Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, January 01, 2009

Palestin VS Darfur. Sikap Amerika yang terang terang memusuhi Islam.

Setiap habuk yang tercalit pada sejarah perkauman di Darfur dikutip tanpa ditinggal satu pun bahkan ditambah pula dengan pasir pasir fitnah sehingga dunia melihat Al Bashir yang mesra rakyat sebagai pembunuh satu bangsa.

Tetapi tahi tahi yang mencemar setiap pandang kemanusiaan di Palestin dibungkus dengan pelbagai persidangan dan juga perbincangan, Israel sentiasa dimanjakan ditambah bantuan kononnya untuk menghalang dari dianiaya. Dunia perlu faham di sini PBB adalah proksi Yahudi bukan sekadar Amerika. PBB ditubuhkan semata mata untuk melumpuhkan kedaulatan negara Islam. Setiap perkara yang menindas ISlam akan diberi laluan manakala setiap perkara yang membantu Muslim akan ditangguh dan akhirnya dibunuh.

Dunia Islam bukan buta tetapi kerajaan kerajaan ISlam sibuk menjaga kerusi mereka di tempat masing masing takut dengan ugutan Yahudi sehingga terlupa dengan amaran Tuhan. Sebelum ini kita gembira dengan kemenangan Obama. Saya sejak awal menyatakan kepada rakan-rakan kalau kita berserah pada selain ALlah Allah sendiri akan menjahanamkan kita.

Saya yakin dengan benar selagi umat Islam tidak bersatu menyelesaikan sendiri permasalahan ini dengan membanjirkan bantuan bagi melenyapkan Israel dari peta dunia selagi itulah masalah ini tak akan selesai. Saya lebih bertanya apa yang boleh kita lakukan sebagai orang kecil.

Pertama boikot, ini sebenarnya senjata yang kita abaikan. Kedua menghulur bantuan sekadar yang mampu. ketiga Mendoakan mereka setiap ketika walau ini yang paling senang tetapi inilah yang peling mustahak. Doa senjata mukmin. Keempat sebarkan kefahaman ini, kerana boikot perlu kepada penyertaan menyeluruh. Bantuan yang banyak akan memudahkan mereka di sana dan pastikan saluran bantuan itu yang paling absah. Doa dari jemaah yang ramai adalah lebih mustajab dari doa bersendirian.

Berhentilah seketika berhibur di kala adik adik dan kakak-kakak kita sedang ketakutan dan menangis. damaikan mereka dahulu kemudian terserahlah. Saya merayu bagi mereka di sini agar kita menyertai peperangan ini di tempat kita. Tolonglah! mereka cuma bersenjata ringan dalam pagar yang tiada terlihat, dikelilingi oleh saudara sedarah yang bodoh dan dungu, Tolonglah mereka kalau kita bukan dungu, bukan bodoh. kalau masih ada sekelumit Iman di hati dengarlah bisikannya. tolonglah. bukan nanti, sekarang. ya sekarang juga.

baca ini dengan mengangkat tangan ke langit sambil berniat utk doa.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ... يَا جَبَّارُ... يَا مُنْتَقِمُ! يَا اللهُ ) 3 مرّات ( اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب...وَيَا مُجْرِيَ السَّحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب... اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Ya Allah bantulah kami jadi saudara yang beriman dengan Ukhuwah, Ya Allah kembalikanlah ruh jihad kepada hati hati kami yang sudah kecut kerana maksiat. Ya Allah jadikanlah kami ini Saudara yang berguna. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang menciptakan kami dan musuh kami. Kami memohon Engkau hancurkan musuhMu dan bantulah hambaMu. Kami sangat yakin Engkau Berkuasa walaupun di mata kami ianya luar biasa. Amiin.

4 comments:

cato;patchi said...

iskk kesian baby tuh..

Cik LuLu said...

Allahu akbar! terima kasih kerana menyedarkan hati yang makin alpa.

SangMentari said...

Pilu hati bila melihat saudara-saudara kita diperlakukan seperti di atas. Aku sentiasa berharap penderitaan mereka akan ada akhirnya. Takbir!

p/s Aku berkesempatan untuk ke Darfur pada 2 tahun yang sudah bersama dpmm dan tv3. Tak pasti adakah kita pernah ketemu...salam ziarah dari Cairo

Anonymous said...

salam ...ana nk amik artikel nta untuk disebarkan..moga islam sentiasa di hati kita