Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 19, 2009

Kemenangan HAMAS menuntut perubahan.

Kita telah diberi kemangan di Ghaza. Kini masa untuk ummah berubah cara berfikir. Ummah perlu memiliki rasa perlunya sebuah daulah. Sebuah kesultanan Islam yang mampu memelihara ummah. Kita ada kekayaan kita ada kekuatan kita ada Allah tetapi kita takl punya kesatuan. Kita tiada ukhuwwah. Allah telah mengingatkan kita tidak akan berubah sesuatu kaum melainkan mereka yang merubah diri mereka sendiri.

Mahmoud Abbas tanpa segan silu mempelawa kepada penggabungan kerajaan seperti semua mata tidak melihat najis munafiq yang terpalit di rambut putihnya. Ini kerana projek projek sedang menanti di Ghaza miliar dolar sedang mencurah ke atas pemulihan semula bandar Ghaza. Masa ini barulah Abbas merasakan Palestin Ghaza adalah bangsanya naungannya dan perlukan bantuannya. Persetanlah dengan seruan Abbas.

Kita tak perlukan bantuan orang lain sekiranya ada daulah yang menguruskan zakat harta orang Islam. Kita tak perlukan bantuan sesiapa sekiranya ada daulah yang melatih ketenteraan Jihad Islam. tetapi kita tak boleh harapkan sesiapa apabila kehilangan daulah dalam memelihara penyatuan ummah. Kita boleh lihat Amir Qatar sebagai calon terbaik penyatuan Ummah masa ini. Daie perlu mula menyasarkan dakwah di kalangan Al mala'.
disamping kemaskan tarbiyah diperingkat masyarakat.

Kita perlu merubah dari mana? dari diri kita. Islam perlu dijadikan asas utama untuk pemahaman kita. Ibadah perlu dijadikan tujuan kehidupan kita. Akhirat mesti diletakkan agenda segala aktiviti harian kita. Cita-cita kita mesti dibesarkan. Ilmu kita mesti ditambah dan tingkatkan. Ithar kita mesti diperkemaskan. Pendek kata pulangkan diri kita pada tarbiyah islamiyah rabbaniyah.

Aktiviti kesedaran Ummah perlu kita utamakan.

Siri keajaiban di Ghaza clik sini.

1 comment:

Fairuz Sallehuddin said...

Mahmoud Abbas buwweeekkkssss!!
sekarang baru sibuk nak tunjuk muka. dlu2 sembunyi2. Buweeekkksss for u mahmoud Abbasss!!