Takziah kuucapkan pada dunia.
Pulangnya seorang serikandi ilmu.
Walau tiada anugerah tanpa segala,
baktimu terbukti pada jiwa.
Anak didikmu berasa bangga.
Ada yang bangga dipulas telinga,
ada ditempeleng, dileter bebel pun sama.
Kami bangga kerana kau sertakan semua dengan kasih.
Takziah pada dunia kuungkapkan.
Hilangnya pendidik tulus, ikhlas dan mulus.
Pernah aku menumpang wira coklat berkilat.
Di persimpangan lampu tanda dikau bertanya lampu itu warna apa?
sedang keadaan begitu dikau pertaruhkan nyawa,
untuk menyuap kami dengan ilmu.
Dimana mungkin guru sepertimu mungkin kami temui?
Takziah pada kami, takziah pada semua.
Tahniah padamu kembali menuntut janjinya.
Ummi Halimatun selamatlah engkau sejahtera di sana.
Siddiq Osman
Mencari nostalgia bersama ummi.
Friday, May 15, 2009
Saturday, May 09, 2009
Aku Pendekar Cinta
Semalam mimpiku datang lagi.
Dia berkata,
duhai pendekar cinta!
Aku keliru membisu,
lalu menjawab.
Aku tiada perkasa.
Serunya bergema,
perkasa beza makna.
Kau perkasa rasa.
Sabar tepu penuh jiwa.
Jeda dan khali memenuh maya.
Sangga kukuh di sisi kulepasi.
Kini aku teguh bagai kersani.
Terpasak pada kaki sendiri.
Akukah?
Mimpiku telah pergi.
Kini tinggal butir-butir koka.
kuusap bersama tutur cinta.
Terasa jiwa mekar perkasa.
Menyerap zat dari penawar bicara.
Kain kasa tertera sabda baginda.
Ku tatap baca,
tiada iman sehingga cinta bagi saudara,
cinta seutuh cinta bagi diri.
Inilah azimat inilah keramat.
Bisikan serapah.
Aku bertanya, mengapa?
Datang suara menyapa.
Sebagai teman, sebagai cermin.
Bisikan hati bergetar, kemana?
Kukatakan pada hati. Akulah kembara itu,
kerana akulah pendekar cinta.
Siddiq Osman
mahu berjuang.
Thursday, May 07, 2009
Saadah Hamba Sangga Kelana.
Puing sahara menyinggah diherdik rimas.
Sepoi tropika diidam diam selama.
Sunnah dunia susunan yang Esa
dirungut bagaikan sama tara.
Sedang sihat dialpa taat,
Kala sakit maksiat dilupa.
Inilah insan kata terbina lupa.
Hamba berlagak juara.
Resam hamba saadah tegaknya pangku
tawaddhuk, Sujud menjujung izzah.
Bahagia meneguk maghfirah dari bibir
taubat. Derita memerangi jiwa pada tabir
nafsu, iblis jua dunia.
Insan itu resamnya hamba.
Ingkar pilihan derita, Patuh tiada hina.
Menjadi hamba bukanlah kudung jiwa.
Mengukir taqwa pada rasa, memahat iman pada kerja.
Hati berbunga sepanjang kelana,
berkasihkan Khalil agong setiaNya.
Saadah lantai yang mengatur kembara.
Tunduknya lembayung meredup nestapa.
Puing sahara diramah mesra,
Sepoi tropika digamit manja.
Rima aksara menolak alpa, diisi benak
minda terbuka. Mushaf sakti jadi gembala nyawa.
Jalan Nabi kejora asa.
Luluh sudah pendurja manusia.
Andai ikhlas menyangga setiap perkara.
Dalam kelana dunia ke syurga.
Siddiq Osman
mendamba saadah.

Saturday, May 02, 2009
Pulang kerana Cinta
Datar ini gersang rekah
menanti hujan hidayah.
Lembah ini kontang kusam
dibakar api dosa semalam.
Aku musafir di sini
meniti daerah sepi mencari,
tercari-cari diri sendiri.
Agar, bisa ku bawa pulang.
Ramai sudah pulang,
ada teman ada saudara
seteru pun sama. Ada
yang pulang kerana damba,
bagai pungguk rindu purnama.
jua pulang kerana takut,
bagai menikus di sangkar kucing.
Tetapi aku yang mencari aku,
mahu pulang kerana cinta.
Meminta redha meminta dicinta.
Sekalipun kuyakin cintaku ini hanya
cebisan dari kurnia cintaMu.
Aku tetap mahu pulang kepadaMu dengan cinta,
kerana cinta.
Sudah seribu satu rayu kumungkiri.
Sudah bersimpang tujuh puluh aturan kaki,
namun janganlah Kau campakkan kecewa,
jangan pula hapus asa dan biarlah citraku mekar
dibakar sinar cintaMu. Aku tahu Kau mahukan kepulanganku.
Aku tahu Kau rindukan rayuku.
Pulanglah aku kerana cintaMu.
Selamatlah diri wahai aku.
Siddiq Osman
meneliti taubat adam.

Tuesday, April 28, 2009
Hamas penubuhan dan perkembangan
Oleh : Siddiq Osman.
Dipetik dan disunting dari www.palestine-info.com/arabic
Walaupun HAMAS secara rasminya ditubuhkan pada 15 Disember 1987 tetapi akar kewujudan HAMAS telah menular sejak 1948 lagi. Sejak bermulanya Nukbah yang pertama iaitu kecelakaan besar yang dicetuskan Israel di timur tengah. HAMAS adalah hasil dari cantuman jiwa-jiwa yang percaya bahawa jalan keluar bagi bangsa Palestina dari cengkaman Israel hanyalah dengan jihad Islamiyah. Syeikh Ahmad Yassin telah mengasuh pengikutnya dalam gerak kerja dakwah yang diwarisi dari Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dua faktor utama yang mendorong kepada tertubuhnya HAMAS adalah :
1.Kesedaran Politik Dalam Membela Nasib bangsa Palestina.
2.Kebangkitan Kesedaran Islam.
Bagi membela masa depan Negara Palestin, HAMAS bergerak bagi menyedarkan rakyat Palestin permasalahan mereka yang sebenarnya, yang sedang dihadapi ketika rakyat masih terpinga-pinga ditindas gerakan Zionis sewenang-wenangnya. Bagaimanapun pada peringkat awal HAMAS tidak ditubuhkan sebagai satu organisasi memandangkan kewujudan MTF dan juga PLO mampu berperanan sebagai wadah perjuangan rakyat Palestin. Individu-individu HAMAS lebih menumpukan perhatian mereka untuk membangkitkan kesedaran di peringkat umum kepada perlunya perjuangan Bangsa Palestina sendiri.
HAMAS secara umum, mula membina akarnya sejak 1948 lagi, tetapi pembentukan lebih khusus selepas kekalahan Arab pada tahun 1967. Bagaimanapun proses pembentukan satu ikatan penentangan yang kukuh menghadapi masalah perselisihan dalaman dan luaran antara jemaah-jemaah kecil Islam pada era 80-an telah membantutkan usaha pembinaan revolusi Palestin.
Apa yang diperjuangkan antara HAMAS dan Zionis adalah 2 masalah pokok:
1.Pengiktirafan kewujudan Negara Israel dan hak-haknya di Tanah Orang Palestin.
2. Pengunduran Yahudi dari sebahagian tanah Palestin yang dirampasnya, bahkan sebahagian besar daripadanya.
Pada era 70-an satu pengkhianatan atau pakatan jahat MTF dan yahudi telah dimeterai melalui perjanjian jahat Camp David sehingga membawa kepada pengepungan Selatan Lubnan pada tahun 1982. Pengepungan ini adalah penghinaan terbesar selepas kekalahan Arab pada Yahudi tahun 1967. Ini kerana telah berlaku pengepungan selama 3 bulan tanpa sebarang tindak balas dari satupun kuasa Arab.
Pada awal 80-an memperlihatkan banyak kebangkitan kumpulan Islam seperti Usrah al-Jihad 1981 dan juga Majmu’ah Syeikh Ahmad Yaasin 1983 dan lain-lain lagi. Kebangkitan kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih jelas kerana ia lebih bersifat alami iaitu melibatkan peperangan Islam dan Zionis.
HAMAS menyimpulkan dua agenda utama perjuangan ketika ini iaitu:
1. Menjadikan Isu Palestin sebagai Isu paling utama dalam perbincangan Antarabangsa.
2. Menjadikan Proses revolusi Palestin menentang Israel dan program penjajahannya sebagai pendekatan untuk perdamaian di rantau itu.
Kemunculan HAMAS adalah tindak balas tabi’ie dari rentetan peristiwa pada tahun 1967. Pada 6 Disember 1987 berlaku pembunuhan 6 rakyat Palestin, ini telah menyebabkan penentangan era baru bermula dalam jihad mengembalikan kedaulatan negara Palestin. Maka pada 15 Disember 1987 tertubuhlah HAMAS sebagai wadah perjuangan mengembalikan Palestin kepada rakyatnya.
Kewujudan HAMAS amat menjadi kegalauan dalam hati pemimpin penjajahan Zionis lantas mereka menggerakkan jentera perisik bagi melumpuhkan HAMAS dengan memburu pemimpin dan kader-kader HAMAS. Sehinggalah pada tahun 1989 menyaksikan penangkapan besar-besaran sehingga pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yaasin turut ditangkap. Rentetan peristiwa ini tercetuslah perang Sakakin dalam musim sejuk 1989. Pada 1990, empat orang pembesar HAMAS telah dibuang negara dan sesiapa yang menyertai HAMAS telah menjadi satu jenayah besar.
Pada 1991, HAMAS melangkah setapak lagi kehadapan setelah tertubuh secara rasmi sayap tenteranya yang dinamakan Kataib Izzuddin al-Qassam. Pada Disember 1992, Sayap tentera HAMAS telah berjaya menawan Naseem Toledano tentera Israel menyebabkan Yitzhak Rabin menghukum 415 orang HAMAS dibuang negara. Turut sama dihukum ketika itu sekutu rapat HAMAS Jihad Islamiy.
Inilah sejarah bagaimana HAMAS boleh terbentuk dan pesatnya HAMAS menunaskan pucuk sehingga mereka memenangi pilihanraya anjuran PBB pada tahun 2006 bagaimanapun
dinafikan kemenangan mereka dengan alasan HAMAS adalah gerakan pengganas oleh negara-negara Eropah, Amerika, Kanada, Jepun dan Israel. Bagaimanapun Febuari lalu telah membuktikan bahawa HAMASlah gerakan yang mendahului pembelaan nasib rakyat Palestin secara ketenteraan dan kemanusiaan. Ini dibantu oleh gerakan-gerakan pejuang lain seperti Jihad Islamiy.
Friday, April 24, 2009
Jumaat terpendek
24-4-09, Masjid Garden City. Seumur hidup saya inilah kali pertama solat jumaat sependek ini. Bahkan azan lebih lama dari khutbah pertama. Mujurlah ada khutbah kedua kalau tidak mungkin Azan lebih lama dari khutbah jumaat seluruhnya. Saya sangat teruja dengan teknik ini. Sebelum ini saya hanya mendengar mengenai kefahaman sebenar seorang imam terhadapa keadaan makmumnya. Kini saya yang menjadi makmum yang diraikan Imam. Allah, sungguh fleksibel syariat yang Allah telah tetapkan dalam Islam. Kita sahaja yang gagal mengaplikasikannya dengan sempurna.
Khutbah tadi menepati kata hikmah Arab "ma qalla wa ma dalla" hanya sepotong hadith nabi dari jawami'ul kalam dijadikan inti khutbah dan hidangan untuk jamaah hari ini. Kemudian Khutbah kedua dibacakan doa yang serba ringkas dan padat. Diikuti dengan solat yang bertemankan surah al Asr dan al Ikhlas. Sungguhlah untuk apa mendengar banyak jika tidak beramal dan jangan memandang enteng yang sedikit tetapi menyentuh jiwa.
Sebenarnya semua ini kerana kami berada di Sudan suhunya hari ini 46 selsius dan sebelum habis azan bekalan elektrik terputus. Inilah sebabnya jumaat kami hari ini menjadi jumaat terpendek. Imam muda yang faham tidak mahu menyeksa makmum dengan lagak pandainya yang tidak Allah pedulikan, Imam yang faham dan memang bijak ini bagi saya mengambil keputusan yang paling bijak dan saya kira jika dia menjadi pemimpin nescaya kebajikan rakyatnya terjamin Insya Allah.

Thursday, April 16, 2009
permintaan zikrilhakim
Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
Inni ra`aitullaha fi akwanihi
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
` = untuk menandakan hamzah
' = untuk menandakan 'ain
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`minaakulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Falya'lamil-jami'u 'anni ha hunamaka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkanatidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung
Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihidan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihidan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihidalam sirah mereka yang terpilih imannya
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yuraAkulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsaraakulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-waradan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya
Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkaratdan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syiratiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytaratelah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.
Note: ` = untuk menandakan hamzah
' = untuk menandakan 'ain
Apa itu sahabat?
Kirana Ukhuwah.
Lahirmu bukan dari induk yang satu,
besarmu bukan bawah bumbung yang sama,
cerdikmu dari guru berbeza.
Kasihmu tiada tara.
Kerana Firman Yang Esa,
kita bersaudara.
Akidah menjadi darah kita,
lalu kita bersama.
Jihad menjadi daging kita,
lantas kita serupa.
Kerana ukhuwah, kerana mahabbah.
Kita sahabat semua.
Siddiq Osman.
16 April 2009
Wednesday, April 15, 2009
Ukhuwwah Fillah.
sebentar tadi ada seorang junior tanya ttg bahan untuk dia refresh berkenaan Ukhuwah. Sebelum aku mencari bahan bantuan untuk dia aku rasa aku perlu refresh apa yang aku faham tentang ukhuwwah.
Ukhuwah : persaudaraan.
Ukhuwwah Islamiyah : Pertalian yang diikat antara dua individu atas dasar Aqidah.
Inilah yang dinyatakan dalam surah al Fateh :
dalam hadits yang lain Rasulullah berkata:
Ukhuwah : persaudaraan.
Ukhuwwah Islamiyah : Pertalian yang diikat antara dua individu atas dasar Aqidah.
Inilah yang dinyatakan dalam surah al Fateh :
"Muhammad itu utusan Allah dan mereka yang bersamanya tegas terhadap orang-orang kafir berkasih-sayang sesama mereka..."
Ukhuwwah mempunyai peringkat dan tahapnya. Serendah-rendah tahap ukhuwwah Islamiyah adalah bersangka baik sesama muslim manakala peringkat tertinggi adalah Itsar. Inilah Islam, cara hidup yang diasaskan dari kasih sayang. Islam tidak pernah menganjurkan permusuhan dan budaya berpecah belah. Ini jelas dalam firman Allah dalam surah Al Hujuraat:
Selain itu, langkah terawal yang nabi pandukan dalam hadis baginda adalah:"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara."
Selaras dengan itu orang beriman seharusnya memahami konsep ukhuwwah dalam Islam. Jika kita rujuk penubuhan negara Islam pertama di Madinah an Nabawiy. Selepas mendirikan masjid sebagai pusat ibadah dan pemerintahan Nabi mempersaudarakan setiap orang mukmin dengan mukmin yang lain. Menyatukan Aus dan Khazraj yang dah beratus tahun bersengketa. Menyatukan Muhajirin dan Ansar yang dari daerah hidup yang berbeza. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh sesiapa yang ingin membentuk negara yang makmur. Menyediakan medium sosial yang kemas dan kukuh. Setelah Ukhuwah di kalangan muslim disusun kemas barulah perjanjian dengan orang belum Islam diikat dalam piagam Madinah.
Jadi, Ukhuwwah adalah asset yang sangat penting dalam pembaharuan tamadun manusia atau revolusi ketamadunan yang diutuskan dari langit atas nama Islam. Ukhuwwah yang sangat penting ini tidakkan terhasil melainkan dengan tarbiyah yang panjang dan tersusun. Pernah satu ketika Rasulullah menegur sahabat dengan tegas dalam peristiwa antara Abu Dzar dan Bilal. Kisahnya begini; Bilal telah mengadu kepada Rasulullah yang Abu Dzar telah memanggilnya wahai anak orang hitam, Lalu Rasulullah memanggil Abu Dzar dan memastikan aduan Bilal setelah diakui Abu Dzar Rasululllah berkata kepadanya " Sesungguhnya pada hati kamu masih ada karat jahiliyyah." Sambil menangis Abu Dzar meminta Bilal memijak kepalanya kerana terlalu takut beliau untuk kembali kepada jahiliyah setelah diberi hidayah.
Tarbiyah inilah yang kita perlukan. Tarbiyah hati, tarbiyah yang hidup. Bukan sekadar menghafal dalil dan mengingat teori ukhuwwah tetapi kita menghadhaminya dan melahirkannya dalam amalan.
Ukhuwah boleh diusahakan melalui beberapa siri tarbiyah.
- Taaruf, kita mulakan dengan perkenalan dan ini boleh dibentuk dalam pertemuan dan perbualan atau surat menyurat.
- Tafaahum, langkah kedua memahami, ini boleh kita raih dengan berkunjung ke rumahnya, mengadakan lawatan bersamanya, untuk lebih mendalam bagi memahami seseorang kita perlu usahakan untuk menghabiskan lebih dari 24 jam bersamanya. Seorang saudara yang baik mereka faham apa kesukaan dan perkara yang tidak digemari saudara mereka.
- Takaaful inilah peringkat ukhuwwah dibuktikan. Kita saling membantu dan melengkapi. Di sinilah keakuan atau ananiyah dibuang dari diri kita. Inilah yang disebut pengorbanan kita perlu prihatin terhadap saudara kita. Cari kekurangannya untuk kita lengkapkan dari segi material, intelektual dan juga spritual barulah keseimbangan sosial akan terbina dengan cantik dan makmur.
"apakah mahu aku tunjukkan kamu jalan untuk mengikat ukhuwah?" sahabat menjawab "ya, Wahai Rasulullah!" "sebarkanlah salam di antara kamu."
dalam hadits yang lain Rasulullah berkata:
"bertukar tukar hadiah nescaya kamu akan bertukar tukar kasih."
sebelum kita tutupi diskusi ini mari kita soroti martabat Itsar yang kita sebutkan dalam awal bicara tadi. Bersabda Rasulullah:
"tidak beriman seorang dari kamu sehinggalah ia menyukai bagi saudaranya apa yang disukai bagi dirinya."
walaupun Ulama menyatakan tidak beriman di sini bukan beerti kufur, melainkan ianya membawa maksud kurang atau tidak sempurna, tetapi ia masih menunjukkan betapa pentingnya hubungan sesama saudara mukmin pada hadith itu. Mari kita renungkan Sirah Itsar yang paling masyhur.
Kisah ini berlaku pada akhir peperangan Yarmouk. perlu diketahui peperangan Yarmouk antara peperangan yang sangat sukar dalam sejarah pengembangan Islam. Telah ditugaskan seorang sahabat untuk mencari prajurit Islam yang masih hidup untuk dirawat dan diberi minum. Maka bergeraklah sahabat tadi di kawasan bekas pertempuran di medan Yarmouk. Sehinggalah dia menjumpai seorang sahabat yang mengerang meminta air. Setelah dihampiri sahabat itu dia menuangkan air, belum sempat sahabat itu meneguk air terdengar sahabat lain mengerang dahagakan air, Sahabat yang belum meneguk air ini menyuruhnya mendahulukan sahabat tadi. Sampai kepada yang kedua berlaku perkara yang sama terdengar sahabat yang ketiga pula meminta air. sampai pada yang ketiga kedengaran yang pertama pula memohon air sahabat yang ketiga mendahulukan sahabat yang pertama. Akhirnya mereka semua syahid kerana mendahulukan sahabat mereka lebih dari nyawa mereka sendiri.
Aku menyeru diriku dan juga pembaca untuk kita pindahkan pengetahuan ini kepada amalan.
Selesai refreshment terhadap ukhuwwah.
Friday, April 10, 2009
Kenapa benci mereka?
Ada seorang penanya bertanya kepada yang ditanya. Kenapa yang ditanya benci BN, bukankah mereka pemimpin yang ditanya? Yang ditanya menjawab "aku bukan benci mereka kerana mereka adalah mereka. Tetapi benciku kerana 5 perkara."
1- mereka mmg tolak Islam sebagai cara hidup yang lengkap.
2- Mereka menggunakan Islam yang mereka benci macam bahan mainan.
3- Mereka asalnya pejuang perkauman, kini mereka hanya pejuang kebendaan. Eh mereka pejuangkah?
4- Mereka adalah kelompok manusia yang bacul untuk menerima hakikat.
5- Mereka merupakan musuh Islam yang berselimut dalam wajah Islam.
"Keras bahasa kamu wahai yang ditanya!" Yang ditanya pula bertanya "Wahai yang bertanya kenapa kamu cinta mereka?" Yang bertanya pula menjawab " Sebenarnya, err, kamu jangan tulis dalam blog kamu, Saya bukan cinta mereka tapi ada 3 sebab saya bersama mereka."
1- Mereka menyediakan hiburan yang sangat banyak.
2- Bersama mereka keselesaan terjamin.
3- Aku senang cari makan, maklumlah ada buat kontrak kecil-kecil.
Yang bertanya menyambung. " tapi kalau PR naik aku join PR lah orang diapun bijak-bijak." Yang ditanya menepuk dahinya.
siapakah anda?

Wizurai dan Wuzara'
Setelah dua bukit utara ditawan
wizurai rakyat kian menawan,
Sinar wuzara' pun dilancar.
Walau aku jelata nista,
tiadalah bodoh untuk terima
kata rakyat iring dinama.
Kabinet rakyat konon bicara,
entah apa kan menimpa.
Enam yang hampir jahanam,
dijunjung tanggung amanah.
Rakyat tiada pernah serta.
Jika benar untuk rakyat,
jika sungguh ikhlas niat,
jika tulus mahu khidmat,
hapuskan derita umat.
Pimpin dunia untuk akhirat.
Rakyat tiada campur wuzara' baru.
Jelata tahu apa mereka mahu.
Wizurai sedang siaga kuburkan wuzara'
dalam wabak haloba.
Kabinet baru bukan milik rakyat.
Kabinet ini sarang pengkhianat.
Hipokrasi jadi azimat.
Tertipu sendiri perasan hebat.
Siddiq Osman.
Jelata lagi nista.
wizurai rakyat kian menawan,
Sinar wuzara' pun dilancar.
Walau aku jelata nista,
tiadalah bodoh untuk terima
kata rakyat iring dinama.
Kabinet rakyat konon bicara,
entah apa kan menimpa.
Enam yang hampir jahanam,
dijunjung tanggung amanah.
Rakyat tiada pernah serta.
Jika benar untuk rakyat,
jika sungguh ikhlas niat,
jika tulus mahu khidmat,
hapuskan derita umat.
Pimpin dunia untuk akhirat.
Rakyat tiada campur wuzara' baru.
Jelata tahu apa mereka mahu.
Wizurai sedang siaga kuburkan wuzara'
dalam wabak haloba.
Kabinet baru bukan milik rakyat.
Kabinet ini sarang pengkhianat.
Hipokrasi jadi azimat.
Tertipu sendiri perasan hebat.
Siddiq Osman.
Jelata lagi nista.
Thursday, April 09, 2009
Kononnya Kabinet Rakyat,
tak puas hati nak tgk rupa kabinet kesayangan anda? clik sinikabinet rakyat la sangat
Mangsa keadaan
KUALA LUMPUR, 9 April (SK): Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu. - Bernama
peringatan kepada sesiapa yang ditawarkan atau diugut untuk melakukan kejahatan tolaklah kerana maruah dan kreibility anda terlalu mahal. Nyawa dan rezeki di tangan Allah.
peringatan kepada sesiapa yang ditawarkan atau diugut untuk melakukan kejahatan tolaklah kerana maruah dan kreibility anda terlalu mahal. Nyawa dan rezeki di tangan Allah.
Wednesday, April 08, 2009
kembali ke Palestin.
Hari ini - rabu, 8/4/09 Al Aqsa telah dicerobohi 50 000 Yahudi sebelum solat Subuh. Menurut kenyataan akhbar Kamal Khatiib Naib Ketua Hamas dalam Palestin ini bukanlah kali pertama kejadian pencerobohan ini berlaku bahkan fenomena ini terjadi setiap hari. Ini kerana kini orang yahudi sedang merayakan perayaan "Berkat Asy Syams" pada kepercayaan mereka perayaan ini disambut setiap 28 tahun.
Syeikh Kamal Khatiib menyeru semua kuasa Arab agar menjadikan slogan "AlQuds sebagai garis merah" bukan hanya pada kata kata tetapi perlu ditegaskan dengan amalan.
Menurut beliau juga sebelum ini yahudi tidak pernah mendekati Qubah Batu (yang berwarna emas) tetapi semalam mereka telah melampaui sempadan mereka. Ini merupakan penghinaan terhadap proses damai yang diusahakan banyak pihak.

BN tumbang di semenanjung.
Kekalahan yang serius pada PRK kali ini mempamirkan masa depan yang sukar untuk UMNO bawah kepimpinan baru mneruskan langkah di semenanjung. Untuk melebarkan sayap UMNO di Sarawak dan Sabah adalah sukar kerana UMNO hanya untuk orang melayu yang masih percaya pada cara hidup sekular.
Kekalahan BN di semenanjung bukan semata kerana UMNO tetapi sebenarnya Malaysia sudah menjadi negara yang berpenghuni matang. Berpolitik bukan atas dasar bangsa dan kaum. Tetapi atas dasar isu dan kredibiliti. Saya kira UMNO dan pakatannya perlu berhenti memainkan isu perkauman kerana racist adalah satu pegangan yang ditolak oleh orang yang bijak. BN yang terbina dari 3 parti besar berunsurkan kaum dan parti parti idealisme kecil lain kelihatan semakin mengecut dan mengecil.
Kemenangan PR saya kira sebab utama adalah harapan yang diberikan lebih menggiurkan dan dijelaskan dalam logik yang sampai. Sebab lain mungkin kerana perkataan Pakatan Rakyat itu sendiri. Seolah olah pembangkang negara ini adalah semua rakyat dan yang dibangkang adalah kerajaan iaitu BN. Ini kerana BN sering menggunakan perkataan kerajaan Barisan Nasional. Jadi yang bukan ahli BN jangan mimpi nak merasai kemudahan kerajaan BN. Sepatutnya kerajaan Malaysia. Sikap membodohkan rakyat yang diamalkan oleh kerajaan sangat membantu kepesatan PR. Apatah lagi dengan penglibatan media yang sangat memutar belit. Tidak cukup dengan pendustaan yang diluluskan dalam media massa perdana KDN yang merupakan kuasa BN kini menggunakan kuasa undang-undang sepenuhnya bagi menyekat kemaraan PR. Ini adalah menambahkan lagi simpati rakyat kepada PR. ISA dikenakan pada orang orang PR sebenarnya memburukkan imej BN lebih dari apa yang tahanan ISA mampu lakukan di luar penjara.
PR semakin mekar di hati rakyat setelah isu MB Perak. Kenapa? kerana rakyat tahu apa yang berlaku. Rakyat lihat dan baca kehilangan dua DUN. BN gagal membuktikan tiada sebarang perancangan dalam merubah pendirian 2 DUN ini. Anwar pernah menimbulkan kes lompat parti tetapi kenapa dia tidak teruskan? Ini patut difikirkan oleh BN. Bukan menyatakan dulu Anwar pun nak buat macam ni. Langkah ini satu langkah yang dianggap bodoh dalam mendapatkan pengaruh apatah lagi simpati. Rakyat Malaysia bukan lagi kaum atau masyarakat yang buta huruf. Kita sudah ada puluhan ribu BLog mungkin ratusan ribu.
Saya rasakan jika Najib tak mampu membawa apa apa perubahan, Najib perlu bersedia menguburkan BN dan UMNO dengan sebaiknya. Rakyat tidak kisah siapa pemimpin tetapi rakyat akan kisah jika negara yang dihuni semakin tidak aman, semakin mahal dan semakin menekan. Rakyat hanya mahukan sebuah kerajaan yang membela nasib rakyat. Rakyat tidak peduli negara dikenali oleh dunia atau tidak yang penting Malaysia aman didiami dan makmur.
Rakyat yang mahukan ISlam kembali menjadi sistem.

Tuesday, April 07, 2009
BN dah tak relevan.
2-1 merupakan satu petanda baik kepada rakyat Malaysia. Walaupun taktik ugutan dan ancaman telah digunakan oleh jentera BN di Perak namun kemenangan tetap memihak kepada Nizar dengan majoriti yang bertambah dari 1556 ke 2789. Nampaknya isu derhaka tidak dilayan di Bukit gantang. Isu Crime Minister lagi laku.
Manakala di kedah 13 calon bebas terpaksa sewa bas kekalahan untuk meninggalkan kenangan setelah mencipta rekod caln teramai. Bagaimanapun majority kekal. PKR tetap kemas di sana dengan mengenepikan isu temberang. Walaupun pada awalnya PR menghadapi masalah sekelompok ahli PAS enggan mengundi calon bukan Islam bagaimanapun Unit saraf PAS berjaya menyelesaikan kekeliruan itu.
Batang Ai masih sudi menerima BN walaupun negeri semenanjung menolak parti perasuah itu. Nampaknya Najib menerima pukulan pertama walaupun sememangnya keputusan kali ini adalah bagai sirih pulang ke gagang setiap parti mengambil kembali kawasan mereka. Namun kegagalan Najib sebagai pengerusi UMNO negeri Perak dilihat sebagai tamparan pertama selaku Presiden dan perdana Menteri.
Nizar kini menjadi Ahli Parlimen setelah jawatan MBnya dirampas di Perak. Rakyat masih mahukan MB sejati bukan MB lanun yang digantung dari menghadiri sidang dun.
Allahu AKbar.!!!

Monday, April 06, 2009
UMNO perjudikan nasib mereka dengan pertaruhan besar SPR.
Undi Hantu dikatakan isu lapuk yang cuba dibangkitkan PR. Bagaimanpun kelapukan ini kerana SPR tidak pernah telus dalam menganjurkan pilihanraya. Jika Kalah majority kecil di tangan UMNO inilah kemenangan UMNOdan SPR dalam menghadapi pilihan sebenar rakyat.
Jemtera kerajaan dikudakan sebaik mungkin bagi memacu kejayaan BN. Seperti biasa projek Mee segera akan dimulakan dan gula-gulan Umno akan ditaburkan. Saya ada mendengar jenaka dari pegawai kerajaan berkenaan Ali Rustam tak boleh bertanding baru baru ini. Kata mereka bukan sebab dia merasuah tetapi kerana rasuahnya belum setanding yang telah menang.
UMNO bukan lagi parti melayu ini diakui oleh Paklah secara terang kerana beliau mengajak anggota parti itu untuk reverse ke zaman dia mula mula masuk UMNO. Jelas lagi bersuluh UMNO bukan baru menghadapi krisis kepimpinan, bahkan sejak zaman Mahathir lagi kepimpinan dalam UMNO telah mandul. Ini kerana apa yang dinyatakan dalam ucapan Najib iaitu budaya cantas mencantas yang wujud dalam UMNO.

UMNO hanyalah sebuah pertubuhan perasuah umpama pohon dedalu yang akarnya sudah mereput dan hanya tinggal daun-daun yang menanti masa untuk gugur. Bayangkanlah Zahid Hamidi terpaksa membela konsert seksi yang entah apa apa bagi meraih sokongan masyarakat china yang semakin hilang percaya pada Dacing yang sentiasa senget dalam menjaga maslahah rakyat.
Jika perhimpunan agung UMNO di kupas oleh pembangkang saya kira ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN dan SPR dalam 3 PRK esok.
Sunday, April 05, 2009
7 April milik siapa?
BN ?
isu - Anwar pendusta. Mohon restu rakyat, PR penderhaka.
PR?
isu- Najib crime minister, Perubahan kepada negara lebih baik. BN parti rasuah.
7 April ini adalah tarikh keramat buat UMNO wajah baru. Jika mereka mampu takluk 3 kerusi yang dipertandingkan dengan jentera BN/Umno maka keyakinan Umno untuk kembali bertakhta di tampuk kuasa Malaysia akan pulih.
Tarikh ini walaupun bukanlah satu kegentingan bagi PR memandangkan sokongan dari seluruh negara dalam kempen-kempen sebelum ini sangat besar, namun jika kemenangan di 2 bukit 1 batang ini memihak kepada PR nescaya kubur UMNO semakin dekat untuk PR talkinkan. Jika menang nescaya PR harus persiapkan kabinet bayangan yang mantap untuk hadapi PRU 13.
Saya akan ulas sedikit sebanyak selepas kemenangan
Thursday, April 02, 2009
Jebat Bertopengkan Tuah
Tuah dan Jebat dikubur sejarah.
Tiada tenteram bangun semula.
Jebat muncul berwajah Tuah.
Tuah disangka penderhaka Raja.
Hikayat istana tepu rahsia.
Daulat Sultan agenda utama,
bila Jebat bina angkara
Tuah tampil menegah murka.
Jebat moden sungguh durjana,
putar berita susun dusta.
Sultan di takhta akur percaya.
Tersalah titah peranda jadinya.
Rakyat jelata pohon saksama,
Biar Jebat atau Tuah lakar sejarah.
Hang Nizar tetap di hati,
Najib Wijaya pasti dibenci.
Siddiq Osman.
2 April 2009
Puisi ini hadiah buat bakal PM.
Tiada tenteram bangun semula.
Jebat muncul berwajah Tuah.
Tuah disangka penderhaka Raja.
Hikayat istana tepu rahsia.
Daulat Sultan agenda utama,
bila Jebat bina angkara
Tuah tampil menegah murka.
Jebat moden sungguh durjana,
putar berita susun dusta.
Sultan di takhta akur percaya.
Tersalah titah peranda jadinya.
Rakyat jelata pohon saksama,
Biar Jebat atau Tuah lakar sejarah.
Hang Nizar tetap di hati,
Najib Wijaya pasti dibenci.
Siddiq Osman.
2 April 2009
Puisi ini hadiah buat bakal PM.
Tuesday, March 31, 2009
Basyir meremehkan ICC dalam lawatan rasminya.
Sekalipun Basyir presiden dalam keadaan terancam oleh penangkapan yang warantnya dikeluarkan oleh ICC baru- baru ini tetapi ternyata beliau berani mencabar mahkamah pro barat itu dengan melakukan beberapa lawatan luar negara.
Doha merupakan lawatan kerja ke 5 setelah warant tangkapnya dikeluarkan. Namun risiko yang diambilnya berbaloi kerana mendapat sokongan seluruh negara Arab untuk mengutuk tindakan ICC mengeluarkan warrant berikut. Sebelum ini basyir telah melawat Asmara, Addis Ababa, Libya dan Kaherah.
Tindakan beliau telah membuatkan kredibiliti ICC tercemar dan sekaligus meletakkan mahkamah antarabangsa itu sebagai senjata politik barat yang gagal untuk menekan sudan.

Friday, March 27, 2009
Umar Al Khattab dan kebebasan bersuara.
Harakah digantung 3 bulan kerana sebab yang kurang pasti. Dalam masa 3 bulan tersebut akan berlaku 3 PRK dan baru berlepas perhimpunan imma'ah semalaya. Inilah hasil kebaculan demokrasi sekular yang dipekung oleh rasa bersalah dan takut tersilap.
Antara ciri pemerintahan zaman khilafah adalah hurriyah. Hurriyah bukan taharrur dan semestinya bukan jumud atau imma'ah. Sebenarnya kita boleh mengimport 3 peristiwa di zaman saidina Umar sebagai perbandingan dengan zaman Najib dalam bab kebebasan bersuara.
peristiwa pertama:
Pada Suatu Hari Huzaifah Ibn Yaman menghadap Umar semasa masuk berjumpa dengan Umar beliau mendapati Umar sedang menangis kerisauan. Lalu seraya bertanya "Wahai Amiral Mukminin apakah sebabnya engkau menangis?" Umar lantas menjawab " Sesungguhnya aku takut jika aku tersalah membuat keputusan, kalian tidak menegurku kerana ingin menjaga perasaanku atau membesarkan aku." Huzaifah dengan tenang membalas " Demi Allah, sekiranya engkau tersalah maka kami pasti akan menegurmu ke jalan yang lurus." Lalu Umar berkata " Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menjadikan Umatku, Umat yang bebas bersuara."
Tetapi Najib, culik orang , sogok orang agar pekungnya dijaga. Inilah Bakal PM kita. Sembang pong pang dalam perhimpunan UMNO tentang perjuangan bangsa dan agama, Padahal menggunakan perkataan agama dan bangsa untuk kaut harta.
Harakah digantung permitnya. Kebenaran disekat pendustaan diperbanyakkan. Maka tak hairanlah kenapa orang melayu tak pernah berubah ke takah kemajuan walaupun Malaysia dah 50 tahun merdeka. Kita merdeka dari Barat tapi dijajah lebih dahsyat oleh UMNO.
peristiwa kedua:
pernah suatu hari saidina Umar berjalan dan melintasi sekumpulan kanak-kanak. Lalu bertempiaran kanak-kanak itu lari kerana takutkan Umar. Tinggal seorang kanak-kanak. Lalu Umar menghampiri anak itu seraya bertanya " wahai budak, kenapa engkau tidak lari seperti teman-temanmu?" Lantas anak itu dengan petah menjawab " Aku tidak takut dengan sesiapapun melainkan ALLah, dan jalan ini bukanlah sempit untuk mendesak aku memberi laluan kepadamu." Lantas Umar memeluk anak itu lalu mencium kepalanya. Kemudian Umar berkata kepadanya "berpeganglah dengan pendirian ini sampai kau kembali kepada ALlah." Setelah itu Umar mengumpulkan kanak-kanak yang bertempiaran tadi lalu memeluk mereka sehingga kepala mereka bertemu satu sama lain lalu Umar berkata "seharusnya kamu sentiasa begini berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah."
Tetapi Najib dan orang orangnya, mereka sering dimomokkan dengan ugutan agar takut pada orang no.1 lebih dari takutkan hukum Allah. Mereka diajar bencikan hukum Allah selagimana hukum itu belum direstui bos mereka. Siapa yang melawan akan dibalckmailkan. Orang yang bijak dan pandai akan dicantas awal awal dan tidak diberi peluang bersuara lama.
Peristiwa ketiga:
peristiwa ini membuktikan peristiwa pertama bukan omongan kosong seperti perhimpunan agung Umno.
Pada suatu Hari saidina Umar telah berkhutbah di hadapan rakyatnya bagi menetapkan kadar tertentu bagi mahar perkahwinan. ketika selesai Umar berkhutbah bangun seorang wanita membidas khutbah itu dengan berkata "Wahai Amirul Mukminin, engkau tidak ada hak untuk melaksanakan perkara ini kerana engkau tidak berhak mendahului ALLAH lantas membacakan ayat al Quran yang menyatakan sekiranya seseorang lelaki mampu untuk memberi segunung emas sebagai mahar maka dia boleh melakukannya."
Lalu Umar menjawab " semua manusia adalah benar dan Umar adalah salah. Telah benar wanita tadi dan umarlah yang tersilap." maka Umar tidak jadi meletakkan had yang tertentu pada kadar Mahar.
Tetapi naib Najib, 150 ribu lebih tampil membantah PPSMI namun dia dengan selamba ingin mengenepikan pandangan mereka. Angkuhnya dia seperti dia itu sentiasa betul, padahal mereka seringkali melakukan kebinasaan pada budaya dan masadepan umat melayu dan Islam di Malaysia. Kes Murtad bukan di zaman pemerintahan orang lain. Kes Rogol kanak-kanak bukan zaman orang lain. Kes Ragut dan bunuh bukan zaman orang lain melainkan zaman pemerintahan UMNO.
Kebebasan bersuara adalah dasar pemerintahan ISlam sebelum barat tahu apa itu suara ramai. Tetapi UMNO yang merupakan waris penjajah buta untuk menilai dasar pemerintahan Islam itu lebih absah dan tepat bagi semua jenis bangsa dan adil pada semua agama. Islamlah cara pemerintahan yang paling meraikan agama minority dalam sejarah peradaban manusia.

Thursday, March 26, 2009
Ukhuwah atau mengalah.
Najib Tun Razak PM Malaysia ke 6 menjadi pelengkap kepada formasi RAHMAN. Tahniah pada beliau dan takziah pada rakyat Malaysia kerana PM yang semakin berbahaya telah berkuasa. Kenapa berbahaya? Saya tidak pernah mendengar gossip yang teruk terhadap perdana menteri sebelum ini seperti yang saya dengar mengenai Najib padahal perdana menteri yang lain kelima-lima mereka sudah berkuasa dan melepaskan kuasa mereka. Sedang Najib baru hari ini berkuasa. Jika nak dibandingkan dengan Pak Lah, Najib sangat jauh ketinggalan dari rekod moral.
Najib baru ini disergah dengan gelaran "pembunuh" dalam dewan Parlimen. Bayangkanlah orang ini akan memimpin negara(ops bukan akan tetapi sedang.) Bagaimanapun setelah saya membaca ucapan dasar Pak Lah dalam Malaysiakini saya dapati PakLah sudah mengalah dalam perjuangannya di dalam UMNO seolah olah Pak Lah dah tak mampu membersihkan UMNO. Dari terpaksa menanggung dosa Najib paklah lebih sudi beralah. Khairy yang merupakan calon Favourate Rosmah kini menjadi ketua paling kurang sokongan bahkan pengumuman kemenangannya disahut dengan kalimah RASUAH dalam perhimpunan. Nampaknya UMNO selepas perhimpunan kali ini adalah sebuah parti paling muflis pemimpin dalam sejarah politik Melayu.
Ukhuwah yang ada hanyalah lakonan pelukan perpisahan PakLah dan Najib adalah pelukan kekalahan PakLah dalam agenda perang rasuah dan juga kemenangan ikon Rasuah negara Orang yang pakar melakukan jenayah tidak akan mudah ditangkap. Inilah Najib seorang yang bijak bermain dengan undang-undang. Hukum manusia tak pernah adil dan sangat sempit. Boleh dijadikan bola oleh orang yang ada kuasa dan harta.
Selamat jalan Pak Lah saya ucapkan. cadangan saya untuk Pak Lah supaya beliau mendidik keluarga dan seterusnya menyambung pelajaran agama dan membuka pusat pengajian moral bagi anak-anak orang Umno untuk memulihkan mereka dari cinta dunia kepada cinta perjuangan. Jika benar apa yang diucapkan dalam Ucapan Dasarnya itu lahir dari Hati. Najib pasti akan senyum sepanjang malam kerana ura-ura Pak Lah akan menyerahkan jawatan pada orang lain telah berakhir. Kini PM dalam genggaman. Diharap Najib sempat kenyang sebelum harta negara habis.
Tuesday, March 24, 2009
Filem kita dan filem orang lain.
Mungkin kalau orang filem baca analisa rambang ini mereka akan rasa ia satu analisa cetek seorang penonton yang tak berpengalaman. Sebenarnya baru baru ini aku dan rakan rakan baru pasang TV satelite yang ada 322 channel dan 1## tidak perlu berbayar. Jadi, kami berpeluang mengikuti perkembangan dunia dan juga perkembangan dunia perfileman.
Dalam banyak-banyak siaran negara arab yang selalu kami tonton boleh dikatakan 70 peratus darinya filem Inggeris. Aku hampir menyoal diri kenapa orang Islam tidak larat nak buat filem sebaik Hollywood atau sekurang-kurangnya semacam Bollywood. Aku baru sahaja menonton Slumdog Millionaire katanya itu filem orang Islam dari mesir tetapi dilakonkan di India. Aku kurang selidik tapi jalan ceritanya bagus dan lakonannya juga hidup gambar yang real. seolah olah melihat reality. Begitu juga filem filem Iran yang berkaliber sehinggakan baru-baru ini sudan menjemput Iran membuka kelas perfileman di negara mereka.
Masalahnya sekarang kita tahu Amerika filemnya propaganda yahudi. Kita tahu British filemnya propaganda kristian. Apakah usaha kita untuk menentang mereka dalam arus ini? saya juga baru selesai menonton filem antoo fighter dan cicakman. kesimpulan yang saya buat setelah membandingkan beberapa filem inggeris, china, iran, India dan filem kita (Malaysia). Saya nampak mentaliti penonton bagi filem filem ini sangat berbeza. Hollywood suka mempamerkan kebijakan mereka sampai kadang kadang mereka menipu untuk mengatakan mereka bijak. China dengan harga diri mereka yang kononnya tinggi tak boleh dibeli dengan dunia. Iran dengan nilai kemanusiaan mereka yang kreatif diolah dalam filem yang menyentuh jiwa. India menipu dunia dengan kisah cinta sedangkan mereka lebih dikenali dengan hati kering dan kejam (terbukti dalam peristiwa MAsjid Babri). Tetapi filem kita? Saya hairan kenapa orang filem negara kita suka mempamerkan gaya bodoh dan dialog lemah dalam filem.
Antoo Fighter grafiknya agak baik tapi filemnya sampah. Cicakman begitu meniru filem superhero barat dan kostum yang buruk. Kita tengok puteri Gunung Ledang gebang modal juta juta itu sudah menggiurkan naluri hantu movie saya untuk menonton tapi dialognya hancur. Saya suka filem melayu seperti Leftenan Adnan Embun Paloh bukan kerana sejarah tetapi kerana bahasa dan latarnya bagus. Kita lihat orang kita cuba mementaskan mesej dengan seni. Tetapi ya ada adegan adegan Haram yang mesti dielakkan dalam cerita-cerita itu.
Saya tak pasti berapa kali pengarah kita ulang tonton filemnya sebelum di layar perakkan. Tetapi saya pasti ianya sekadar nak bagi siap. Penonton melayu bukan kisah sangat yang penting mereka ada cerita nak pergi panggung. Inilah sebab orang kita tak maju dalam industri ini. Sudahlah tidak menguntungkan bangsa, merugikan pula. kita ada penulis-penulis yang bagus. Ramlee Awang Mursyid ada banyak novel thriller yang baik untuk difilemkan. Faisal Tehrani juga bagus dalam karya fiksyen sejarahnya. Kisah cinta tak perlu diberi saranan orang melayu sudah pandai buat cerita cinta sedangkan kini cinta hanya jadi pemanis mulut dalam cerita.
kita perlu belajar buat filem dalam keadaan menjaga adat, jaga agama dan juga jaga seni. cukuplah cerita-cerita bodoh seperti zombi kampung pisang, antoo fighter dan seumpamanya. Kita sudah berada di era membangun. Bangunkan anak bangsa kita bina jati diri. sepatutnya kita sudah filemkan konflik politik negara. Konflik poltik negara kita menarik dan unik penuh satira jadi apa salahnya kita jadikan ianya filem?

Monday, March 23, 2009
Musim lapang
Semalam aku habiskan sekitar 200 ringgit cari buku buku untuk di belek belek sepanjang masa lapang. Dalam sedang pilih pilih buku aku terfikir buku apa yang nak aku baca dan beli sedangkan banyak lagi buku aku di Malaysia yang belum habis di baca.Tapi bila fikir ttg kekosongan yang ada disekeliling aku maka tangan ini dengan selamba menukarkan not 50 usd untuk dihabiskan di kedai buku.
Belek punya belek akhirnya aku buat keputusan untuk beli beberapa buku bacaan dan buku rujukan. Aku beli kitah Tafsir Fathul Qadir Imam Syaukani sebab semua kitab tafsir aku dah hantar balik. Mereka Yang Memegunkan Aku Ramadhan al Buthiy. Dewan Hassan Ibnu Thabit dah lama tak baca buku syair saja nak bagi biasa balik ngan bacaan Syair Arab. Dua buah buku penting untuk sem depan ilmu lughah dan juga fiqhul Lughah. Mengambil Jalan Selamat adalah buku ustaz Abdul Halim yang ingin aku dapatkan kupasan mengenai masalah tasawwuf dan tareqat.
Masa balik dari kedai buku aku tertanya apakah yang boleh aku lakukan untuk memastikan aku beramal dengan ilmu yang aku duk belajar sekarang ni. Aku terasa musim aku lalui di sudan ini sangat panjang dan kosong. hampir 8 tahun aku tempuhi dari seorang yang tekun belajar sehingga menjadi seorang senior yang malas dan kaku.
Aku tertanya tanya apakah dengan memberi ceramah umum pada manusia kita dikira mengamalkan ilmu atau itu hanya medan kalam? ada sesapa yang nak jawab? Aku bersoal sendirian apakah niat sebenar aku mnyampaikan sebuah ceramah? apakah ingin mengajar? memperlihatkan ilmu? mendidik? berkongsi? atau hanya mencari duit?
Sehinggakan persoalan itu terbawa kepada penulisan blog ini? untuk apa wujudnya blog ini? apakah ada orang yang mendapat manfaat darinya atau hanya menjadi tempat longgokan karya aku sahaja? melihat hits yang boleh tahan membuatkan aku bersemangat untuk menaip di sini. Tetapi apakah kalian semua ini mendapat manfaat dari himpunan aksara pada layar skrin maya ini?
Aku memang melalui musim yang lapang dan lohong. Kalian sibukkanlah diri kalian dengan ilmu dan ibadah. Doakan diri ini kembali bersemangat dan hidup.

Monday, March 16, 2009
Sirah Nabi sumber rujukan politik Islam.
sebulan ini saya sedang menikmati buku fiqh sirah karangan Mustafa Sibai bertajuk sirah nabawiyah. walaupun ust Mustafa tidak mendetailkan perihalk sirah perjalanan hidup Nabi tetapi beliau berjaya menyusun kronologi kehidupan nabi secara menyeluruh. Saya kira pembahagian 6 bab dari plot kehidupan Nabi yang dilakukan oleh penulis sangat tepat dan memudahkan pembacaan.
Walaupun kita sudah sering membaca buku sirah Nabi saya yakin buku kecil ini akan menyajikan perkara yang baru yang memberi manfaat yang banyak. Lebih unik lagi ianya menyeronokkan. Bahasa Arabnya yang santai dan juga gaya penceritaan yang jelas menampilkan layar bayangan dalam pemikiran kita.
Saya merasai beliau begitu terkesan dengan sirah sehingga menjadikan beliau seorang politikus yang menyedut pengalaman nabawiy dari sirah untuk diistinbatkan dalam profesionalnya sebagai politikus arab era 50 an.
Saya akan cuba menterjemahkan bukunya ke dalam Bahasa Malaysia semoga Allah memudahkan usaha ini.

Thursday, March 12, 2009
Apakah orang yang belum bersih dari tuduhan membunuh akan menerajui negara kita? Malaysia sebuah negara berdaulat masihkah tepat istilah itu?
Ya, memang tiada sebarang pertuduhan rasmi ke atas bakal PM malaysia tetapi begitu nyaring sembang sembang di persekitaran rakyat Beliau adalah suspek paling relevan dengan motif pembunuhan Altantuya Syaribu. Saya tidak ingin mengukuhkan pertuduhan tetapi apakah kredebiliti seperti ini layak jadi PM sekiranya pertuduhan palsu ke atas Anwar telah mengheretnya ke penjara selama beberapa tahun sehingga beliau dibuktikan tidak bersalah.
Saya sekali lagi tertanya-tanya kemanakah halatuju Malaysia selepas ini? menjadi sarang jenayah atau merudum sebagai negara tak berkredebiliti atau tiada maruah? Bukankah kita negara berdaulat? Atau mungkin selepas ini orang luar akan memanggil kita bangsa berulat? semua pemimpin ada kes jenayah.
Apa ni? kami generasi muda mahukan masa hadapan yang baik. Jangan kerana gilakan jawatan masa hadapan kami jadi medan pertaruhan. Yang tak layak tak payahlah nak tamakkan kuasa jangan jadikan politik pasar jawatan. Jangan jadikan dewan rakyat bursa pangkat. Sultan-sultan perlu kembali mencampuri politik negara sehingga keadaan kembali bersih.
Rakyat takkan tenang jika hidup di negara yang terpisah rakyat dan kerajaan. Kerajaan adalah rakyat dan rakyat adalah kerajaan. Idea ini perlu jelas kerana ini disentuh nabi dalam Hadis Addinu nasihah.
Semoga Allah menyenaraikan Malaysia dalam bumi yang dirahmati.

Kewartawanan Malaysia, ke mana halanya?
Selepas saya menulis tentang memboikot Utusan dan Berita Harian kerana kegagalan mereka menampilkan bahan yang membela rakyat saya diizinkan Allah mengenali wartawan dan jurugambar dari tanah air yang membuat liputan di bumi tumpangan ini. Saya dipanggil untuk menjadi pengalih bahasa bagi mereka melakukan temu ramah dengan orang tempatan.
Sememangnya mereka orang yang baik dan peramah serta mampu menggamit kekaguman di hati ini. Wartawan melayu Islam mampu untuk mengorek berita sebenar dari gering padang pasir yang dikambus fitnah. Membela Sudan dari penganiayaan akhbar barat. Apapun ini kerja wartawan tetapi orang yang menetukan dasar akhbar tempatan masih perlu dikenakan tindakan. Wartawan hanya mengumpul bahan jika bahan mereka baik tetapi ditapis oleh penapis yang jijik akan rosak juga bahan itu.
Saya cuma mahu pembaca faham bahawa yang merosakkan akhbar bukan wartawan atau penulis tetapi mereka yang di atas golongan ini. Setelah berkenalan lebih 10 jam saya simpulkan memang Akhbar adalah agensi tidak rasmi kerajaan bahkan mereka inilah senjata kempen ahli politik BN yang tidak langsung dan sangat berkesan.
Saya sangat seronok bersama dengan wartawan berdua ini mereka mengajar saya beberapa benda yang agak penting dan saya takkan dapat dalam medan kuliyah. Sudahlah mereka berikan ilmu dibayar plak imbuhan yang lumayan. meriahnya rasa hati. Tambah-tambah mereka peramah dan juga bertindak sebagai kakak dan abang bukan boss atau majikan. kalaulah semua orang professional begini di Malaysia pasti stress di pejabat menurun ke kadar sifar.
Saya tak nak quote apa-apa kerana isu sedut menyedut ini boleh mengeruhkan persahabatan. Hehehe. Thanks again Kak CT n Abg F.

Tuesday, March 10, 2009
Akhbar bukan lagi wadah pemikiran rakyat.
Saya sungguh kecewa dengan media massa Malaysia yang sangat kejam pada rakyat dalam laporan mereka. Kalau dahulu saya merasakan wartawan adalah golongan elit sastera yang paling berani mendepani wadah pemikiran rakyat. Menjadi sandaran pendapat rakyat. Tetapi kini Akhbar dan stesen berita seperti sampah yang merosakkan pemikiran bangsa. Ini semua kerana berlaku korupsi dan kebaculan sastera di kalangan penyiar. Saya yakin masih banyak penulis yang mahu mengembalikan kegemilangan Akhbar seperti yang berlaku pada zaman pra kemerdekaan.
Tetapi kini Akhbar sudah mengkhianati bahasa sendiri. PPSMI sepatutnya dibantah oleh semua akhbar melayu sebelum rakyat turun padang. Ini tidak, bahkan akhbar menafikan suara rakyat dalam melaporkan penentangan rakyat dalam menegakkan benang yang berendam air mata. PPSMI. Penjajah lebih adil bila tidak menerbitkan akhbar menurut kehendak mereka semasa bertentangan dengan pejuang kemerdekaan.
Apakah kerana yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI ini kebanyakannya dari pembangkang menyebabkan akhbar perlu memutar belit fakta? Jelaslah kenapa Blog begitu mendapat sambutan dalam segenap isu di malaysia. Ini kerana rakyat mahu membaca sesuatu yang adil. Sesuatu yang tidak memperbodohkan mereka. Kini rakyat sudah benci kerajaan sendiri seolah olah Malaysia kini dijajah oleh BN dan khasnya UMNO. Perlembagaan sudah tidak menjadi panduan suci dari campurtangan dan pelanggaran kuasa politik. Ini semua sepi dari dilaporkan oleh akhbar nasional.
Dengan keadaan ini saya menyeru berlaku pemboikotan besar besaran oleh semua pembaca, penulis dan pengkritik ke atas beberapa akhbar nasional terutamanya Utusan Malaysia dan juga Berita Harian. DBP mesti kembali berperanan dengan lebih aktif dan agresif. Mesti lebih bebas dan cergas. JIka DBP juga bacul maka Bahasa Melayu hanya akan dikenang dalam sejarah perjuangan dahulu kala. Tidak lagi bersemi di bumi sendiri. Saya harap penulis baru tidak lagi menghantar karya di Utusan Melayu, Berita Harian. Saya rasa kadang kadang majalah pop seperti URTV dan MANGGA lebih sedikit kerosakannya dari akhbar utama Malaysia.
Majukan bahasa kerana agama. Perlihara agama bangsa terjaga.

Saturday, March 07, 2009
Utusan Penipu.
Utusan laporkan ada 5000 orang jer. Harakah plak kata 150 000 kalau tgk dari gambar mana satu kita nak percaya? dah jadi macam ni baru Pak Lah nak suh buat keputusan. Adeh.
Friday, March 06, 2009
Perancangan Awal Barat yang Gagal di Sudan.
Sudan sememangnya menjadi sasaran barat kerana menyatakan sokongan kepada HAMAS dan mujahidin di seluruh dunia dalam setiap konflik barat dan Islam. Ini menggusarkan barat dan sangat mengancam mereka apabila Sudan semakin maju dengan minyak dan kestabilan Politik yang semakin baik.
Darfur dijadikan isu perkauman. Bermula dari situ mereka menjangkakan akan dapat menekan kerajaan dan melagakan pengaruh politik dalaman Sudan. Setelah mereka beroleh beberapa kepala munafik di Darfur yang lebih popular dengan pengajian Al Quran dan penternakan. Akhirnya mereka mencipta fitnah yang sangat jauh dari peribadi presiden Sudan. Mereka menuduh beliau sebagai penjenayah perang dan telah mengakibatkan kematian 300 ribu nyawa sejak 2002. Beliau jua tidak terlepas dari tuduhan merogol beramai-ramai. Ini semua bertentangan sekali dengan Basyir yang merupakan seorang pemimpin Islam yang berusaha melaksanakan sistem Islam di Sudan.
Barat menjangkakan selepas pengisytiharan waran tangkap Untuk Basyir akan berlaku perang saudara ataupun rusuhan yang bakal menjadi lesen untuk mereka menceroboh negara ini. Tetapi sangkaan itu meleset sama sekali. Mereka kemungkinan akan terpaksa menarik balik kes ini atau menangguhkannya. Kita akan tunggu dan lihat.
Sebelum ini saya masih meragui keikhlasan perjuangan Basyir dalam melaksanakan Islam. Tetap apabila keluarnya waran tangkap dari ICC maka jelaslah beliau benar-benar berusaha ke arah mengislamkan pemerintahan Sudan. Ini kerana banyak ayat Al Quran menegaskan bahawa orang kafir ini takkan redha dengan Orang Muslim selagi mereka tidak menuruti agama lain. Ini jelas dalam hubungan baik Amerika Mesir, Saudi dan bermacam negara teluk lain. Tetapi kenapa Sudan dimusuhi? kenapa Sudan dikenakan sekatan?
Ini kerana Sudan menyokong Hamas. Ini kerana Sudan membuka gerbang dakwah ke seluruh Afrika. Ini kerana Sudan mengukuhkan ketenteraan dan menolak sebarang pelaburan barat dalam membangunkan negaranya. Lebih tepat Sudan mengamalkan Islam sekadar kemampuannya. Sudan tidak mewajibkan wanitanya berfurdah. Sudan tidak mengharamkan rakyatnya berhibur. Sesiapa yang menetap di Sudan tidak akan melihat perbezaan besar antara Islam di Malaysia dan di Sudan. Tetapi disebalik tabir Islam disanjung dan disemat baik dalam masyarakat. Sistem pendidikan Sudan diepnuhi dengan Asas asas Islam. Dari sekolah rendah rakyatnya didedahkan dengan Tafsir dan Hadith. Namun ini semua memerlukan masa kerana kewangan yang terhad dan juga kepakaran yang sedikit.
Saya yakin Sudan mampu pergi jauh jika mereka mengekalkan cara hidup sebegini. Jauh bukan seperti MAlaysia jauh yang akan menyesatkan. Kita lihat apa kemajuan lakukan pada anak bangsa kita. Dulu anak luar nikah sangat mengaibkan sehingga mampu membawa kepada bergolok berparang. Tapi kini ianya kebiasaan bakan bagi kalangan anak muda kini tidak berpacaran adalah satu keaiban. Inilah yang membuat saya menaruh harapan agar Sudan maju materialnya tetapi kukuh moral mereka.
Bagi saya ICC ini satu ujian dan juga teguran Allah kepada Basyir agar menjaga Islam dalam dirinya dan rakyatnya. Saya lebih sayangkan Presiden Sudan dari PM MAlaysia. Entahlah kenapa perasaan ini begitu. Sedangkan sekalipun saya belumpernah bersalaman dengan Basyir. Sekalipun Basyir belum pernah melihat wajah saya. Bukan kerana itu tetapi mungkin kerana cita-cita saya ada kaitan dengan apa yang Basyir usahakan. ALLAH engkaulah yang memelihara HambaMu.

Thursday, March 05, 2009
Mahdi Akif : Mahakamah ICC anti Arab.
Setelah mahkamah ICC memutuskan pengesahan waran tangkap untuk Basyir semalam Rata rata pendukung politik Islam mengutuk mahkamah itu dan mempertikaikan keputuisannya yang jelas menunjukkan sikap anti Islam dan Arab.
Mahdi Akif yang merupakan mursyidul am Ikhwan di Mesir menyatakan bahawa semua negara Arab mesti menarik diri dari menjadi anggota mahkamah jenayah antarabangsa itu sebagai protes kepada tindakan terhadap basyir yang dianggap sebagai anti Arab.
Manakala naibnya mempertikaikan di mana Mahkamah ICC ketika Ghaza diganyang oleh Israel dan apakah tindakan kepada penjenayah perang Israel ehud Olmert dan lizniy?? Muhammad Habib merupakan naib mursyidul Am ikhwan di Mesir.
Tunjuk perasaan mengutuk pengadilan berunsurkan politik ini turut diadakan di Jordan,Lubnan dan Palestin. China menggesa PBB menghentikan keputusan Mahkamah jenayah antarabangsa. manakala Amerika menyeru agar Sudan men\uruti keputusan MAhkamah.
Bagaimanapun naib presiden 2 Ali Usman Toha menyatakan Basyir tetap akan menjalankan tugas sebagai presiden Sudan seperti biasa dan mahkamah jenayah perlu berurusan dengan kementerian dlaam negara. Adapun kesatuan Afrika akan bersidang di Addis Ababa bagi mencari penyelesaian bagi kes Basyir dan ICC. Ali Usman Toha turut menyatakan Khartoum akan meletakkan isu ini di bawah skop memebebaskan Sudan dari sebarang penjajahan kuasa asing.
Disamping itu Naib presiden 2 ini turut menegaskan negara-negara Arab dan Afrika serta kumpulan negara negara G77 menyokong Basyir dan ia bukanlah satu Mujamalah atau cakapa kosong tetap[i sebagai bukti ketuanan Sudan diiktiraf dan diperakui dunia luar yang bebas dari cengkaman Yahudi dan AMerika.
Wednesday, March 04, 2009
Al Aqsa diancam
Israel telah bersedia untuk menggali dua terowong di bawah masjid Al AQsa yang di bawah jajahan mereka.Mereka telah mula mengeluarkan amaran agar 55 keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka di Utara bandar Al Quds. mereka juga telah mempersiapkan plan bagi membina ribuan penempatan baru di bandar itu.
Yayasan waqaf dan Turas Al Aqsa melaporkan bahawa yahudi sedang menggali
dua terowong baru bagi menghubungkan Al Aqsa dan Hayy Syarif ; iaitu sebuah perkampungan palestin yang telah dirampas Yahudi pada tahun 1967dan dinamakan perkampungan Yahudi di Medan Buraq barat Masjid Al Aqsa.
menurut sumber dari Palestin panjang terowong pertama adalah 56 meter dan terong kedua 22meter. Pihak berkuasa Israel telah merancang supaya dibina laluan elektronik bg terowong melintang dan lift bagi terowong menegak. sebagai perancangannya bagi memudahkan pengunjung Yahudi dan orang asing bagi melawat masjid al Aqsa dan Medan Buraq.
projek ini di jangka memakan belanja 2.5 bilion US.

Perincian Projek.

Rakyat Sudan Menyokong Presidennya.
Setelah mahkamah antarabangsa ICC mendakwa AL basyir sebagai pencetus Genocide atau penghapusan etnik di Darfur pendakwa raya occampo telah berjaya mendapatkan waran bagi al basyir bagaimanapunj hari ini 4 march 2009 adalah hari penentuan bagi pendirian mahkamah antarabangsa mengenai isu tersebut.
Kebarangkalian untuk kes ini pada hari ini ada 3. Mahkamah menolak pendakwaan, mahkamah menerima kesemua pertuduhan dan yang ke tiga mahkamah menerima sebahagian dari pendakwaan.
Bagaimanapun Bashir menyatakan beliau akan mengabaikan pertuduhan yang tak berasas itu sekalipun morinho occampo mendakwa beliau memiliki bukti kukuh. Sekiranya Basyir didapati bersalah beliau akan diberkas sebaik sahaja meninggalkan sempadan Negaranya ini berikutan kedudukan beliau yang kukuh dalam sokongan rakyat sudan .
Bekas musuh utama kerajaan Sudan yang kini merupakan naib presiden satu Sudan Salfakir menyatakan tidak menjadi persoalak\n tindakan mahkamah antarabangsa untuk mengadili Basyir tetapi bagaimana mungkin basyir sebagai ketua kerajaan akan dihukum? Jika ICC menganggap menangkap Basyir adalah perkara yang mudah dan menyelsaikan masaalah kita akan lihat apa yang berlaku nanti.
Bagaimanapun dalam ucapannya ketika merasmikan pembukaan empangan terbesar di Sudan Basyir menyatakan Waran tangkap ke atasnya tidak akan merencatkan kemakmuran dan proses keamanan di Sudan . Bahkan Basyir mempertikaikan jenayah perang ke atas Iraq yang dilancarkan oleh Bush kenapa tidak diambil tindakan sedangkan satu dunia mengetahui Senjata berbahaya yang didakwa ketika Amerika masuk ke Iraq sampai hari ini tidak dijumpai. Begitu juga jenayah social yang disebabkan Amerika di Afghan. Ahmadi Najad dalam mengulas masalah ini mempertikaikan apakah yang ICC lakukan pada penjenayah Perang di Ghaza>???
Tuesday, March 03, 2009
Matahari Alam.
Kelam malam berarak hilang.
Suria tamadun menjengah terang.
Benua Arab meriah riang.
Buana semua syukur girang.
Suria ini bukan mentari sebarang.
Cahayanya abadi siang dan malam.
Cerah seluruh alam.
Maya yang tandus kembali subur.
Sinar gemilang dari bukit cahaya.
Malaikat mulia bawa berita.
Hira' jadi gerbang langit.
Mengikat bumi dengan risalah.
Kala insan bagai haiwan.
Kau muncul bawa seruan.
Mengangkat manusiawi memimpin jagat.
Dari kota pelita menakluk Timur dan barat.
Wahai nabi lahirmu bagai menyeri mentari.
Menyuluh batin maknawi alam.
Menyalur rahmat sekalian ummat.
Wahai nabi sungguhlah engkau Muhammad
yang dipuji sampai kiamat.
Siddiq Osman
7 Rabiul Awal 1430 Hijrah
Tahun Ghaza

Syarmi Syeikh sekali lagi menjadi sarang Mahmud Abbas dan sekongkolnya.
Sekali lagi hak HAMAS terhadap Ghaza dibelakangkan ABBAS dan sekutunya. Dalam perjumpaan lebih 80 negara HAMAS tidak dijemput untuk membincangkan menngenai pembangunan semula Ghaza. Seperti biasa Hosni Mubarak akan menyebelahi Mahmud Abbas dalam menentukan kocakan politik di Palestin. Walaupun satu dunia telah menyaksikan HAMAS yang mengusir rejim Israel dari Ghaza tetapi semua pihak dengan terang menafikan keupayaan HAMAS dalam menjaga kemaslahatn Ghaza. Bahkan pengkhianat dan korup seperti Abbas akan diberi mandat.
Ini diperkemaskan lagi dengan syarat bantuan Amerika bahawa ia tidak mahu satu senpun duit dari nya sampai ke tangan HAMAS. Bagaimanapun HAMAS telah berjaya mendapatkan sokongan untuk menyatukan kumpulan kumpulan pejuang bagi merangka pembentukan kerajaan Palestin sementara menanti kemunculan pilihanraya.
Saya tertanya-tanya sampai bila munafik-munafik ini akan ALLAH simpan dalam karung kemewahan dunia. Tetapi jawapan yang saya dapati dari Surah Al Munafiqun menafikan soalan saya. Semoga Umat Islam kembali celik AL quran dalam menilai isu semasa dan dunia. Selamat membuka ALquran dan mendapat jawapan darinya.

Monday, March 02, 2009
Pengasas HAMAS dalam kenangan,
- Ahmad Ismail Yassin telah dilahirkan pada 1938 di selatan tebing Ghaza dan berhijrah bersama keluarganya ke ghaza pada 1948.
- Dia telah mengalami lumpuh seluruh anggota badan akibat kemalangan semasa melakukan riadhah.
- beliau mengajar bahasa Arab dan pendidikan Islam, kemudian menjadi khatib dan mengajar di Masjid di Ghaza, beliau dikenali sebagai seorang khatib yang lantang di seluruh Ghaza dalam mengutuk Penjajahan Israel. .
- Beliau juga telah bertugas sebagai pemimpin bagi kesatuan Islam di ghaza.
- Syeikh telah ditangkap pada tahun 1983 oleh penjajah atas tuduhan menyeludup senjata dan menubuhkan angkatan tentera serta dituduh berhasrat menghapuskan kewujudan negara Israel dan di penjarakan selama 13 tahun.
- Bagaimanapun Syeikh dilepaskan setelah 11 bulan dipenjara pada tahun 1985 hasil pertukaran tawanan antar kerajaan Palestin dan Yahudi.
- Syeikh bersama beberapa aktivis Islam yang lain mengasaskan HAMAS pada tahun 1987.
- Israel telah menyelongkar rumahnya dan membawanya bersama kerusi roda ke sempadan Lubnan dan menafikan kerakyatannya pada 1988..
- pada malam 19-5-1989 Syeikh Yassin dan ratusan pengikut Hamas telah ditangkap atas tujuan menghentikan serangan bersenjata ketika itu.dan ramai pekerja telah dibunuh..
- pada 16/10/1991 Syeikh Ahmad Yassin telah didapti bersalah oleh mahkamah tentera Israel dan dihukum penjara seumur Hidup dan ditambah 15 tahun atas 9 pertuduhan dan diantaranya menubuhkan HAMAS dan sayap ketenteraannya serta menyeludup senjata.
- Syeikh Ahmad Yassin yang mengalami kelumpuhan seluruh anggota badan turut mengalami penyakit-penyakit lain seperti kehilangan penglihatan mata kanan dan lemah penglihatan mata kiri dan berbagai penyakit lain mengakibatkan beliau sering keluar masuk hospital.pada 13-12-1992 Kataib Al Qassam telah meletupkan bebrapa post tentera Yahudi sebagai membalas penangkapan Syeikh Yassin dan menuntut pembebasan Tawanan kurang upaya oleh Israel.,
- Syeikh Ahmad Yassin telah dibebaskan pada tahun 1997 setelah perundingan antara kerajaan Jordan dan Israel berjaya melakukan tawar menawar bagi pertukaran agen Mossad yang ditawan oleh HAMAS di Jordan.
Subscribe to:
Posts (Atom)