanmar. Kemudian baru-baru ini mereka difitnah merogol seorang perempuan myanmar. Mereka ditangkap oleh orang kampung untuk dibunuh lalu polis sempat mengambil tindakan dan membawa mereka ke balai. Bagaimanapun orang kampung masih belum berpuas hati.

Jadi oleh kerana isu ini adalah isu perkauman dalam Myanmar jadi permasalahan ini belum jelas apakah disebabkan agama atau apa?

Bagaimanapun sebagai Muslim kita bersedih dan ingin melakukan sesuatu untuk memuliakan Muslim di serata dunia. Tetapi kita sangat berhati-hati dalam melancarkan kempen kerana kita perlu tahu siapa yang sedang kita musuhi dan kenapa.

Maka isu Rohingya masih dalam kajian beberapa NGO kemanusiaan. Kajian ini sepatutnya segera tetapi ia tergendala kerana NGO kita memang miskin dan juga kurang tenaga apa lagi kepakaran. Kita tidak memiliki dana tersimpan seperti NGO NGO Dunia. Bagaimanapun beberapa NGO sudah mula mengambil tindakan awal.

Saya rasa ia perlu difahami dan janganlah kita melatah menghamun mereka yang sedang fokus untuk beberapa negara yang sangat kritikal berlawanan dengan musuh yang berbentuk kerajaan.

Saturday, June 09, 2012

zakat mas dan perak

sesiapa yang membeli dan menyimpan emas dan perak jangan pula dilupa zakatnya... zakat emas mesti dibayar sekiranya sudah mencukupi setahun tempoh simpanan dengan kadar 85 gram ataupun 20 dinar emas. manakala zakat perak pula sekiranya mencukupi setahun dengan kadar atau berat 595 gram ataupun bersamaan 200 dirham. Kadarnya adalah 2.5% dari jumlah emas dan perak tersebut.

Walaupun berat emas itu lebih ringan tetapi nilainya lebih tinggi jadi ia lebih banyak boleh disimpan untuk dikenakan zakat ini mungkin kerana kenaikannya yang agak lambat. manakala perak walaupun kelihatan lebih berat tetapi nilainya lebih sedikit ini mungkin kerana nilainya yang sangat cepat melonjak..

selamat melabur dan menyimpan kalau nak lagi selamat pastikan berzakat... sekian rumusan dari fikah zakat Dr Qaradhawiy.

Tuesday, June 05, 2012

menjadi penceramah

Assalamualaikum... Mungkin ada di kalangan orang yang buka blog ini pernah menghadapi masalah dalam mempersiapkan diri untuk memberi ceramah, talk, ucapan, Khutbah dan sebagainya. Saya bukanlah pakar dalam tajuk yang ingin saya tulis ini bahkan saya juga sedang berusaha untuk memperbaiki teknik pengucapan saya.

Tetapi saya suka untuk berkongsi Tips untuk kalian manfaatkannya:

1- penyampai.

Sebelum pengucapan dibuat kita harus menjadi bakal penyampai yang menarik perhatian. Pakaian kita mesti menarik walaupun sederhana.

Gaya kena ada tak kisahlah gaya ranggi ka, stailo ka apa ka, yang penting bergaya.

Ready dengan penyampaian yang nak disampaikan.

2- Nada.

Bila bercakap jangan senada. walaupun kumpulan senada tu suara depa sedap tapi kalian bukan bernasyid.
Intonasi itulah visualisasi yang sangat subjektif.

jangan malu untuk menjerit, merintih dan mengejek. Inilah sound efek yang anda miliki.

3-cerita.

Selitkan sedikit cerita jangan sampai jadi pertandingan bercerita sudahlah.

Cerita ini diperlukan bila anda hilang mula tidak diendahkan oleh audience sebaiknya sebelum mereka meninggalkan anda dengan melukis atau bersembang.

4- cari sentuhan baru.

Majoriti apa yang kita nak cakap orang dah tahu. So kita bukan nak beritahu kita cuma nak ingatkan dan nak tambah kesan.

Melainkan kalau kita ceramah hasil kajian terbaru dalam bidang kita. Itupun mungkin banyak fakta yang kita nak kongsi orang dah tahu. Benda selalu dengar ni kena bina kelainan sikit. sedikit sahaja mencukupi.

5- Do'a

Ini adab dan keimanan kita pada ALlah ilmu itu dari Allah bukan dari kita.

ok dah itu ja selamat mencuba!

Saturday, May 12, 2012

Taubat, dah ke belum?


Sentiasalah Kembali kepada Allah.
Bila menyebut kata kembali kita selalu faham kita kini di kejauhan.  Jika diterjemahkan dalam kata Bahasa Melayu yang tidak kita gunakan merujuk kepada makna pergi kepada asal dari tempat yang lain. Pulang juga membawa makna yang sama tetapi mungkin bezanya jarak temapt lain itu. Jauh atau dekat, mungkin juga bezanya masa keberadaan kita di tempat lain itu sekejap atau lama.
Masalahnya bukan takrifan itu tetapi perlu juga disentuh untuk membuka fokus baru agar kita segar. Seperti kita menukar ulaman atau manisan pada makanan rutin kita. Kenyang yang dicari dari ruji itu juga tetapi tetap diubah penemannya.
Begitulah ilmu yang pentingnya amalannya kerana sekadar tahu ia membeku. Jika diamalkan barulah dihitung sebagai kebaikan. Kembali yang dirujukkan kepada Allah ini bukanlah kembali yang membawa jasad atau ruh atau minda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Kembali ini hanyalah berkitar dalam tiga perkara ; ilmu , hal ehwal dan perbuatan atau amalan.
Kerana itu kata sentiasa dikepilkan agar tidak difahami kembali kepada Allah itu mati atau bahasa yang dilembutkan oleh mereka yang sayangkan dunia dengan kata meninggal dunia. Kembali kepada Allah yang ingin dibincangkan di sini adalah kembali dalam keadaan hidup. Bahkan mungkin sebelum kembali mereka ini mati tetapi tatkala mereka telah kembali kepada Allah maka mereka barulah hidup. Paling kurang sebelum mereka kembali mereka sengsara bila sudah kembali mereka bahagia.
Jadi kembali kepada Allah ini selalu kita alih bahasakan ke dalam bahasa Arab dengan ungkapan Taubat. Bila disebut taubat fahamlah orang ramai apa yang diingini olehku dengan tajuk di atas. Mungkin ada yang bertanya untuk apa dihurai sehingga empat perenggan? Perlu untuk diketahui letak duduk taubat itu kerana kalaulah dijelaskan kembali pada Allah itu taubat sahaja maka tidak cerah taubat itu bagaimana dan apa.
Betapa cantik bahasa Arab itu taubat itu maknanya kembali rujuk pula pulang. Bila disebut rujuk maka kita faham akan masalah cerai atau talak. Disebabkan rujuk ini ada iddah maka difahamilah akan pulang atau rujuk itu masanya singkat. Jadi taubat ini lebih panjang. Mungkin juga lebih umum. Jika sudah bercerai di luar tempoh iddah sudah tidak boleh rujuk. Mungkin inilah perkiraannya.
Mari kita masuk ke dalam kota taubat ini. Maka jumpalah kita akan papan tandanya iaitu Allah. Papan tanda kota ini tertulis Allah ini bermakna kota taubat ini daerah Allah yang mana daerah Allah ada banyak dan yang masyhur Taubat, Tawakkal, Redha, Iman, Hubb, Taqwa dan Rajak. Banyak lagi yang lainnya tetapi inilah yang masyhur. Kenapa kita menceritakan perihal Taubat ini pada mulanya?
Inilah kisahnya. Pintu kota ini menyatakan taubat yang sebenar itu atau kembali yang hakiki itu mestilah beralamatkan Allah. Jika kita beralamatkan benda , keluarga atau rakan sebaya maka sesatlah kepulangan kita dan berakhirlah di neraka. Maka kita perlu pulang atau kembali dari selain Allah hanya kepada Allah. Jauh atau dekat kita tersasar mesti kembali berpatah balik samada di lampu Isyarat atau bulatan apatah lagi jika sudah terjumpa isyarat pusingan U. Maka pusingkan arah kita untuk kembali kepada Allah.
Kemana agaknya kita akan pergi selain kepada Allah bukankah Allah itu tidak mengambil atau diambil ruang? Kita perlu ulang ingat kita bukan memindahkan salah satu atau keseluruhan jasad kita. Tetapi kita mengubah dan pulangkan kepercayaan, kecintaan, ketaatan, kepatuhan, ketakutan dan juga pengharapan hanya kepada Allah. Bagaimana? Mestilah persoalan ini memerlukan jawapan yang tuntas. Boleh dikhabarkan berubahlah... atau segeralah bertaubat… tetapi ini bukan jawapan yang tuntas bahkan ia hanyalah jawapan yang pantas dan ringkas. Sebelum kita mahu kembali kita mestilah mendapat keinginan kembali. Bagaimana mungkin orang sedang makan sedangkan dia tidak inginkan makanan itu. Inilah yang berlaku di negara orang yang kaya raya. Mereka membuang makanan kerana mereka benar –benar yakin makanan itu aka nada gantinya. Manakala di negara orang papa kedana mereka akan makan sehinggalah tiada apa lagi yang boleh dimakan kerana mereka benar-benar yakin itulah makanan terakhir untuk mereka.
Masalahnya dunia hari ini ramai orang kaya di negara miskin. Kita sering berasa kaya amalan, kaya pahala dan kadangkala perasan kita menggunung sehingga kita percaya Allah sangat kasih pada kita, sampaikan ucapan istighfarpun kita lupa. Alpa kita seolah kita ini kaya dari Allah dan Allah pula yang mengemis simpati kita dalam merayu istighfar hambaNya. Inilah orang miskin yang perasan kaya. Jelas jawatannya hanyalah hamba. Biarlah hartanya dari Russia sampai Australia sekalipun dia hanyalah hamba yang miskin dalam daerah orang miskin.Maka bagaimana orang yang tidak tahu dia miskin sanggup mengemis?
Ada juga yang faham dan percaya dengan sepenuh hati dia adalah si miskin yang melarat tetapi dia tetap tidak mengemis. Ini bunyinya macam bagus, tetapi jika kita tahu kerajaan mahu memberi kepada siapa yang miskin harta yang banyak asalkan dia mengemis kemudian dia tidak mengemis juga maka apakah bagus atau budus namanya? Maka sudah kenal diri perlu pula kenal Ilahi. Allah maha pemberi, maha pemaaf, maha memberi Azab, maha gagah, maha penyayang dan maha pencinta. Minta sahaja dengan tulus dan mulus maka terkabullah.
Ilmu yang kita sebut di atas tadi itulah ilmu hakiki dalam mencari taubat yang tak henti-henti. Bila kita kenal keperluan kita pada taubat dan kemampuan serta kekuatan yang kita taubatkan diri dan jiwa padanya maka pastilah kita akan sentiasa bergantung dengan taubat bagai pengemis dengan telapak tangan mereka, atau bagai peniaga dengan barang jualan mereka, atau panglima dengan pedang mereka mungkin juga supir dengan stering mereka.
Bertaubat adalah hal perubahan keadaan diri dari satu jenis ke jenis yang lain. Dari jenis yang hina ke jenis yang kurang hina. Dari jenis yang maksiat ke ibadat, dari yang buta kepada yang celik mata dan dari yang pekak kepada yang peka. Mengubah hal ini panjang juga kisah ceritanya kerana hal lebih susah diubah dari benda. Walaupun kadangkala hal itu lebih kecil dari benda. Misalnya seorang perokok mungkin sudah mencuba berpuluh kali untuk berubah tabiat menghisap sekotak rokok sehari. Padahal kilang rokok telah mengubah berkapal rokok setiap hari.
Bagaimana mahu berubah hal ini? Ada tiga perkara sebelum ubah kesemuanya pertama bersendiri ketika ini kita kurung diri kita dari kehadiran selain kita. Agar terarah kita melihat hanya salah sendiri. Kedua diam dari sebarang kata atau bicara biar jangan ada alasan keluar dari lidah kita. Dan yang ketiga makan yang halal semata agar darah dan daging menjadi wangi untuk membawa udara ke otak merancang kehidupan yang paling akrab dengan Allah. bunyi seperti mudah kerana bunyi bukanlah beban ia hanya getaran. Yang susah itu amalan kerana anggota itu bukanlah daya tetapi beban yang akan digerakkan oleh iman.
Perbuatan inilah yang menjadi pokok persoalan. Ia akan membawa kepada hukum dan atur cara. Hukum bertaubat wajib dari dosa sunat dari alpa. Atur cara :sesal, tinggal, azam, pulangkan hak kepada pemiliknya dan berterusan dalam kebaikan. Mudahkan? Memanglah mudah Allah  bukan suruh hafal Allah suruh buat. Cuba buat sekali dulu! Gagal ? buatlah lagi! Gagal lagi? Buatlah lagi ! sampai bila? Sampai bila-bila! Berapa kali hadnya? Sampai nyawa di tenggorok atau matahari timbul sebelah barat mana dulu itulah had.
Ok, baca dan faham kemudian jom beramal.

Monday, May 07, 2012

Pesta Buku Malaysiawi.

Seperti biasa saya adalah orang yang sangat teruja untuk ke pesta buku. Setiap tahun saya ke pesta buku tahunan. sejak kecil lagi saya adalah pengunjung pesta buku. Sejak saya meminati hardi boys sehinggalah ke siri anak anak hadi, kemudian menggemari ramli awang mursyid, seterusnya berkenalan dengan faisal tehrani, hlovate, andrea hirata, HAMKA dan kini sudah menjadi pembaca bebas yang mengutip aksara dari seseiapa sahaja yang disukai atau dibenci.

Saya agak liberal dalam membaca saya sering dijeling kawan kawan yang menemani saya baik ketika di Malaysia atau di Sudan. Saya tidak menapis pembacaan saya. Kerana mungkin saya bukan pembaca yang taat. Saya sebenarnya pembaca yang lembab. Satu buku sekalipun novel tak dapat saya habiskan dalam 24 jam melainkan novel aininaufal dan kawan kawannya.

Ok baru ini saya pergi ke Pesta Buku yang baru selesai ahad lalu. Sangat aneh di Malaysia ini kerana bagi saya buku yang paling tiada harga itulah yang paling laku. Buku yang mahal pula yang terpaksa dilelong. Gempak Starz terpaksa memberi tiket giliran untuk menyusun para pembayar. Manakala pustaka syuhada terpaksa lelong buku buku penulis besar seperti said Hawwa dan abdullah azzam.

Manusia di Malaysia sangat baru dalam dunia pembacaan ini kerana ada ibu bapa yang bawa anak tapi tak tahu nak beli buku apa untuk mereka. Bagus mereka bawa anak tetapi membiarkan anak mereka membeli komik bukanlah perkara yang mithali.

Saya melihat banyak buku-buku yang dipamerkan tetapi harganya tidaklah sebagaimana yang diharapkan. Sangat jauh jika nak dibandingkan dengan pesta buku di tanah arab. Antara yang menyedihkan juga saya dapati lebih ramai manusia yang mengunjung untuk isi masa lapang dari yang benar benar mencari bahan bacaan yang berkualiti. Sebab itulah agaknya pengunjung lebih banyak dari buku.

Tetapi saya yakin kali ini lebih baik dari sebelum ini.

Tuesday, April 17, 2012

Soalankanlah!


kalau orang bertanya apa cita-citaku?
jawabku mudah ahli syurga.

kalau orang tanya apa hobiku ?
jawabku mudah dakwah.

kalau orang tanya apa kerjaku?
jawabku mudah tarbiyah.

kalau orang tanya siapa idolaku?
jawabku mudah Rasulullah dan orang soleh.

kalau orang bertanya apa bangsaku?
jawabku mudah Islam.

Kalau orang bertanya apa agamaku?
jawabku mudah La ilaha illa Allah.

Kalau orang bertanya apa tugasku?
jawabku mudah Ibadah.

Kalau orang bertanya siapa yang mengajarku?
jawabku mudah kehidupan.

kalau orang bertanya apa harapanku?
Jawabku mudah menjadi hamba yang ikhlas.

tetapi seandainya orang bertanya apakah yang telah aku lakukan?
aku terus gundah mencari-cari jawapan dalam parah.

Jom Puasa 19 April 2012


jom puasa sunat esok untuk menyatakan sokongan kita pada tawanan Palestin yang sedang melangsungkan mogok lapar mereka. Mari kita rasai penderitaan saudara kita dan doakan mereka semasa iftar kita.

Wednesday, March 21, 2012

Bila Allah bagi tugas Allah bagi kekuatan, Dont worry be lucky.

Allah TUHAN. Itu sudah mencukupi untuk kita menjadi orang yang bersemangat untuk melakukan kerja Islam.
Isu kemampuan tidak akan timbul kerana Allah yang menjadi pembantu kerja kita. Pembantu yang MAHA AGONG akan membantu kita. Apa lagi yang mustahil selepas itu?

Bila Allah beri kerja Allah juga beri kuasa. Kerja kita, kerisauan kita, tanggungjawab kita, usaha kita adalah dalam menjayakan saham akhirat kita. Yang lain lain Allah akan beri.

Jom bekerja Untuk ISlam!!!

Monday, March 05, 2012

Apa ada dengan Delima?


Delima atau namanya dalam al Quran disebut al Rumman merupakan nikmat yang Allah turunkan di muka bumi ini yang kaya dengan khasiat dan zat mineral untuk manusia.

Buah delima banyak di tanam di negara-negara kaukasus seperti iran, turkey, armenia, china Palestin dan tempat tempat kering di asia tenggara. Banyak negara lain yang boleh kita dapati buah delima yang cantik enak dan berkhasiat ini.

berikut adalah beberapa khasiat delima yang dapat saya sertakan.

Khasiat Delima:
  • Membekalkan antioksidant yang kuat untuk badan.

  • Kaya dengan vitamin c,a,e dan b

  • Meningkatkan kolestrol baik dan merendahkan kolestrol jahat.

  • Mengurangkan geseran dalam badan- baik untuk sendi.

  • Mengurangkan tekanan darah.

  • Menguatkan daya tahan badan.

  • Mencegah pembentukan plag dalam vessel darah- mencegah sakit jantung dan stroke.

  • Menambahkan kesuburan wanita- kaya dengan folic acid.
sekiranya di pasar-pasar malam kita boleh membelinya dengan harga yang berpatutan lingkungan 1-2 ringgit sebiji. Tetapi kini produk delima ini sudah bercambah antaranya sabun, cuka, pati, krim mandian, jus dan sebagainya.




anda juga boleh mendapatkan pati dilema dari saya dengan harga sebotol rm 17.

Tuesday, February 28, 2012

Lets knowing...!


Jerusalem Center for Media:-
The magnificent walls of Jerusalem’s Old City constitute a living example of Arab Islamic architecture. The walls surrounding the Old City were built by the Ottoman under the direct supervision of Sultan Suleiman Al-Qanouni in 1542.
Golden Gate
The walls stretch for 12 miles over an area with a diameter of 2.5 miles and rise to an average height of 40 feet, and a width of more than 7 feet. It contains 43 surveillance towers and 11 gates, seven of which are presently open.
Damascus Gate (Bab El-Amoud)
This is the largest, most elaborate and most heavily defended of the Old City’s seven open gates. It is also the only one to have been excavated.
Herods Gate (Bab Assahera)
A small gate at the North of the Old City leading to Muslim Quarter.
Jaffa Gate (Bab El-Khalil)
Jaffa Gate is the main western entrance to the Old City. Bab El-Khalil is very much a tourist gate. The shops around the gate are purely for tourists. On the right just inside the gate, is one of the city’s best known sites, The Citadel (Tower of David).

Zion Gate (Bab Ennabi Daoud)

Zion GateThis gate connects the Armenian Quarter with Mount Zion, which lies outside the walls and serves as a border between it and the Jewish Quarter.
Dung Gate (Bab El-Magharbeh)
It is the only city gate that leads to the Jewish Quarter as well as Al-Haram El-Sharif (Al-Aqsa Mosque). On the right just inside the gate, the Ophel Archaeological Gardens capture the whole of Jerusalem’s turbulent history in a confined area.
New Gate (Al-Bab El-Jadid)
Al-Bab El-Jadid lies at the northwest corner of the Old City. It was constructed to create access between the Christian Quarter within the city walls and the new Christian properties outside them.

Lions Gate (St. Stephen’s Gate)

This marks the beginning of the Via Dolorosa and is on the eastern side of the Old City.
Golden Gate (Bab Arrahmeh)
This gate has been sealed since the 1600′s and legend has it that the Messiah will pass through it.

Monday, February 27, 2012

Apa isu semasa kita yang sebenar?

Kini kita di ambang pilihan raya. Ramai orang yang membuka aib pemimpin parti lawan. Dari satu sudut bagus dari sudut yang lain ia membuang masa ummah. Sebenarnya urusan Ummah ini ialah perubahan yang baik dan pilihan raya salah satu jalannya ini saya persetujui. Tetapi untuk turut terjebak dalam kempen pilihanraya sehingga meninggalkan isu yang paling utama amatlah merugikan pada perhitungan saya.

Kita menyokong sepenuhnya usaha menukar kerajaan jahat kepada yang lebih baik dan soleh. Tetapi dalam masa yang sama kita mesti lebih menjuruskan usaha kita dalam mendidik masyarakat agar kembali kepada cara hidup Islam yang sempurna sebagaimana dilakukan di Kelantan dan Selangor. Kita sanggup berhabis dalam kempen mengambil alih kuasa. Apakah peruntukan yang kita danakan dalam melahirkan generasi al Quran?

Masalah utama umat ini adalah aqidah yang semakin merapuh. Kita perlu melahirkan generasi al Quran yang terlebih dahulu mendapat Iman sebelum Ayat-Ayat mulia itu. Para sahabat adalah aset yang paling berharga pada sebuah negara Islam yang pertama di muka bumi ini. Keimanan dan pengorbanan mereka yang menjadi asas kekuatan kerajaan Madinah. Bukan kebijakan politik semata, bukan kekuatan ekonomi sahaja bahkan stratergi dan pengalaman mentadbir ini hanyalah sekadar sokongan dan faktor yang keempat menurut al Banna sebagai empat faktor kemenangan Ummah. Yang pertama Iman yang menebal kepada Allah, Kesatuan yang teguh, Amal yang berterusan dan barulah penyusunan yang rapi.

Rugilah sekiranya kita menjuruskan segala usaha kita pada faktor yang keempat dan mengabaikan faktor yang lebih utama dan awal. Saya tidak menemplak mana-mana pihak cuma saya suka melihat sekiranya semua agen perubahan negara melihat kepada kejayaan Ikhwan di Mesir sebagai satu pengalaman ummah seluruhnya. Apa salahnya kita meniru yang baik dan berjaya. Bukankah ini juga sunnahnya kemenangan Islam sejak zaman -berzaman.

Ummah ini sangat perlukan Islam. Kita mesti menebarkan Islam kesegenap negara. Ruh dakwah dan keperibadian daie mesti dipupuk dalam setiap anggota yang serius mendambakan kebangkitan Islam di tanah air kita, perlu difahami tanah air kita bukan hanya sempadan yang diberi nama Malaysia tetapi ia adalah seluruh tanah yang disebut didalamnya kalimah syahadah.




Monday, February 13, 2012

Bila Melayu tidak kenal Islam.

Kepimpinan organisasi yang sangat mengagungkan bangsa melayu pada bicara mereka sepatutnya orang yang sangat mencintai agama. Kerana melayu sudah begitu sinonim dengan Islam, China sinonim dengan budha dan India sinonim dengan Hindu. Walaupun ketiga-tiga bangsa bebas beragama di Malaysia ini.

Tetapi kejahilan PM menjadikan satu kelemahan luar biasa bagi seorang anggota mesyuarat negara2 Islam (OIC) jelas sekali negara ini dipimpin oleh orang yang tidak prihatin atau sensitif pada apa jua aspek. Ini kerana apabila orang sudah tidak sensitif terhadap akidah dan masa depan akhiratnya apa lagi yang boleh diharapkan darinya.

Lihatlah imej-imej ini? layakkah seorang pemimpin negara Islam begini?
http://www.malaysiakini.com/news/189049

Friday, February 10, 2012

Berdakwah itu lebih penting dari makan dan tidur.

Seluruh umat ini memandang tinggi kerja dakwah. Seluruh umat ini juga mengagumi mereka yang terlibat dalam usaha ini. Tetapi persoalannya apakah itu mencukupi?

Semestinya tidak. Kerana seluruh umat mesti merasakan keperluan dia bergabung dengan kerja dakwah. Kenapa? kerana hanya dakwah yang akan memastikan akidah umat ini akan terus lurus dan kukuh. Tanpa dakwah iman akan malam , rapuh dan runtuh. Betulkah begitu , bagaimana ia berlaku?

Apabila kita hanya melaksanakan islam tanpa menyebarkannya maka penghayatan kita terhadap Islam adalah sekadar sahaja. Perkara ini akan mereput dari satu generasi ke generasi berikutnya. Kalau hari ini mereka memahami Islam dengan kefahaman  yang jitu mungkin 10 tahun lagi separuh dari mereka akan memiliki generasi pelapis yang tidak lagi memahami Islam dengan kefahaman mereka sekiranya dakwah dari kalangan ayah-ayah mereka. Inilah yang kita lihat lahirnya "mat rempit" dari rumah "kaki masjid".

Sekiranya kita mengatakan Iman itu lebih penting dari makanan untuk kehidupan yang sejati. (kehidupan untuk akhirat). Maka pastilah dakwah itu lebih wajib dan utama dari makan. Seandainya rehat itu lebih remeh dari taqwa maka semestinya dakwah itu lebih utama dari tidur.

Ini kerana kalau kita tidak makan dan tidak tidur kita hanya sakit di dunia ini yang paling lama pun ia akan berlangsung mengikut jangka hayat kita. Tetapi seandainya tiada dakwah penyakit dalaman ini akan menular ke seluruh keturunan kita dan penyakitnya akan dideritai di akhirat yang tiada tempoh atau tarikh tamat.

Anda mahu atau tidak ia adalah kewajipan anda. sebagaimana anda tidak mahu menjadi tua dan anda pasti akan tua. Maka begitu jugalah sekalipun anda tidak mahu berdakwah anda tetap akan dipersoalkan tentangnya. Anda rela atau terpaksa ia adalah perlu anda pikul sebagaimana bencinya anda pada berat badan anda tetap anda perlu galasnya.

Tetapi sekiranya anda menerimanya dengan sepenuh hati Allah menjanjikan kebahagiaan yang luar biasa. Rasulullah berkata maksudnya "Sesiapa yang menunjuki suatu jalan kebaikan maka baginya pahala mereka yang melaluinya tanpa berkurang sedikitpun." bukankah ini MLM yang menawarkan keuntungan yang luar biasa?

Allah bertanya di dalam al Quran untuk menampilkan kelebihan dakwah "Siapakah yang lebih baik kata-katanya dari mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan berkata sesungguhnya kami orang-orang yang berserah diri(muslimin)".

Sudah jangan fikir lagi. Ini tawaran dari maha kaya! Jom mulakan gerak kerja dakwah kita.

Sunday, January 15, 2012

Asal usul nama Palestin.

Nama Palestin ini dikatakan dalam buku-buku sejarah berasal dari nama tempat Balest yang merupakan utara Mesir dan Selatan Palestin hari ini. Di kisahkan ada sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Kreit mengalami kebuluran atau musibah yang dahsyat. Ini menyebabkan mereka mula menyerang persisiran pantai Mesir dan Syam. Ramsis 3 mempertahankan bumi Syam dan Mesir ini dari serangan mereka dan Ramsis enggan membenarkan mereka tinggal di tanah jajahannya. Akhirnya dia menyepakati sebuah perjanjian dengan mereka untuk meletakkan mereka di Ghaza sekarang. Tempat ini dinamakan Balest dan mereka yang menetap di sana digelar Balestiniyyin.

Dalam pada itu mereka juga berjiran dengan dua bangsa lain iaitu Kan'an dan juga Yabus dan mereka ini adalah penduduk asal bumi Palestin. Selepas masa berlalu Balestiniyyin ini menyerap masuk ke dalam Bangsa Kan'an dan sudah tidak meninggalkan apa-apa kesan sejarah di bumi Palestin melainkan di sebut dalam kitab kitab kuno berkenaan peperangan kuno yang masyhur iaitu peperangan Louzin yang berlaku antara mereka dengan kerajaan Mesir Ramsis.

Setelah zaman beredar namanya kini dikenali sebagai Palestin.

Tuesday, January 03, 2012

Top 5 artikel di BACALAH.

Pertama : Buah Hawa @ Buah Zuriat 6630 views dengan 15 komentar.
kedua : Puisi Ilmu 3045 views 1 komentar
ketiga : Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah 1583views
keempat : Mukjizat al Quran 1550 views
kelima : Penentangan terhadap penjajahan british 1917-1920 1105 views.

Perkiraan ini diambil berdasarkan berapa kali paparan di blog ini di baca sejak 2007 sehingga 3 januari 2012.