Sunday, August 29, 2010
Saturday, August 21, 2010
Iran meneruskan usaha membangunkan tenaga Nuklear.
Hari ini Iran memulakan persepakatan Nuklear dengan Russia walaupun dunia termasuk Malaysia menganggap ia sebagai ancaman kepada keamanan dunia.
Bagaimanapun Iran menganggap ini adalah hak negaranya untuk meneruskan usaha membangunkan negara dan bebas dari kebergantungan dengan kuasa luar. Loji Busyar kini akan beroperasi untuk menghasilkan tenaga dari bahan Uranium.
Russia menyatakan mereka akan bekerjasama dengan Iran dan sebarang pihak lain untuk menjayakan program nuklear.

Friday, August 20, 2010
Saudara Kita di Pakistan memerlukan.
Baru ini PAkistan dilanda bencana alam. Mereka mengalami kemusnahan teruk. Negara mereka memerlukan bantuan dari dunia Islam.
Setakat ini bank besar dunia sudah melihat ini sebagai peluang bagi mereka. ADB menawarkan 6.4 bilion ringgit hampir 5 bilion lebih dari anggaran kerosakan oleh PBB.
ADB atau Bank Pembangunan Asia telah mengirim seratus stuff mereka ke sana dengan tawaran hutang sebanyak 2 bilion USD. ADB menjangka akan membantu PAkistan membaiki kemudahannya di 8 zon utama dengan anggaran masa selama 2 tahun. ADB yang berpusat di Manila telah mengutuskan Juan Mirandabagi membincangkan persyaratan bantuan ini dengan presiden Pakistan segera. Selain penjanaan modal dari sumbangan mereka juga meluluskan 3juta USD dari Tabung Bantuan Bencana.
Persoalan saya mana sistem ekonomi Islam? Mana negara Islam? Mana umat yang sangat prihatin dengan saudara mereka? Kenapa ADB? Kenapa pula Juan Miranda?

Saturday, August 14, 2010
Antologi Puisi GKLN baru.
Wednesday, August 11, 2010
Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.
Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.
Oleh: Muhammad Abduh
Terjemahan : Aiman Osman.
Aku memuji dan mensyukuri Allah yang mendekatkan kepada kita pintupintu kebaikan , yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNYa. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.
Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah
Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
hapuskan salahku dengan kemaafan , kemesraan dan kasih-sayang
Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .
Sekiranya tidak diampunkan bagimu, dan tidak bergenang matamu, tidak luluh hatimu di hadapan Tuhanmu pada bulan ini … maka bilakah ia mungkin berlaku?
Pernahkah matamu basah kerana takutkan Tuhanmu walau sekali? Tidakkah kamu merasai Tuhanmu dekat di hatimu pada bulan ini? Tidakkah kamu yakin di sana ada peluang bagimu untuk bertambah dekat dan khusyu’, dan bertaubat dengan tunduk serta menjadi permulaan yang benar dalam kepulangan kepada Allah dengan pertambahan keakraban dengan Allah.
“Dan orang-orang yang meminta diberi petunjuk akan ditambah padanya hidayah dan diberikan kepada mereka taqwa mereka.”
Wahai Insan!
Ingatlah Allah menegur kita dalam firmanNya:
“Wahai manusia apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu yang Maha Pemurah?”
Ya, wahai insan apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu sehingga kamu terjerumus dalam maksiat kepadanya dan melampaui batas-batasNya? Adakah ikamu mengabaikan nikmat-nikmatNya? Ataupun lupa kepada pengawasanNya dan keagunganNya?! Jangan dilihat pada kecilnya dosa… tetapi lihatlah keagungan siapa yang telah kau derhaka… Janganlah menjadikan Allah remeh bagimu.
Untukmu Khabar Gembira!
Di sini aku bentangkan bagi kalian berita gembira dari Tuhan Kalian Yang Maha Tinggi dan RasulNya sallahu alaihi wa sallam. Allah berfirman:
“Katakanlah: wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan dosa), janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
FirmanNya lagi:
“Dan orang-orang yang tidak menyeru bersama Allah tuhan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran dan tidak berzina barangsiapa yang melakukannya maka mereka telah berdosa. Digandakan baginya seksa itu pada Hari Kiamat dan kekal dalam seksaan itu serta terhina. Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amal soleh, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sungguhlah beruntung mereka dan sangat besar kurnia bagi mereka, Allah menukarkan kebejatan mereka sebagai kebajikan… Allah Maha Besar! Tidaklah akan berlengah-lengah dalam tawaran ini melainkan mereka yang bodoh dan tidak mahukan kemuliaan.
Jika kamu mahukan kelebihan ini bertaubatlah!
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai Anak Adam sesungguhnya jika kalian berdoa kepadaKu dan berharap dariKu Aku telah ampukan bagimu apa yang kamu lakukan(dari dosa) tidaklah aku peduli. Wahai Anak Adam, jika dosamu mencecah langit kemudian kamu memohon ampun dariKu nescaya Aku ampunkan bagiMu dan Aku tidak kisah.”
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai hamba-hambaKU, sesungguhnya Kamu melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang dan Aku mengampunkan semua dosa maka pohonlah keampunan dariKu nescaya Aku ampunkan bagimu.”
Sabda Rasul:
“sesungguhnya Allah membentangkan tangaNya pada waktu malam untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu siang, dan membentangkan tangaNya pada waktu siang untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu malam sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat.”
Ketika Rasul melihat seorang ibu mencari anak kecilnya dan ketika dia menjumpai anaknya lalu dipeluknya anak itu ke dadanya. Maka Baginda bertanya: Apakah ibu ini mendapati anakNya dalam api? Sahabat-sahabat menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Allah lebih menyayangi hamba-hambaNya daripada wanita ini menyayangi anaknya.”
Allah Maha Besar… Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita acuh tidak acuh dalam taubat?!! Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita berlengah dalam taubat?!! Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Mengasihi , Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pengampun, Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pemurah.
Terus Terang Pada Dirimu.
Apakah yang menghalangmu dari taubat dan melalui jalan kebaikan?Seolah aku mendengar kau berkata: Keluarga, masyarakat dan kawan kawan! Aku takut aku bertaubat kemudian aku akan kembali lagi melakukan maksiat! Dosaku banyak maka bagaimana akan diampunkan bagiku! Aku gusar akan harta dan keluargaku! Maka aku menjawab: Apakah kalian merasakan itu jawapan kalian di hadapan Allah ketika hari Pertemuan denganNya? Demi Allah tidak… bahkan itulah halangan dan kegusaran yang takkan dimusnahkan melainkan oleh sesiapa yang takut pada Tuhannya.
Maka berbanggalah dengan agamamu dan berazamlah dengan tulus kepada kebaikan dan berterusan di atasnya. Berserahlah diri kepada Allah, kemudian ingatlah rahmat Allah dan keluasan pengampunannya.
Jika dia mendatangimu … pada saat ini… Malaikat Maut apakah kamu redha menjumpai Tuhan kamu dalam keadaan kamu ini?
Maaflah… Janganlah kalian lari dari diri kalian dan muhasabahlah ia. Jika kalian tidak bermuhasabah sekarang esok di dalam kubur kalian akan menyesal. Masa itu menyesal sudah tiada guna.
Kelahiran Baru.
Ketahuilah sesungguhnya taubat bukanlah hanya dalam Ramadhan. Bahkan dalam Ramadhan dan semua bulan. Tetapi alangkah baiknya kalian dilahirkan semula dalam bulan berkat dan penuh kebaikan, Manusia boleh dilahirkan dua kali ; hari dikeluarkan dari kegelapan rahim ibunya kepada dunia yang terang, dan hari yang dikeluarkan dari kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan. Maka jadikanlah itu dirimu.
Aku berpesan kepadamu… Berdampinglah dengan orang orang yang baik yang memberi manfaat kepadamu sehingga selepas kamu mati… dengan izin Allah… dengan doa-doa mereka untukmu… berdampinglah dengan mereka pada pemergian mereka dan kepulangan mereka. Bersabarlah bersama mereka sehingga kamu dipanggil Allah maka ketika itu akan dikatakan kepadamu dan mereka. :
“sejahtera ke atas kalian dengan apa yang kalian sabarkan maka alangkah nikmatnya Negeri Akhir itu.” Ar Ra’d :24
Sebelum Pintu Tertutup.
Sekarang dan jangan berlengah… Jalan yang kamu sedang lalui di atasnya menjadi laluan bagimu di dunia dan akhirat. Alangkah bahagianya dan alangkah gembiranya, sedang bergembira hati itu dengannya dan berbahagia ketika kembali kepada Tuhannya dalam keadaan yang bertaubat dan menyertai perahu orang-orang soleh… demi Allah kebahagiaan ini takkan dirasai melainkan oleh mereka yang telah melaluinya.
Andai kalian sudah berazam ingin bertaubat dan berubah… dan kembali kepada Allah serta tunduk… maka ketahuilah bagi taubat ini sayarat-syarat yang mesti dipenuhi:
- Menyesal apa yang telah berlalu.
- Menanggalkan segala dosa.
- Berazam tidak kembali mengulanginya, sekiranya kalian kembali maka ulangilah. Taubat kepada Allah… tetapi keazaman ini mestilah tulus.
- Sebelum nyawa sampai ke kerongkong dan sebelum matahari terbit dari barat.
Saturday, August 07, 2010
Kashmir dibantai lagi.
Sepertimana kita pernah dengar, (jika pernah) bahawa kawasan majoriti Islam Kashmir dijajah oleh India dan menjadi kawasan rebutan antara India dan Pakistan. Kini menjadi mangsa kerajaan Hindu India sejak Jun tahun ini sahaja seramai 50 orang penduduk Kashmir dibunuh oleh anggota keselamatan india. Minggu lepas sahaja seramai 31 orang dibunuh ketika polis India berusaha meleraikan tunjuk perasaan dengan menembak secara rawak ke arah penunjuk perasaan secara aman.
Di mana kerajaan Islam? di mana pembela muslim? dalam akhbar juga tiada cerita apa lagi dalam parlimen dunia Islam.
Sumber: Independent news.

Friday, August 06, 2010
Buatmu Imam Muda.
Kini namamu hebah di muka media.
Dipuji dan disanjung.
Gembira tersimpan dalam wajah kelatmu.
Mungkin kerna itulah kamu.
Asyraf kaulah adik, kaulah imam.
Bukan masyhur daku dambakan,
sekadar berkongsi pesan budiman.
Jangan darat dilupakan, amanah mesti
dipundak perlaksanaan.
Sungguh kau pedoman beliawan,
buat kawan jua lawan.
Tika dunia gilakan hiburan,
kau hafalkan al Quran.
Tika remaja meleser di jalanan,
kau khadam rumah Tuhan.
Asyraf yang kukenal bukan satu.
Tetapi kau dipilih kerna ilmu.
Ilmu yang ditambat dalam amal,
takkan malap walau terkenal.
Jadilah kau Imam cekal,
solat dan sabar buat bekal.
Taqwa dan Iman di dada kekal.
Selamat berkhidmat,
doaku kau beroleh rahmat.
Kaulah pewaris mukjizat,
pedoman ke jalan selamat.
Siddiq Osman.
07-08-2010
Wednesday, August 04, 2010
Ramadhan datang lagi ya ayah?
Ayah! sekarang bulan apa?
Bulan Syaaban nak , kenapa?
Bulan Syaaban sebelum Ramadhan kan?
Ya Syaaban sebelum Ramadhan, Kenapa ni, muram ja?
Dah tak boleh makan la nanti?
Eh, kenapa pula tak boleh makan? tak makan macam mana kita nak hidup?
Habis kawan kawan cakap nanti bulan Ramadhan kena puasa bila puasa tak boleh makan?
Oh, tidaklah 24 jam kena puasa, cuma masa siang sahaja itupun dari subuh sampai maghrib sahaja. Lepas tu kita boleh ja nak makan macam biasa.
Ooo, tapi nanti lapar laa masa siang.
Lapar itu sekejap sahaja, Tapi nanti keseronokkannya selamanya.
Amin, tahu mesti dapat masuk syurga.
Bukan itu saja, dalam ramadhan ni banyak ganjaran yang Allah offer dekat kita.
Macam offer kat super market tu ka?
Lagi hebat lagi. Allah offer keampunan yang banyak sangat, Allah Offer syurga dan yang paling bermakna Allah offer satu hadiah misteri yang tak ada lagi orang tahu apa dia hadiah itu.
Ayah tahu tak?
Ayah tak tahu semua pun tak tahu Allah ja yang tahu.
Ada tak lagi keistimewaan Ramadhan?
Ada, banyak sangat istimewa Ramadhan ni. Syaitan yang suka dengki dengan kita tu pun Allah kurung dalam neraka, Pintu neraka semua di tutup, pintu syurga dibuka, setiap malam malaikat memenuhi langit dunia setiap hari malaikat malaikat ini akan meminta ampun untuk kita sampailah kita berbuka. Banyak lagi kelebihan Ramadhan yang lain yang ayah tak tahu pun ada banyak lagi.
Banyaknya....
Hah, habistu kenapa muka masam lagi ni?
Kenapa Ramadhan sebulan ja? kenapa tak setahun terus?
Hahahaha, kalau semua Ramadhan tak speciallah Ramadhan kita.

Sunday, August 01, 2010
Bila seorang yang awam merasakan dia orang yang mutakhassih.
Hari ini seharian aku berseminar di Pusat Islam bersama ulama-ulama ulum quran seperti Tan Sri hassan Az Zahari, Prof. Dr Said Agil, Syeikh alaatofay, Syeikh Asy Syanqiti, Syeikh Sayid Ali Abdul Majid, Syeikh alauddin al Qaisy dan Syeikh Samih Ahmad Khalid Utahimaniah.
Sebelum kita berbincang lebih lanjut saya merasa hari ini apa yang disebut al Haqir dan perkataan hina sebenar dalam diri. Hari ini kekerdilan itu dapat saya fahami dan rasai dengan benar dan jelas. Hari ini saya mengaku dengan penuh sedar dalam hati dan faham bahawa Ilmu Allah itu maha luas dan saya ini sangat-sangat jahil. Ya Allah ajarkan aku ilmuMu yang luas itu. Ajarkan aku suatu ilmu agar dijadikan ilmu bermanfaat yang bakal kubekalkan ke alam kubur.
Sungguh Syeikh seperti Tan Sri Hassan Az Zahari telah berkhidmat kepada Ummah ini. Beliau masih kukuh mengajar dan menyimbah ilmu tajwidnya yang dalam dan tinggi ke seluruh dunia saban tahun. Sungguh saya kagumi orang tua itu. Masih kemas sebutannya bahkan lebih jelas dari sebahagian remaja yang was was menuturkan ayat ayat Allah. Sungguh menyebabkan aku malu dan tersipu dalam hati. Ya Allah telah banyak ku zalimi diri ini ampunkanlah dosaku.
Syeikh Sayid Ali Abdul Majid begitu hebat bicaranya iqtibas bersusun kemas dalam ucap kata. Sungguh mengkagumkan bagai al Quran sentiasa terbentang dalam mindanya sehingga kalam sepontannya menampakkan keindahan nuzum arabiyah yang segar dan mewah. Ya Allah sungguh kalamku sebelum ini kosong dan aku menyangkanya dakwah kepadaMu lancarkan lidahku fasihkan hatiku.
Syeikh alauddin al Qaisy Syeikhul Qurra' fil Iraq. Sungguh mendalam kefahamannya dengan maqamat tilawah dan sungguh merdu qiraah mufassirahnya. Barulah aku faham bagaimana orang beriman itu bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah Iman mereka. Sahlah kemerduan al Quran dalam nuzumNya memukau keasyikan dan menggamit palingan hati.
Kini aku rasakan bagai sebelum ini aku belum benar-benar pandai membaca al Quran. Ilmu Quran ku masih belum sampai tahap sederhana. Aduh masih jauh kejahilanku untuk menjadi daie kepada Allah bagi ummah ini.Ya Allah ajarilah aku dari sisiMu ilmu yang menyelamatkan aku dari nerakaMu.
Malam ini aku hanyalah orang yang awam dalam keadaan aku tahu aku ini jahil. Sebelum ini aku merasakan gelaran ustaz dan juga belajar di Sudan serta membaca buku-buku arab sudah menambah nilai dari seorang awam kepada seorang yang lebih hampir kepada Allah dalam keilmuan. Sah. Aku masih jauh dari martabat yang sedang aku perasan-perasan seorang diri. Belumpun ada ilmu yang yakin dalam dada ini.

Saturday, July 31, 2010
Finalis Imam Muda dan Juara Imam Muda Acap...
Pertama sekali tahniah kepada Astro kerana berjaya menghidupkan pengaruh yang baik dalam rancangan yang dipaparkan di skrin mereka. WAlaupun ia berlaku dalam sistem rojak, saya kira Imam Muda merupakan rancangan yang mesti terus dipromosikan.
Gelaran Imam Muda musim ini dimenangi oleh Asyraf. Ustaz Asyraf mungkin, atau kini Imam Asyraf. Satu kemenangan yang mengharumkan namanya, nama ibubapa, nama guru-guru, nama kampung, nama universiti, nama sekolah dan nama-nama mereka yang dekat dengannya. Macam-macam komentar boleh diberi pada kelayakan, kemenangan pemarkahan dan segala yang berkaitan. Tetapi apa yang pasti kini beliau telah membuka ruang untuk dirinya menyebarkan ilmu dan dakwah dengan begitu luas.
Persoalannya, istiqamah itu akan bersamanya atau tidak? kita yang tumpang berbangga tadi perlu tumpang memikul amanah ini. AManah dakwah ini sangat besar dan berat tetapi inilah yang akan memuliakan dia dan kita semua di sisi Allah.
Semoga kepetahan beliau dalam mengutarakan tazkirah dapat dimanfaatkan dalam masyarakat yang semakin haus dan lemas dengan gejala syakhsiah dan peribadi. Semoga Allah membantu Imam-imam Muda kita semuanya. Kesemua finalis dan juga yang tidak dipilih untuk tampil lebih jauh juga memikul beban ini. Semoga Allah memberkati kemenangan Asyraf dan akan terus memenangkan beliau.

Sunday, July 25, 2010
Syeikh Raed Sholah dipenjara hari ini.
Petang tadi 25/7/2010 Syeikh Raed telah mengadakan sidang akhbar sebelum memulakan hukuman penjara 5 bulan bagi kesalahan meludah polis Yahudi pada tahun 2007 yang lalu.
Antara yang menarik semasa sessi media tadi beliau turut ditemani ibunya. Syeikh Raed merupakan pemimpin gerakan Islam 48. Iaitu gerakan tunggal yang bertapak dalam zon hijau iaitu di Tel Aviv. Antara sepanduk yang menarik perhatian tadi tertulis"Setiap kami ialah Raed Sholah."

Saturday, July 24, 2010
Jom Membaca

Salam semalam masa sembang-sembang dengan kawan-kawan kami ada petik statistik terkini mengenai muslim hari ini dengan buku. Sangat menyedihkan kerana didapati orang Islam seolah-olah tidak membaca.
Sedangkan kita tahu bahawa Orang Islamlah yang menjadi pelopor banyak lapangan ilmu. Tetapi kesedaran ini seperti tidak mampu menanggalkan rasa malas membaca di kalangan masyarakat muslim hari ini. Kalau kita lihat dalam statistik yang ada mungkin kita hanya membaca dua buku setahun. Ini sudah dikira sekali dengan komik dan novel novel cinta. Sekarang ini kita dapati majoriti remaja meminati novel sebagai bacaan sehingga industri penerbitan berebut-rebut menerbitkan novel dan meletakkan novel sebagai sasaran pemasaran. Bersyukurlah ada ramai novelis sekarang berminat menulis mengenai Islam. Ramai juga yang menulis berkenaan sejarah .
Namun ini semua bukanlah sesuatu yang layak dibanggakan sebaliknya sesuatu yang mesti dirisaukan dan digusarkan terutama pada khalayak guru dan pendidik. Kelak kita akan meninggalkan anak-anak kita dalam dunia tanpa didampingi oleh rakan terbaik manusia iaitu buku. Islam sangat menekankan budaya ilmu dalam kehidupan pengikutnya namun masalah berlaku apabila Islam hanya diamalkan dalam bab-bab ibadah khusus sahaja.
Sebenarnya hobi membaca ini adalah budaya ulama dan orang-orang Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam menjalani kehidupan seharian kita sepatutnya menghiaskan nilai-nilai keperibadian muslim dalam hidup kita. Sepatutnya orang Islam adalah mereka yang paling tamak kepada Ilmu sebagaimana generasi awal Islam dahulu. Kita lihat Imam asy Syafie begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan begitu bersungguh-sungguh juga menanamkan semangat yang sama kepada generasi selepasnya.Nabi juga selalu berpesan antaranya:
"Kebijaksanaan itu barang yang hilang dari orang mukmin, di mana jua dia menjumpainya maka mesti dia miliki kembali."
Kita juga ada al Quran yang antara ayat awalnya bermaksud:

"Bacalah, dan Tuhanmu Maha Mulia. Dia yang telah mengajar dengan pena."

Kenapa seolah-olah ayat ini tiada dalam al Quran? Seolah - olah ayat ini hanya dibaca oleh orang yang beragama lain? sehingga orang Islam lebih sibuk dengan facebook, twitter dan seumpamanya lebih dari buku bahkan lebih dari al Quran sendiri. Kita lebih sibuk dalam dunia permainan video, hiburan televisyen dan juga musik lebih dari tenggelam dalam dunia ilmu dan juga buku.
Tidak seorangpun menyangkal alangkah berfaedahnya aktiviti membaca tetapi tindakan kita mempamerkan yang sebaliknya. Kita hanya menjadi pembaca apabila akan ada peperiksaan. Jika pelajar ketika ujian dan peperiksaan jika pekerja ketika ingin mendapat kenaikan pangkat sekiranya orang awam ketika ingin ujian memandu misalnya barulah mencari buku.

Budaya yang ada kini harus dibimbangi. Orang Islam lebih kurang membaca berbanding orang agama lain. Ini merupakan penanda aras kepada kedudukan orang Islam dalam dunia ini. Kita ketinggalan kerana sikap kita. Bagaimana kita nak memimpin dunia sekiranya kita adalah orang orang yang tiada pengetahuan? Kita juga diajar bahawa orang yang tidak berilmu merupakan orang yang tidak layak memimpin. Jadi bagaimana kita mahu memimpin dunia?
Benar kita akan memimpin dunia dengan al Quran dan Sunnah. Adakah semua yang ada dalam al Quran itu kita faham dan telah baca dengan penuh penghayatan? berapa kitab hadith yang telah kita Khatam dari ratusan ribu hadith yang ada? Banyak betul khazanah yang telah kita abaikan. Bagaimana kita berani mendabik dada mengatakan kitalah yang paling layak memimpin dunia ini sedangkan kita tidak berani merubah cara hidup kita dari manusia biasa kepada manusia berilmu dan berinovasi.
Sebelum memimpin dunia kita harus menguasai arus dan membentuk arus yang kemudian menjadi perubah keadaan sekeliling. Bagaimana kita sedang berasa selesa sedang hari ini kita adalah penurut arus. Dari makanan sampailah kepada sistem pemerintahan kita menuruti arus mereka, arus bangsa lain arus agama lain. Kita tidak lagi menerima panduan Islam sebagai keputusan hidup. Kita hanya berani menerima Islam sekiranya ia selari dengan dunia hari ini. Kita tidak lagi menjadi kayu ukur baik dan buruk dalam era modern ini. Kita terpaksa menilai semula agama kita dengan penilaian orang lain.
Persoalannya kini bagaimana kita ingin mengubah dunia? mengubah fenomena hari ini? mengubah statistik kita dalam dunia? Jawapannya mudah. Jawapan ini pernah dijawab oleh syed Qutb dalam menghuraikan bagaimana mahu menegakkan Islam di muka bumi ini. Jawapannya mudah tapi mahu merealisasikannya itulah yang perlu difikirkan.
Jawapannya adalah dengan kita merubah diri kita sendiri ke arah itu. Nescaya akan berubahlah persekitaran kita dan ia akan semakin meluas dan meluas. Mula sekarang ubah sekarang nescaya esok pasti lebih cerah. Sudah! Jom buku!

Wednesday, July 21, 2010
Demam Suatu Nikmat
Selalunya manusia mengatakan penyakit itu suatu niqmat atau bala yang dimestikan. Ramai yang gelisah bila ditimpa penyakit. Ramai yang ingin bersegera sembuh walaupun kadang-kadang 4 tahun sekali mereka sakit.
Saya sendiri merasa rimas bila ditimpa penyakit terutama selsema, kita jadi sukar ingin berada dalam majlis dengan kahak dan bunyi-bunyi yang dirasakan akan mengganggu keselesaan majlis. Tetapi bila membaca sirah Imam Ali yang merindui demam dan sakit menyebabkan tersentuh hati ini dengan perbezaan yang wujud antara kami.
Sakit seharusnya disyukuri dan diiringi dengan istighfar dan juga tasbih. Kerana sekiranya itu caranya kita melayani penyakit yang bertandang maka besar kemungkinan Allah mengampuni dosa dosa kita. Kitalah yang sebenarnya mencari kebahagiaan dalam segala kenikmatan yang Allah beri dan setiap penyusunan Allah itu adalah nikmat bagi kita.
Sebenarnya demam itu perlu disyukuri dan dihayati.

Friday, July 09, 2010
Pak Haji Malik A K A Pak Tih Malik.
Assalamualaikum semua MATRIans. Maaf pada pembaca lain kali ini saya nak cerita mengenai seorang legenda pejabat MATRI yang masih hidup. Haji Malik bekas raja tanah di Perlis suatu masa dahulu. Seorang yang dididik oleh Murabbi kami.
Banyak kisah kisah legenda yang menjadi kebanggaan kami melibatkan Haji Malik. Kisah yang menjadi petikan-petikan kehidupan tarbiyah di MATRI. Haji Malik merupakan seorang tua yang berumur lingkungan 69-70 Tahun. Mahir berbahasa Inggeris dan suka berjenaka. Namun agak tegas dan garang dalam masalah disiplin.
Perutnya boroi giginya tinggal 3 batang dan panjang-panjang. Ceria sentiasa. Tempatnya di pejabat MATRi. Ayat saya petang tadi selepas Pak Haji kirim salam pada Isteri saya dia kata "kirim salam kat zaujah anta dia kenai kot ana". Saya kata "Pelajar MaTRI kalau tak kenai Pak Haji, nak kena sembelih la tu."
Pak Haji Malik kini mengidap penyakit darah. Kini sel darah merah Pak Haji mudah mati. Selalunya hayat sel itu 30 hari. Sel darah mati tidak memberi masalah pada Pak Haji pada asasnya tetapi apabila sel darah cepat mati maknanya jumlah darah akan berkurangan dan ini membuatkan hemoglobin yang terkandung dalam darah juga berkurang dari badan. Jadi dia akan menjadi lemah dan juga tidak boleh kawal suhu badan.
Kini Pak Haji akan berulang sebulan sekali untuk berjumpa doktor pakar di Klang dan juga Ampang. Tadi saya berjumpa dengannya temankan dia pergi beli buah di pasar malam sri muda. Alhamdulillah terubat juga rindu pada Matri walau berjumpa seorang sahaja warga MATRI.
Pak Haji bercerita tentang pertemuan dia dengan doktor INDIA.
"Pak Cik hayat Pak cik tinggal 5 tahun saja lagi"
"Nabi saya mati umurnya 63 tahun la ni saya umur 66 tahun, Jadi saya dah dapat extra 3 Tahun, 5 tahun ka 4 ka 3 ka 1 ka saya tak kisah. Lagi cepat lagi bagus boleh saya jumpa pencipta saya."
Selepas itu doktor itu berjumpa dengan seorang doktor melayu namanya Dr Suraya. Dr Suraya mengaku bahawa Pak Haji ni bapa saudaranya.
"Your Uncle very brave lah" Kata doktor India itu.
Dr Suraya tersenyum dan menceritakan semula pada Pak Haji. Pak Haji masih ceria walaupun kini sudah tinggal lebih kurang setahun sahaja lagi jangka hayatnya. Sangat berbeza orang sakit seperti Pak Haji berbanding Orang sakit lain.

Wednesday, July 07, 2010
Angka tentera Zionis yang membunuh diri bertambah.
Al-Quds-Kajian kemalangan bagi Tentera Penjajag Zionis menegaskan peningkatan kes bunuh diri dikalangan tenteranya telah meningkat dengan drastik apabila telah mencecah 19 kes sehingga pertengahan tahun ini berbanding 21 kes sepanjang tahun lepas.
pertamabahan ini meningkatkan lagi kebimbangan dalam khalayak tentera Zionis terutamanya majoriti dari mereka adalah dari rejimen tetap zionis bukan dari tentera simpanannya.
Sebelum ini kes-kes bunuh diri mencapai kemuncaknya pada 2005 sebanyak 35 kes direkodkan berbanding 30 kes pada tahun 2000.
Dalam usaha bagi merawat senario ini Tentera Zionis telah menggariskan plan untuk menghalang atau mengurangkan kes bunuh diri di kalangan tenteranya melalui program khas untuk ketua unit ketenteraan yang bertujuan mengenal pasti sesiapa yang menghadapi masalah tekanan jiwa dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Sumber:Ikhwan
Sunday, July 04, 2010
Kenapa Perlu kepada Mesyuarat?
Pertamanya : inilah Sunnah dalam organisasi rasulullah.
Kedua: Hanya mesyuarat yang mampu mengeluarkan keputusan menyeluruh dan meluas.
Ketiga: sekalipun keputusan mesyuarat itu mungkin salah tetapi ia tetap kurang risiko dari keputusan individu.
Keempat: keputusan mesyuarat akan menghasilkan suasana kerja yang selesa.
Kelima: Mesyuarat adalah proses membaiki dan menghalang kesilapan berulang.
Keenam: agar sesuatu badan dapat merumuskan sebarang tindakan.

Saturday, July 03, 2010
Wednesday, June 30, 2010
Mesir akan terpinggir?? Peta Kita Sudah Digambar Tanpa Mesir
oleh :
Di Timur Tengah kini sedang terjadi perubahan strategi amat penting. Sayang Mesir bukan termasuk di dalamnya karena hanya duduk menonton.
(1)
Meski negara-negara maju dan besar masih mengendalikan peristiwa dunia, namun negara membangun sudah mampu "hadir" dalam menentukan masalah peperangan dan perdamaian dunia. Bahkan terkadang akan mustahil diambil keputusan internasional tanpa kehadiran negara-negara membangun itu. Ini inti gagasan dalam tulisan Menteri Luar Brazil Celso Amorim di sebuah situs Project Sindikit. Ia menyampaikan bahwa krisis kewangan dunia telah menaikkan peran negara-negara membangun semacam Amerika Latin (Brazil, Argentina, dan Mexiko), Afrika (Afrika Selatan) dan Asia (Cina, India dan Turki). Negara-negara ini sekarang memiliki pengaruh di dunia internasional dalam bidang kewangan, ekonomi, sosial, perubahan iklim dan standar hubungan internasional. Bukti terbaru adalah kerjasama Brazil Turki soal solusi pengembangan uranium di program Nuklear Iran. Disamping langkah ini bukti kerjasama antara kekuatan baru, namun juga bukti adanya tarik menarik politik antara kekuatan negara-negara berkembang dengan kekuatan dominasi klasik yang dipimpin Amerika dan kesatuan Euro.
(2)
Perubahan dunia internasional ini memiliki jurangnya di paras kawasan Timur Tengah. Krisis dunia yang memunculkan peranan dunia ketiga di peringkat internasional juga menimbulkan perubahan mendasar di kawasan Timur Tengah. Jika dunia mengalami krisis ekonomi, maka dunia Arab mengalami krisis pembekuan. Hal itu ditandai dengan ketiadaannya Mesir dari kancah Arab setelah berdamai dengan Israel tahun 1979. Ini sama saja mengukuhkan kehadiran Israel. ini artinya, dunia Arab sudah tersesat jalan. Ia sudah menjadi tubuh tanpa kepala. Para saat dunia Arab kehilangan kepemimpinan, Turki justru tampil dan memiliki keupayaan untuk berperanan terutamanya di kawasan Timur Tengah. Disamping setelah Iran melakukan hal yang sama setelah melakukan revolusi Islam. Meski di ada kewaspadaan politik dan madzhab sehingga Arab tidak menyambutnya. Kerana itu, peranan Iran timbul tenggelam, berbeza dengan Turki.
Ada tiga faktor kenapa Turki memimpin perubahan strategi ini, lebih dari sekedar faktor geografi dan latar sejarah:
1. Model demokrasi yang diterapkan sehingga mampu memiliki daya tarik dan menjadi kekuatan yang diperhitungkan. Ini tentu selain kebangkitan ekonomi mereka yang mengubah Turki menjadi kekuatan ekonomi yang diperhitungkan di sekelilingnya. Produk Domestik Bruto (PDB) Turki mencapai trilion dolar sehingga ia menjadi negara ke 16 dalam kekuatan ekononomi dunia. Turki merencanakan akan mencapai rangking 10 pada tahun 2020. Di Eropa sendiri, Turki adalah negara ke 7 dalam kekuatan ekonomi. Ini menyebabkan eksport Turki ke dunia Arab meningkat lima kali lipat pada tahun 2003 hingga sekarang (dari 5 bilion menjadi 27 bilion dolar). Nilai eksportnya ke dunia Islam meningkat dari 11 bilion dolar menjadi 60 bilion dolar.
2. Dukungan rakyat memberikan kesempatan kepada Parti Keadilan dan Pembangunan menjadi majoriti di parlimen. Sehingga pemerintah yang dikuasainya bebas dalam bersikap dengan sekutunya di kalangan tradisionalis; terutama Amerika dan Israel. Artinya dukungan rakyat majoriti mampu membebaskan keputusan politik yang kini tidak lagi bergantung pada kuasa asing. Ia mampu bersikap berbeza dengan sekutunya. Termasuk dalam sikapnya dengan Iran dan Hamas. Erdogan menolak Hamas disebut sebagai gerakan teroris. Sikap ini yang menjauhkan Ankara dengan Israel.
3. Kejelasan visi strategi pemerintah penguasa. Visi ini yang disampaikan oleh Menteri Luar Turki Ahmad Daud Aglo dalam banyak kesempatan, "Turki lebih besar dari sekadar jambatan dan koridor antara timur dan barat. Turki adalah memiliki keupayaan menjadi negara pemilik keputusan. Namun Turki tidak menganggap barat sebagai pilihan satu-satunya. Turki bersama barat dalam geografi, bersama timur secara sejarahnya. Sehingga bidang vital Turki membentang dari Selat Istanbul «Bosphorus » ke Selat Hormuz, dari wilayah perbatasan antara Turki dan Armenia hingga ke Mauritania agar peranan Turki bercita-cita untuk memecahkan masalah dengan tetangga-tetangganya tanpa risiko.
(3)
Jika berfikir strategis, stabiliti dan kemajuan di Timur Tengah berdasarkan tiga pilar. Mesir sebagai wakil Arab, Turki dan Iran. Ini yang dilihat Dr. Jamal Hamdan, profesor geopolitik yang menilai sebagai segitiga kekuatan di wilayah ini. Para peneliti mengamati bahwa pemikiran strategis Barat selalu berhati-hati agar segitiga itu tidak bersatu. Selama ini Turki berputar di barat sementara generasi penentang Arab berusaha melakukan pembebasan. Israel yang ingin agar sekutunya Turki mengurung Arab namun justru terbalik. Sementara Arab sampai sekarang masih membisu dari perubahan itu.
(4)
Di tengah perubahan strategi itu, kita bisa melihat sejumlah indikasi berikut:
- Turki makin dekat dengan Palestina sehingga menjadi pos kekuatan di Timur tengah. Kata-kata Menlu Turki bahwa negaranya "tangan kanan Arab" ini adalah bahasa baru yang lebih kuat.
- Turki melakukan beberapa kesepakatan kerjasama strategi dengan Majlis Kerjasama Negara Teluk untuk melakukan perdagangan bebas dan bebas visa dengan Syria, Lubnan, Jordan, Libia dan Iraq. Gagasan yang sama ini pun dilontarkan kepada Mesir.
- Turki mengumumkan diri ketika digelar forum Arab – Turki di Istanbul bahwa dirinya sudah membentuk Majlis Tinggi dengan Syria dan Jordan dan membangun wilayah bebas transit orang dan barang antara keempat negara itu
- Ada pendekatan dan kesepahaman antara Turki, Syria dan Qatar.
- Ada pendekatan dan kesepahaman antara Turki, Syria dan Iran dalam memecahkan masalah Iraq dan soal minyak dan gas. Iran adalah sumber kedua pelaburan Turki dalam tenaga/ janakuasa selepas Rusia.
- Damsyik berusaha menjadikan Syria sebagai koridor antara empat laut; teluk, laut meditrania, laut Kaspian dan laut hitam, disamping laut merah. Ini berarti Syria akan menjadi rangkaian antara timur, barat, dan antara Turki dan dunia Arab.
Ini adalah impian pada mulanya. Tapi realiti sekarang adalah mimpi kemarin. Yang penulis khawatirkan, suatu saat nanti para generasi muda akan bertanya; bukankah dulu ada negara bernama Mesir?? (bn-bsyr)
ULama dan politik.
Dalam kesibukan sejak akhir akhir ini banyak juga perkara yang berlaku yang mengembirakan Islam dan menyedihkan dan mengelirukan orang Islam. Ulama dan Politik adalah isu terbesar dalam pandangan saya.
Dalam kesibukan merekod prestasi pelajar kelas saya sempat saya baca-baca isu 40 ulama masuk umno. Ada yang ditipu untuk hadir ada yang diumpan untuk hadir dan ada pula yang memang bertujuan dan jelas mahu menghadiri.
Tetapi itu bukan perbincangan kita, Saya cuma mahu berbincang tentang bagaimana hubungan ulama dengan politik sejarah ringkas dan juga hakikat sepatutnya kita ambil sikap. Ulama sebenarnya gabungan perkataan tahu dan kerja. Orang yang bergelar alim ini orang yang beramal dengan ilmunya. Jadi ulama adalah kata banyak bagi kata alim.
Jika kita lihat orang kita juga mendapat kefahaman ini dengan mengatakan ibarat yang berbunyi " tak payah nak buat alim lah!" mereka faham bahawa ilmu itu diikuti dengan kerja. Tetapi kini ulama direndahkan taraf pencapaiannya dijadikan orang yang balik belajar jauh jauh, mengaji bidang agama mereka inilah orang alim. Kalau begitu takrifan orang Alim kita ada jutaan orang alim dalam dunia ini. Tetapi kita mesti kekalkan standard Alim itu pada asalnya barulah betul.
Pada zaman dahulu Alim dan Amir(pemimpin) bersatu dalam satu watak . Seperti Rasulullah dan Khulafa' ar Rasyidin dan khalifah Harun ar rasyid dan Umar Abdul Aziz dan banyak lagi. Setelah itu Amir dan Alim berpisah dari satu watak menjadi dua watak tetapi mereka berdua bersahabat. Alim menasihat Amir melaksanakan. Setelah itu pula datang satu masa Amir dan Alim tidak bersahabat tetapi tidak pula bermusuh. Masing - masing dalam dunia masing - masing. Sampailah berlaku satu ketika Amir dan Alim ini bermusuh. Maka di sinilah bermulanya kebinasaan yang tercetus dari pihak atasan.
Jadi apakah ini menunjukkan Ulama mesti mendekati Umara? Pastinya ramai yang mengatakan ya. Jika tidak mana mungkin kerajaan boleh berubah menjadi baik. Sebenarnya itu pandangan yang kurang tepat. Yang tepat adalah Umara' yang mesti mendekati Ulama'. Kerana inilah yang berlaku sebelum ini. Sekalipun Umar al Khattab adalam amir yang alim tetapi beliau sentiasa mendampingi Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, abu Hurairah dan Ali untuk mendapat fatwa-fatwa mereka dalam permasalahan-permasalahan.
Yang kita perbincangkan ini adalah hubungan amir Muslim dan Ulama. Bukan pemimpin kafir. Jadi apa masalahnya seorang menteri mendekati ulama? ramai yang mungkin berfikir nak dekati macam mana ulama bukannya mahu. Ini perlu dilihat mengapa? kerana ulama menolak kemungkinan mereka dipergunakan, Fatwa mereka diambil bila politikus mahu menyelamatkan kedudukan politik mereka bukan kerana mereka mencari ulama untuk melaksanakan kerja mereka.
Jadi sekiranya UMNO benar mahukan ulama. Maka saya rasa banyak sudah saranan Ulama telah diberikan oleh ramai ulama di Malaysia ini. Tetapi saya melihat UMNO kini terhegeh-hegeh mahu menubuhkan sayap ulama kerana mereka mahu pengaruh melayu untuk parti sekular mereka tidak kurang atau hilang.

Thursday, June 24, 2010
Fattah semakin angkuh dengan kezalimannya.
Walaupun bukanlah semua anggota Fatah menyetujui keputusan kepimpinannya namun kepala yang memimpin gerakan yang menguasai Palestin secara haram itu nyata benar benar mempertahankan kerusi mereka sekalipun mereka terpaksa menjual masa depan rakyat Palestin dan akidah umat islam.
Mereka dilaporkan menandatangani dokumen yang menentang usaha Turki dalam isu freedom flotilla. Mereka bersekongkol dengan beberapa kuasa dunia eropah cuba memusnahkan niat murni Turki.
Saya sudah mula bosan melihat perundingan diplomasi dengan puak munafik melampau ini. Mereka sebenarnya tidak menjaga apapun kepentingan ummah melaa inkan jawatan mereka yang sudah tiada makna sebenarnya. Oleh kerana mahu menjadi pemimpin yang boleh sentiasa mengaut keuntungan dunia mereka terpaksa meredhai kebencian Allah walaupun sebagai gantinya hanyalah dicacaikan oleh Zionis sebagai barua mereka.
Sudah tidak ada maruah lagi mereka ini. Mereka sudah tidak tahu halal haram darah bangsa mereka. Mereka inilah yang mesti dihapuskan terlebih dahulu dari bumi al Quds yang mulia itu. Mereka inilah penghalang kemerdekaan Tanah Islam seluruhnya. Kini tempoh untuk membiarkan seluruh umat Islam memahami, mengenali dan nmenilai siapa musuh dan siapa pula pembela. Kelak akan sampai masanya Allah memenangkan yang ikhlas dan menghukum sampah agama dan parasit yang merosakkan umat.
Sementara itu marilah kita berdoa dan kuatkan usaha merubah diri agar bersedia menjadi jentera revolusi Islam yang akan mengembalikan kemuliaan Islam pada tempatnya. Binalah daulah itu dengan meletakkan tapak-tapaknya dalam hati-hati kamu. Insya Allah puncaknya akan tertegak dalam negeri-negeri kamu. Islam itu bukan hanya semangat, bukan sekadar pengetahuan tetapi kehidupan dan peribadi yang cergas dalam hidup bermasyarakat.

Subscribe to:
Posts (Atom)