Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 12, 2009

Fosforus Putih.


Assalamualaikum.

Saya sedikit kesal setelah mendapati pembaca lebih suka membaca dan berlalu pergi tanpa berkongsi sebarang pandangan yang boleh dijadikan percambahan tindakan kita sebagai umat Islam di blog ini. bahkan saya dapati di blog lain juga perkara yang sama berlaku. Seolah olah mereka menyelak akhbar yang dibeli di kedai kedai mamak.

Pun begitu saya akan terus menulis dan menanti komen-komen yang mantap bagi menjadikan maya siber ini perbincangan umat sebelum mereka turun ke jalan melakukan demonstrasi dan pemboikotan ekonomi. Malam ini saya akan berkongsi tentang Penggunaan fosforus putih dalam bom buatan Israel.

Fosforus putih telah dikesan oleh pengkaji britain penggunaannya dalam serangan Israel kali ini sejak 11 hari lalu. walaupun senjata itu telah diharamkan dalam perjanjian Geneva 1980. Bahan ini bertindak balas dengan oksigen dengan pantas. Ia menghasilkan bau seperti bawang putih dan diperbuat dari sulfat. Bahan ini mampu meresap ke dalam tanah, laut dan juga sungai. Selain ia membahayakan nyawa manusia ia turut merosakkan ekosistem malah mengancam hidupan air.


Bahan ini jika terdedah pada udara dalam masa yang lama akan mereputkan kulit dan daging sehingga tinggal tulang. Jika terdedah dalam masa yang singkat ia akan menyebabkan sakit mulut dan hidung. Bahan ini telah digunakan oleh Amerika dalam peperangannya menentang keganasan (kononnya) di Iraq pada tahun 2004.

Inilah satu lagi jenayah perang yang dilakukan Israel di Ghazza dan Amerika tetap menyokong penuh tindakan penghapusan etnik ini.

1 comment:

fairuzsallehuddin said...

eyush baru tgk gambar mangsa serangan botadi. melecur trok 1 badan. dalam laporan tu bukan cakap pasal meleur je akibatnya tp jugak akan melibatkan kerosakkan organ dallaman badan. Israel mmg jahat gila. laknatullah. Moga Allah melindungi Muslims keseluruhannya.