Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 19, 2009

Mengapa Israel Berundur?

1- Misi mereka untuk melumpuhkan HAMAS gagal. HAMAS mendakwa hanya seramai 48 orang pejuangnya gugur dari jumlah 1300 orang syuhada. begitu juga dari sayap tentera Jihad Islamiy. kedua dua mereka menyifatkan kerugian ketenteraaan di sebelah mereka amat sedikit dan tidak menjejaskan keupayaan mereka.

2- Israel menerima pukulan hebat Kataib Al Qassam dan Saraya Al Quds. HAMAS menyatakan mereka telah membunuh lebih dari 80 tentera Israel dan menembak jatuh satu pesawat tempur dan 4 Helikopter manakala memusnahkan 47 kereta kebal. Kataib Al Qassam juga menyatakan mereka telah menawan dua kumpulan tentera Yahudi dalam dua siri peperangan yang berasingan tetapi Israel menggunakan pesawat bagi membunuh tawanan-tawanan tersebut.

3- HAMAS didapati semakin kuat dan tersusun. Apabila melihat penentangan yang begitu hebat Israel melihat perlu kepada perang baru yang melibatkan sekutunya. Ini diperakui sendiri oleh Ketua sayap tentera Kataib Qassam namun beliau mengeaskan bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka mahu tetapi kami mengetahui dengan baik bagaimana ingin mendapatkan senjata dan bahan pembuatan senjata.

4 comments:

Humayra' said...

sungguh senang mendengar berita nie..
Allahuakbar!!!

w'bagaimanapun.. perjuangan belum berakhir. selagi mana al-Quds masih ditawan. Dan selagi ummah Islam dibunuh seolah2 nyawa mereka tiada harga...

harap2 selepas nie isu palestin masih menjadi isu penting dalam diskusi harian ummah Islam, bukan berhenti di sini sahaja...

ieka zalikha said...

Alhamdulillah
suka sgt

tp...asenya Israel tu die berundur kejap je
sbb dorang ase dorang kene susun blik strategi dorang

xpuas ati btol ngn perdana menteri israel
senang2 je dorang ckp 'MAAF' kat dunia
isk....

Fairuz Sallehuddin said...

pengecut! dalam hati dieorg tu masih ada ketakutan walaupun dari segi luaran n fizikal nampak kuat. bangunlah ummah. tak ada masa lagi utk berseronok. sedar diri. perkasakan yang basics!

Hanis Kamis said...

Setelah lama saya mencari blog yg melaporkan terperinci..hari ini baru saya jumpa blog saudara.

Tahniah kerana mewujudkan blog sebegini,, moga menjadi landasan ilmu dan pebincangan ummah..

Cuma masih kesal dan terkilan di hati, tatkala saya saban hari sedih dan menitis air mata menatapi wajah anak2 kecil gaza, org kat malaysia sibuk dgn kes buang anak,sambutan itu-ini,ekonomi negara meleset la... sik, duniawi mmg indah bagi mereka, agama juga yg terpinggir..

Salam perjuangan untuk semua..