Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, January 11, 2009

Khalid Misy'al Menyatakan pendirian HAMAS.

Khaled Mesy'al
Khalid Mesy'al merupakan ketua pejabat politik HAMAS semalam telah berucap dalam televisyen Al Jazeera telah menyatakan "Israel sedang mengalami kegagalan dalam misinya yang terbaru dengan kekalahan yang teruk." Mereka kini terus menetap di ghazza menanti sedikit masa. mereka menyangka kekuatan tentera pembebasan Palestin akan lemah. Namun Khaled Mesy'al menyatakan " Kekuatan pihak pembebasan Palestin tidak akan mengalah dan kekuatan kami semakin bertambah."

Dalam temu ramah di televisyen itu Khaled Mesy'al menyatakan "HAMAS menolak kewujudan sebarang tentera pengaman di Ghazza, kerana kewujudan mereka merupakan satu lagi bentuk penjajahan ke atas Ghazza. Kekuatan tentera pembebasan sudah cukup untuk menghalang Israel dari mencerobohi Ghazza." Sambil beliau menyifatkan serangan kali ini merupakan "Serangan Yahudi ke Tujuh."

Dalam dialognya dengan pemberita Al Jazeera beliau menyatakan HAMAS mahu Israel berundur dari Ghazza dan semua tanah Palestin serta membuka semua jalan keluar masuk ke Ghazza. kembali kepada perjanjian 2005 iaitu perjanjian berkenaan sempadan dan laluan keluar masuk ke Ghazza. Dalam masa yang sama HAMAS menolak sebarang rundingan selagi Israel tidak menghentikan serangan dan keluar dari Ghazza.

Mahmoud Abbas menyifatkan Israel kini menghadapi dua kemusnahan. Iaitu kemusnahan akhlak dan juga ketenteraan.

No comments: