Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, January 11, 2009

Al Qaradhawiy Mengetuai ulama dunia dalam mengecam Israel.

11 januari Yusuf Al Qaradhawiy yang terkenal sebagai ilmuan Islam yang peka dengan permasalahan Umat mengecam Israel dengan menyatakan penindasan Israel dan penjajahannya adalah pengisytiharan perang mereka dengan Allah. Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Tinggi tipu helahnya dan kekuasaannya.

Dalam Khutbah jumaat 9 Januari yang lalu Qaradhawiy menasihatkan pemimpin dunia dan khususnya pemimpin Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam perihal rakyat mereka kerana Rakyat telah menyatakan suara mereka. Allahlah yang telah melantik Pemimpin hari ini untuk memikul tanggungjawab umat. Dalam nada taajub Al Qaradhawiy mempertikaikan bagaimana kerajaan-kerajaan negara Islam boleh berdiam diri ketika mereka melihat apa yang diperlakukan Musuh Allah ke atas Umat Islam Ghazza.

Israel yang bergantung penuh dengan teknologi dan kekuatan Amerika pasti akan menemui kekalahan ini telah Allah janjikan pada mereka. Dalam Al Quran Allah Menyebut:
 " وَكذَلكَ أَخذُ رَبكَ إِذَا أَخذَ القرَى وَهيَ ظالمةٌ إِنَّ أَخذَهُ أَليمٌ شدِيدٌ"
maknanya

dan begitulah Tuhan kamu membinasakan satu kota sedang mereka berlaku zalim dan balasan Allah itu sangat-sangat pedih.

selain itu Al Qaradhawiy menyingkap senario masyarakat Islam di seluruh dunia dalam mengatakan bahawa Kini Umat Islam membara dan semakin merindui Jihad. Selepas beliau menegaskan bahawa pendirian negara-negara Islam adalah merupakan masalah bagi jihad Palestin. Seolah-olah Israel dilindungi oleh kerajaan Islam dari kemarahan umat.

artikel kali ini adalah rumusan dari artikel asal Al Qaradhawiy dalam www.qaradhawi.net.

1 comment:

Fakhzan Marwan said...

Salam ziarah saudara,

Saya membaca cerpen saudara di dalam blog saudara satu lagi, Saudara ini, sungguh luar biasa skali gaya penulisan mu, MasyaAllah, teruskan menulis dan berjihad, keran semangat itu dtg dengan kata2, ditiup dengan kata2, dijulang2 dengan kata2.

Negara2 Islam ini pembohong dan penipu, ya, lindungi sahaja Israel laknatullah itu, moga2 Allah tidak akan melindungi mereka, di Hari yang tiada lagi perlindungan selain rahmat-Nya.

Saya kira, mereka ini tiada hatikah? Mungkin jua Allah swt telah menarik rahmat penglihatan ,pendengaran dan hati mereka, uiishhhhhh nauzubillah...Mungkin jua mereka sudah hilang malunya pada Rabbul Izzati' itu.