Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 12, 2009

Ghazza menghadapi peperangan yang semakin menggila. Setelah gagal dalam operasi darat kini Israel sedang bercadang menggunakan gelombang ketiga. Kini sekiranya kita perhatikan gambar di atas menampilkan warna asap hitam pekat yang dipercayai hasil dari agen posporus putih dalam senjata mereka. Agen posporus itu mampu untuk mencairkan besi dan diharamkan penggunaanya dalam peperangan di kawasan penempatan .
Bagaimanapun Israel masih berdegil untuk berundur walaupun ternyata operasi daratnya gagal menembusi benteng kuat pihak pembebasan Palestin. Semalam HAMAS melancarkan lebih 20 roket ke selatan Israel. bagaimanapun Israel menyatakan hanya 3 orang mati dan jumlah kecederaan sangat sedikit. Bagaimanapun BBC Arabic menyatakan mereka sukar mendapatkan angka sebenar kemusnahan di Israel kerana pihak media tidak dibenarkan membuat liputan.
Pagi ini Israel melancarkan serangan udara bagi mengebom bandar Ghazza dan penempatan awam di sana. Inilah yang dikatakan Israel sejak pencerobohannya kali ini bahawa mereka tidak ada sebarang sengketa dengan penduduk Ghazza apa yang mereka mahukan adalah HAMAS. Kini angka syuhada di Ghazza telah meningkat sehingga 900 orang.
Semalam 11 doktor sukarela yang bertolak pada hari sabtu lalu dari Rafah telah sampai dan mula berkhidmat di Hospital Asy Syifa'. Mereka terdiri dari 7 orang doktor Jordan seorang Yaman dan 3 orang dari Mesir.
Israel semalam telah mengebom Rafah dan mengakibatkan 2 orang pengawal sempadan mesir mati. Kini sasaran Israel semakin rambang dan dunia masih kabur dalam menilai kebinatangan Israel dan kerakusan mereka.
Saya kini mula merasakan dengan hanya melaporkan belum boleh berpuas hati. Saya menyeru semua Umat Islam agar mencari maklumat dan mencanangkan kepada semua kenalan agar Nusrah lebih dekat. Kita sudah tidak boleh mengharapkan sesiapapun melainkan Allah dan bantuanNya.

1 comment:

Fairuz Sallehuddin said...

Mesir mmg buta. dah Israel serang pon masih nak sokong lagi.