Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 12, 2009

Liga Arab yang lambat OIC yang lembab.

Hari ini adalah hari ke17 Ghazza dibedil. Liga arab baru sedang mengeliat nak bersidang. Itupun setelah Qatar negara kecil memberi cadangan. OIC lagilah langsung tak dengar suara. Turkiy yang awalnya telah menghubungi rata rata negara Arab terkesima dengan penolakan gagasannya oleh Veto Amerika di majlis keamanan.

Kini HAMAS menanti kemasukan ISrael ke tengah tengah bandar Ghazza. HAMAS dan Jihad Islami akan menyediakan keranda bagi negara haram Israel itu jika mereka benar benar mengambil keputusan memasuki medan tempur ghazza. Kini sebahagian kabinet Palestin telah menyuarakan cadangan pengunduran  tentera antaranya levny yang merupakan menteri luar Israel. Bagaimanapun Menteri pertahanannya terus mencadangkan agar memperhebatkan serangan ke peringkat ketiga.

Perpecahan suara ini adalah perkembangan positif bagi HAMAS. Saya yakin Israel akan berundur setelah membaca ucapan olmert yang mengatakan tujuan Israel kini hampir dicapai dalam peperangan kali ini. Menurutnya HAMAS semakin lemah kerana sebelum ini HAMAS melancarkan sekitar lebih 100 roket ke arah Israel kini jumlah itu susut hingga ke 20 lebih sahaja. Olmert juga menyatakan ini kerana Israel dan sekutunya telah berjaya meletupkan terowong di sekitar sempadan Mesir Ghazza.

Olmert mungkin terlupa angka yang dianalisanya itu selepas perang dan sebelum perang. Kini HAMAS terpaksa membahagi  pasukannya antara pelancar roket, penembak pesawat, penbempur darat dan juga pertahanan pesisiran pantai.

Bagaimanapun kita sebagai Muslim harus yakin dengan janji Allah kerana Allah menyatakan bahawa tiada sesuatu yang berlaku melainkan dalam perancangan dan kehendak ALLAH.

1 comment:

Fairuz Sallehuddin said...

Moga semangat jihad mujahid disana tros membakar. Moga kita yang jauh tros memboikot. AMEEN.