Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, January 08, 2009

Mainan Propaganda.

CNN menggunakan slogan crisis in ghazza dalam berita mengenai palestin. seolah serangan yang berlaku hanyalah serangan kecil. manakala BBC menggunakan perkataan conflict. berbeza dengan Al Jazeerah yang menggunakan perkataan War on Ghazza.

Selain itu liputan di Jazeerah ke udara 24 jam manakala di CNN dan BBC ia hanya menjadi berita picisan. Selain itu ketika membaca akhbar-akhbar Malaysia saya mendapati maklumat banyak di ambil dari AP, Reuters berbanding Ramattan dan agensi berita lain.
Ini menunjukkan Muslim perlu kembali menguasai media massa. Media merupakan senjata penting dalam peperangan sebagaimana Rasulullah pernah mengarahkan hassan ibn tsabit sebagai penyair perang untuk menjawap setiap syair kuffar dalam memfitnah rasul.
Kini Ghazza bersuara di Al Jazeera, Al Quds dan Ramattan news agensi selain Al Manar dan stesyen TV Iran. Saya menyeru semua etugas siaran yang membaca blog ini memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Kalian perlu berasa beruntung kerana berpeluang bersama menyertai jihad ini dari jauh.

No comments: