Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, January 10, 2009

Janji HAMAS pada Israel.

Israel menyatakan akan sampai suatu hari HAMAS akan lumpuh dan tiada upaya untuk menggugat bumi Israel lagi. Kini sekutu kami sedang menghapuskan teroiwong-terowong yang menghantar bantuan kepada HAMAS.

HAMAS menjawab dengan menyatakan bahawa hari itu takkan datang dengan izin Allah kami akan mengambil kembali hak kami sebagaimana kami mengambil kembali ghazzah.

HAMAS adalah singkatan bagi Harakah Muqawamah Islamiyah. Mereka dipercayai pecahan atau cabang Ikhwan Muslimin di Palestin. Pengasas-pengasas HAMAS semuanya gugur sebagai syuhada di Palestin Syeikh YAssin yang di geruni, Syeikh Rantisi yang manis dengan senyuman. Kini Israel dan dunia tidak mengetahui siapakah ketua pergerakan ini. Walaupun ketuanya dirahsiakan  namun kegiatannya menghalau Israel sentiasa berterusan dari Intifadhah sehinggalah penubuhan kataib Qassam kini berupaya melancar serangan melalui roket jarak dekat dan sederhana jauh.

HAMAS melaporkan bahawa semakin hari kekuatannya semakin bertambah. Apa yang Israel saksikan hari ini hanyalah sebahagian dari kekuatan sebenar. Israel seperti yang Allah perkenalkan dalam Al Quran bangsa yang takut mati dan pengecut. Ini kerana mereka sudah mengetahui hidup mereka hanya di dunia kerana di akhirat neraka menanti mereka dan sekutui-sekutu mereka dari kalangan munafiq.

Saudaraku yang berada di luar Ghazza kita jangan risaukan HAMAS kerana Allah bersama mereka tetapi kita risaulah pada diri kita supaya kita kekal dalam landasan Iman. Jihad itu adalah klimaks keimanan. Jangan kita fikir kita layak ke medan jihad sekiranya dasar Iman belum kita takluki.

Bangunkan Islam dalam diri kita nescaya Islam akan tertegak di tanah kita. Saya yakin kita perlukan tak lebih dari 15 tahun dari sekarang untuk melihat kemenangan. ini bukan ramalan tetapi inilah keyakinan saya. Pertolongan Allah semakin hari semakin dekat.

2 comments:

cato;patchi said...

doakan.
yang termampu.
sama2 doakan.

Kamarul said...

Teruskan usaha mendedahkan isu palestine..